Monday, June 27, 2016

Tindakan terbaik bagi Muhyiddin biarkan ladang Umno berumput rumpai..

ULASAN ISU

Muhyiddin Yassin
Penulis tidak mahu memberi apa-apa reaksi lebih terhadap penolakan dan kekesalan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dengan apa yang dilakukan oleh partinya terhadap mereka berdua. Mungkin juga untuk menyatakan simpati pun tidak perlu, kerana apa yang dialami dan bakal dilalui oleh kedua mereka itu perkara biasa dalam politik.

Orang yang kena tindakan (hukuman) pasti tidak berpuas hati, kesal dan marah, sambil memberi alasan mempertahankan diri mereka. Manakala dipihak yang bertindak (penghukum) juga mengambil tindakan sama mempertahankan keputusan mereka sebagai tepat dan adil.

Sunday, June 26, 2016

Perjuangan Ghazali diiktiraf anak beranak sendiri

KATA PETANG

Abdullah menyarung selempang kepada Ghazali dibantu Azram.
Penganugerahan gelaran Pejuang Umno yang diberikan kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Ghazali Ismail oleh Anak-Anak Rantau Panjang di Kuala Lumpur dalam satu majlis berbuka puasa malam Ahad lalu sesuatu yang kecil kalau dibandingkan dengan penglibatan penerimanya dalam perjuangan parti itu.

Cikgu Ghazali telah lebih 40 tahun terlibat dalam perjuangan bersama Umno yang bermula pada tahun 1976. Namun signifiken dan erti anugerah itu cukup besar baginya. Ini kerana belum pernah ada penganugerahan seumpamanya diberikan kepada mana-mana tokoh atau pejuang Umno bahagian Rantau Panjang dalam majlis seumpama itu.

Ke mana akhirnya Muhyiddin, menyepi rasanya..

KATA PETANG

Petang ini Muhyiddin Yassin bersama Mukhriz Mahathir Mohamad akan membuat sidang akhbar kemudian akan berbuka puasa bersama hadirin. Satu notis dihantar ke whatsap saya agar ikut sama hadir ke sidang akhbar berkenaan. Digambarkan sidang akhbar kedua orang yang kena pecat dari Umno itu penting.

Sayang, petang ini saya sudah tetapjanji untuk hadir majlis berbuka puasa anjuran anak-anak Rantau Panjang. Majlis ini akan dihostkan oleh Senator Abdullah Mat Yassin. Tahun lepas saya sudah hadir majlis (iftar) anak-anak Rantau Panjang. Hadir untuk memberi sokongan moral dan menunjukkan solidariti sekampung.

Itu pun kerana si juaranya sdr Azram Ahmad menghubungi sendiri, telefon menjemput. Kalau setakat baca banner dalam facebooks saya pun tidak akan hadir. Terima kasih kepada Azram kerana masih ingatkan kepada saya.

Saturday, June 25, 2016

Polimek mengenai zakat malukan Islam

SINGGUNGAN

Akhir-akhir timbul polimek mengenai cara dan bentuk pembayaran zakat. Persoalan tegang kini apakah zakat hanya boleh dibayar menerusi institusi tertentu sahaja (milik pemerintah) dan tidak boleh langsung diagihkan kepada penerima (asnaf) yang ditetapkan?

Hasanuddin Mohd Yunus
Kenapa dikatakan polimek ini tegang kerana ada kenyataan-kenyataan beramaran daripada beberapa orang bertanggungjawab terhadap institusi itu melarang keras agar tidak mengeluarkan zakat tanpa melalui institusi atau badan-badan khasnya.

Dipetik dua kenyataan yang agak keras itu, pertama oleh Pengerusi Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Che Mat Che Ali yang mengatakan berdosa jika bayar zakat kepada fakir miskin tanpa menerusi kerajaan.

Friday, June 24, 2016

Akhirnya Umno pecat Muhyiddin, Mukhriz

STOP PRESS

Tanpa mengura bulan Ramadhan bulan keraian dan persahabatan, Umno bertindak mengikut akal fikir politiknya mengambil tindakan memecat Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan bekas MB Kedah Mukhriz Mahathir.

Turut sama diambil tindakan ialah naib presiden Shafei Afdal. Shafei digantung keahliannya sehingga lembaga disiplin memuktamadkan siasatan terhadapnya.

Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz serta penggantungan Shafei itu diumumkan Najib Razak selepas mesyuarat MT petang ini.

Adalah dipercayai keberanian Najib membuat tindakan yang melukai ahli Umno bawahan itu ekoran kemenangan besar BN dalam dua Pirake Sungai Besar dan Kuala Kangsar lalu.

Saya akan mengulas lanajut kesan pemecatan itu dan ke manakah hala tuju Muhyiddi dan Mukhriz selepas ini dalam blog ini. Apakah mereka akan bergabung dengan pembangkang atau pun bersendirian.

Dan tentang Muhyiddin apakah beliau akan mengambil keputusan bersara wajib dalam politik. [wm.kl.6:50 pm 25/06/16]

Thursday, June 23, 2016

NOW kata Abu Kassim diminta berhenti?

KENYATAAN


Sebuah
NGO pro aktif dengn isu-isu bersabit kepentingan rakyat (NOW) telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung laporan media mengatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamad akan meninggalkan Suruhanjaya itu 1 Ogos nanti. 

Dalam laporan itu Abu Kassim disebut memohon untuk berhenti dan permohonan beliau diterima. Kenyataan oleh KSN Ali Hamsa ini bercanggah dengan kenyataan NOW yang beranggapan penguduran Abu Kassim itu disebabkan ada unsur tekanan agar beliau berhenti. 

Berikut adalah kenyataan penuh kenyataan akhbar NOW yang dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutifnya Rafizi Ramli.

Abu Kassim jelas, tetapi tidak berapa jelas

EKORAN

Menurut Abu Kassim Mohamad beliau berhenti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bukan kerana ditekan oleh sesiapa tetapi atas kehendaknya sendiri.

Tugasnya untuk menyegerakan penamatan kontraknya di suruhanjaya itu ekoran beliau mendapat tawaran menjadi pakar jemputan di International Anti Corruption Academy (IACA), sebuah Universiti Pencegahan Rasuah pertama di dunia.

Betul dan penuh diplomasi sekali kalau Abu Kassim membuat penjelesan begitu mengelak permberhentinnya menjadi kontroversi. Sebagai orang yang cerdik dan tahu menghormat Kerajaan, beliau tidak akan membuat penjelasan sebaliknya.

Sebelum ini sebuah Ngo (NOW) telah membuat sidang akhbar membayangkan keterkejutan mereka dengan pengumuman tindakan Abu Kassim oleh KSN itu dan memberi pentafsiran pemberhetian itu kerana ada tekanan dan arahan pihak tertentu.

Penjelasan Abu Kassim itu bagaimana pun boleh dipertikaikan. Apakah kerana ada tawaran dari luar beliau sedia meninggalkan perkhidmatan untuk negara sendiri? Rasanya beliau lebih diperlu dan memaknakan sumbangan kepada negara dengan terus menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM daripada menjadi pensyarah jemputan.

Tidak payah cakap dan jelaslah, semua orang dapat berfikir dan menilai penjelasan erti dan matan Abu Kassim itu. Dan jika tidak ada apa-apa, SPRM bermasalah, masakan dua lagi orang pentingnya Mohd Shukeri Abdull dan Bahri Mohamad Zain mengambil langkah sama?

Penjelasan Abu Kassim tidak lebih daripada hendak menjaga muka pihak-pihak tertentu yang sudah berkeduh dan huduh dengan campur tangan mereka di badan berkenaan. [wm.kl. 4:01 pm 23/06/16]

SPRM bakal bergolok besar?

SPEKULSI

Ketua Setaisuaha Negara (KSN), Ali Hamsa telah mengesahkan bahawa Abu Kassim Mohamad tidak akan meneruskan perkhidmatan dengan SPRM sebagai Ketua Pesuruhjaya. Abu Kassim akan berhenti mulai 1 Ogos ini. Berita itu mengesahkan desas desus yang kedengaran sebelum ini bahawa akan berlaku sesuatu dalam suruhanjaya itu.

Aku Kassim baru berusia 55 tahun, masih muda dan boleh berkhidmat beberapa tahun lagi. Beliau bersama teamnya juga telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam perkhidmatannya. Atas hakikat itu sudah tentu apabila beliau memohon untuk berhenti akan timbul persoalan. Kenapa dan mengapa?

Apakah ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan Abu Kassim berhenti awal? Apakah beliau sakit atau tidak betah dengan suruhanjaya itu lagi. Atau beliau berdepan dengan tekanan mana-mana pihak yang tidak seronok dengan "modus operandi" SPRM selama menerajui badan bebas bebas itu?

Monday, June 20, 2016

Surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan

ULAS PIRAKE (ii)

Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam, tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja terutamanya oleh parti agama (Pas) tanpa membuat analisa mendalam secara waras. Pas mesti berbuat sesuatu dengan segera dengan penuh keinsafan dan professionals.

Kembalikan Husam
ke dalam Pas.
Sekiranya Pas masih lagi beretorik bermain dengan seribu kata-kata indah, membina ayat-ayat power untuk menyedapkan hati, mengulik perasaan, parti itu akan terus lemah dan menjadi parti terpencil. Tidak mustahil juga ia akan pupus seperti dinosour.

Perhatian penuh perlu diberikan oleh Pas Kelantan. Dalam hal ini saya ingin memberi "surat tujuk sebab" kepada Pas Kelantan. Pas Kelantan tidak boleh meriba tangan dan menerima apa yang berlaku dalam dua Pirake itu, kekalahannya sebagai takdir Allah semata-mata. Pas perlu mencari sebab musabab dan mengambil iktibar terhadapnya. Jangan berlindung dengan kata-kata (escape) keadaan di Kelantan berbeza dan politik Kelantan unik.

Sunday, June 19, 2016

Melayu bergurulah dengan Cina

ULAS PIRAKE (ii)

Kemenangan besar calon BN Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar dan Masturi Mohd Yazid di Kuala Kangar semalam ialah kerana peralihan undi Cina daripada pembangkang (sebuat Pakatan Rakyat) sebelum ini kepada BN. Pihak MCA mendakwa mereka berjaya meraih 35% undi Cina di Sekinchan berbanding 13% pada Peraum 2013 yang lalu. Manakala pihak Gerakan pula mengatakan mereka berjaya mengalihkan 40% undi Cina kepada BN.

Perubahan undi itu memang jelas dan menjadi fakta yang tidak boleh dipertikaikan. Peralihan itu memberi signifiken kepada parti DAP kerana ia dilihat kegagalan parti itu mengekalkan sokongan lalu untuk melonjakkan undi kepada rakannya Amanah. Cina di Sekinchan adalah penyokong dan ahli DAP. Dun Sekinchan satu-satu Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam Peraum lalu.