Wednesday, February 26, 2020

Untuk bina semula kerajaan PH tiada jalan lain, bergabung

JELANG MALAM

KEPUTUSAN hasil daripada temuduga (pengundian) dari kalangan 221 ahli parlimen yang berlangsung selama dua hari berturut-turut di Istana Negara sudah pun selesai dan diketahui. Yang diPertuan Agong telah pun memperolehi keputusan. Esok Yang diPertuan Agong akan membuat tindakan selanjut berdasarkan keputusan tersebut.

Daripada analis keputusan itu, dengan berasaskan kepada beberapa pergerakan politik sebaik pengundian itu selesai, ia memberi petanda tidak ada mana-mana pihak yang mendapat simple majoriti 1(12) untuk membolehkan bentuk kerajaan.

Kumpulan perampas sudah mengaku kalah

SESUDAH SUBUH

Sebahagian perampas mengadakan sidang
akhbar mengaku kegagalan mereka.
SEHINGGA kini episod cubaan rampasan kuasa kerajaan PH sudah melewati jam ke 70, atau hari keempat. Ia bermula pada Ahad 23 Februari. Ia masih belum muktamad secara total, dan keadaan masih lagi dalam tanda tanya dan kabur.

Namun sudah ada tanda-tanda ia akan berakhir. Yang jelasnya kumpulan perampas sudah keletihan dan hilang daya untuk meneruskan hajat mereka dan sudah mengaku kalah.

Tuesday, February 25, 2020

Gabungan Rakyat impian saya untuk Malaysia

JENGKAL MASA

KEMELUT yang membedal negara kini masih dalam usaha penyelesaian. Para berwajib sedang berusaha keras untuk mengatasi segera kemelut dan masalah yang berlaku kini. Apa yang terjadikan kini seperti sejenis virus cukup membahayakan.

Nasib dan masa depan negara perlu diselamatkan sebaik mungkin dan secepat yang mampu dari virus berkenaan. Untung rugi nasib negara berada dalam genggaman kita semua.

Monday, February 24, 2020

Rentetan episod Rampasan Kuasa yang sukar difahami?

STOP PRESS

EPISOD Rampasan Kuasa terhadap kerajaan PH hari ini bermula dengan pertemuan tiga pemimpin PH, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dengan Mahathir Mohamad jam 9:30 pagi. Ketiga mereka cuba mendapatkan Dr Mahathir bagi meminta penjelasan apa yang berlaku pada malam tadi, pengkhianatan mengejutkan, rampasan kuasa.

Mulanya Dr Mahathir tidak bersedia untuk berjumpa ketiga-tiga mereka itu. Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu ke pejabat PMO di Putrajaya, tetapi Mahathir tidak masuk pejabat. Kegagalan ketiga mereka itu berjumpa dengan Dr Mahathir menyebabkan timbul persepsi kurang baik.

Apabila gagal menemui Mahathir di Putrajaya, Anwar, Guan Eng, dan Mat Sabu ke kediaman Mahathir di The Mines. Dr Mahathir tidak masuk ke pejabatnya pagi tadi, dan berada di rumah.

Mahathir tidak lagi perdana menteri

TERKINI  

Pening Mahathir hilang, tetapi pening rakyat masih
mendengung kepala.
AKHIRNYA apa yang diingini sejak beberapa minggu lalu dan kemuncak semalam, Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai perdana menteri. Tindakan Mahathir ini sedikit mengejutkan kerana ia seperti memilih jalan selamat untuk dirinya peribadi.

Walaupun beliau telah meletak jawatan, tetapi urusan penyerahan jawatan perdana menteri tidak langsung diberikan kepada Anwar Ibrahim sosok yang ditunggu selama ini.  Ertinya kedudukan jawatan perdana menteri waktu ini tergantung. Apakah Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku sebagai perdana menteri atau tidak?

Untuk apa Anwar dan Guan Eng berkejar jumpa Mahathir?

RAMPASAN KUASA TERKINI

Foto dari MalaysiaGazette: Anwar tiba di pejabat
perdana menteri, tetapi patah balik. 
Terkini. Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berkejar untuk menemui Mahathir pada pagi ini. Untuk apa? Kalau Mahathir tidak bersedia untuk berjumpa, tentu mereka tidak bersusah payah untuk cari Mahathir.

Mulanya mereka ke pejabat PMO di Putrajaya, tetapi gagal menemui Mahathir di situ.

Rampasan kuasa yang aneh dan songsang

SESUDAH SUBUH

Terkejut dengan kejadian gila.
SEMALAM kita semua dikejutkan dengan kejadian apa yang saya namakan percubaan RAMPASAN KUASA usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan - PH. Satu pakatan untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan diketuai sendiri olehnya. Mahathir mahu merampas kuasanya sendiri?

Gerakan jenayah politik itu dilakukan bersama secara sepadu partinya Bersatu bersama Umno, Pas dan sokongan dua parti daripada Sabah (Warisan) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kejadian itu pelik dan seperti tidak masuk akal. Tetapi jika mengikut falsafah saya, tidak ada apa yang pelik dalam politik, kerana kesetiaan, sumpah dan janji dalam politik tidak pernah berlaku.

Thursday, February 20, 2020

Tiada apa berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden PH esok?

ULASAN TERKINI

Kedua-duanya sudah setuju dengan rangka
peralihan kuasa.
 
BOLEH tutup buku. Begitulah yang boleh dikatakan buat mereka yang ghairah menanti untuk melihat timbul kekecohan dan ketegangan dalam mesyuarat majlis presiden PH esok.

Mereka akan kecewa dan kantoi. Hasrat untuk melihat beraku kegemparan tidak akan terjadi?

Ini semua terlukis dan terjawab apabila Anwar Ibrahim salah seorang watak utama dalam isu peralihan kuasa itu dilaporkan sebagai "menasihat" agar jangan ada tekanan baik kepadanya dan juga kepada Dr Mahathir Mohamad dalam isu peralihan kuasa.

Tuesday, February 18, 2020

21 Februari jangan ahli Majlis Presiden kena goreng lagi

RENCANA KHAS

RAKYAT negara ini serta pemerhati politik terus dijeruk dengan berbagai pertanyaan dan kemusykilan yang sebenarnya tidak pun perlu berlaku.

Apabila selesai Piraum - pilihan raya umum ke 14 dan kemenangan diperolehi dengan mutlak oleh parti Pakatan Harapan (PH), rakyat seharusnya sudah boleh rileks daripada bertengkar soal politik sekurang-kurang untuk tempoh lima tahun.

Dan kerajaan yang ditubuh dengan kuasa rakyat pula terus boleh bekerja untuk membangun dan memakmurkan negara.

Sunday, February 16, 2020

Peluang masih ada untuk kembali jadi baik

NOTA PAGI

KATA Anwar Ibrahim isu peralihan kuasa apa yang penting ialah pendirian parti (Keadilan) dan Pakatan Harapan. Dua entiti inilah yang menjadi penentu bila dan kepada siapa peralihan itu berlaku. Usah dengar caka-cakap daripada mana-mana pihak.

Pihak yang cuba campur tangan dalam isu itu lebih kepada membawa kemusnahan kepada kerajaan dan PH. Misalnya kerja parti agama dan Umno untuk mengekalkan Mahathir sebagai PM sehingga habis penggal jelas usaha untuk menghancurkan kerajaan PH.

Makanya, mulai sekarang ketepikan semua pandangan dan usaha pihak yang tidak sepatut melakukannya. Selain daripada dua entiti itu, apa-apa usaha boleh menganggu konsesus PH yang sudah sedia difahami itu.