Thursday, April 10, 2014

Jadilah setenang Susilo Bambang Yudhoyono

TERKINI PEMILU                                                                              

Orang politik negara "tigatujuhkosong" (Malaysia) ini mungkin boleh belajar bagaimana sikap terbuka presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) (foto) dalam menerima kekalahan partinya pada pemilu legislatif yang diadakan semalam.

SBY menerima dengan baik dan menghormati keputusan pengiraan awal yang meletakkan partinya Parti Kebangkitan Nasional (PKN) di tangga ke empat dengan mengutip sebanyak 11.9%, tanpa banyak soal dan cuba berdolak dalih.

Katanya, sambil mengucap tahniah kepada parti yang mendapat undi terbanyak, PDI-P, Golkar dan Gerindra, SBY berkata beliau yakin pemilu berjalan dengan bersih dan tidak ada penipuan. Sikap terbuka dan redha diterima SBY ini berbeza dengan sikap dan kelakuan ahli politik negara, "tigatujuhkosong" ini yang sering mencari alasan untuk tidak menerima kekalahan.

Kumpulan PENYELAMAT, PENGHALANG dan PENENTU dalam PKR

ANALISA                                                                                            

[kemaskini] 2: 59 pm --- Tian Chua telah mengumumkan menarik diri dari ikut sama bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR. Beliau dilaporkan sebagai menyatakan sokongan kepada Saifuddin Nadution Ismail atas lasan sudah lama mengenali Saifuddin.

Perebutan jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), (saya sedikit bingung mana satu akronim yang hendak dipanggil kepada parti ini. Apakah ianya dipanggil KEADILAN, atau pun PKR. Pihak parti berlambang mata itu sendiri tidak pernah mengeluarkan arahan khas untuk media memanggil nama parti itu), nampaknya semakin hangat dan serius.

Kenyataan media dibuat para calon yang merebut jawatan dan kempen-kempen oleh agen masing-masing menerus media baru menjelaskan hal ini. Tampaknya sikap berkompromi tidak ada dalam PKR, walaupun untuk jawatan presiden, dimana suami menentang isteri, di mana perlawanan ini seperti berlaku satu ketegangan dalam PKR, walhal ia adalah gimik semata-mata. Tetapi musuh dan orang luar membuat persepsi demikian.

Walaupun demokrasi itu terbuka, tetapi adalah bodoh kalau suami isteri merebut jawatan yang sama. Sebab itu saya tidak fikir kedua mereka akan meneruskan hajat. Kalau tidak Wan Azizah Wan Ismail, tentulah Anwar Ibrahim akan menarik diri dari bertanding secara serius dan mereka akan melowongkan di antara satu sama lain.

Wednesday, April 9, 2014

Pilihan raya di Indonesia simple tapi menarik...

TINJAUAN                                                                                         

Saya baru sahaja sampai dari Pelembang, Indonesia setelah tiga hari berada di sana. Kebetulan waktu ini Indoensia sedang melaksanakan tanggungjawab demokrasinya untuk memilih barisan pemerintah baru negara itu untuk periode 2014 - 2019. Kunjungan singkap itu memberi kesempatan kepada saya untuk menijau proses pengundian di Pelembang.

Dua orang pengundi sedang masukan kertas undi ke dalam tong.
Pilihan raya hari ini adalah ke 11 sejak republik itu mencapai kemerdekaan dan merupakan pilihan raya ke-4 selepas reformasi menyebabkan jatuhnya kepimpinan autokrasi Suharto pada tahun 1998.

Seramai 187,847.521 pemilih akan terlibat dalam pemilu kali ini untuk memilih 2,137 anggota DPRD dan 17,500 anggota DPRD kabupaten dan kota. Mereka akan mengundi di 545,791 tempat mengundi di seluruh negara. Manakala sebanyak 12 buah parti bertanding termasuk tiga buah parti tempatan Aceh.


Sunday, April 6, 2014

Mustapa mahu MT Umno bincang hudud, satu tindakan positif

SUSUPAN SENJA                                                                                 

Ahmad dan Mustapa perlu berani melakukan perubahan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed nampaknya positif dengan cadangan kerajaan Kelantan untuk mengemukakan private bill di parlimen untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. Pendirian Mustapa itu satu perkembangan positif dan yang dintunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan yang rindukan hukum hudud.

Pernyataan sikap positif Mustapa itu dibayangkan dalam kenyataan akhbar dipetik melaporkan beliau akan membawa soal hudud ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno. Mungkin inilah pertama kali Umno memberi respon serious dan positif terhadap hukum hudud yang sudah sekian lama diperkatakan.

Friday, April 4, 2014

Musa Hitam jelas maksud kenyataanya pada majlis diskusi

KENYATAAN MEDIA                                                                           

Musa Hitam, diskusi di siar secara live.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam telah membuat kenyatan media berhubung dengan majlis diskusi anjuran kerajaan Kelantan yang disertainya pada 27 April lalu bertempat di Kota Bharu Kelantan.

Beberapa kenyataan atau maklumat baru yang diberikan pada diskusi itu terutamanya berhubung peristiwa berdarah Memali yang meletus pada 19 November 1985, timbul menjadi polemik mengenai pendedahan beliau bahawa semasa kejadian itu perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang difahami berada di luar negara, sebaliknya ada dalam negara.

Maklumat itu merupakan sesuatu fakta baru tentang kejadian meragut 14 nyawa itu. Disebabkan kerana wujud kontroversi berhubung pendedahan beliau itu sehingga Mahathir ingin menyemak keberadaanya pada tarikh itu, Musa telah membuat kenyataan media bagi menjelaskan apa yang didedahkan itu. (Sehingga kini Mahathir belum menjelaskan di mana beliau sebenarnya berada pada hari kejadian itu.

Kenyataan media itu dikirimkan kepada email saya oleh "PA" beliau. Berikut saya siarkan sepenuhnya kenyataan Musa Hitam:

Thursday, April 3, 2014

Hudud: Kerajaan Kelantan akan dapat lesen baru?

ULASAN PAGI                                                                                      

Ahmad ambil langkah permulaan.
Semalam exco kerajaan Kelantan meluluskan cadangan untuk mengemukakan dua undang-undang persendirian (private bill) ke parlimen dalam masa terdekat untuk membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (hukum hudud) dilaksanakan di negeri itu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Ahmad Yaakub selepas mesyuarat Exco. Memerhati kepada isi kenyataan akhbar dibaca Ahmad, tampaknya beliau optimis perlaksanaan hukum hudud akan dijalankan selewat-lewat tahun 2015.

Dua private bil, itu meminta parlimen memberi laluan kepada kerajaan Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II sesuai dengan peruntukan Perkara 6(A) Perlembagaan negara. Manakala satu lagi private bill memindah Akta Mahkamah Syairah (Bidangkuasa 1965) untuk memberi kuasa lebih kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkan hukuman sebagai mana ditetapkan dalam Hukum Hudud.

Wednesday, April 2, 2014

205 rebut jawatan dalam PKR, tumpuan kepada Azmin dan Khalid?

ULASAN                                                                                               

Bersemangat sungguh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi kongres melibatkan perebutan jawatan pada Mei nanti. Betapa tidak seramai 205 orang menawarkan diri untuk merebut berbagai-bagai jawatan. Dari jumlah itu dua berebut jawatan presiden, enam jawatan timbalan presiden, 16 naib presiden.

Azmin Ali
Tian Chua
Manakala 78 orang berebut jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Tiga orang berebut jawatan Ketua Angkatan Muda (AM), empat untuk mengisi timbalan AM, manakala sembilan merebut Naib Ketua AM sementara 62 orang untuk mengisi Exco Angakatan Muda.

Untuk jawatan Ketua Wanita Pusat pula melibatkan dua orang, enam merebut naib ketua manakala 14 Ahli jawatankuasa.

Tuesday, April 1, 2014

Ismail Nuh: Pejuang yang taat dan ikhlas

BELASUNGKAWA                                                                               

Bermanja dengan Allahyarham di Makkah 2007.
Ustaz Ismail Nuh yang kembali ke sisi Khalidnya malam tadi (1 April 2014) bolehlah dikelompokkan dalam golongan ustaz atau ulamak di saf utama dalam Pas Kelantan. Dari segi senioriti beliau boleh dianggap sebagai berada di barisan kedua selepas Tokguru Nik Abdul Aziz, Ustaz Yahya Othman, Muhammad Daud Iraqi dan Mustapa Mohamad. Ustaz Yahya lebih awal dipanggil Khalidnya. Al Fatihah.

Ismail berhak atau layak diletak sekelompok dengan mereka itu. Ketinggian ilmu agamanya membolehkan beliau dikelompokkan di dalam barisan itu. Demikian juga dengan senioriti dan pengalamannya dalam parti. Tanpa banyak orang tahu Ismail juga turut sama memberi sumbangan menggerak Pas bernafas kembali selepas kalah berat tahun 1978.

MH370 dari awal beluk akhir pun bengkok juga

MENGENANG MH370                                                                          

Tempoh Najib sebagai PM juga hampir BERAKHIR.
Persoalan di mana dan ke manakah pergi ghaibnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal tidak lagi menjadi fokus utama dan isu hangat, sebaliknya yang diperkatakan kini tentang maklumat-maklumat berhubung tragedi itu yang saling bercanggahan di antara satu sama lain. Bervariasi.

Kehilangan tidak menjadi polemik lagi, tetapi kenyataan yang tidak sekata dan berbelit-belit menyebabkan orang jadi 'bingung kelu' dan geram dibuatnya. Ketidaklurusan dan ketidaktelusan dan keberkacumakan berhubung kehilangan pesawat itu bermula sejak awal-awal lagi. Dalam tempoh 24 jam pertama semasa mengumumkan kehilangan itu 8 Mac, sudah berlaku percanggahan fakta di antara Jabatan Pernerbangan Awam, (DCA) Malaysia Airlines System (Mas) dan juga pemangaku Menteri Pengakutan, Hishamuddin Hussein.

Ismail Nuh kembali ke Rahmatullah

BERITA DUKACITAA                                                                        

Ustaz Ismail Nuh
Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas dua penggal, Ustaz Ismail Nuh telah kembali ke Rahmatullah jam 2:45 malam tadi. Beliau yang sudah lama mengalami stroke dimasukkan ke wad ICU hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu seminggu lalu kerana menghidap kayat.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Zulkifli Mamat jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Allahyarham memenangi kerusi parlimen Pasir Mas tahun 1999 dan 2004 mengalahkan Inchek Ibrahim Ali dengan majoriti hampor 10,000. Pilihan raya 2008 beliau tidak bertanding kerana memberi laluan kepada Inchek Ibrahim bertanding atas tikit Pas.

Ismail juga adalah bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas dan dalam lantikan politik selaku Penolong Pengarah YIK (Pendidikan) dan Ketua Pengelola Dakwah Halaqah.

Catatan belasungkawa akan menyusul. [wm.kl.10:47 am 01/04/14]