Tuesday, December 1, 2020
Balada seorang penulis buku politik
Sunday, November 29, 2020
PERHATIAN PENTING
SAYA mengucapkan terima kasih banyak kepada penjenguk blog Merah Tinta yang menyokong dan membantu saya dengan memiliki buku terbaru saya KEMENANGAN YANG DIKHIANATI, POLITIK BIPOLAR OT95 yang kini sedang berada di pasaran maya. Alhamdulilah sambutan sangat membanggakan walaupun kita kini diancam pandemik Coronavirus.
Perhatian kepada yang belum memilikinya boleh berbuat demikian selagi stok masih ada. Kerana buku ini cetakannya terhad ianya boleh dimiliki oleh mereka yang membuat tempahan awal. Untuk maklumat stok yang masih tersisa kini 142 naskah sahaja lagi sehingga malam ini.Untuk penjelasan lanjut boleh WhatsApp langsung kepada saya No 019 233 6996 atau 016 844 3996. Terima kasih. [wm.kl. 11:20 pm 29/11/2020]
Wednesday, November 25, 2020
OT95 tidak mengaku tahinya walaupun dia yang berak
RESPONS
![]() |
| OT95 terus psywar orang. |
Dalam tempoh 40
minit, ada beberapa isu dibangkitkan merupakan perulangan apa yang telah
ditegaskan berkali-kali sebelum ini. Cuba ditimbulkan oleh Nazri untuk mengetahui apakah
OT95 konsisten dengan pendiriannya atau ada perubahan ekoran perkembangan
terbaru politik di era pandemik ini.
Bajet 2021 indikator senario Piraum ke-15?
PERSEPSI
MATA pemerhati dan pemain politik kini tersorot kepada isu Bajet 2021 yang akan menemui titik akhir esok, 26 November. Esok Bajet 2021 akan diletakkan atas mirzan demokrasi. Persoalan yang tersebal dalam kepala hari ini apakah Bajet itu akan lepas ataupun tersekat.
Bajet sulong kerajaan Curitokrasi ini benar-benar kontroversi menjadi Muhyiddin Yassin berdebar-debar dan tidak nyenyak tidur.
Debaran terhadap Bajet ini lebih tinggi denyutan debar semasa kali pertama Parlimen dibawah kerajaan PN bersidang untuk lantik Speaker dulu.
Saturday, November 21, 2020
OT95 tulis hikayat membela diri
SUSUN PAGI
OT95 telah mengarang hikayat menafikan bahawa dia bukan penghalang kepada Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri. Hikayat itu ada diposkan dalam Facebooknya mungkin ditulis sepanjang malam tadi. Beliau menulis apabila mengenangkan janjinya untuk berundur sebagai perdana menteri selepas Apec.
Semalam sidang Apec sudah berlalu. Mungkin dia ingat dia masih perdana menteri dan hari ini dia perlu berundur demi menunaikan janjinya. OT95 terlupa bahawa sejak 25 Februari dia tidak lagi perdana menteri. Begitulah kalau sudah tua, segala-gala jadi lupa tetapi kita tetap mengagahi kita yang benar. Itu sifat lumrah seorang tua.
Wednesday, November 18, 2020
PERHATIAN
![]() |
| Terima kasih kepada penjengok dan rakan-rakan yang telah membuat tempahan pra-cetak. Tawaran 111 naskah untuk pra-cetak sudah pun habis. Kini dibuka jualan umum. Terima kasih atas sokongan semua. |
Tuesday, November 17, 2020
Mengenali kelicitan Annuar Musa
CERMIN HIKMAT
![]() |
| Annuar jangan perkecilkan politiknya. |
Pergolakan dan "soksek-soksek" yang kedengaran menjadikan ramai orang gundah gulana. Salah seorang yang begitu jelas keresahannya dengan kerajaan PN ialah seorang anggota jemaah kabinetnya yang juga ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa.
Sunday, November 8, 2020
Menjawab kemusykilan Dr Lokman Hakim Sulaiman
REAkSI
![]() |
| Dr Lokman Hakim Sulaiman |
Mereka yang fasih dan tahu membaca kilat dalam
kilau, ada ilmu politik, dimana "terkilas ikan di air sudah tahu jantan
bertinanya" dengan mudah memahami kenapa kerajaan mengambil langkah mengenakan PKPB ke
atas negeri-negeri berkenaan walaupun ia tidak sepatut dilakukan.







