KEWUJUDAN kumpulan parti politik disebut berfahaman Khawarij, yang mengambil pendekatan kekerasan dan sombong hendaklah diberi perhatian serius. Kumpulan ini sombong, langsung tidak boleh ditegur dan menganggap mereka sahaja Islamik.
![]() |
| Persidangan Majlis Raja-Raja. Hiasan. |
Kumpulan ini hanya mengakui mereka sahaja yang benar, manakala yang lain terkeluar dari Islam, pihak lain semuanya kafir dan wajar diperangi.
Paling membahayakan sejarah kumpulan ini menganjurkan pembunuhan kepada pihak yang tidak selari dengan pemikiran mereka. Dizaman selepas kewafatan Rasulullah S.a.w kumpulan yang tidak bersetuju dengan para sahabat melancarkan pembunuhan ke atas pemimpin selepas Rasulullah.






