Sejak semalam telah tersebar secara meluas rakaman video di facebook dan blog bagaimana seorang penjenayah yang ditembak polis menggelepar kesakitan di atas aspa. Penjenayah itu dipercayai cuba merompak sebuah kedia emas di Kota Bharu Kelantan. Dari video berkenaan nampaknya lelaki itu ditembak dipaha sebelah kanan.
![]() |
| Penjenayah yang ditembak diambil dari sebuah blog. |
Ada beberapa versi video mengenai kejadian itu. Saya percaya ia dirakam oleh orang ramai yang menyaksikan video berkenaan menerusi handphone. Lelaki itu akhirnya telah meninggal akibat tembakan itu kerana berlaku pendarahan yang banyak.
Apa yang menjadi persoalan saya, berdasarkan rakaman video berkenaan kenapa penjenayah itu dibiarkan menggelupar kesakitan tanpa ada bantuan segera. Memang menjadi prinsip polis tidak akan membantu penjenayah yang diburunya. Polis juga tidak berani mendekati kerana bimbang penjenayah memiliki senjata merbahaya yang boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik.


