Dengan mengambil perhatian kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Keadilan Kelantan Ab Aziz Kadir hari ini yang menerima keputusan Biro Politik parti itu agar beliau dan anggota Keadilan kekal dengan jawatan dalam kerajaan Kelantan, saya mengira elok kalau Pakatan Harapan (PH) mengambil ketetapan tegas sama ada untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu atau pun membuat satu sikap tegas.Bagi PH tidak fasal-fasal lagi untuk terus bersama dengan Keadilan kerana parti itu sudah tidak menunjukkan semangat untuk bersama. Kenyataan yang dibuat oleh Aziz itu jelas bahawa parti itu dan ahlinya di Kelantan lebih mementingkan kepuasan mereka daripada kepuasan rakan komponen PH. Mereka sudah hilang nilai setiakawan.







