Sunday, January 17, 2016

Pas Dun Salor diceroboh?

MAKLUMAT

Tindakan pihak tertentu dalam Pas mengadakan majlis cereamah dalam Dun Salor, Kbang Kerian malam kelmarin yang dikatakan tidak melalui atau pengetahuan tindakan Dun, menunjukkan satu pencerobohan ke atas hak Pas Dun Salor. Ceramah itu dihadiri oleh seorang Exco yang juga ahli Dewan Harian Kelantan.

Seramai 20 dari 22 ketua cawangan Dun Salor telah mengadakan pertemuan malam tadi dan mengambil keputusan membantah pencerobohan berkenaan. Mereka dikatakan akan melaporkan kepada Pas Pusat meminta Pesuruhjaya Pas negeri mengambil tindakan ke atas apa yang berlaku.

Kejadian itu bolehlah disifatkan sebagai melancarkan "perang" terhadap Adun Salor, Husam Musa yang juga Yang diPertua Pas Kawasan Kubang Kerian. Apa yang berlaku itu, walaupun untuk menguatkan parti tetapi ia ternyata tidak mengikut prosuder dan hanya dilakukan oleh mereka yang pandir dalam berpersatuan.

Friday, January 15, 2016

DAP tidak perlu dibenci tapi dilawan (2 Akhir)

PANDANGAN

Keselamatan kuasa dan masa depan orang Melayu bukan sahaja dibatasi oleh jumlah kerusi parlimen. Tetapi masih ada lagi kuasadan benteng  yang menjamin kedudukan orang Melayu terpelihara. Benteng itu ialah Perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Kedua-dua institusi itu adalah pagar kebal untuk orang Melayu yang kita bina dan bentuk sendiri.

Ibrahim Ali
Lim Kit Siang
Kedudukan dan keberadaan Raja-Raja Melayu tersangat istiemwa dalam menjamin hak dan kedudukan orang Melayu. Umno sendiri mengakui akan kepentingan dan keperluan ini. Tetapi kenapa dalam keadaan tertentu, kita melupai akan keistimewaan ini dan mudah larut dengan mitos menakutkan itu. Apakah kedua-dua institusi itu sudah lemah dan reput?

Thursday, January 14, 2016

1MDB Najib berbohong lagi?

KENYATAAN

Dua tiga hari lepas Najib Razak kata dana awam tidak digunakan untuk menyelamat 1MDB. Bagaimana pun kenyataan PM itu diragui apabila hari ini Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengeluarkan satu kenyataan Kerajaan telah memberi geran sebanyak RM1.0865 billion kepada 1MDB bagi kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf Pengkalan Udara.

Berikut adalah kenyataan penuh Rafizi yang dikirim ke blog ini:

Wednesday, January 13, 2016

Pas meraih modal di sebalik bantah TPPA?

SUSUPAN TENGAHARI

Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan taklimat mengenai TPPA kepada Ahli Parlimen yang berlangsung di Kuala Lumpur. Taklimat ini penerusan kepada siri taklimat menjelas dan menerangkan TPPA yang diadakan kepada berbagai pihak.

Sebahagian Ahli Parlimen yang hadir.
Tujuan majlis itu ialah untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada ahli parlimen mengenai TPPA secara mendalam sebagai persiapan untuk dibahaskan di parlimen kelak.

TPPA akan dibawa ke parlimen pada 26 Januari depan untuk dibahas oleh ahli parlimen kemudian menentukan apakah perjanjian itu akan diluluskan atau tidak. Bagi Menteri MITI, Mustapa Mohamed taklimat dan penerangan itu penting yang memerlukan komitmen semua pihak untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubungan perjanjian berkenaan yang dikalan ini menjadi sedikit kontroversi.

DAP tidak perlu dibenci tapi dilawan (Bhg 1)

PANDANGAN

DAP mengakui kempen memburuk-buruk dan menakut-nakutkan parti itu dalam kalangan orang Melayu khususnya di luar bandar berjaya. Satu kajian bebas dilakukan di Selangor menunjukkan lebih 40% orang Melayu mengakui DAP sebagai anti Islam. Dapatan itu sudah pasti dibimbangi DAP dalam usaha menjadikan parti itu sebagai parti rakyat Malaysia.

Justeru, pimpinannya meminta agar perkembangan itu dipantau dan diatasi segera.

DAP tidak mudah menolak sesuatu yang negatif membabitkan partinya, tetapi mengambil sikap proaktif terhadap kritikan. Sikap ini berbeza dengan parti orang Melayu yang akan marah kalau ada kata-kata negatif terhadapnya walaupun untuk memperbetulkan kesilapan. Orang Melayu "menunjal" untuk menerima kritikan dan ini salah satu sifat memundurkan bangsa itu.

Monday, January 11, 2016

Itjimak Pas Selangor dan Pekeliling larangan

DARI HATI

Sebahagian gambaran Itjimak Pilihan Raya.
Ada dua mauduk yang menarik perhatian saya semalam, pertama ialah mengenai Itjimak Pilihan Raya Pas Selangor dan kedua mengenai Pekeliling dikeluarkan Jawatankuasa Pas yang melarang ahlinya daripada terlibat atau mengambil bahagian dalam apa-apa majlis anjuran DAP dan Amanah.

Itjimak pilihan raya yang berlangsung di Shah Alam itu dilaporkan mendapat sambutan hangat. Ada tertulis sambutannya mencecah hingga 7,000? Kerusi dan tempat yang disediakan penuh padat. Sambutan diluar jangka. Peristiwa itu sesuatu yang perlu disyukuri oleh Pas Selangor. Kehangatan itu sudah tentu ekoran perkembangan politik mutakhir ini yang melanda parti agama berkenaan.

Sunday, January 10, 2016

Pakatan Harapan cetak sejarah

ULAS ISU

Pimpinan PH menebeng dokumen perjanjian.
Semalam telah berlangsung persidangan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) yang dikemuncaki dengan termetarinya perjanjian atau persefahaman bersama untuk dihayati dan dilaksanakan oleh pakatan itu. Majlis itu berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Apa yang berlangsung semalam mencetak satu lagi sejarah politik di negara ini, khasnya menunjukkan komitmen dan iltizam besar parti-parti pembangkang untuk membela rakyat diharap dapat mengambil alih kekuasaan negara daripada Barisan Nasional di masa akan datang.

Thursday, January 7, 2016

Berta'awun: Kenapa Pas mahu jadi penolak kereta mogok sahaja?

ULAS ISU

Parti agama, Pas telah membuat penegasan dan pendekatan baharu dengan Umno di mana pendekatan ini adalah pendirian politik terkini mereka untuk tahun 2016. Pendekatan dimaksudkan itu ialah Pas akan berta'awun dengan Umno. Ta'awun bermaksud membantu dan bergotong royong dengan Umno, untuk kebaikan bersama, dalam aspek agama dan maslahat ummah. Bukan politik?

Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Nik Zawawi Nik Salleh. Serentak itu beliau menegaskan Pas tidak sama sekali bertahaluf syiasi, yakni bekerjasama politik dengan Umno. Ertinya arahan dan kebenaran MSU sebelum ini sudah termansuh?

Mungkin ramai yang tidak berapa faham perbezaan antara ta'awun dengan tahaluf syiasi? Dalam pemahaman dan definasi diberikan Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, ta'awun itu seperti membantu menolak kereta mogok dijalanan bagi meringan dan menyelesaikan masalah dihadapi tuan kereta itu. Bantuan itu bukan bermaksud yang menolak itu bersetuju dengan tuan kereta. Mudah.

Tuesday, January 5, 2016

Hari ini ada kelegaan sedikit

SUARA RASA

Keinginan dan perasaan seorang penulis kepada kerja dan mediumnya begitu tinggi sekali. Saya percaya bukan sahaja saya tetapi penulis lain juga. Apabila tidak dapat mencatat sesuatu, rasa diri bukan sahaja serba salah tetapi semacam "berdosa" pula.

Apabila tangan terselak blog ini dan melihat ia "kosong", mari satu perasaan rasa bersalah, dan rugi kerana saya telah tertinggal jauh. Banyak isu-isu yang berlaku yang perlu diberi kupasan ataupun dicerapi terlepas begitu sahaja. Isu dan peristiwa pula datang bagaikan ribut taufan, namun tidak dapat dikongsifikirkan bersama.

Isu mengenai Pas dengan Amanah, isu mengenai Azmin Ali dengan CheguBard, isu mengenai Najib ke Makkah dan juga isu mengenai Mahathir mengusik Peguam Negara Negara yang mungkin melindungi hasil siasatan SPRM untuk melindungi PM. Itu adalah isu-isu yang menarik untuk dikupas dan direnungi bersama. Ohya, tidak lupa isu alam sekitar di negeri Pahang yang kini dilanda debu dan abuk merah (bauksit).

Friday, January 1, 2016

Meninggal pengkalan 55 menginjak ke pelantar 56

EPILOG TAHUN BARU

Dengan pujian tertinggi dan teragung kepada Allah swt yang hanya berhak ke atas pujian itu. Juga zikir abadi kepada-Nya dan salam berpanjangan kepada Muhammad saw, rasul-Nya, saya mulakan catatan ini, setelah beberapa hari tidak mengisinya. Para penjengok blog saya tentu faham kenapa ruang maya saya terbiar kosong sunyi dan sepi untuk beberapa hari tanpa dimasuki sepatah salam dan pesan.

Ketika menyiapkan catatan ini di katil PPUKM.
Maaf kalau ia menyusah dan mengecewakan anda. Apabila anda menyelaknya ia tidak ada apa-apa kemasukan. Dengan catatan hari ini bermakna saya masih belum letih dan insya-Allah akan terus menulis, menulis dan menulis walaupun saya kini separuh imigran sudah menjadi “warganegara hospital”, kerana ini adalah wadah perjuangan saya menerusi bakat yang Allah berikan sedikit ini.