Tuesday, February 13, 2024

Debaran menanti presiden baru Indonesia

Paslon Nombor Satu.
ESOK rakyat Indonesia akan menunaikan tanggungjawab lima tahunan mereka untuk memilih presiden dan wakil presiden baru untuk tempoh lima tahun 2024 - 2029. Turut sama akan dipilih esok ialah wakil MPR dan DPRD di seluruh Indonesia. Walaupun pemilihan esok penting untuk setiap calon, tetapi tumpuan ialah kepada calon presiden dan wakil presiden. 

Seramai 204.8 juta rakyat Indonesia berdaftar akan membuat pilihan mereka di  823,220 TPS atau tempat pengundian yang dibuka di seluruh negara itu. Dari jumlah itu sebanyak 800,161 pusat mengundi dalam negeri dan 3,059 tempat mengundi di luar negara dibuka. Semalam telah berlangsung pengundian awal bagi pemilihan yang berada di luar negara.

Saturday, February 10, 2024

Sifat pembangkang lebih teruk daripada ular...

SUSUPAN TENGAHARI

Tengku Maimun Tuan Mat
ISU terbaru yang membungai kubang politik negara hari ini, ialah isu pemansuhan (pencabutan) 18
peruntukan dalam Enakmen Kanun Jernayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan semalam. 

Apa diputuskan mahkamah itu tidak disenangi oleh sebahagian yang lain, khususnya golongan pembangkang yang sifatnya macam kutub utara dengan kutub selatan, bertentangan, tetap tidak akan menerima setitik pun kebaikan dari kerajaan.

Sementara mereka yang cetek pengentahuan dan malas menyelidik serta asyik maksyuk dengan lagu dendangan pembangkang, pula mudah percaya dan cair dengan muslihat pembangkang membuat tasiran, merekacipta fatwa dan hukuman, tindakan mahkamah itu sebagai mengancam Islam. Keputusan mahkamah itu sebagai langkah untuk menyekat perlaksanaan syariah Islam dalam negara ini.

Friday, February 9, 2024

Nik Elin dan anak menitikkan garis sempadan

ULASAN SEGERA

Nik Elin dan anakandanya.
MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini telah menerima bantahan dibuat oleh seorang peguam wanita Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap 16 peruntukan dalam enakman Syariah Negeri Kelantan 2019.

Keputusan itu dibuat oleh sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan 8-1. Lapan hakim bersetuju menerima bantahan Nik Elin dan seorang sahaja menolak.

Antara perkara yang diterima mahkamah untuk dimansuhkan ialah berhubung, peruntukan yang dianggap tidak sah, ialah mengenai pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).

Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42). Bagaimana pun dua perkara ini dikekalkan.

Dua peruntukan dikekalkan membabitkan penyerahan anak kepada orang bukan Islam atau Muslim yang rosak akhlaknya (Seksyen 13), dan perkataan yang boleh memecahkan keamanan (Seksyen 30). Petisyen Nik Elin itu tidak diterima total menggambarkan bahawa Mahkamah menitik beratkan kepada keadilan. 

Penerimaan Mahkamah terhadap petisyen Nik Elin ini sudah pasti mengecewakan golongan politik khasnya Pas dan golongan "senak Islam" lain yang cuba mengeksplotasikan isu itu untuk kepentingan mereka.

Semalam Pas telah membuat kerahan umum agar orang ramai hadir berhimpun di Putrajaya bagi mendengar bicara bantahan itu. Dan mereka yang mudah diperalatkan tanpa memeriksa hujung pangkal datang beramai-ramai atas keyakinan apa yang mereka perjuangkan itu benar. Datang berselawat, bertasbeh dan berdoa dengan harapan hakim terpengaruh dengan aksi politik murahan mereka. 

Kehadiran mereka itu kononnya untuk membela enakmen berkenaan yang ditafsirkan cabaran (petisyan) terhadap enekman berkenaan sebagai cuba mengancam kedaulatan Islam di negeri ini. Pempetisyen dianggap sebagai sekular, anti Islam dan jahil. Mereka tidak membaca apa tersumbat dalam sanubari Nik Elin sebagai pengamal undang-undang dengan tindakannya itu.  

Pembatalan 16 peruntukan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan yang memerintah Kelantan. Ia juga memalukan bila mana pembatalan itu berlaku kerana menunjukkan kekhilafan nyata pihak kerajaan yang sepatutnya tidak berlaku.

Bahawa pembubalan ekanmen berkenaan ketika di buat ia tidak mengikut semangat Perlembagaan Negara yang berkedudukan lebih tinggi daripada kedudukan kuasa negeri-negeri. Tampak sekali penggubalannya dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengambil kira pandangan sesetengah pakar perundangan dan lebih kepada syok sendiri.

Sebelum ini sudah pun ada pihak menjelaskan bahawa apa-apa enakmen yang hendak digubal diperingkat DUN hendaklah tidak bertentangan dengan Perlembagaan negera, jika tidak ia akan menghadapi implikasi seperti berlaku ke atas enakmen berkenaan itu.

Apa yang berlaku hari ini merupakan balasan kepada pihak penggubal undang-undang berkenaan (kerajaan Kelantan) yang enggan mematuhi Perlembagaan negara dan bertindak mengikut akal mereka sendiri. Bak kata orang ikut rasa badan binasa, ikut kepala sendiri maka terkucil sambil berlari. 
Bagaimana pun penerima bantahan Nik Elin itu menimbulkan kemarahan oleh pendukung Islam ala Pas. Perkara itu akan digunakan oleh Pas dan golongan memperjuangkan Islam secara saborono tanpa mempedulikan undang-undang sebagai satu bentuk serangan ke atas kedaulatan Islam di negeri ini dilakukan oleh Nik Elin. Perkara berkenaan akan dijadikan isu popular dalam pilihan raya akan datang. 

Ekoran itu ia juga akan ikut sama mengheret Kerajaan Madani hari ini sebagai bersekongkol dengan keputusan hakim itu. Dengan mudah mereka akan menuduh kerajaan tiada inesiatif untuk "menasihat" mahkamah agar membenarkan menolak petisyen Nik Elin. 

Justeru jika itu terjadi, adalah wajar bagi kerajaan untuk memantau dan bertindak kepada mana-mana pihak yang cuba melanggar keputusan Mahkamah itu yang memperalatkan khalayak agar bersama mereka. Kerajaan jangan bersikap "tak apa" kali ini, sebalik perlu bertindak lebih tegas. Mana-mana pihak pun yang cuba mengeksploitkan agama sebagai isu politik perlu ditindakan. 

Perbuatan mereka hendaklah dibanteras. Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) khususnya dan agensi bersangkut perlu bergabung dalam satu unit khas untuk bentuk skuad bagi membenteraskan fenomena ini. 

Dalam pada itu, kepada pejuang Islam baik dari parti politik dan NGO serta pertubuhan sosial lain, mereka tidak perlu gusar dengan apa diputuskan mahkamah hari ini. Jika mereka mempunyai keazaman dan daya ikhlas tinggi untuk menegakkan Islam dengan mengwujudkan syariah Islam, mereka perlu berbuat sesuatu yang praktikal dan rasional. Tindakan mereka hendaklah selari dengan kanun kitab negara.

Dalam hal ini mauduk utama ialah meminda perlembagaan untuk diselaraskan dengan kuasa Dewan-Dewan Negeri dalam menggubal undang-undang dan enakmen terutamanya bersabit hal ehwal Islam.

Untuk itu pembangkang perlu menguasai parlimen 2/3 bagi membolehkan pindaan perlembagaan di fasal fasal tertentu boleh dipinda. Selagi perlembagaan Persekutuan tidak diselaraskan, maka pengubalan undang-undang diperingkat negeri yang bertentangan, hanya sia-sia sahaja, melainkan ia sengaja dilakukan untuk dijadikan polimek dan isu politik yang rangup.

Selain itu, pembangkang boleh mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di parlimen, meminta parlimen meminda mana-mana fasal dalam perlembagaan yang menghalang penggubalan undang-undang seperti enakmen syariah itu.

Dalam sidang akan datang, hendaknya ada wakil rakyat pembangkang membawa RUU untuk tujuan itu. Sebelum ini RUU bagi tujuan bermaksud sama, meminda perlembagaan bagi memartabatkan mahkamah syariah telah pun dibentang, ketika Tok Dor Haji jadi ketua pembangkang,

Sayangnya, ia setakat dibentang tetapi tidak dibincangkan. Hal sama, RUU berhubung pindaan perlembagaan lebih konkrit bagi membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri gubal undang-undang seperti Enakmen Syariah Kelantan itu dikemukakan nanti.

Kepada Nik Elin dan anakandanya, kita ucapkan terima kasih kerana telah menitik sesuatu yang sebelum ini samar-samar dan kabur. Dengan adanya keputusan mahkamh rayuan hari ini, maka hal sama tidak berulang di kemudian hari dan akan menjadi precedent.  Peranan mahkamah rayuan itu ialah meletakkan mentara dan sempadan perundangan di antara Persekutuan dengan negeri, tidak lebih dari itu.

Kepada pendokokong Islam yang diperalatkan oleh penguasa politik tertentu, usah salah dan kecam Nik Elin dan anaknya kerana mereka hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai warga negara Malaysia sahaja dalam mendapat keadilan mengikut lunas undang-undang. Dari satu sisi kita berterima kasih atas keberanian mereka berdua. Dari lebih 2 juta rakyat Kelantan keberanian itu hanya ada kepada mereka. 

Juga jangan sesekali cuba mempertikaikan keputusan hakim Mahkamah Rayuan itu kerana mereka membuat keputusan berdasarkan prinsip perundangan yang dalam pengetahuan mereka. Dibimbangan jika terlalu berani sangat menegurnya nanti dikenakan contempt of court. [wm.kl. 10:47 am 09/02/2024]

Wednesday, January 24, 2024

Mahathir kantoi lagi

NOTA MALAM  

PDRM dan SPRM menafikan dakwaan Mahathir Mohamad yang dibuat ketika mengadakan sidang akhbar dalam episod untuk membela anak-anaknya semalam, yang mendakwa polis dan SPRM melakukannya sebagai penjenayah semasa menyoal siasatanya dan memburukkan SPRM tidak melaksanakan tanggungjawab. 

Beliau disiasat selama satu jam ekoran laporan 16 polis berhubung kenyataanya mempertikaikan kesetiaan kaum India ke atas negara ini. Kenyataan Mahathir itu tidak disenang kaum India sehingga beberapa orang pemimpin bangsa itu mempertikaikannya.

Menurut PDRM kenyataan itu diambil di pejabatnya di Yayasan Perdana seperti mana dikehendak Mahathir bukan di Bukit Aman.

Tuesday, January 23, 2024

Bila Mahathir sudah tercium harum penjara?

SUSUPAN PAGI

Mahathir membaca sesuatu di sidang
akhbarnya.
SEMALAM Mahathir Mohamad telah membuat sidang akhbar khas untuk membela dirinya, sekaligus meraih simpati rakyat terhadap nasib dan takdir yang menimpanya kini. Sesungguh Mahathir seorang hamba yang bernasib malang dan mengecewakan, kerana walaupun berada di hujung usia masih terus berhadapan dengan kerenah yang tidak menyenangkan.

Orang seusia beliau apa lagi dianggap negarawan masih lagi "berselibuh" dengan hal-hal yang memalu dan menyesalkan sangat pelik. Ini sesuatu yang pelik dan menghairankan mungkin jua ia suatu hukum karma.

Monday, January 8, 2024

Projek tebuk atap sudah jadi endemik

MENJOLAK MENTARI 

Anwar angkat sumpah sebagai
PM ke-10.
DIAWAL projek untuk menumbangkan kerajaan Perpaduan dan sekaligus membuang Anwar dari kerusi nombor satu negara frasa ketiga saya ditanya seorang kawan, "Sheikh ada apa berlaku di PMO?" Saya tidak segera menyedari apakah maksud pertanyaan itu. Bahawa kawan itu telah mendengar riak risik akan bakal berlaku kegemparan, dimana kerajaan akan tumbang dan Anwar Ibrahim akan tercabut dari kerusi perdana menteri.

Melalui risikan dan sumber-sumber diperolehinya, konon Anwar akan dijatuhkan dan kerajaan akan bertukar dalam masa terdekat. Tampaknya pertanyaan kawan saya itu menyakinkan dan bersemangat sekali. Mungkin dia seronok kalau Anwar tumbang kerana sebab-sebab tertentu.

Sunday, December 31, 2023

Harap apa yang saya fikir ini tidak terjadi

SEBELUM MENTARI 23 LENYAP 

Kit Siang apakah ada konspirasi?
SURYA 2023 akan terbenam beberapa jam saja lagi. Sepanjang 365 hari lalu banyak peristiwa
berlaku yang meninggalkan berbagai kesan kepada kita; sedih, gembira, galau, sangsi, waswas dan sebagainya. Sepanjang tahun lalu secara individu ada yang mencapai apa dihajati ada yang gagal untuk memperolehinya. Semua bidang dan lapangan kehidupan mempunyai impak tersendiri.

Begitu juga dalam aspek politik, dunia politik kita bergelora dan berombak sambung menyambung dari tahun sebelumnya hingga ke saat-saat berakhirnya tahun 2023. Parti-parti politik mengalami pasang surut. Agak dramatik dan lucunya ialah projek untuk menumbangkan kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim menjadi agenda utama mengisi takwim 2023. 

Seolah-olah sepanjang tahun lalu pembangkang tidak berihat daripada berusaha untuk capai maksud itu. Mereka terus bermimpi disambung dengan igau yang membawa kepada meroyan tanpa tentu fasal tanpa mengetahui dihinggap virus apa.

Tuesday, December 26, 2023

Khawarij: Bertindak sebelum terlambat

SUSUPAN PAGI

KEWUJUDAN kumpulan parti politik disebut berfahaman Khawarij, yang mengambil pendekatan kekerasan dan sombong hendaklah diberi perhatian serius. Kumpulan ini sombong, langsung tidak boleh ditegur dan menganggap mereka sahaja Islamik. 
Persidangan Majlis Raja-Raja. Hiasan.

Kumpulan ini hanya mengakui mereka sahaja yang benar,  manakala yang lain terkeluar dari Islam, pihak lain semuanya kafir dan wajar diperangi.

Paling membahayakan sejarah kumpulan ini menganjurkan pembunuhan kepada pihak yang tidak selari dengan pemikiran mereka. Dizaman selepas kewafatan Rasulullah S.a.w kumpulan yang tidak bersetuju dengan para sahabat melancarkan pembunuhan ke atas pemimpin selepas Rasulullah.

Monday, December 25, 2023

Tindakan ke atas penjenayah Vvip kejayaan besar Anwar

CATATAN AKHIR TAHUN

Anwar - Daim ketika di ambang
krisis.
TINDAKAN penyisatan ke atas pesalah jenayah di negara ini dalam kalangan orang tertentu (Vvip) semasa mereka memegang kuasa sungguh lambat dilakukan. Keadaan ini seolah-olah penajayah, rasuah penyalagunaan kuasa dan wang rakyat terselamat selagi mereka berkuasa. Kuasa menjaji benting kebal melindungi mereka. 

Seuatu tindakan hatta hanya siasatan baru dilakukan selepas mereka tidak berkuasa dan bertukar kepimpinan. Ambil sahaja contoh tindakan SPRM ke atas bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin yang dilkatakan telah menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah ratusan ribu juta ringgit, dikira baru bermula apabila bangunan miliknya Menara Ilham setinggi 60 tingkat telah disita oleh SPRM beberapa hari lepas.

Jika dihitung pada tarikh laporan rasuah dan salah guna dilakukan bekas Menteri Kewangan itu, didedahkan oleh Anwar Ibrahim tahun 1999. Anwar mendedahkan segala butiran itu dalam mahkamah semasa perbicaraan terhadapnya kemudian maklumat itu dilaporkan kepada polis untuk siasatan 30 Julai 1999. 

Tuesday, December 19, 2023

Usah pelihara babi di kawasan Melayu

ULASAN DISEMBER

BEHAVIOUR atau sifat pembangkang di Malaysia adalah menjadi penyerang kerajaan tanpa kira masa dan suatu kelumrahan. Meminjam istilah seorang tok guru, yang memperumpamakan kerajaan hari ini seperti Zionis, maka pembangkang juga boleh disamakan dengan perangai Zionis terhadap Palestin dalam melayani kerajaan hari ini. 

Mereka tidak akan berhenti menyerang Palestin, pantang ada ruang dan sedikit isbab saja akan diserang dan dibom. Nah, begitu juga dengan pembangkang di negara ini terhadap kerajaan.

Mereka akan buat serangan tubi untuk menganggu kerajaan. Mereka tidak akan kompromi langsung dengan kerajaan yang dilihat kerajaan adalah musuh abadi mereka seperti Zionis terhadap Palestin itu. Mereka tidak akan ikhtiraf mandat rakyat kepada pihak yang membentuk kerajaan. Semangat demokrasi mereka ke lautkan. Seolah-olah kalau pembangkang tidak menyerang kerajaan politik negara ini tidak hidup. Paling mendukacitakan serangan itu dibuat dalam keadaan mengigau, tidak waras.