Friday, January 25, 2013

Kalimah Allah Bukan Isu Serius

TAZKIRAH JUMAAT                                                                                                         

Perkara kalimah Allah masih belum reda-reda lagi. Ia terus dicanang dan dilaungkan. Yang melaung dan mempersoalkan bukan Umno tetapi NGO yang mengambil upah untuk mendapat sesen dua dengan Umno bagi memelihara anak dan isteri. Ada juga yang jadi tukang laung kerana mengharapkan sebuah kerusi dari Umno dalam pilihan raya akan datang.
Raja-Raja Melayu Malaysia.

Setiap hari mereka mencanang ke hulu ke hilir. Beribu ela kain sudah digunakan untuk membuat sepanduk mengutuk pihak Pakatan Rakyat. Penjelasan, seruan dan sebagainya agar menghentikan perkara itu tidak dipedulikan.

Mereka yang kurang cerdik akan memuji golongan yang memperjuangkan kalimah Allah agar tidak digunakan dalam Bible. Tetapi bagi mereka yang cerdik, faham dengan kedudukan kalimah berkenaan hanya tersenyum simpul sambil melihat kebangangan politik mereka. Mereka melihat gelagat yang pertahanan isu itu sebagai perbuatan laksana anak kambing menghidu buntut ibunya saja. Bodoh dan tiada faedah.

Sebenarnya isu kalimah Allah ini tidak payah dipedulikan. Sebab yang lantang menentangnya mereka yang tidak masak dan arif dalam Islam. Yang imannya bagaikan daun kayu mudah tergerak bila disentuh angin. Bahkan ada yang menjadi juara memperjuangkan kalimah Allah ini, sebut nama Allah pun tidak sampai 33 kali sehari. Maaf cakaplah kita kenal seekor-sekor.


Bagi kerajaan sendiri, Umno pula tidak serius dengan kalimah Allah. Umno juga mengerti mengenai kedudukan dan statusnya. Umno juga tahu menghormati dan keperluan agama lain terhadap kalimah Allah ini. Kenapa kita berkata begitu, kerana tiada apa-apa bantahan daripada Umno berhubung kalimah berkenaan. Umno tidak begitu vokal mengenai kalimah Allah ini.Kalau ada pun seorang tokguru Umno nun jauh di Tumpat, itu pun tidak boleh diambil kira sangat mengenai kedalaman ilmunya.

Yang ada, pemimpin Umno mempertikaikan dan mengkritik PAS yang memberi kelonggran di dalam penggunaan kalimah berkenaan. Umno cuba menayangkan yang mereka marah kepada PAS, sedangkan aksinya tidak menunjukkan begitu. Kerana itu tiada pendirian tegas Umno di dalam soal ini. Najib Razak misalnya tidak pernah bersuara menyatakan pendiriannya. Najib tidak pernah mengumumkan sikap Umno didalam soal ini? Itu bekas presiden Umno yang selalu menjadi seperti ikan lapam bawah jamban juga diam membisu berhubung isu kalimah Allah ini. Apa ertinya?

Mesyuarat MT Umno juga tidak mengambil apa-apa ketetapan mengenai penggunaan kalimah ini. Umno juga tidak mengarahkan supaya institusi-instutis tertinggi agama yang ada untuk ikut campur dan menyatakan sikap sebenar mengenai perkara ini. Sehingga kini polis juga tidak membuat apa-apa tangkapan terhadap mereka yang memiliki Injil yang mempunyai kalimah Allah. Kalau Najib dan kerajaan concern terhadap perkara ini sudah tentu berbagai arahan dibuat menerusi kementerian dan jabatan berkenaan sebagai menghalang perkara ini.

Perkara paling jelas ialah meminta mahkamah memutuskan segera berhubung rayuan dibuat oleh sebuah persatuan Kristian yang merujuk kepada mahkamah mengenai isu itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permnintaanya tentang perkara ini. Tetapi kenapa tidak dibuat? Bukankan kelewatan 'mengarahkan' mahkamah membuat keputusan menjelaskan isu ini tidak penting?

Ini semua membuktikan bahawa kalimah Allah bukan isu sebenar didalam negara ini. Ia adalah isu politik remeh yang cuba diperbesar-besarkan oleh golongan yang pandir mengenai agama dan yang pekak terhadap penjelasan orang lain. Isu ini disokong pula oleh Umno yang kini dalam keadaan tertekan dan semakin dipulau.

Bagi saya kalau isu ini penting dan merbahaya sudah pasti Raja-Raja Melayu telah mengadakan persidangan khas membincang perkara ini. Sebab soal agama, kesucian agama dan apa-apa yang menyentuh agama serta adat istiadat Melayu berada di bawah bidang kuasanya. Apakah ada Raja-Raja membuat persidangan khas dan membincangkan perkara ini? Kalau perkara ini penting kenapa Raja-Raja juga membisu. Tidak ada adalan bagi raja-raja untuk menyepikannya.

Kalau Majlis Raja-Raja menangani perkara ini kemudian menitahkan dikeluarkan kenyataan melarang penggunaanya, tidak sampai dua hari isu ini akan dihentikan. Siapa berani sanggah raja? Apabila Raja-Raja tidak mengambil berat menerusi tindakan misalnya mengadakan sidang khas bermakna isu kalimah Allah bukan perkara serius. Raja-Raja ternyata lebih cerdik berbanding dengan ketua-ketu NGO yang menjadi pengambil upah atau penarik kereta buruk Umno. Setengah ketua NGO itu telah dimurai sultan dan anugerah darjah kebesaran ditarik balik.

Kepada rakyat pula jangan mudah terpengaruh dengan propagda atau isu dimainkan oleh NGO-NGO 'ngor' ini. Mereka tidak ada autoriti untuk memberi apa-apa pandangan berhubung dengan kalimah berkenaan dalam konteks hari ini. Perjuangan mereka terhadap isu kalimah Allah saya tengok sama sahaja dengan sikap sesetengah Melayu yang marah kepada kerajaan yang tidak memberi kemudahan modal untuk berniaga.

Apabila kerajaan menghulurkan modal, modal itu bukan pun digunakan untuk berniaga tetapi untuk tujuan lain yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan. Mereka hanya mahu mengambil kesempatan saja atas apa yang ada. Bila hidup mereka tidak berubah mereka marahkan kepada kerajaan.

Nah... begitu dengan isu kalimah Allah, mereka bukan mujahid agama yang sejati. Mereka adalah pengacau agama yang menggunakan nama agama. Mereka adalah munafikun. Jadi usah pedulikan mereka, biarlah mereka mabuk dan semabur dengan keadaan itu. Biarlah mereka jerit sampai pecah halkum. Selepas selesai pilihan raya mereka akan bercemperaian melarikan diri dan isu itu pun akan ditinggal di tepi hutan. Mereka bukan mujahid, bukan.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh pemakan upah Umno atau penarik kereta Umno ini juga tidak konsisten. Mereka memperjuangkan mengikut tiupan angin dan musim. Masa timbul isu ekonomi mereka akan perjuangkan ekonomi, masa timbul isu agama mereka akan berpaling kepada agama. Masa timbul isu Melayu mereka perjuangkan Melayu. Isu-isu ini pula sengaja dicari dan diadakan-adakan selepas isu-isu memburuk dan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat sudah tidak laku lagi. Mereka bukan saja tidak konsisten tetapi tanpa tujuan dan matlamat jelas.

Jadi biarlah mereka bising di mana-mana saja, kerana bising mereka tidak akan membawa apa-apa erti dan makna. Bagi mereka bising adalah sifat yang ditiru dari anjing dan dubuk dengan harapan mereka akan dapat sesuatu darinya. Mereka bukan bising macam burung walit yang bersarang dan sarangnya tinggi nilai harganya.Mereka adalah anjing dan dubuk.

Apabila kita kenal sifat anjing yang suka menyalak bukit, dan sikap dubuk yang suka membuat bising, maka kita tidak perlu bimbang. Hanya untuk sementara ini tutup kedua lubang telinga habis cerita. [wm.kl.5:38 pm 25/01/13]

11 comments:

Ummi Imtiyaz said...

Astaghfirullah...Saya mungkin tidak sehebat tuan dalam menarikan tinta Dan jari jemari tetapi eloklah kita saling ingat mengingati bahawa setiap huruf yg ditulis Ini pasti disoal Allah di akhirat...tulisan tuan terlalu kasar...law Kaana bainana Rasulullah...

Unknown said...

Betul kata MSO mereka adalah anjing dan dubuk yg buruk telinga dan ekor bercawat taik... kita buat tak tau sudah kat depa nie...

mohd sayuti omar said...

Ummi itiyaz... Saya nak tanya boleh dan sesuaikah dipukul gajah dengan lidi. Mungkin perspektif kita berbeza. Bagi saya untuk memalu gajah ialah dengan batu besar, demi untuk menyelamatkan diri. Tenguk dan renung ayat ayat dalam quran Allah mengutuk hambanya yang zalim. Walhaualam..maaflah kalau yg terkena itu darah daging anda. Di antara kejahatan dan kebaikan tiada kompromi dlm islam.

Unknown said...

Ummi imtiyaz... selalulah menjenguk blog MSO utk memahami lenggok bahasa politik yg digunakan...tak kenal maka tak cinta... baca dgn mata hati bukan dgn mata kepala lutut...

Maaf Sebut said...

Saya tengok dalam isu ini, yg pihak yg timbulkan goyang kaki, yg nanyanye pas, kesian saya tengok nk kena menjawab

Unknown said...

Salam. Tuan Haji,

Lebih skun-rasi kalu kita menyusuri kronoloji isu 'Kalimah Allah dan Bible Melayu' ni, antaranya: (1) KDN membenarkan penggunaan Bible Melayu untuk negeri Sarawak (dan Sabah?); (2) Penggunaan kalimah Allah di dalam Bible di bawah ke mahkamah sivil (bukan mahkamah syari'ah, dan didengar oleh hakim belum Islam. Celaru.

Betul kata Tuan Haji Majlis Raja-raja boleh memendekan kemelut dan mengelak rakyat, khasnya umat Islam, dikelirukan dalam kes ini.

Secara ringkasnya mengenai isu ini; UBN yang berak dan ecei, PAS dan ulama' yg kena basuh, gaha sehingga berlaga bahu antara satu sama lain.

abu muaz said...

betul tuan,
inchik brahim bukan jenis yang boleh dipukul dengan lidi,
kulit dio bebal doh,
ni tengoh gelepor cari kerusi,

elok letak atas kerusi eletrik jenis ni.

insafdoh67 said...

Betul tuan.. Teruskan tinta hangat dan hangit tuan.. Untuk pencerahan otak melayu karat... Puas doh cara baik.. Kena kasar r sikit skali skala.. Kih.kih.kih..

kampong lad said...

'Apakah ada Raja-Raja membuat persidangan khas dan membincangkan perkara ini? Kalau perkara ini penting kenapa Raja-Raja juga membisu'.

aku baca macam ni...(lagu hang kata la
'tidak sampai dua hari isu ini akan dihentikan') 1. sapa yg mula kerja ni? tokong (talkcock) dap. mungkin depa nak ganti mca? 2. kalau benda ni selesai, ngo2 (kontrektor umno) kena cipta 'benda2' baru...tak sempat sebab pru dah dekat tapi depa tetap akan 'berjuang' sampai last minute. wassalam

Unknown said...

Macam mana Umno nok bising pasal isu ni sebab Umno telah luluskan pembinaan Gereja Terbesar di Asia di Bukit Jalil sana.Tengok bangunan pun nampok supo Firaun Tidur tu.Cer selidik tengok sapo hok lulus pembinaan Gereja tu.....Mahathir,Pok Loh atau Najib.Kata negara Islam tapi Gereja besar pada sejid tu guano kiro.Wallahualam.......

Anonymous said...

Pemimpin Umno, MIC dan MCA tidak perlu menyatakan pendirian mereka mengenai kalimah Allah. Tetapi pemimpin PAS, PKR dan DAP kena menyatakan pendirian mereka. Wahai orang Melayu, tolong sedar benda ni.