Thursday, January 27, 2022
Pirane Johor: Jangan mati beramai-ramai hidup berasingan.
Monday, January 24, 2022
Anwar perlu berani dan tegas kembalikan kekuatan
Cadangan Anwar selaku pengerusi PH untuk menggabungkan semua pembangkang dan komuniti sivil menghadapi pilihan raya itu bagi menjamin kemenangan PH dan memulihkan semula PH yang kelihatan lendur kini, ia satu tindakan baik.
Tetapi ada sesuatu yang mungkin perlu diambil hirau sama oleh Anwar untuk menambahkan kekuatan pembangkang menghadapi pilihan raya itu.
Sunday, January 23, 2022
Umno dan Pas, putus sudah kasih sayang
ULASAN
| Gambaran Hiasan: Pimpinan Umno Kel. |
Sementara Pas pula diwakili oleh Pesuruhjaya Ahmad Yaakob yang juga MB Kelantan, timbalan Pesuruhjaya Mohd Amar Nik Abdullah dan lain-lain.
Wednesday, January 19, 2022
Isu Azam Baki: Ismail Sabri perlu letak jawatan
ULASAN
| Azam Baki pembuka panggung 2022. |
Berapa Ngo sedang susun agenda tukar kerajaan Kelantan
SESUDAH SUBUH
KEINGINAN rakyat Kelantan yang berada di luar (perantau) untuk melihat berlaku perubahan pemerintahan negeri itu daripada Pas kepada parti atau entiti lain sangat ketara dan serius. Ini terbukti dengan tertubuhnya beberapa Ngo yang diasaskan oleh rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan.Ngo tersebut lahir atau ditunjangi oleh individu mempunyai iktisad dari berbagai cabang atau kelas rakyat Kelantan, profesional, peniaga, mahasiswa dan juga bekas pegawai kerajaan (pensiun).
Monday, January 17, 2022
Pemberian wang royalti RM400 juta bakal jadi isu dalam pilihan raya nanti?
| Husam bapak pejuang royalti Kelantan. |
Semua rakyat negeri Kelantan sedang menunggunya penuh sabar khasnya mereka yang berada di luar Kelantan yang sudah mengesan akan kedahagaan rakyat Kelantan untuk mengecapi nikmat royalti itu.
Tentu sekali Husam sendiri orang yang bertanggungjawab mengerak dan memperjuangkan tuntutan royalti itu sangat ingin melihat dan mengetahui ke mana wang petroleum itu dimanfaatkan oleh kerajaan untuk rakyat.
Sunday, January 9, 2022
PBM ditubuh untuk pastikan Azmin dilantik sebagai TPM
SOROTAN PAGI
SEMALAM diumumkan barisan kepimpinan sebuah lagi parti baru, Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dikaitkan dengan bekas ahli Keadilan. Sebelum ini Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin disebut-sebut sebagai bakal memimpin parti ini. Tetapi tampaknya tidak jadi apabila ahli Parlimen Julau Larry Soon@Sug diumumkan sebagai presiden. Larry Sug ini juga adalah bekas ahli Keadilan dan pernah menjadi pengerusi Keadilan Sarawak.Manakala timbalan presiden I, Haliza Mohd Talha. Hampir 90% barisan kepimpinan diisi oleh bekas ahli Keadilan. Apa yang jelas parti yang dijenamakan semula daripada parti Pekerja Sarawak itu menjadi wadah mengumpul bekas-bekas ahli Keadilan yang meninggalkan perjuangan reformasi.
Wednesday, January 5, 2022
Belum tentu Pas kuasai semula Kelantan
| Dr Mazlan Ali, ramal Pas kuasai Kelantan. |
yang Kelantan tetap dikuasai Pas selepas pilihan raya umum ke-15 akan datang, hampir dipersetujui oleh semua pemerhati.
Sandaran Dr Mazlan untuk berpandangan demikian antaranya kerana di negeri itu kekuatan pembangkang "leweh" (lemah).
Iya, jika ditanya keadaan di Kelantan hari ini kekuatan pembangkang (khasnya PH) langsung tidak ada, bahkan pembangkang tidak menyerlah, situasi ini memberi peluang untuk Pas terus menguasai negeri Tok Kenali itu.
Saturday, January 1, 2022
Selamat tahun baru
Selamat tahun baru diucapkan khas kepada penjenguk blog ini. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih berjaya dan dalam rahmat Allah sepanjang masa.
Tahun 2021 kita tinggal dengan berbagai peristiwa dan kejadian yang dialami. Ada yang manis dan ada yang pahit. Ada kegembiraan dan kesedihan. Hendaknya 365 hari mendatang tidak akan membawa kita mengulangi kesedihan, kedukaan dan kemalangan, melainkan ia memberi rahmat yang diharapkan.
Salam hormat. [wm.kl.8:14 am 01/01/2022]
Friday, December 31, 2021
Gomez, Borhan dan Abu Zahar, Azam Baki terbela?
| Edmund L Gomez dan Azam Baki. |