Saturday, November 21, 2020

OT95 tulis hikayat membela diri

SUSUN PAGI

OT95 telah mengarang hikayat menafikan bahawa dia bukan penghalang kepada Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri. Hikayat itu ada diposkan dalam Facebooknya mungkin ditulis sepanjang malam tadi. Beliau menulis apabila mengenangkan janjinya untuk berundur sebagai perdana menteri selepas Apec.

Semalam sidang Apec sudah berlalu. Mungkin dia ingat dia masih perdana menteri dan hari ini dia perlu berundur demi menunaikan janjinya. OT95 terlupa bahawa sejak 25 Februari dia tidak lagi perdana menteri. Begitulah kalau sudah tua, segala-gala jadi lupa tetapi kita tetap mengagahi kita yang benar. Itu sifat lumrah seorang tua.

Dalamn hikayat itu OT95 menyusun madah dan gurindam cerita kononnya dia bukan penghalang Anwar jadi perdana menteri. Dia cuba membayangkan yang bersalah adalah Anwar sendiri. Saya tidak tahu kenapa beliau perlu membuat apologetik yang bersifat antogonis itu.

Hikayat itu sia-sia sahaja. Orang baca tetapi orang tidak mempercayai OT95 lagi. Hatta bersumpah dengan nama Allah sekali pun kisah-kisah dan kejelekan kita (OT95) yang lampau akan mendawaskannya.

Ringkas kata, elok OT95 berhenti daripada menulis hikayat apa lagi hikayat yang di dalamnya ada watak bernama Anwar Ibrahim. Dari sudut apa sekali pun watak Anwar dalam hikayat OT95 sudah tidak sesuai dan relevan lagi. OT95 akan ada sisa-sisa kebaikan apabila beliau tidak menyebut langsung nama Anwar bin Ibrahim. Selagi dia menyebut mengenang Anwar orang akan mengingati kejahatannya.

Kepada teman-teman budiman jangan lupa untuk mengenali siapa OT95 bacalah buku terbaru saya; KEMENANGAN YANG DIKHIANATI, POLITIK BIPOLAR OTR95. Trims. [wm.kl.10:47 am 21/11/2020]

Like
Comment
Share

No comments: