Tuesday, September 10, 2019

Annuar cuba meluruskan bayang yang belok

REAKSI ATAS REAKSI

Mujahid dan Annuar perkatakan
soal Piagam penyatuan Pam - Umno.
ANNUAR MUSA sebagai engin utama penyatuan Umno – Pam (Pas), telah mengeluarkan kenyataan media sebagai menjawab tulisan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Mujahid Yusof yang mempertikaikan Piagam penyatuan Pam dengan Umno yang akan ditanda tangani 14 September ini. Saya telah membaca kenyataan media Annuar itu dua kali dan cuba memahaminya.

Saya akan cuba mengupas dan menjawab persoalan ditimbulkan Annuar berkaitan dengan tulisan Mujahid itu. Jawaban dan ulasan saya secara berurutan dengan point-point yang beliau berikan. Kurang satu point untuk menjadikan 20 point yang diperkatakan oleh Annuar.

Monday, September 9, 2019

Menanti kerisauan Amanah kepada penggabungan Umno - Pam

ULASAN

SELEPAS saya menghantar status dalam Fb menyinggung tidak ada pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang memberi ulasan serta menunjukkan rasa bimbang dan cemas kepada penggabungan Umno dengan Pas yang akan dimanterai pada 14 September ini, Dr Mujahid Yusof mengirimkan catatan panjang lebarnya mengenai hal itu, sebagai menjawab dan memaklumkan kepada saya yang beliau sudah pun menjalankan kerja dan tanggungjawabnya, memberi reaksi.

Dalam tulisan beliau bertajuk PIAGAM YANG MERAGAM itu disiapkan pada 8 September, 2019 dimuatkan dalam Fbnya, beliau menyentuh hal penggabungan tersebut sambil memberi pencerahan dengan menyentuh tiga aspek tentang ketidak sempurnaan agenda penggabungan itu. 

Monday, September 2, 2019

Dirgahayu Anwar sempena tragedi tragis 2 September

KENANGAN REFORMASI

Enam buah buku awal saya mengenai sukaduka
dan perjuangan Refromasi Anwar.
HARI ini 2 September satu tarikh yang mungkin bagi kita biasa sahaja. Ia seperti hari-hari dan tanggal semalam yang tidak ada apa-apa kenangan buat kita.

Daunan September gugur bagaikan daunan bulan-bulan lain juga. Kecuali mereka yang lahir hari ini, berkahwin hari ini atau memiliki peristiwa menekan jiwa ia tetap akan mengingati tarikh ini.

Saturday, August 31, 2019

Kenangan dengan Bapa Kemerdekaan

CATATAN KENANGAN

KENANGAN: Saya menemu ramah
Tunku Abdul Rahman  tahun 1986.  
HARI ini genaplah 62 tahun negara kita Malaysia Merdeka. Setiap kali tiba detik dan tanggal ini negara akan mengadakan upacara khas mengingati detik bertuah itu.

Setiap warga negara yang setia dan sayangkan negara ini juga tidak terkecuali ikut sama menyambut dan meraikan detik bersejarah itu dengan pelbagai cara dan aksi.

Mengingati kemerdekaan itu adalah tanda dan bukti kasih sayang kita kepada negara.

Friday, August 30, 2019

Pintas piagam ta'awun siyasi Pas - Umno dengan rombakan kabinet

RENUNGAN JUMAAT

SAYA tidak sedia untuk mengulas panjang berhubung kata-kata (kenyataan) Dr Mahathir Mohamad yang mahu mengambil tindakan (pecat) terhadap Ketua Operasi dan Strategi PPBM, Rais Hussin (foto) sebagai tepat ataupun satu kenyataan bersifat peringatan.

Atau apakah kenyataan - tindakan dicadangkan itu menunjukkan Dr Mahathir sebagai PM yang sudah tidak relevan?

Bagaimana pun ramai terkejut dan tidak sangka reaksi Mahathir kepada kenyataan berupa prediction dikeluarkan Rais itu, yang berpendapat sekiranya PH gagal menunaikan janjinya dalam manifesto PH akan kalah sekiranya diadakan pilihan raya dalam masa terdekat, (esok).

Monday, August 26, 2019

Mencurigai masa depan Amanah

ANALISA

WALAUPUN penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) lahir dari permainan politik "labelisme" dalam Pas, dan ia bukan satu tindakan boleh menguatkan politik ummah, tetapi ia terpaksa ditubuh kerana mereka yang dinafikan (dilabelkan) sebagai anti Islam itu kalah tidak dapat menerima kekalahan mereka secara berkumpulan.

Mereka pula masing-masing mempunyai semangat juang yang kuat untuk memperjuangkan Islam yang mereka yakini. Mereka memilih Pas sebagai wadah kerana mempercayai kepada kesyumulan parti itu berbanding dengan parti-parti Melayu lain khasnya Umno.

Friday, August 23, 2019

Gubal akta persenda Jalur Gemilang - Aziz

REAKSI

Dr Abd Aziz Bari
MEMANDANG sikap setengah warga negara ini yang lemah ilmu sivik dan golongan cenderong politik pula suka memainkan isu remeh temeh (tetapi memberi impak tertentu, boleh mencetuskan kontroversi) seperti mana isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik, elok kalau kerajaan mengambil kira cadangan dikemukkaan oleh Exco Perak Dr Ab Aziz Bari agar diwujudkan akta khas berkaitan tatcara pemasangan bendera kebangsaan.

Menurut Abd Aziz, akta yang dicadang itu boleh menjelaskan mengenai kaedah pemasangan bendera, termasuk bentuk, warna dan cara-cara memasangnya dan juga tindakan atau hukuman dikenakan ke atas pelakunya.

Wednesday, August 21, 2019

Mengenali ciri-ciri pemimpin haprak

ULASAN

SEMASA berucap menggulung konvensyen Kepemimpinan Berhikmah, baru-baru ini terluncur gesaan oleh Anwar Ibrahim agak menolak pemimpin Melayu haprak

Menurut Kamus Dewan;  Haprak, membawa maksud kata-kata makian untuk seseorang. Ia tidak mempunyai pengertian khusus, mengenai cacian itu tetapi berbentuk umum. Haprak itu membawa konotasi buruk, kotor, cemar dan busuk, tidak berguna.

Kata-kata itu bersifat hembuan untuk menggambarkan betapa buruknya sesuatu itu dan kalau ia rangkaikan dengan pemimpin bermakna pemimpin itu tidak boleh dipakai.

Tuesday, August 20, 2019

Belasungkawa untuk Utusan Malaysia yang belum mati

SUSUPAN PETANG

SEBELUM Manghrib tadi saya cuba menghubungi bekas wartawan kanan Utusan Malaysia semata-mata untuk mengetahui perkembangan akhbar berbahasa Melayu kedua tertua (52) selepas Berita Harian (62) itu untuk mengetahui macam mana nasibnya.

Apakah ia akan tidak diterbitkan esok seperti mana digembar gempurkan. Malangnya, sosok yang saya hubungi tidak mengangkat panggilan saya.

Monday, August 19, 2019

Isu Zakir, penganjur juga perlu disiasat

SUSUPAN MALAM

Zakir terperangkap dalam
mainan politik pandir.
KENYATAAN Dr Mahathir Mohamad mengenai Zakir Naik yang memberi gambaran pendakwah itu tidak boleh bercakap soal politik dan menyerahkan kedudukannya kepada siasatan polis, menunjukkan PM itu tidak akan membela Zakir atas alasan persaudaraan Islam atau untuk menyelamatkan dia daripada dikenakan tindakan dibawah undang-undang negaranya, India.

Zakir Naik dikehendaki oleh kerajaan India atas beberapa kesalahan salah satunya melakukan aktiviti pengubahan wang haram.