Wednesday, May 18, 2016

Rafizi persoal kenapa FGVSB beli kondominium

KENYATAAN

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang terkenal dengan kisah pembongkaran berbagai-bagai kelemahan dan penyelewengan pihak Kerajaan hari ini membuat satu lagi kenyataan akhbar menyatakan kemusykilannya terhadap Felda Global Ventures Holdings Berhad yang membeli dua buah kondominium di luar negara bernilai RM8.4 juta lebih dalam keadaan kewangan semasa syarikat itu lemah.

Berikut adalah kenyataan media Rafizi:

18 MEI 2016

APA KEGUNAAN 2 KONDOMINIUM MEWAH MILIK FGV BERHARGA RM8.4 JUTA PADA MASA PRESTASI FGV MASIH MENGECEWAKAN?

Umum mengetahui bahawa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak mencapai prestasi yang baik sejak mula-mula disenaraikan. Harga sahamnya terus merosot sejak disenaraikan dalam bulan Julai 2012 hingga sekarang (seperti di bawah):

Prestasi FGV sudah tentu menjadi perhatian rakyat kerana sahamnya banyak dipegang oleh institusi awam. Enam pemegang saham terbesar adalah institusi awam yang melibatkan rakyat terbanyak melibatkan wang rakyat sekitar RM10 bilion (mengambil kira harga semasa diterbitkan) seperti berikut:

Hari ini, NOW mengesahkan bahawa pada tarikh 29 September 2014, FGV telah memuktamadkan pembelian dua buah kondominium mewah di The Troika (berdekatan KLCC dan Menara Felda yang baru) pada harga berikut:
1. Unit A-20-2 berharga RM5,143,902
2. Unit B-10-3 berharga RM3,283,770

Kedua-dua unit kondominium ini dibeli pada harga RM8,427,672 dan saya difahami FGV juga turut berbelanja untuk menaiktaraf dua unit kondominium mewah ini.
Saya telah menyemak Penyata Kewangan FGV yang terkini setakat 31 Disember 2015 dan boleh mengesahkan bahawa FGV telah merekodkan kondominium ini di dalam Penyata Kewangan dan tidak menerima sebarang sewaan dari unit-unit kondominium ini, seperti di bawah:

Bersama-sama ini disertakan salinan mukasurat utama dari perjanjian jual beli kedua-dua unit kondominium itu sebagai bukti pembelian tersebut.

Saya menyeru supaya kepimpinan baru FGV memberi kenyataan secepat mungkin menerangkan kewajaran pembelian ini dan tujuan FGV mempunyai dua unit kondominium mewah seperti ini dalam tahun 2014. FGV juga perlu mengesahkan sama ada kedua-dua unit ini masih lagi dimiliki oleh FGV setakat ini.

Kenyataan saya yang seterusnya adalah selepas FGV memberi maklumbalas mengenai pendedahan ini.

Rafizi Ramli.
[wm.kl 4:40 pm 18/05/16]

Tuesday, May 17, 2016

Surat politik Anwar dari Sungai Buloh

ULASAN 

Hari ini kepala pemerhati politik belum habis berputar dan pening-pening memikirkan gelagat parti pembangkang untuk menghadapi dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala  Kangsar yang masih belum muktamad dan tuntas untuk sepakat, tiba tiba mereka disua atau tersua pula dengan surat Anwar Ibrahim yang memberi peringatan kepada gerakan Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pembangkang masih "berkekah" sesama sendiri. Kemunafikan politik jelas berlaku di situ dalam kalangan parti pembangkang. Satu masa mereka sikeras untuk menumbangkan BN dan Najib Razak yang kononnya cemar dengan pelbagai skandal dan membawa najis kepada negara, tetapi di masa lain mereka bergerak seakan untuk menyelamatkan kerusi BN itu.

Monday, May 16, 2016

Politik simplistik Nik Amar tidak untungkan Pas

ULASPANDANG

Penganalisa dan pemerhati politik yang baharu pertama kali mendengar atau mengikuti bagaimana cara Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) berpolitik (mengeluar kenyataan dan pandangan) mungkin menganggap beliau seorang ahli politik moden yang canggih. Memang bagi generasi baharu suka cara politik "berus" Nik Amar.

Pemangku MB Kelantan, Nik Amar.
Sebaliknya mereka yang sudah lama mengikuti pemangku MB Kelantan ini berpolitik, atau mengikuti kenyataan politiknya yang simplistik serta menilai sejauh mana ilmu siasahnya akan tersenyum panjang dan tidak berasa apa-apa kepelikan kepada apa yang berlaku. Itulah bahasa politik Adun Panchor ini.

Kenyataan berupa kritikan Nik Amar kepada kumpulan serpihan Pas yang kini telah menubuhkan Parti Amanah Negara, dalam satu majlis taklimat, sesuatu yang dikesalkan dan menggambarkan tahap tinggi rendah dan dalam tohor cara Nik Amar berpolitik. Karisma dan intelektuasiti politiknya tergambar dalam tingkah laku dan kenyataan politiknya seperti itu.

Saturday, May 14, 2016

Subky ramal Pas akan kalah, selepas itu menang besar

SESUDAH SUBUH

Sore semalam bersembang dengan tokoh wartawan dan veteran Pas Subky Latiff yang datang menziarahi saya bersama sdr Zulkifli Sulong bekas editor Harakah. Lama juga mereka di rumah saya sambil bertanya kesihatan saya, kami sempat berbual berbagai tajuk terkini.
.
Subky dan Zulkifli datang ziarah bertanya khabar saya.
Sebagai wartawan tentulah mauduk perbicaran utama kami mengenai perkembangan media massa selain soal politik negara terkini. Dalam kesempatan itu antara yang sempat dibicarakan (bertanya khabar) mengenai akhbar Harakah, lidah rasmi Pas. Suatu masa dulu akhbar ini pernah menjadi akhabar alternatif nombor satu negara bagi pembaca yang sudah muak dan hilang kepercayaan kepada akhabr arus perdana (PB).

Thursday, May 12, 2016

Anwar dibawa ziarah jenazah adik

KENYATAAN

Anwar menatap wajah adiknya.  

Anwar Ibrahim yang waktu ini berada dalam ward hospital Kuala Lumpur ekoran tekanan darahnya tidak menentu, pagi tadi dibawa untuk menziarah jenazah adiknya di Teras Jenang, Bangi. Adiknya yang dikenali Mak Lang meninggal dunia malam tadi.

Kehadiran Anwar dengan diiringi ketat oleh pengawal penjara. Peristiwa itu juga memberi kesempatan kepada Anwar untuk bertemu mata dengan kaum keluarganya.

Sebelum ini bapak reformasi itu kehilangan ibunya, Mak Yam, ayahnya Ibrahim Abdul Rahman berserta seorang adik lelakinya semasa beliau berada dalam tahanan.

Bagaimana pun beliau dibenarkan untuk menziarah jenayah orang-orang kesayangannya itu buat kali terakhir. Peristiwa yang paling memilu dan menyayatkan ialah semasa kematian ibunya, Mak Yam.

Kepada Anwar dan seluruh keluarganya diucapkan takziah atas pemergian Mak Lang dengan doa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan beliau sendiri cepat sembuh. [wm.kl.1:15 t/hari 12/05/16]

Wednesday, May 11, 2016

PRK Sg Besar, K Kangsar peluang baik untuk tukar Najib

PANDANGAN

Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang bakal diadakan adalah peluang terbaik untuk pembangkang dan mereka yang bencikan Najib Razak untuk menurunkan anak Razak itu dari kerusi perdana menteri. Kedua-dua pilihan raya itu boleh dijadikan petunjuk dan bukti bahawa Najib sudah tidak "dihingini" lagi bagi terus memimpin Malaysia.

Caranya ialah dengan pembangkang merampas kedua-dua kerusi berkenaan. Dalam sistem demokrasi apabila sesuatu kerusi yang dimiliki sesebuah parti, apa lagi kerajaan, tetapi tiba-tiba berjaya dirampas pembangkang menunjukkan kepimpinan semasa parti kerajaan itu sudah tidak popular lagi.

Soal parti mana akan bertanding mewakili pembangkang melawan BN dalam kedua-dua pilihan raya itu, boleh dibincangkan kemudian. Tempo dan waktu masih ada. SPR pun belum menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Monday, May 9, 2016

PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, PKR paling sesuai letak calon

PADANGAN

Cadangan rasional daripada Azmin.
Pas awal-awal lagi telah menyatakan akan meletak calon di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Pernyataan itu dibuat oleh Mustapa Ali pengarah pilihan raya Pas. Kecepatan Mustapa membuat pernyataan itu seakan parti itu tidak mahu kerusi yang diperuntukkan kepadanya semasa kewujudan Pakatan Rakyat itu diganggu oleh orang lain.

Memang dalam pilihan raya ke 13 lalu kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh Pas. Masa itu Pas masih lagi bersama PR. Pas hampir-hampir menang di Sungai Besar apabila parti itu kurang 200 undi sahaja. Manakala di Kuala Kangsar undi Pas juga memberangsangkan apabila Pas kalah 1,082 undi.

Sunday, May 8, 2016

Kenapa 10 peratus undi Cina lari daripada DAP?

ULAS PRN SARAWAK

Anwar tetap menjadi faktor
Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 sudah pun selesai dan keputusan juga sudah diperolehi. Seperti mana diduga ramai parti PBB (BN) telah berjaya membentuk kerajaan Sarawak dan sekali lagi Adnen Satim mengangkat sumpah bagi kali kedua menjadi Ketua Menterinya.

Keputusan rasmi BN 72 kerusi, DAP 7, PKR 3 manakala parti-parti lain kosong.

Pencapaian diraih BN yang begitu cemerlang mengejutkan pembangkang terutamanya DAP yang diharap akan memberi cabaran sebenar kepada BN khasnya di kawasan majoriti Cina. DAP yang sebelum ini mempunyai 12 kerusi bertanding di 31 kerusi, diharap dapat menambahkan suara pembangkang dalam DUN Sarawak.

Saturday, May 7, 2016

Tidak salah Pas pecat Husam, tetapi apakah ia berlandaskan prinsip Islam?

RENUNANG SABTU

Kelmarin dahulu semasa dua orang rakan datang menziarahi saya dan membawa lima bungkus nasi kerabu, beliau membawa sama sekeping cd, (audio) rakaman ucapan Allahyarham Mohd Asri Muda pada tahun 1978, sehari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berjaya membawa usul undi tidak percaya kepada Mohamad Nasir sebagai MB Kelantan.

Ucapan Asri itu secara keseluruhannya mengulas mengenai apa dinamakan krisis politik Kelantan yang membabitkan Mohamad Nasir sebagai MB Kelantan yang enggan akur kepada keputusan parti (Pas) sebaliknya lebih akur dengan pihak lawan (BN). Gara-gara itulah menyebabkan krisis itu berpanjangan dengan berkesudahan akhirnya kerajaan Pas Kelantan berusia 18 tahun berjaya ditumbangkan oleh Umno yang mengambil kesempatan atas masalah yang menimpa Pas.

Umno telah menggunakan krisis itu dengan cekat dan penuh helah sekali untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.

Friday, May 6, 2016

Pas pecat Husam Musa sebagai ahli

BERITA JUMAAT

Parti agama (Pas) telah memecat Husam Musa sebagai ahli, demikian dijelaskan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu Daeng Sanusi Meriok. Pemecatan Husam bermula pada 26 April 2016 apabila Jawatankuasa berkenaan bersidang meneliti salah lakukan yang didakwa ke atas Husam Musa.

Nostalgia: Husam bersama Tokguru Nik Aziz. 
Pengumuman keputusan Pas ini saat akan berlangsung pengundian di Sarawak besok, maka ia sedikit sebanyak memberi implikasi kepada parti berkenaan, yang mungkin sengaja dilakukan. Pas bertanding di 11 kerusi.

Sehingga ini Husam masih belum memberi apa-apa respon terhadap tindakan terhadapnya itu.

 Apapun keputusan Pas itu adalah hak dan tanggungjawab parti berkenaan. Dan adalah dipercayai bekas Naib Presiden Pas itu tidak akan merayu atas apa yang berlaku.

Pemecatan itu juga akan bermula era dan hala tuju baharu Husam? Seribu tanda tanya timbul apakah anak didik Tokguru Nik Aziz itu akan bersara dalam politik, atau pun mencari wadah baharu bagi meneruskan aspirasi politiknya.