Wednesday, January 16, 2013

Mungkin Khairy Akan Tanding Atas Tikit PKR?

MEMAHAMI STRATEGI                                                                                                     

Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri pernah berkata beliau mungkin tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-13. Saya pernah membuat spekulasi antara ahli parlimen Umno yang mungkin tidak akan dicalonkan semula ialah Khairy Jamaluddin.

Khairy: Terselamat.
Ada 'chemestry' tersendiri kenapa kalau Khairy tidak dicalonkan. Kedudukan Khairy didalam Umno tidak begitu selesa dan bernasib baik seperti orang lain. Dia tidak disenangi oleh pemimpin Umno sendiri. Ada orang yang bermusuh dengannya dan tidak pernah berhenti menyerang dan mengkritiknya.

Adalah dipercayai kenapa Najib Razak tidak memberi apa-apa jawatan kepada menantu bekas PM ke 5 ini adalah kerana mengikut telunjuk apa yang diajarkan bekas PM sebelum ini. Mahathir Mohamad semasa menjadi PM dia tidak memberi apa-apa jawatan kepada Zahid Hamidi walaupun Zahid ketika itu adalah ketua pemuda. Zahid dilantik menjadi menteri apabila Abdullah Badawi menjadi perdana menteri.


Sebaliknya Hishmuddin Hussein yang menjadi naib ketua pemuda dilantil menjadi menteri. Formula atau dendam yang diguna pakai Mahathir itu seakan digunakan pula oleh Najib Razak.

Najib memberi jawatan kepada naib ketua Pemuda, Razali Ismail, kepada ketua wanita yang lakinya pelihara lembu gemuk, Shahrizat Jalil dan juga kepada ketua Puteri berbinti Serlin itu. Tetapi untuk Khairy tidak diberi apa-apa cuma tahun lepas saja diberi menjadi pengerusi sebuah agensi kerajaan yang tidak dikenali pun. Elaun pun sebesar tahi gigi budak darjah tiga saja.

Atas diskriminasi itu menyebabkan kemungkinan Khairy membuat kenyataan yang dia tidak akan bertanding. Semasa berjumpa dengannya pada satu majlis kenduri rumah orang PAS tiga tahun lepas saya pernah memberi tahunya yang beliau tidak ada harapan dalam Umno. Saya kata kepadanya; "elok you menyertai Pakatan Rakyat saja, jadi ketua pemuda...Pas pun boleh."

Beliau secara spontan mengangkat tangan dan saya meminta Dr Haron Din yang hadir sama agar berdoa sebagai merestuinya.

Ketua Pemuda ini agak kontroversi juga. Beliaulah yang menghantar passport Anwar ke rumahnya di Bukit Damansara sewaktu Anwar menghadapi masalah untuk berubat ke German. Pemergian Khairy itu menimbulkan tanda tanya dan mereka dalam Umno yang dengki dengannya membuat berbagai spekulasi yang negatif terhadap Khairy.

Dan hari ini pula kes saman ke atas oleh Anwar berhubung laporan media PB kononnya mendakwa Khairy menuduh Anwar pengkhianat negara ditarik balik. Anwar telah bersetuju kes itu tidak diteruskan dengan syarat Khairy menarik balik tuduhan seperti mana dilaporkan itu.

Khairy dalam kenyataan kepada tv no 3, dia tidak membuat apa-apa bayaran dan berita itu memberi gambaran Anwar yang hendak tarik kes itu. Ini jahat tv no 3. Khairy apabila ditanya oleh wartawan kenapa baru kini, jawabnya kerana dekat pilihan raya mungkin ada impak kepadanya. Maksudnya Anwar takut, takut apa? Bila masa pula Anwar tahu erti takut. Di rumahnya tidak ada kamus takut dari bahasa apa juga.

Saya tidak melihat begitu, penarikan balik saman bernilai RM100 juga itu bukan kerana terdesak atau apa-apa. Iya juga bukan menunjukkan ada mana-mana pihak takut dan bimbang akan kesannya. Tetapi ia adalah satu persefaham saya nampak. Anwar yang mengemukakan saman tidak logik kalau dia tiba-tiba tarik. Apakah dia bimbang dalam perbicaraan itu akan dikeluarkan apa-apa maklumat seperti laporan yang memetik dakwaan Khairy itu.

Bukankah Khairy menafikan yang dia mengatakan seperti mana dilaporkan oleh akhbar itu. Ertinya Khairy tidak menuduh Anwar sebagai pengkhianat. Kalau Khairy benar tuduh seperti dilaporkan tentu dia ada bukti dan hujah untuk mempertahankan diri dalam mahkamah. Kalau tidak ada bukti dia buat juga bermakna dia fitnah. Saya lebih bersetuju atau menduga Khairy tidak berkata seperti dilaporkan itu, sebaliknya media berkenaan saja yang pandai-pandai membuat fitnah.

Di sini saya cadangkan kepada Anwar agar teruskan saman itu terhadap akhbar (The New Starits Time Press Sdn Bhd). yang menyiarkan dakwaan tidak betul Khairy itu? Khairy pula boleh dipanggil (sepina) menjadi saksi di sebelah Anwar. Saya tidak tahu apakah Anwar menarik saman ke atas akhbar berkenaan. Kalau ia tidak diteruskan pastilah penarikan saman itu ada undang di sebalik batu.

Kita tidak dapat mengagak apakah persefahaman sehingga saman ini dibuat. Cuma hati kecil saya berbisik penarikan itu ada strateginya. Apakah mungkin kalau BN tidak menamakan Khairy sebagai calon dalam pilihan raya, maka PKR akan "mencuri' Khairy untuk menjadi calonnya? Ha ha..[wm.kl.8:44 16/01/13]

6 comments:

zulkbo said...

salam..
ermm..orang muda berbakat macam Khairy ni sayang jika terperap
je dunia politiknya..tak salah
nak cuba jadi PKR atau Pas, mana
tahu lepas tu lagi naik karier
politik beliau di luar UMNO?

Delima said...

tahniah...

insafdoh67 said...

Aku dok caya puok ni... Kalau doh sekali mencuri tak mungkin dia tak akan buat lg... Jangan caya puok umno... Jenis nok selamat harta je ni... Pkr teruskan matlamat.. Kejayaan makin hampiri pakatan rakyat... Jgn tertipu lg... Ingt. ... Jgn menyesal kemudian...

Unknown said...

Kemungkinan memang ada. Lihat sejarah pembebasan FSAI dari penjara. Khairy dikataan ada peranan.

Attar said...

Salam, membaca telahan saudara, saya pun tertanya−tanya. Kini masa yg kritikal dan amat sensitif dengan perlakuan tokoh−tokoh politk, apatah lagi membabitkan Anwar. Kj ada kedudukan sendiri dalam pentas politik Malaysia.

Kj secara realnya tidak dapat lagi mengembangkan bakat dan pengaruh dalam suasana dan himpitan yg sedang dideritai oleh umno. Jika umno berlapang dada maka hiduplah Kj. Jika umno mengambil politik dendam, maka berkuburlah Kj. Apatah lagi di Rembau, Kj hanya ketua pemuda yang tanpa askar, tak dapat berbuat banyak di kawasan parlimen.

Adakah Kj sanggup hidup selepas pru13 dengan melupakan dunia politik. Tapi keghairahan politik beliau rasanya akan tetap membara.

Maka ke mana arahnya Kj kini dan masa depan. Adakah dia yakin bahawa umno akan terus survive dengan onar yg dibawa Najib dan Mahyudin serta Mahathir.

Oleh itu, penarikan saman oleh Anwar boleh dibaca dari banyak sudut. Dan antara sudutnya ialah impak pada survival politik Kj. Kj harus membuka jalan untuk dirinya sendiri.

Ridhuan Ishak said...

Pak Sayuti, telahan anda memang betul. Di dalam mesy AJK Pemuda UMNO Bahagian Dungun hari ini kami bincang hal KP kami ini. 12 org AJK sependapat dgn telahan anda...