Wednesday, July 15, 2020

Cabaran Saifuddin terbaik buat Pas

ULASAN

Saifuddin ketika berucap di parlimen.
CABARAN yang dilontarkan oleh wakil Kulim - Bandar Baru (Saifuddin Nasution Ismail) semasa berucap membahas titah ucapan Yang DiPertuan Agong di parlimen petang tadi agar Pas membawa RUU 355 ke parlimen adalah satu cabaran yang perlu dilihat dari perspektif positif bukanya bersifat politik semata-mata.

Cabaran itu patut disambut baik oleh mereka yang menjadikan RUU 355 sebagai agenda perjuangan dan politik mereka, yakni Pas.

Monday, July 13, 2020

Speaker parlimen Malaysia di era normal baru

ULASAN

Mohamad Ariff Mohd Yusuff speaker cemerlang.
MENGULAS apa yang berlaku di hari pertama sidang parlimen hari ini, khususnya mengenai usul dikemukakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (Pagoh) untuk mengosongkan kerusi speaker yang disandang oleh Mohammad Ariff Mohd Yusuff, mencatat beberapa perkara baru yang boleh disebut sebagai sejarah hanyir dalam demokrasi Malaysia.

Saturday, July 11, 2020

DAP perlu rubah dan melakukan pengorbanan

PENDAPAT

SEMUA orang mengakui antara alat propaganda sakti digunakan oleh pembangkang ketika itu (Umno dan Pas) untuk meretakkan kerajaan PH kemudian menumbangkannya ialah DAP.

Senjata propaganda itu dengan memomokkan DAP sebagai parti huduh dan jahat dengan agenda yang boleh menggugat kelestarian agama dan bangsa.

DAP diletakkan sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum dibawah Kanun Keseksaan 302, mati mandatori ditali gantung.

Tanggapan buruk dan huduh kepada DAP ini menjadi masalah besar buat parti itu sendiri dalam usaha menjadikan ia sebuah parti diterima rakyat berbilang bangsa untuk menjadi pemerintah.

Wednesday, July 8, 2020

Sidang parlimen bermula 13 Julai ini pasti hangat

ULASAN MALAM

SIDANG parlimen 13 Julai ini tentu menjadi perhatian umum. Sidang berkenaan adalah sidang kedua penggal ke tiga parlimen 14 dan merupakan sidang pertama selepas sidang pembukaan 18 Mei lalu dibawah kerajaan Perikatan Nasional.

Sidang pertama (pembukaan) yang mulanya dicadangkan berlangsung dalam tempoh panjang tetapi diadakan sekerat hari sahaja semata-mata untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendirinya. Pendemik Covid-19 dijalankan alasan memendekkan sidang.

Keadaan itu wujud ekoran berlaku pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada PN.

Sunday, July 5, 2020

Politik Malaysia macam Lego

SESUDAH SUBUH

BERMULA dengan tragedi rampasan kuasa atau penggulingan kerajaan sendiri pada 25 Februari lalu politik Malaysia jadi cacamerba. Bersimpang siur dan porak peranda, tidak tahu hujung pangkal. Sudah tidak ada hukum dan undang-undang lagi. Demokrasi sudah jadi tidak bermoral "bercapuah" dengan najis jahiliah.

Moral dan peraturan bukan lagi satu perkara yang dipatuhi, dihormati dan dibanggai lagi.

Friday, July 3, 2020

Bukan sahaja PH, PN juga belum tentu arah

ULASAN

VETERAN Umno yang dilihat yakin dan tegar dengan idealisme asal Umno sebagai pejuangan bangsa Shahrir Abd Samad (foto) tidak begitu percaya dengan pembentukan kerajaan PN kini terutamanya kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri apabila beliau mempertikaikan keputusan dibuat Umno dan Pam menyokong dan menamakan Muhyiddin sebagai PM selepas Piraum ke -15 kelak.

Menurut Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Umno dan Pam sepatutnya menyelesaikan dahulu bagaimana mekanisme gabungan UBN dengan Pas menerusi PN dan bersama Bersatu dan lain-lain itu.

Apabila beliau melontar kepentingan itu bermakna beliau menolak Muhyiddin sebagai perdana menteri dan tidak bersetujuan dengan ketetapan diambil.

Wednesday, June 24, 2020

Subky Latif Pas terhutang jasa dengannya.

BELASUNGKAWA

Semasa menghadiri forum Hari Falsafah Dunia (WPF)
di Kuala Lumpur, 14 November 2018.
PAGI semalam saya menerima WhatsApp daripada dua orang kawan memberi tahu pesanan jemaah masjid Bilal yang memaklumkan Subky Latif yang juga jemaah masjid itu ketika ia bernama surau An Nur, sedang tenat di rumahnya, dan meminta setiap yang menerima pesanan itu berdoa untuk kesejahteraan Subky.

Saturday, June 20, 2020

Kerana bergaduh PH abai Pirake Cini

ULASAN LEWAT

Tiga calon berentap di Pirake Cini, Tengku Zainul,
Mohd Shukeri dan Mohd Shahrin.
HARI ini telah berlangsung penamaan calon Pirake DUN Cini Pahang tanpa penyertaan parti pembangkang. Tiga calon menyerahkan borang pencalonan, wakil BN Mohd Sharim Md Zain, 41 dan dua calon bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli. 

Tengku Zainul merupakan timbalan ketua bahagian Bersatu Pekan manakala Mohd Shukri seorang penulis blog.

Friday, June 19, 2020

Profesor sejemput awan di langit panas

SUSUPAN DHUHA

SERAMAI 115 ilmuan bertaraf Phd telah sepakat membuat seruan agar menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin, dilihat satu kenyataan politik murahan untuk mengampu Muhyiddin dan kerajaan.

115 orang ilmuan itu terdiri daripada dua profesor emeritus, 22 professor, 33 profesor madya dan 58 pensyarah universiti awam Malaysia.
 
Pernyataan mereka menyokong Muhyiddin serta meminta agar menghormati sistem demokrasi berparlimen Malaysia, serta menghentikan propoganda untuk mengugatkan kestabilan politik. Kenyataan itu juga menyeru agar mengangkat tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan. Ewah.

Friday, June 12, 2020

Politik balas dendam dan Piraum 15 siapa untung siapa rugi? (Akhir)

RENCANA 

SAYA bercadang untuk "pause" menulis dan mengupas soal atau isu-isu politik, sekurang-kurangnya menjelang sehingga Piraum (pilihan raya umum) akan datang. Keadaan politik dan cara politik yang digerakkan pada waktu ini sangat mendukacitakan dan tidak "semakan" dengan jiwa saya, menyebabkan saya benci, menyampah dan meluat dengan dunia politik.