HENDAKLAH saya memberi sedikit komen dan ulasan berkaitan jawatan presiden Umno. Jawatan itu kini kosong selepas ia ditinggal paksa oleh Najib Razak sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan “kubra” BN dalam Piraum 14 lalu.Ekoran peninggalan Najib itu maka Zahid Hamidi yang sebelum ini, menjalankan tugas-tugas timbalan presiden mengambil alih tanggung jawab ke atas Umno. Beliau sekali lagi mengambil alih untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden Umno. Tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden bersifat sementara kerana ia tidak pernah diendorse dalam perhimpunan agung Umno.
Tampaknya Zahid terus naik pangkat secara mudah dalam Umno. Ini mungkin berkat Ramadhan tahun ini.




