Seperti mana yang dijanjikan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau akan mendedahkan nama bekas pemimpin kanan Pas yang dikatakan menerima dana haram dari 1MDB yang mengalir ke akaun peribadi Najib Razak ke akaun bekas pemimpin Pas berkenaan.Beliau akan membuat pendedahan itu dalam sidang akhbar khas yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya tengah hari esok.
Sementara itu keesokannya Rafizi akan membuat laporan SPRM bersama dengan maklumat yang diperolehi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.



