Thursday, January 17, 2013

Fathul Bari Berkahwin Gadis Filipina?

USIKAN MALAM                                                                                                              

Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam ini menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlado.

Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012.

Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikahan itu.

Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan Abdullah.

Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathul Bari bin Mat Jahya (pemohon) dengan Maria Joy Erlado (responden).

Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim.

Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathul Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC.

Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. [wm.kl.1:41 am 17/01/2013]

3 comments:

pcbahar said...

Yang sebenarnya, semua perkara dalam dunia ini, sejak akhir-akhir ini Allah balas secara 'cash'..

Tak lama dah dunia kita...

Berhati-hatilah...

Zolkharnain Abidin said...

Mudah-mudahan selepas berkahwin beliau menjadi lebih matang dan mampu menilai pelbagai situasi dengan akal terbuka dan bebas daripada kekelabuan pelbagai perkara yang menyelubungi otaknya selama ini

Delima said...

Semoga ulama UMNO ini bahagia dalam pernikahannya.Nikahlah 1, 2, 3 atau 4.Jika tidak yakin boleh berlaku adil, nikah 1 sudah memadai....