Sehari dua lagi atau tepat pada 1 Syawal nanti akan genaplah 100 hari Ustaz Ahmad Yacob menjadi MB Kelantan. Beliau dilantik menjadi MB Kelantan tanggal 6 Mei menggantikan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehari selepas pilihan raya ke-13 tamat. Masa 100 yang dianggap sebagai dalam pantang adalah penting bagi Ahmad sebagai MB baru. Dalam tempoh itu segala tindak tanduk dan pendekatan beliau akan diperhatikan. Pencapaiannya mulai ditilik dan dinilai sebaik mungkin.
![]() |
| Ahmad Yakob sedang dinilai. |
Sebenarnya bukan saja pemerhati politik bebas tetapi pihak musuh Pas (Umno) serta ahli-ahli parti sendiri juga akan membuat penilaian sendiri. Akan mengikuti Ahmad di sepajang tempoh itu. Sudah pasti dalam hal ini beliau akan dipadankan atau dibanding dengan apa yang Nik Aziz Nik Mat lakukan. Segala rekod Nik Aziz khasnya di awal pemerintahannya (tahun 90-an) akan dibuka balik untuk dipadankan dengan apa yang Ahmad telah lalukan dalam tempoh 100 hari.



