Wednesday, July 9, 2014

Muhyiddin bergilir dengan Mahathir tekan Najib

ULASAN MALAM                                                                                

Muhyiddin pernah khianat Pak Lah?
Saya sengaja menanti dan melihat ulasan berhubungan kenyataan TPM Muhyiddin Yassin yang membayangkan peristiwa 13 Mei akan berulang sekiranya berlaku ketegangan kaum. Menurut Muhyiddin ketegangan kaum kemungkinan berlaku apabila ada kenyataan yang menghina orang Melayu dan agama Islam.

Kemungkinan itu katanya berdasarkan senario ke belakangan ini dimana isu agama sering diperdebatan sehingga ada yang menimbulkan kontroversi.

Gara-gara itu katanya menyebabkan dia tidak bisa lelapkan mata."Saya sendiri sebagai TPM setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana hendak uruskan negara. Ada orang hantar SMS kepada saya, apa hendak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama," katanya dipetik.

Tuesday, July 8, 2014

Ada dua puak bersembahyang dalam satu masjid di Kelantan?

ULASKATA                                                                                          

Dukacita sungguh apabila membaca berita mengenai kejadian sembahayang dua puak di dalam sebuah masjid di Kampung Banggul Stol dalam darah Pasir Mas. Macam bertewas rebana pulak. Menurut laporan media kejadian sembahyang dua puak itu berlaku kerana kedua-dua pihak tidak menyakini mengenai fahaman antara satu sama lain.

Puak depan sujud, puak belakang duduk antara sujud.
Satu puak dikatakan bertarikat (Tarjani) manakala satu puak lagi terdiri daripada penduduk kampung. Tarikat berkenaan dibawa balik oleh salah seorang anak pengasas masjid berkenaan bernama Yahya Zakaria. Allahyarham Zakaria Ismail pernah menjadi ahli Parlimen Rantau Panjang tahun 1974 - 1978 dan Adun Meranti tahun 80an.

Puak yang bertariqat mendirikan sembahyang dibahagian hadapan manakala puak satu lagi dibahagian belakang. Perpecahan akibat fahaman ini katanya berlaku sejak tahun 2010 lagi dan memuncak sampai tahun 2012. Manakala ketegangan itu menyerlah apabila sejak 3 Julai lalu berlaku sembahyang dua puak semasa sunat terawih dan solat fardu.

Khalid kena sedar dirinya bermasalah

SEUSAI SUBUH                                                                                   

Semalam heboh dalam media massa sosial kononnya Abdul Khalid Ibrahim akan meletak jawatan sebagai MB Selangor. Sebuah berita menyatakan Khalid akan menghadap Sultan untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya. Pekerja media lalu sibuk menjejaki Khalid apabila mendapat maklumat itu. Khalid diekori ke mana sahaja untuk mendapat pengesahan.

MB bermasalah.
Ternyata maklumat itu salah dan tipu. Khalid sendiri tergelak mendengar berita berkenaan. Sesetengah orang mengecam mereka bertanggungjawab menyebarkan berita fitnah itu. Sebuah NGO Umno juga turut sama mengecam dan meminta Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil tindakan tegas mengekang fitnah dalam partinya.

Terselamatlah Khalid semalam daripada melepaskan jawatan Menteri Besar. Sekurang-kurangnya beliau boleh berseronok sehingga menjelang hari raya. Masih boleh mengadakan rumah terbuka atas nama MB, mengundang para sahabat atau penyokongnya yang berkempen atau menjadi menager kempennya dalam pemilihan PKR dengan wang rakyat yang diperuntukkan kepadanya itu.

Saturday, July 5, 2014

Apakah keputusan Pas mengenai isu MB Selangor?

MELONTAR RASA                                                                                

Khabarnya esok Pas Pusat akan mengadakan pertemuan dengan Pas Selangor untuk membincang mengenai isu MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang kini ditekan agar melepaskan jawatan itu. Pas akan mendengar maklum balas daripada Pas Selangor mengenai apa yang berlaku sekarang ini. Mungkin juga Pas Pusat akan membincangkan ketetapan atau cadangan Pas Selangor berhubung isu MB.

Hadi perlu tunjukkan setiakawan.
Perkembangan yang berlaku di Selangor mutakhir ini tidak berapa baik dan mencemaskan. Ia lebih mencemaskan daripada ketiadaan air akibat banyak empangan takungan kekeringan disebabkan fenomena alam.

Semuanya berasas kepada soal Abdul Khalid yang tidak mahu berundur daripada kerusi MB walaupun beliau diminta berbuat begitu. Mesej-mesej politik yang dihantar kepadanya terutamanya dari partinya sendiri dipandang sepi oleh MB itu.

Friday, July 4, 2014

Tidak perlu masjid bercirikan China di Kuala Lumpur

KRITIK                                                                                              

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Bahrom kerajaan UBN akan membina sebuah masjid bercirikan seni bina Islam China di Kuala Lumpur sebagai simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China yang sudah wujud sejak 40 tahun lampau.

Inilah masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan.
Katanya idea untuk membina masjid itu "terilham punjangga" oleh Najib Razak semasa melawat China baru-baru ini.

Mungkin cadangan dan idea Najib itu dilihat hebat dan super class oleh orang Umno seluruh Malaya. Para pengkagum pentadbiran Najib pula akan memuji dan memuja ianya sebagai hebat.

Pembinaan masjid bercirikan budaya Islam China itu juga dilihat sebagai satu balasan Malaysia kepada China diatas budi baik China memberi pinjaman sepasang Panda baru-baru ini.

Thursday, July 3, 2014

Isil: Kenapa ulama Pas membisu?

REAKSI TENGAHARI                                                                      

Cadangan oleh Pengerusi Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas, Raja Ahmad Iskandar al-Hiss, agar ulama seluruh dunia duduk dan berbincang bagi menentukan kedudukan apakah kumpulan gerakan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) boleh diterima atau tidak, begitu "melambung dan jauh" sangat. Walaupun cadangan itu bernas tetapi rasanya ada semacam kecacatan dan tidak berapa relevan dengan cadangan itu.

Raja Ahmad Iskandar al Hiss
Molek sangat kalau ada fatwa berhubung dengan gerakan Isil itu untuk dijadikan panduan oleh umat Islam apa lagi mereka yang bersimpati dengannya dan ingin menzahirkan sokongan secara peribadi. Hari ini kedudukan Isil itu kabur dan mengelirukan.

Ada pihak yang sanggup mati untuk berjihad bersamanya, manakala ada pihak lain mentertawakan sebagai ianya satu perbuatan bodoh dan tidak masuk akal. Yang jelasnya pemimpin kerajaan dan pro kerajaan, dengan jelas menolak penyertaan mana-mana pihak dengan jihad Isil.Dr Mahathir seperti biasa dengan menggunakan logik akalnya mempersendakan, dengan berkata mereka yang berjihad dengan Isil itu sebagai orang hendak masuk syurga dengan membunuh orang lain?

Tuesday, July 1, 2014

Mahathir terus tekan Najib

ULALSAN MALAS                                                                            

Banyak pihak bercakap mengenai ketidakwajaran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan satu akta baru. Masing-masing tidak setuju dengan pemansuhan itu dan berpandangan pemansuhan akta itu memburukan keadaan negara misalnya bertambahnya kejadian jenayah.

Antara orang yang mempertikai dan melahirkan rasa kurang senang dengan cadangan memansuhkan Akta Hasutan 1948 ialah bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Katanya penghapusan itu boleh menyebabkan keadaan negara huruhara. Katanya apabila akta itu ditiadakan ia memudahkan untuk orang melakukan hasutan.

Sependapat dengan Mahathir ialah bekas IGP Musa Hassan. Katanya kalau akta itu dihapuskan dikhuatiri asas perpaduan dan keharmonian masyarakat selama ini menjadi sasaran orang tidak bertanggungjawab.

Monday, June 30, 2014

Pecat Dr Redzuan Umno tidak yakin diri

SUSUPAN T HARI                                                                                

Hari ini kita dikejutkan dengan laporan mengatakan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) yang juga Pengarah UMcedel Dr Redzuan Othman akan meninggalkan UM? Berita awal menyebut Redhuan telah melepas jawatan itu atas arahan Kementerian Pendidikan.

Dr Redzuan Othman
Kontraknya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang tamat hari ini juga tidak disambung.

Kalau berita ini benar satu kemalangan buat dunia akademik di negara ini kerana kehilangan seorang tokoh yang berkhidmat penuh profesionalisme.  Dr Redzuan menerusi UMcedel sebuah badan kajian awam sosial politik telah banyak membuat kajian dalam isu sosial dan politik dimana dapatannya memberi faedah kepada banyak pihak.

Bagaimana pun dapatan dan kajian UMcedel itu tidak disenang Kementerian Pendidikan apabila dapatan dalam kajian tidak memihak kepada kerajaan.

Saturday, June 28, 2014

Khalid Ibrahim sudah menurun Mahathir

SUARA MALAM                                                                             

Sebelum ini Dr Mahathir Mohamad dikenali sebagai politician yang "rohok" untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan kerusi perdana menteri. Seakan habis ikhtiar dilakukan oleh mereka yang tidak sebulu dengannya berusaha agar beliau meninggalkan Putrajaya, tetapi tidak berhasil. Mahathir tetap juga bekeras dan kekal dengan jawatannya sehinggalah takdir yang tak dapat ditadbirkan berlaku.

Mahathir menggunakan apa sahaja helah dan makenisme untuk mempertahankan kedudukan dan kekuasaanya. Setiap seteru politiknya atau orang yang ditakuti akan mencabarnya juga diambil tindakan. Satu demi satu dikehel dan dilempar jauh tanpa mengira untung dan rugi kepada perjuangan bangsa.

Thursday, June 26, 2014

Kekecohan dalam PKR kerana jawatan Menteri Besar

PANDANG TERUS                                                                           

Semalam sebuah setesen tv internet datang menemubual saya, perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan masih belum berakhir sampai kini. Tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk pimpinannya.
Wan Azizah MB Selangor?

Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.

Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.