STOP PRESS
EPISOD Rampasan Kuasa terhadap kerajaan PH hari ini bermula dengan pertemuan tiga pemimpin PH, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dengan Mahathir Mohamad jam 9:30 pagi. Ketiga mereka cuba mendapatkan Dr Mahathir bagi meminta penjelasan apa yang berlaku pada malam tadi, pengkhianatan mengejutkan, rampasan kuasa.
Mulanya Dr Mahathir tidak bersedia untuk berjumpa ketiga-tiga mereka itu. Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu ke pejabat PMO di Putrajaya, tetapi Mahathir tidak masuk pejabat. Kegagalan ketiga mereka itu berjumpa dengan Dr Mahathir menyebabkan timbul persepsi kurang baik.
Apabila gagal menemui Mahathir di Putrajaya, Anwar, Guan Eng, dan Mat Sabu ke kediaman Mahathir di The Mines. Dr Mahathir tidak masuk ke pejabatnya pagi tadi, dan berada di rumah.
Pada mulanya Mahathir enggan untuk berjumpa dengan ketiga-tiga mereka itu. Mahathir berada di tingkat atas, dan tidak turun ke bawah untuk berjumpa dengan mereka. Dr Wan Azizah yang hadir sama naik untuk bertemu dengan Mahathir.
Selepas Dr Azizah berjumpa dengan Mahatir, baharu diikuti oleh Anwar Ibrahim, Guan Eng dan Mohamad Sabu. Perjumpaan itu secara empat mata bukan serentak, seorang demi seorang menemui Dr Mahathir. Seperti mana kata Guan Eng pertemuan itu sungguh beremosi.
Selepas berjumpa dengan Mahathir, Anwar membuat kenyataan ringkas sesudah selesai mesyuarat kepimpinan tertinggi Keadilan, di ibu pejabat Keadilan di Damansara. Dalam kenyataan ringkas itu Anwar menjelaskan pertemuan beliau dengan Mahathir sangat baik.
Antara solusi mesyuarat MPT Keadilan itu, memecat serta merta Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin. Dan sebagai tindakan Azmin mengumumkan dia bersama Zuraida dan sembilan ahli parlimen termasuk Jaafar Kamaruddin keluar parti membentuk blok bebas.
Lewat petang Anwar dan Azizah telah ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka tiba berasingan. Pertemuan itu atas permintaan mereka yang sudah lama dibuat.
Sebelah petang Lim Guan Eng pula membuat kenyataan menyokong penuh Dr Mahathir untuk menjadi perdana menteri. Kenyataan sama juga dikeluarkan oleh Mohamad Sabu yang menyatakan sokongan sama. Kenyataan sokongan kedua mereka ini menjadi tanda tanya dan dirasakan pelik. Kenapa mereka membuat sokongan kepada orang yang telah meletak jawatan?
Dalam pada itu, beberapa pemimpin Umno dan kumpulan serpihan PKR dikatakan ke rumah Dr Mahathir. Namun tidak ada apa-apa kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin Umno, Pas atau serpihan PKR berhubung kedatangan mereka ke rumah Mahathir.
Selepas berjumpa dengan Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu, Dr Mahathir menghantar surat perletakan jawatan sebagai perdana menteri. Surat dua baris itu direkodkan dihantar jam 1:00 tengah hari sementara perjumpaan Mahathir dengan tiga pemimpin itu jam 10:30 pagi.
Umum melihat dan merasakan perletakan jawatan oleh Dr Mahathir dilihat satu keputusan dibuat atas tekanan terhadap beliau sebelum ini apabila beliau enggan melaksanakan peralihan kuasa. Perletakan jawatan itu sesuatu dialu-alukan.
Apa yang menjadi pertanyaan dan suspen, di sepanjang episod hari ini, bukan tindakan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, tetapi mengenai tindakannya melepaskan jawatan Pengerusi PPBM? Ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan itu. Kenapa beliau meletakkan jawatan penting itu. Peletakan jawatan itu sesuatu yang serius kerana menggambarkan beliau tidak lagi berada dalam PPBM.
Persoalan itu akhirnya terjawab juga apabila Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengumumkan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan (PH). Dr Mahathir sangat kecewa atas kehendak partinya yang mahu berkolaborasi dengan Umno, Pas dan serpihan PKR.
Tindakan PPBM itu pada mulanya dilihat ia ada sebagai sokongan terhadap Mahathir, tetapi apa yang berlaku sebenarnya sebaliknya. Dr Mahathir melepaskan jawatan pengerusi PPBM itu kerana beliau dikatakan tidak bersetuju dengan partinya yang dikatakan mahu berplot dengan Umno, Pas, dan serpihan PKR.
Cerita sebenar pecah apabila seorang menteri PPBM memberanikan diri bertanya kepada Mahathir apakah beliau merestui PPBM berpihak kepada Umno, Pas dan serpihan PKR untuk menubuh kerajaan baru. Pertanyaan itu mengejutkan Mahathir dan memberi penjelasan beliau tidak pernah bersetuju untuk bersama Umno. Jawaban Mahathir itu menyebabkan berlaku perbalahan dalam PPBM.
Di sinilah punca berlaku perbalahan dalam PPBM, perbalahan sesama sendiri yang membawa kepada beliau bertindak melepaskan jawatan Pengerusi PPBM. Peletakan jawatan itu dikatakan sebagai protes kepada tindakan Muhyiddin dan partinya untuk berkolaborasi dengan Umno, Pas dan serpihan PKR.
Sejauh mana kebenaran mengenai hal ini masih boleh dipersoalkan.
Dan episod petang ini berhenti rehat seketika apabila sebelah petang Mahathir menghadap Yang diPertuan Agong. Agong memberi perkenan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri sementara. Sebelum kerajaan baru dibentuk, Dr Mahathir bertindak sebagai perdana menteri.
Mengenai kerajaan Malaysia selepas ini ia masih bergantung kepada jumlah kerusi yang dimiliki kedua pihak PH dan pakatan baru itu. Kedua pihak akan dipanggil oleh Agong untuk mengetahui apakah mereka mendapat sokongan secukupnya atau pun tidak. Maka kita kena tunggu dengan penuh sabar.
Dan dengan kenyataan dikeluarkan oleh parti Warisan dan GPS di Sarawak ia seakan berpihak kepada PH. Kalau tafsir ini benar dan tepat bermakna PH berhak untuk menubuh kerajaan baru.
Sementara itu tiga event yang berlaku malam ini, PPBM akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tindakan selanjut ekoran tindakan Mahathir meninggalkan parti tersebut. Semantara itu Anwar pula dikatakan akan membuat sidang akhbar, manakala parti Amanah mengadakan mesyuarat di rumah Menteri Pertahanan. [wm.kl.8:43 pm 24/02/2020]

No comments:
Post a Comment