Tuesday, September 21, 2010

Susupan Pagi

Ahli PKR Jangan Peduli Kepada Pengacau

PEMILIHAN kepimpinan dalam PKR yang sedang berlangsung kini mendapat perhatian semua pihak. Bukan saja ahli parti itu serta para pemerhati politik tanah air, tetapi ia juga mendapat perhatian dan intipan berterusan dari bekas-bekas ahli parti berkenaan.

Beberapa orang dari mereka turut sama mengulas dan mencaturkan keputusan pemilihan itu. Antara bekas anggota parti berkenaan yang sudah berkokok termasuklah Ezam Mohammad Noor, Nalakarupan, Zulkifli Nordin, Anuar Shaari dan beberapa yang lain. Mereka juga jadi panas punggung dan tidak sedap duduk. Kenapa?

Jawabanya mereka perlu mencampuri urusan bekas parti mereka itu kerana bimbang parti mereka itu akan kuat seterusnya dapat membentuk kerajaan bersama Pas dan DAP dalam pilihan raya umum akan datang. Jadi untuk memastikan kedudukan mereka tidak terancam maka PKR perlu dikucar kacirkan. Mereka yang berjiwa kecil sangat takut kepada perkembangan itu. Jadi dengan apa cara sekalipun mereka akan menganggui PKR.

Dari sudut lain kepedulian dan keperihatinan mereka itu memberi gambaran yang PKR kini semakin sihat dan gemuk. Ada petunjuk rakyat menerima PKR dan akan bersatu menyokong Pakatan Rakyat. Mereka perlu kucar kacirkan atau memberi imej buruk kerana pangkal perjuangan Pakatan Rakyat berada dalam PKR.

Semua tindak tanduk mereka itu untuk memburukkan Anwar Ibrahim. Ertinya mereka masih percaya dan yakin bahawa pengaruh dan aura Anwar masih berbisa dan ia perlu dimusnahkan. Walaupun usaha berterusan untuk memusnahkan Anwar namun Anwar tidak mudah untuk kojol. Di sinilah kekuatan yang ada kepada Anwar.

Bekas ketua Angkatan Muda PKR, Ezam berkata PKR kini dikuasai oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya. Azmin adalah orang Anwar Ibrahim. Ezam cuba memberi penjelasan apa yang orang semua sudah jelas dan faham. Apakah salahnya kalau keluarga Anwar memiliki dan menguasai PKR. Tidak salah. Ezam sudah tidak boleh diharap untuk memimpin kerana ia sudah melarikan kerana takut kepada hanya seorang manusia bernama Azmin.

Berdepan dengan Azmin, Ezam umpama ayam jantan kampung yang takut berlaga, dengar kokokkan lawan sudah lari melintasi tiga buah padang. Sia-sia orang mengangkat Ezam sebagai pahlawan refomrasi kerana dengan rakan sendiri pun dengki dan takut.

Jadi kalau PKR dikuasai Anwar, Azizah atau Azmin, Ezam tidak perlu kesal dan gunda gulana kerana memang tidak ada siapa hendak berlawan ataupun boleh mengatasinya (Azmin). Kalau Ezam sendiri yang dianggap hero penjara, hero kena tangkap dan hero kena dakwa pun takut apa lagi diharap kepada para pengais pagi makan pagi dan pengais petang makan petang dalam PKR ataupun yang menjadikan diri mereka sebagai kumpulan 10 budak hitam.

Dalam tindakan demokrasi ini bekas timbalan PKR Gombak, Bakar Ninggal (foto) itu lebih baik dan berani dari Ezam. Bakar tidak suka kepada Azmin berkali ganda dari Ezam tetapi Bakar tidak tinggalkan parti. Dia ambil keputusan berani seperti memacung tengkok sendiri untuk berdepan dengan Azmin. Bakar lebih faham dan profesional dalam politik berbanding dengan Ezam.

Bakar tahu dia akan kalah berdepan dengan Azmin. Tetapi beliau masih ada semangat demokrasi. Beliau tidak mencaci Azmin di luar gelanggang tetapi mengasak Azmin di dalam gelanggang. Orang seperti Bakar inilah yang perlu disanjung dan dipuji kerana keberanian dan sikap demokratik dan gentlmennya. Kalaupun Bakar kalan (dan akan kalah pun), tetapi Bakar tetap dianggap hero berbanding dengan Ezam. Ezam perlu malu kepada Bakar atas sikap berani dan bertanggungjawab untuk menumbangkan Azmin secara halal. Kalau ada masa Ezam perlu ke rumah Bakar untuk mempelajar politik darinya.

Kepada ahli dan penyokong PKR usahlah rungsing dan mudah panik. Percayalah kokokkan mereka di luar parti tidak akan membawa apa-apa makna. Ahli PKR jangan dengar mereka kerana suara mereka bukan suara perpaduan ataupun pandangan yang membina bagi memperkukuhkan PKR. Suara dan kritikan mereka ialah untuk mejahamkan parti berkenaan. Mereka bersuara bagi pihak musuh PKR iaitu Umno.

Tidak mustahil kalau Umno telah mengupah para pengacau ini. Saya mendapat tahu ada pihak tertentu dari Umno sedang memonitor pemilihan dalam PKR dan mahu memastikan orang tertentu kalah ataupun menjadikan PKR berkucah dan berbalah sesama sendiri. Ahli dan penyokong PKR hendaklah faham jarum halus yang menyusup dalam parti mereka ini.

Begitu juga dengan gelagat seorang lagi bekas ahli parti berkenaan bernama RS Jenapala yang beriya hendak mengadakan sidang akhbar setiap Isnin mengkhritik ketidakadilan dalam parti. Siapa dia untuk berbuat demikian. Apabila beliau dinafikan untuk bertanding jawatan timbalan ketua beliau marah sedangkan dia bukan ahli PKR. Kalau orang waras dia tidak akan mencampuri urusan rumah tangga orang lain, kalau pun dia sendiri tidak ada rumah.

Wajar beliau dinafikan bertanding. Bukan itu saja kalau ada undang-undang membolehkan seseorang pengacau parti lain dibuang daerah maka beliau patut dibuang ke luar dearah. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail Jenapala ini sudah lama dipecat dari menjadi ahli parti berkenaan.

Kekalutan dalam PKR masa kini boleh diatasi sekiranya setiap dari mereka yang bertanding terus menjaga tata susila berorganisasi dan tidak membuat provokasi berlebihan. Mereka juga perlu memperbetulkan nawaitu masing-masing. Apa yang dikejar kini bukan jawatan dan kedudukan tetapi bersepakat untuk menuju ke Putrajaya. Tidak ada guna kalau seseroang boleh jadi timbalan presiden atau naib presiden tetapi parti kalah dalam pilihan raya.

Setakat memegang dayung kalau perahu tidak ada kita tidak akan dapat menyeberang samudra.

Makanya semua pihak harus memfokuskan kepada matlamat itu bukannya mencari populariti diri masing-masing dengan pelbagai jawatan. [wm.kl.11:15 am 21/09/10]

Monday, September 20, 2010

Kenyataan Akhbar

Anwar Persoal Akaun 1 Malaysia Development Fund Berhad

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan beberapa perkara mengenai akaun 1Malaysia Development Fund Berhad (1MDMB). Berikutan itu satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan beliau itu yang dikirimkan kepada saya lewat tengah hari ini.


Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds).


Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.


Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut.


Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.


Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta.


Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta.


Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?


Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan.


Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.


Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi?


PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).


Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997.


Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia.


Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.


ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

[**** 14:20 pm 20/09/10]

Celoteh Murai 76

Wakil Rakyat Bidaah Wal Punanah

BILA membaca tajuk berita dalam akhbar Utusan hari ini berbunyi ' Nik Aziz tunjuk wajah sebenar - ******* ***', Murai jadi tersenyum lebar sampai ke telinga membawa ke pusat. Bukan apa geli hati campur geli geleman. Tak baca isi dalamnya pun sudah tahu. Kalau baca lagilah mengeli geligeleman dan menyerlahkan jahil murakab ahli politik berkenaan.


Wakil rakyat bebas berkenaan mempertikaikan pegangan Nik Aziz yang mahu dan memperjuangkan Islam lebih dari mempercayai dan memperjuangkan soal bangsa, Melayu. Maka wakil rakyat itu marah. Dia sebut yang Nik Aziz bermain politik dan sanggup ikut telunjuk DAP, semata-mata kerana politik. Dalam kata lain sanggup menggadaikan Melayu kerana ingin kuasa.

Murai rasa wakil rakyat berkenaan kurang baja dan tidak cukup kamus politik. Apakah dia tidak tahu bahawa Nik Aziz di samping jadi ulama dia juga politician, ahlul siasah. Maksudnya ahli politik macam dia juga. Kalau ahli politik maka dia akan berpolitik walaupun terjatuh ke dalam telaga buruk. Macam kisah Sang Kancil terjtuh ke dalam telagalah...

Dia yang melompat ke sana ke mari sehingga dibenci dan dijuah segenap rakyat dari segenap penjuru alam bukankah kerana politik. Bukankah kerana hendakkan undi demi kemenangan maka dia sanggup menjadikan politiknya sebagai politik dalca? Jadi kenapa hairan kalaupun Nik Aziz bermain politik dalam soal itu.

Wakil rakyat berkenaan suruh Nik Aziz tunjuk wajah sebenar, seperti mana tulis akhbar berkenaan. Wajah apa, selamanya wakil rakyat berkenaan takkan nampak dan kenal wajah sebenarnya Nik Aziz. Kerana wajah dan lembaga mereka berbeza. Dia hendak tengok Nik Aziz dalam versi dan speciesnya. Sampai khiamat dia tidak akan nampak. Nik Aziz adalah manusia, berkaki dua, manakala dia berkaki empat, bermata terjolor keluar. Takkan Nik Aziz nak pergi tambah kaki sepasang lagi untuk mempamerkan wajah atau diri sebenarnya?

Inilah yang Murai rasa geli geleman sampai ke pusat hingga ke telinga. Geli sungguh bukan main-main sampai anak cucu tanya kenapa tok ketawa lain macam. Begitulah agaknya kalau bercakap atau mendengar hujah orang tidak cukup ilmu dan kurang membaca kitab. Maka jadi 'tewel' dan songsang kalaklah dia.

Dalam berita itu juga wakil rakyat berkenaan petik ayat dalam surah Al Hujrat ayat ke-13, yang maksudnya Allah suruh manusia kenal mengenali antara satu sama lain. Apa yang dimaksudkan oleh wakil rakyat berkenaan juga songsang dan menampakkan kejahilannya dalam agama.

Katanya Allah suruh mengenal antara satu sama lain. Murai setuju. Kenal itu ialah kepada semua bangsa dan kaum dan bukan ke atas satu kaum saja. Kenal Cina, India, Iban, Dayak, orang putih, Korea, Jepun dan sebagainya. Apa tujuan Allah suruh kenal itu? Tentulah untuk kebaikan bersama.

Apabila Nik Aziz mengambil pendekatan atas dasar Islam maka ia mencakupi ayat berkenaan. Cara Nik Aziz adalah menuruti ayat berkenaan. Islam itu syumul, fahamkah YB berkenaan dengan syumul? Syumul ialah sejagat tanpa sempadan. Jadi ayat itu menyimpang dari apa yang wakil rakyat berkenaan faham dan amalkan. Wakil rakyat itu hanya nak perjuangkan satu bangsa saja dan mahu nafikan bangsa lain. Itu sudah bersalahan dengan falsafah atau matan ayat itu.

Jadi Murai rasa wakil rakyat berkenaan sudah tersalah ayat dan sudah tersalah tafsir. Kalau dia nak pertahankan bangsanya, dia kena baca kitab Muqadimah karya Ibnu Khaldum. Bacalah kitab ini kalau kita hendak berjuang atas prinsip assobiyah. Dalam kitab ini ada disebut mengenai kepentingan assobiyah. Murai boleh pinjamkan.

Dalam berita itu juga wakil rakyat berkenaan berfalsafah. Katanya orang tidak kenal bangsa tidak akan kenal dirinya dan membawa tidak kenal Allah. Adoi, hebat falsafahnya mengalahkan Dr Hamka ataupun Munsyi Abdullah. Lagi sekali Murai katakan dia bercakap sekadar membuat bueh mulut saja.

Apakah dia faham dengan apa yang dicakapkan itu? Bangsa bagi Allah tidak sampai ke kulit ari pun. Tidak penting sikit rabuk kata orang di kawasan wakil rakyat berkenaan. Yang penting di sini ialah diri. diri ini pula bukan gerangan lembaga ini, tetapi diri ini sesuatu yang halus dan seni. Diri ini pula terdiri dari berlapis dan peringkat peringkat. Ia juga ada martabat tersendiri. Secara kasar diri manusia ada tujuh martabat. Tahukah?

Diri jasmani, diri rohani, diri sendiri, diri terperi, diri terrahsia dan macam-macam lagi. Macam katak juga dia ada berbagai species, yang pandai menyelam dan berenang, dan yang hanya pandai berenang tetapi tak pandai menyelam dan sebagainya. Yang tahu melompat tetapi tidak tahu terbang juga ada. Yang tahu makan budi tak tahu terima kasih pun ada.

Murai nak tanya sikit wakil rakyat berkenaan sebab dia berfalsafah maka Murai nak berfalsafah. Kenalkah dia kepada dirinya sendiri. Kalau setakat kenal bodynya, tubuhnya, perut buncit, hidung kemet dan muka kepek, gigi palsu itu bukan diri namanya. Itu pembalut diri saja. Diri sebenar diri berada dalam lembaga yang kemek, kepek, penyek dan jonggang itu.


Kalau kita tidak kenal bahasa dan laras diri usah bercakap dan mengajar ulama pulak. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan bidaah dan syirik serta karut marut itu. Agama akan rosak kalau imannya yang bercakap tidak mengerti apa yang dicakapkan itu.

Di hujung berita itu wakil rakyat itu seru Nik Aziz selami ayat Quran sebelum mengeluarkan kata-kata agar tidak jadi bidaah. Arh... kerana Nik Aziz faham ayat dan baca ayatlah maka diberikan bulan kepada wakil rakyat berkenaan. Kerana politiklah Nik Aziz sanggup dimarahi kerana izinkan dia bertanding. Cuba kalau Nik Aziz tak baca ayat Quran dan tak faham, tentu dia tidak boleh bertanding atas tikit bulan?

Murai nak tanya satu saja pada wakil rakyat berkenaan apakah Nik Aziz sudah tersalah baca ayat dan salah mentafsir sehingga membenarkan dia bertanding atas parti Nik Aziz tempoh hari? Kalau tersalah ini bermakna Nik Aziz melakukan bidaah seperti mana dimaksudkan itu. Ini juga bermakna kemenangan dan title YB yang dipegang oleh wakil rakyat berkenaan juga bidaah. Maka selepas ini bolehlah dipanggil YB itu sebagai YB bidaah wal punanah!

Murai: Masih mabuk ketupat Aidilfitri.

Ulasan Isu

Tok Guruku Dibelasah Lagi..

TOK GURUKU terus mencari modal untuk mendapat publisiti dan pemerhatian umum kepadanya. Orang politik kena begitu, kena kreatif dan pandai melemparkan batu ke dalam semak, biar orang ramai-ramai terkejut dan berpaling ke arahnya. Kalau malu-malu dan tidak menonjolkan diri macam siput dan kura-kura selamanya orang itu tidak akan dikenali. Orang politik harus senantiasa ada idea dan mampu meletak diri di atas langit orang lain.

Cara Nik Aziz setiap kali lempar batu dengan menimbulkan pandangan dan pendapat yang kontroversi tak ubah seperti seorang budak cerdik hendak meleraikan perbalahan orang tuanya. Budak itu buat-buat sakit, mengaduh dan melaung untuk mendapat perhatian kedua orang tuanya. Akhirnya orang tuanya berhenti bertengkar berlari untuk membantu anaknya itu. Masa inilah si budak atau pun orang yang memerhati gelagat kedua orang tua itu mengambil kesempatan untuk mendakwah atau memperbaikan semula kedua ibubapa berkenaan.

Begitu juga saya nampak maslahatnya, apabila Nik Aziz dipetik sebagai berkata dia tidak bangga jadi Melayu oleh sebuah akhbar yang memang antinya dan pernah disaman olehnya dan pernah juga meminta maaf kepadanya. Kata-kata Nik Aziz itu menyebabkan hari ini sekalian orang termasuk juga haiwan yang membencinya berpaling muka ke arahnya. Mengkritik pandangan dan pendirian Nik Aziz itu. Secara tidak langsung juga bila Nik Aziz mampu menjadi perhatian umum mencerminkan dia masih sihat walafiat.

Sekali lagi Nik Aziz berjaya meletakkan dirinya dalam mata dan hati orang. Lebih aula, gara-gara itu memberi ruang kepada Nik Aziz ataupun oleh orang memahami pegangan politiknya menjelaskan akan ketidakfahaman ataupun kebutaan orang terhadap pendirian Nik Aziz itu. Mereka yang jahil akan beroleh kecerahan jiwa dan akal dari implikasi dicetuskan Nik Aziz.

Betapa tidak, akan ada ulasan mengenai pendirian ataupun kata-kata Nik Aziz itu. Akan ada perdebatan hangat mengenainya. Wujud pro kontra yang akhirnya membuah konklusi kebenaran terhadap apa yang menjadi pegangannya itu.

Banyak yang murih dan marah apabila Nik Aziz mengatakan dia tidak bangga menjadi Melayu. Dua tiga orang pemimpin Umno mula mengutuk Nik Aziz dalam tv dan juga akhbar. Orang yang pernah menjadi ahli Umno kena pecat dan kini terhegeh-hegeh ingin kembali berlumut semula dalam Umno juga kritik, meminta nak Aziz tunjuk diri. Seorang pemimpin pula kritik dan bidas Nik Aziz siap dengan membaca ayat-ayat Quran. Kutukan ini akan berterusan selari dengan isu pembunuh taukeh kosmetik.

Ayat-ayat cinta Allah itu dan hadith boleh dibaca oleh sesiapa saja yang kenal huruf Arab. Bacaan tambah sedap dan merdu kalau belajar taranum dan tahu pula tajwid. Susahnya... nak faham dan amalkan mesej atau suruhan yang dimaktubkan di dalam ayat berkenaan. Walaupun setengahnya larangan disebut jelas oleh Quran dan mudah dimengertikan, tetapi tetap juga tidak dituruti.

Kalau dibanding secara emprikal antara beberapa orang yang membaca ayat Quran untuk membidas Nik Aziz, jelas mereka lebih buruk, huduh dan busuk dari Nik Aziz. Lebih keji dari Nik Aziz.

Baik kesalahan kecil dan besar termasuk yang boleh dihukum dibawah kanun Hudud pun ada diperlakukan oleh orang-orang yang mengkritik Nik Aziz ini. Sekiranya hukum hudud dilaksanakan dan mereka terbukti bersalah mungkin setengahnya hanya ada tangan sebelah saja kini! Jadi siapa yang boleh dipercayai antara mereka dengan Nik Aziz?

Apabila Nik Aziz mengatakan dia tidak bangga jadi Melayu dan akan bangga dikenali sebagai seorang muslim, sebenarnya pendirian dan prinsip itu betul dan tepat. Pendirian itulah yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah. Pendirian beliau itu bersendikan kepada agama dan bukannya kepada adat. Itulah hakikat prinsip manusia Islam. Kalau kita bersendikan kepada adat, maka Melayu kena diutamakan. Tetapi lain dengan beliau, beliau mengutamakan agama dari bangsa. Nik Aziz bukan nasionalis, tetapi seorang agamawan. Beliau bukan saja hidup atas dunia nyata tetapi siap untuk kembali ke dunia ghaib.

Skop perjuangan partinya bukan bersendi dan bermatlamatkan bangsa, tetapi ia meluas kepada perjuangan manusia (Islam) sejagat. Bagi Nik Aziz memperjuangkan Melayu dalam konteks bangsanya saja, adalah perjuangan menirus, sempit dan bukan menuruti perintah Allah. Ayat yang bermaksud Tuhan jadi kamu berbangsa-bangsa dan beragama, buka bererti Tuhan suruh kita tegak atas bangsa kita tetapi maksud kenal mengenal itu mengetahui kebesaran Allah. Kenal disitu hendaklah kita membawa manusia ke Syugra dan bukannya ke Neraka. Selepas kita kenal dakwahlah mereka ke jalan Allah. Kalau kita mengenali bangsa lain dan menurutinya, itu bertentangan dengan prinsip Allah. Jangan keliru mengenai ayat ini.

Justeru saking pegangan itu, apa-apa juga keputusan, pandangam tindak tanduk beliau hatta politik beliau ukur dari aspek agama yang syumul. Beliau bercakap atas sifat manusia bukan atas ras atau kaum. Kerana itu pemikirannya sejagat melewati ke tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Beliau tidak berfikir di bawah serkup ayam di belakang rumah, Mat Maslan!

Dia juga berpegang kepada matlamat akhir hidup seseorang manusia yang mempercayai kepada hari akhirat. Beliau menyakini rukun imam, rukun Islam yang boleh membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat dan bukannya rukun Negara atau slogan 1 Malaysia yang diilhamkan Najib Razak itu.

Alasan ataupun pendirian itu juga penting. Kepercayaan Nik Aziz manusia bukan hidup di sini saja tetapi masih ada perkiraan di akhirat besok. Selepas mati manusia akan disoal di Yaumimashar. Manusia akan diajukan dengan beberapa soalan. Soalan-soalan inilah dirumuskan oleh beliau yang akhirnya beliau menyimpulkan dan berpegangan bahawa mengenai bangsa ini tidak penting dan aula.

Soalan-soalan (tamsir ibarat) yang akan disoal sesudah roh berpisah dengan jasad ialah mengenai siapa nama Tuhan, siapa Nabi kamu, apa kiblat kamu, dan siapa kawan kamu? Dalam rangkaian soalan-soalan cepu emas ini tidak ada pun soalan mengenai bangsa atau kaum ataupun harta benda?

Jadi di sinilah Nik Aziz menggubal keyakinan dan piagam hidupnya yang dibawa juga dalam kepercayaan dan permainan politik. Dan didalam al Quran dan hadith itu juga tidak pernah menyebut manusia paling baik dari mana-mana bangsa. Hatta bangsa Arab pun tidak disebut hanya diceritakan bangsa itu melahirkan Nabi dan keturunannya. Apa yang disebut berkali kali dan berkali kali, ialah manusia yang beriman dan bertakwa. Tiada jaminan terhadap mana-mana bangsa atau kaum di dalam Quran yang menyatakan kaum dan bangsa tertentu akan memasuki syurga. Muhamamd sendiri tidak masuk ke syurga kerana ia dari kaum Quraisy, tetapi kerana dia seorang hamba yang beriman dan bertakwa.

Makanya kalau soal bangsa itu penting dan boleh dibawa mati tentu sudah diceritakan di dalam Quran. Kalau adalah mestilah ada di mana-mana jerung (sudut) dalam Quran menyebut mengenai hal itu. Apa lagi mengenai bangsa Melayu satu bangsa termuda di dunia, tidak ada langsung. Usahkan sebut dibayang-bayangkan pun tidak ada. Hakikat ini menyebabkan Nik Aziz tidak merasakan penting dan bangga langsung terhadap Melayu dalam konteks kehidupannya untuk kali kedua nanti.

Terus terang saya juga tidak setuju dengan Nik Aziz mengenai hal ini, kurang memperjuangkan bangsa. Bagi kita yang melihat nama Melayu itu penting, akan marah padanya. Nampak beliau sudah murtad dari Melayu. Memang dari segi semangat dia sudah murtad, kerana tidak lagi mempertahankan perjuangan bangsa yang bersifat duniawi. Tetapi kita harus faham wujud perbezaan falsafah dan matlamat berpolitik di sini antara kita dengan beliau.

Pembinaan masjid bercirikan budaya Cina di jokir (laman) rumah saya di Rantau Panjang saya kurang setuju dan tidak melihat manfaatnya. Saya tidak nampak alasan untuk mengurangkan perasaan perkauman dengan pembinaan masjid itu. Kerana di Kelantan tidak perlu lambang-lambang seperti itu kerana Kelantan tidak pernah berlaku perang perkauman.

Masjid yang wujud di Rantau Panjang itu perlu wujud di Kuala Lumpur, Ipoh, Penang atau Johor Bharu. Tetapi bila ia wujud di Rantau Panjang ini menyebabkan saya merasa kurang bersetuju. Secara tidak sedar alasan diguna pakai tadi untuk mengurangkan perkauman memakan diri sendiri kerana seolah-olah Kelantan lubuk perkauman!

Namun bab beliau menolak Melayu dan menerima Islam adalah sesuatu yang hakikat dan itu adalah kelebihan dan keberanian Nik Aziz. Sebagai ulamak beliau telah membawa banyak pembaharuan dan memecah pemikiran lapok orang Melayu. Begitu juga pendiriannya mengenai Melayu ini sebahagian dari pembaharuan dan keberanian beliau dalam berdepan dengan kejumudan akal dalam menerima dan berpegang kepada sesuatu perkara.

Sememangnya bagi Nik Aziz tiada apa yang boleh dibangga kepada Melayu. Mungkin kita ramai-ramai akan memikir dan bermahasabah semula akan kekeduhan hati kita kepadanya dalam hal ini.

Apakah kita semua boleh berbangga kepada Melayu kalau mereka mengkhianati bangsanya sendiri, menjual hasil negara dan tidak langsung memelihara maruah negara. Apakah kita boleh berbangga dengan Melayu kalau mereka sendiri memalu dan memenjarakan pemimpin Melayu? Apakah kita boleh berbangga kalau Melayu sendiri menjual bangsa sendiri. Persoalan dan pertanyaan itu boleh kita renung dan jawab sebelum tidur, kemudian cuba padankan dengan yang Nik Aziz pertegaskan itu. [wm.kl 9:40 am 20/09/10]

Sunday, September 19, 2010

Mata Memandang Hati Memerhati

Projek Signboard Bersohor Oleh Barisan Nasional

TEKTIK propaganda Umno - apa saja mereka bangunkan projek tidak kira, sekolah, bangunan, masjid, jambatan ataupun jamban tahi maka akan ditunjukkan kepada umum. Satu signboard gergasi akan dibangunkan di sisi projek berkenaan dengan tulisan terang berbunyi; Projek Kerajaan Persekutuan guna untuk bersohor kepada rakyat kononnya mereka sajalah mengambil berat hal ehwal rakyat.

Mungkin kalau Umno tidak berbuat begitu orang tidak tahu yang projek itu dibangunkan oleh mereka. Bagi UBN mereka beranggapan rakyat negara ini masih buta huruf dan buta akal fikiran tidak tahu bahawa segala projek di negara ini dibangunkan oleh kerajaan Persekutuan yang ditunjungi UBN makanya ia kena ditonjolkan pada papan tanda. Mereka beranggapan rakyat belum memahamai sistem demokrai dan pentadbiran.

Di Jepun dan Amrika Syarikat serta Arab Saudia tidak pula ditulis pemakluman demikian di mana-mana projek yang dibangunkan. Malahan di Kelantan negeri yang sebesar mangkuk bubur itu pun tidak apa-apa projek dibangunkan untuk faedah rakyat ditulis sebagai projek kerajaan Negeri Kelantan. Kerajaan Kelantan tidak pun bersohor kepada rakyat.

Inilah bezanya antara kerajaan yang cerdik dan kerajaan yang terdesak yang sudah merasai apa saja sumbangan mereka kepada rakyat tidak diterima seadanya. Rakyat tidak akan membalas projek itu dengan terus memberi sokongan kepada mereka. Sebenarnya apa yang dilakukan kerajaan UBN ini satu penyakit jiwa. Kalau mereka yang rakyat menerima baik papantanda demikian tidak diperlukan lagi.

Sejauh itu sajalah IQ politik Umno. Semua benda dan semua perkara dieksploitkan untuk kepentingan politik. Walhal membangun apa-apa projek untuk kepentingan dan kemudahan rakyat adalah tanggungjawab dan fungsi sesebuah kerajaan yang tidak perlu disohorkan kepada rakyat. Sesiapa yang menerajui kerajaan Persekutuan menjadi tanggungjawabnya membangunkan negara tanpa perlu dihebuhkan. Tetapi kerana tahap politiknya masih rendah maka ia disohorkan demikian rupa.

Salah satu projek BN ialah membina - (sebenarnya menaikan taraf) taman rekreasi di Sungai Sam yang terletak di Jalan Kuala Krai - Gua Musang di persimpangan ke Dabong. Tercakung papan tanda yang memaklumkan projek berkenaan yang ianya di bangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan bersama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan. Projek itu adalah peruntukan dari RMK 9.

Adalah di situ sebuah surau yang boleh memuatkan 50 jemaah, sebuah wakaf dan bangku tempat berihat. Turut juga disediakan sebuah jamban. Jika dikira kesemua kos projek itu tidak pun sampai RM100 ribut tetapi papan tandanya hebat seolah-olah projek itu melebihi RM10 juta.

Menurut apa yang tercatat di papan tanda projek itu masuk tapak (mula kerja) Ogos 2009 dan dijangka siap pada Oktober 2009, dua bulan. Memang pun wajar sebab ianya kecil sebesar tahi mata saja. Nama kontrek juga dicatat disitu.

Walaupun tempoh penyempurnaanya sudah sampai, namun sampai kini ianya masih belum sempurna. Sudah hampir setahun masih belum dapat digunakan sepenuhnya. Jamban tidak boleh digunakan. Pintunya dipalang. Kemudahan air paip juga tidak berfungsi. Paip ada, air tak dak. Ada kepala paip sudah jatuh terkulai, macam kepala pejuang Melayu kena pancung dek Jepun disebabkan kejahatan brua Jepun dari bangsa Melayu.

Begitu juga dengan kemudahan eleterik untuk kemudahan surau. Pendawaianya masih belum selesai. Keadaan dalam surau lebih kurang macam kambing kambing saja. Sejadah berselerakkan. Persekitaran juga kotor dan berbau.

Persoalanya kenapa walaupun ianya sudah lama siap tetapi taman rekreasi itu belum sempurna? Apa sebab dan dimanakah kesalahannya?

Apakah kontraktor tidak dapat menyiapkan kerana ketiadaan wang? Ataupun sebahagian besar wangnya sudah disapu menyebabkan ia tidak sempat disempurnakan. Untuk menyiapkan ia memerlukan projek tambahan dari Rancangan Malaysia Ke-10?

Kalau kemungkinan ini berlaku keadaan itu ia tidak menghairankan kerana itulah fenomena yang berlaku dalam negara ini. Projek bukan saja tebengkalai, rosak dan roboh tetapi ada yang hanya ada papan tanda saja tetapi projek tidak menjadi langsung.

Ada juga projek yang kehabisan wang dan ditambah berkali-kali atau diadakan retender, tetapi tidak juga siap. Kenapa jadi begitu kerana wang disalah gunakan. Wang untuk menyiapkan projek melayang ke poket orang lain ataupun disonglap untuk biasa aktiviti politik. Para kontraktor yang selalu berurusan untuk mendapat apa-apa tander kerajaan Persekutuan (UBN) faham sangat mengenai hal ini kerana banyak sangat pengutip tol haram yang dihalalkan di tengah jalan.

Mungkin juga projek menaikkan taraf taman rekreasi Sungai Sam itu menjadi mangsa akan berbobrakan itu menyebabkan walaupun ianya sudah dianggap siap tetapi masih belum digunakan. Dipercayai bukan saja projek taman rekreasi itu saja tetapi projek-projek lain juga menjadi mangsa sama.

Semua kerja itu adalah projek hendak tipu dan pedayakan rakyat. Itulah sebahagian daripada bentuk siasah negara ini. Kerenah dan kebusukan inilah yang cuba hendak diatasi Najib Razak yang sampai kini masih belum berjaya. Bukan begitu Mat? Mat Maslan juga tentu suka kerana papan tanda koridor depu juga sudah roboh! [wm.kl 6:20 pm 19/09/10]

Saturday, September 18, 2010

Sebelum Istirehat

Darimana Gelaran Datuk Diperolehi Suspek Pembunuh Sosilawati?

SEBENARNYA sejak hari pertama suspek pembunuh Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya didedahkan kepada umum oleh media massa saya sudah ingin menanyai hal ini. Tetapi kerana kesibukan menyebabkan pertanyaan ini tersimpan dan baru malam ini saya ingin lontarkan.

Apa yang hendak saya tahu dan saya percaya orang lain juga, menegenai gelaran Datuk yang diberikan kepada peguam keturunan India itu. Biasanya gelaran Datuk dikurnikan oleh Sultan ataupun Yang Dipertuan Negeri saja. Lain-lain orang tidak berhak atau valid untuk memberi anugerah berkenaan.

Penganugerahan Datuk itu pula diberikan kepada mereka yang berjasa dan berbakti kepada sultan dan jajahan takluknya. Kalau dulu seseorang itu diberi gelaran atau diangkat menjadi panglima bila dia berjasa kepada negeri misalnya berjaya membunuh petualang negara.

Dalam kes suspek pembunuh Sosilawati ini raja atau sulatan, atau Yang Dipertuan Negeri manakah yang memberi gelaran berkenaan. Saya merasakan kalau gelaran itu sah dan benar dikurniakan oleh sultan atrau raja, apakah ia wajah masih dikekalkan kerana peguam berkenaan setelah dirinya tercemar atau imejnya sudah jadi buruk?

Benar beliau masih belum diadili dan belum didapati bersalah. Tetapi dengan pendedahan dan pengetahuan umum terhadapnya ia meletakkan suspek itu begitu kotor, jijik dan cemar di mana ia tidak wajar lagi memakai gelaran datuk itu?

Mungkin tidak menjadi kesalahan kalau disarankan supaya sultan atau raja atau mana-mana pihak yang memberi gelaran itu menarik balik gelaran berkenaan demi menjaga air muka dan wibawa serta kemuliaan gelaran berkenaan. Apakah seorang suspek sebagai penjenayah boleh dipanggil Datuk?

Saya bimbang ia boleh mengelirukan orang tidak faham mengenai hal ini. Anak-anak sekolah akan beranggapan bahawa Datuk juga boleh melakukan jenayah. Dengan apa yang berlaku itu menjelaskan peguam berkenaan tidak menjaga kemuliaan darjah kebesaran berkenaan.

Kalau ada sultan melucut atau menarik gelaran Datuk daripada orang yang dikurniakan kerana dikatakan melakukan kesalahan atau mencemar nama baik sultan atau institusi istana apa hal pula dengan peguam berkenaan? Apakah dia juga tidak mencemarkan nama sultan dan raja yang memberi gelaran itu dengan apa yang berlaku ke atas dirinya kini?

Ataupun Datuk itu dikurniakan oleh raja atau sultan di luar negara ini. Ataupun datuk itu dibeli daripada mana-mana kesulatan yang tidak sah dan sudah hilangat daulatnya maka itu ia masih belum diambil apa-apa tindakan ke atas penganugarahan itu kepada peguam berkenaan? [wm.kl.11:55 pm 18/09/10]

Marah Malam

Bila Beruk Dan Kera Bawa Kereta

[kemaskini] ANTARA sebab kenapa saya tidak pulang pada hari raya atau sebelum raya ialah kerana tidak mahu bergelewat dan serabut kepala di jalanan. Kalau musim raya akan berbondong-bondonglah kereta menuju ke Kelantan. Semua jenis plat ada, banyaknya bermula dengan W (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Kebetulan pula saya ada tiga majlis kenduri berturut-turut di Kelantan. Pada 15, 16 dan 17. Kalau hendak ikut 'erel' pada 18 September pun ada. Kenduri itu tidak ada helah untuk menolaknya terpaksa hadir walaupun dalam keadaan bagaimana sekalipun. Itu tidak dikira dengan jemputan rumah terbuka hari raya secara personal lagi. Banyak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ada majlis di Sungai Pria, Kuala Krai, ceramah untuk pungut derma bagi mendirikan bangunan sekolah agama di kampung itu. Dia juga minta jenguk ke majlis itu.

Saifuddin Nasution Ismail juga ada majlis rumah terbuka 17hb Sept di kampung halaman isterinya di Alur Hijau, atau Air Hijau. Tetapi yang menarik hijau, bukannya biru air laut ataupun biru langit. Khabarnya ribuan juga rakyat yang hadir.

Umno Rantau Panjang juga ada majlis rumah terbuka pada 17hb. Tetapi nasib baik saya tidak diundang dan dijemput oleh sesiapa. Kepingin juga untuk menjenguk majlis hari raya Umno Rantau Panjang itu untuk melihat apakah dua geng yang bergomol; Mohd Zain dan Abdullah Yassin berada dalam satu dewan yang sama. Katanya Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga turut hadir. Mungkin ada gambar Setopa senduk kuah gulai untuk Zain dan Dollah.

Jadi kerana jemputan dan majlis itu berturutan saya ambil keputusan untuk pulang pada majlis itu lagi pun bersesuaian selepas hari raya. Saya sangat mengira pulang selepas raya senang, tidak serabut. Tidak berlaku jam dijalan dan terhindarkan daripada melihat pemandu yang separuh mabuk todi dan separuh samseng, macam beruk dan kera yang hendak menunjuk lagak.

Saya sangat benci kepada mereka ini. (Maaflah). Benci saya kepada mereka samalah dengan bencinya saya apabila mendengar mercun atau nampak budak kecil main bunga api yang ditemani oleh orang tuanya. Benci ini samalah juga dengan bencinya saya mendengar lagu daripada artis yang makan dadah atau pun ditangkap kerana bersekedudukan dengan jantan atau betina.

Entah kenapa saya jadi begitu benci sekali kepada penyanyi yang makan dadah. Begitu mendengar lagunya tidak kira di radio, tv atau dimana saya akan tutup kalau saya berkuasa ke atasnya, atau akan menutup telinga. Anak-anak saya sudah faham perangai saya ini kalau mereka kebetulan tertekan channel dan ada penyanyi yang makan dadah di skrin tv mereka cepat-cepat akan tukar channel sebelum saya melihatnya.

Saya pernah dikatakan kejam seorang penjenguk dengan sikap saya itu. Tetapi itulah hukuman saya kepada mereka. Biar mereka menyedari bahawa ada orang yang membenci mereka atas perbuatan itu. Mudah-mudahan pemulauan itu akan menyedarkan mereka daripada untuk tidak mengambil tahi syaitan itu. Nah, demikianlah dengan pemandu yang samseng dan nak tunjuk lagak di jalanan, sungguh-sungguh saya benci.

Kerana itu saya memilih untuk pulang hari raya ke enam kerana mengira lagak yang memualkan itu tidak akan ternampak dek mata saya. Dengan harapan tidak ada kera dan beruk menjadi raja di jalanan, lega dan selesalah memandu. Tetapi ternyata tekaan saya tidak benar. Jalan raya masih lagi sesak dan gelagat pemandu samseng masih ada. Masih ternampak di depan mata. Bukan seorang tetapi puluhan orang, setiap tempat jam maka adalah kera dan beruk menari di jalan raya.

Waktu balik hari itu jalan lenggang, tidak banyak kereta yang mengarah ke Kota Bharu, tetapi yang berpatah balik masih banyak.

Saya suruh anak bongsu saya kira dalam jarak tiga km jumlahnya 1,200 buah. Sampai dia loya untuk membilangnya dan disambung oleh ibunya yang kemudian juga loya kerana terlalu banyak. Boleh dianggarkan pada raya ke enam itu saja kira-kira 6,000 buah kereta yang menjalar di atas jalan antara jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang pulang ke KL. Saya rasa kepulangan anak Kelantan diluar tahun ini agak luar biasa. Banyak! Apakah kerana mereka terpanggil dengan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 yang membawa gelaran Sultan Mohamad ke V itu? Mungkin juga.

Kepulangan itu sebagai merafak sembah kepada Tuanku menyatakan taat setia dan kegembiraan kerana Tuanku telah sah menjadi Sultan. Kalau tidak kenapa tiba-tiba bilangan mereka kali ini berlipat kali ganda? Kalau benar begitu bermakna pemasyhuran Tengku Faris itu memang ditunggu-tunggu dan didoakan rakyat jelata.

Berkenaan dengan si kera dan beruk tadi mereka ini bukan saja bengkeng tetapi liar di jalan, tetapi juga tidak berhati perut. Mereka tidak reti langsung nak hormat orang dan dan mementingkan diri sendiri. Mereka buat jalan raya macam datuk nenek mereka punya.

Kesalahan yang banyak dilakukan ialah memotong sebelah kiri. Akibat perbuatan inilah menyebabkan berlakunya kesesakan. Mereka akan menyondol kereta mereka untuk masuk ke tengah jalan tanpa beri signal ataupun apa-apa isyarat.Tindakan ini menyebabkan telah menyusahkan pemandu lain yang terpaksa brek dengan mengejut.

Rata-rata bila dilihat kepada muka si pemandu ala beruk dan kera ini mereka semacam saja. Rata-rata yang melakukan kesalahan ini mukanya bengis, kebanyakan atas kepala ada topi dan keretanya juga ada ekor. Kadang ada yang berkaca mata hitam. Eksos keretanya juga sebesar betis gajah. Bunyinya berdaung macam meriam buluh. Asap hitam macam hutan terbakar.

Ada juga yang bersikap 'gedebe' dan tak makan saman ini membawa anak kecil dan ibunya. Saya tidak boleh fikir macam mana mereka sanggup melanggar peraturan lalu lintas sedangkan atas kereta mereka ada isteri, anak kecil dan ibu tua.

Paling merujakan lagi ada juga yang mabuk dan samseng ini terdiri kalangan betina yang di cermin depan dan belakangnya tertampal P. Saya sempat merakam gambar macam mana sebuah kereta dipandu oleh betina. Ketika nak masuk ke tengah jalan dia hampir menyondok kereta di depan saya. Berdecit berdecing saya menekan brek gara-gara si kera betina ini.

Bila berhenti di stesen Petronas di Raub terjumpa pula saya dengan kumpulan betina muda ini. Perangainya sungguh hodoh sekali. Geli geleman saya melihatnya. Pakai baju nampak ketiak berbulu macam janggut jagung, duduk di tembok sambil hisap rokok. Kaki di kangkang macam beruk naik bisul. Sungguh tidak sopan dan tidak tahu malu. Saya kira dia balik Kelantan bukan untuk berhari raya mungkin untuk pergi ke Golok tengok tarian rambung.

Sebenarnya keadaan ini berlaku setiap kali pulang raya. Pemandu yang degil, tidak berhati perut dan dirasuk syaitan ini tetap ada. Mereka tidak pernah insaf. Seruan dan rayuan pihak polis agar pandu berhemah, jangan potong sebelah kiri dan jangan langgar lampu isyarat, jangan pecut melebih had laju tidak dipedulikan. Kerana masih berlaku gelagat yang keji inilah maka saya merasakan mereka lebih kurang beruk atau kera saja.

Sebab kalau mereka manusia, insan kamil, mereka akan mengerti dan sedar apa yang mereka lakukan itu membahayakan diri mereka dan juga orang lain. Kalau diri sendiri celaka tidak mengapa, tetapi yang sedihnya pemandu lain yang tidak berdosa dan berhemah juga ditimpa celaka gara-gara memandu macam beruk dan kera. [wm.kl.10:00 am 18/09/10]

Thursday, September 16, 2010

Susupan Pagi

Politik Yang Zalim, Zalim Dalam Politik

SELAMA ini PKR melaungkan akan bawa politik baru yang telus, adil dan demokratik. PKR sering mengecam Umno tidak telus dan tidak demokratik. Bukan sedikit pemimpin PKR dan bukan sekali mereka mengatakan demokrasi dalam Umno sudah mati. Apa yang menimpa Anwar Ibrahim 1998 dulu pun adalah berunsur kekejaman demokrasi dalam Umno. Mahathir Mohamad menggunakan kuasa vetonya untuk memecat Anwar tanpa merujuk kepada ahli akar umbi, walhasilnya Umno jadi 'kucar wak yah'

Kerana sikap itu Umno dibenci. Umno disampahkan oleh PKR. Dalam masa sama PKR mengangkat dirinya sebagai sebuah parti yang profesional, penuh demokrtatik. Sebuah parti yang turun dari dewa dan mengharapkan para ahlinya dari kalangan orang-orang kudus.

Selalunya dalam kehidupan ini manusia hanya nampak ada saja yang berada di depannya saja. Mereka dapat nampak keseluruhan muka, kerana ada cermin. Mereka nampak mata, hidung, kening, dahi dan telinga kerana ada cermin menyuluhkan kepada mereka. Lebih dari itu mereka tidak nampak kalau tidak diminta bantuan orang lain.

Hatta tahu lalat di atas belakang pun sudah tidak nampak, kalau tanpa pertolong orang lain. Jadi kalau benda dalam diri sendiri sudah tidak nampak dan dapat rasa, misalnya najis dipunggung, apalah yang berada jauh di sana. Makinlah tidak nampak. Menuduh memang sedap sebab lidah tidak bertulang...

Dalam masa PKR sedang berdepan dengan proses pemilihan pemimpin ini PKR jadi tidak nampak diri dan lupa kepada yang mereka ucapkan sendiri. Mereka sudah mungkir janji mereka kepada rakyat selama ini. Mereka mahu jadikan PKR parti alternatif untuk rakyat. Yang adil dan terbuka. Yang membawa semangat dan roh politik baru.

Namun melihat kepada beberapa tindak tanduk dan permainan menjelang pemilihan ini sudah tidak mencerminkan apa yang dihasatkan itu. Sudah ada permainan kotor dan jijik. Sudah ada tuduh menuduh antara satu sama lain. Sudah ada elemen dengki dan khianat.

Kehadiran Zaid Ibrahim untuk bertanding timbalan presiden sudah diacah dengan berbagai kerenah yang memabukkan. Macam-macam tuduhan dan sindiran ditujukkan kepada Zaid. Kenapa? Ini sepatutnya tidak berlaku. Biarlah kalau Zaid nak bertanding, biarkan dia bertanding. Suburkanlah demokrasi dalam PKR.

Mungkin sesetengah orang akan menafikan menganggap PKR mengamalkan demokrasi tulen. Tiada apa-apa kecaman dan aktiviti memburukkan Zaid. Tetapi kalau dilihat kepada jawaban Zaid dan ulas atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya ia menjelaskan hakikat itu. Ia sungguh menghairankan. Mungkin Zaid juga terkejut dan tidak percaya apa yang berlaku itu.

Sesiapa saja dalam PKR tidak perlu takut kepada Zaid. Beliau menyertai parti itu kerana tidak yakin kepada Umno. Beliau mahu lari dari tindakan non demokratik dalam Umno. Dia mahu melihat sejauh manakah demokrasi dalam PKR. Kalau keadaan dalam Umno sama juga dalam PKR tidak ada guna beliau bersusah payah menyertai PKR. Beliau boleh merayu dan kekal menjadi ahli Umno ataupun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Mereka yang cuba menghalang Zaid seharusnya sedar dan malu diri sendiri. Mereka kena yakin kepada diri sendiri. Kalau mereka benar-benar diterima ahli, menjadi jagohan kepada parti banyak berkorban, mereka tidak payah risau. Zaid masuk PKR hanya beberapa hari saja. Dakwat yang digunakan untuk menanda tangani borang pun masih belum kering lagi. Tidak mungkin dalam tempoh terdekat Zaid mengatasi mereka.

Orang yang takut kepada Zaid mereka yang tidak yakin diri. Mereka yang bukan berjiwa besar dan bersemangat demokrasi tulen. Tidak percaya kepada diri sendiri. Orang seperti yang sanggup menodai demokrasi untuk kepentingan diri awal-awal lagi sudah tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada Parti Keadilan Rakyat.

Saya juga ingin nasihat Zaid sekali lagi. Kalau beliau juga tidak sedia menghadapi kerenah persis dalam Umno yang kini wujud dalam PKR, keluar sajalah. Beliau atau sesiapa saja tidak akan memperolehi keadilan mutlak, demorkasi tulen serta keihlasan dari sesiapa dalam sebuah badan bernama politik. Saya sudah katakan politik berpaksikan kepada 4C.... 4C. Kalau kamu tidak sedia menerima paksi ini, jadilah seperti saya, penulis, pemerhati dan perakam sejarah politik saja.

Zaid hendaknya jangan peduli apa yang dituduh kepadanya. Beliau juga harus menghadapi pertarungan itu dengan keyakinan dan wibawa yang belau sendiri miliki. Berada dalam politik tak ubah berada atas perahu di samudra luas dan bergelombang. Orang bukan saja setakat sanggup memfitnah membunuh pun boleh dilakukan. [pp kel.9:20 am 16/09/10]

Wednesday, September 15, 2010

Catatan Iseng

Kepulangan Penuh Semangat

BETULAH orang kata kalau sudah ada semangat, sakit sikit-sikit pun akan hilang. Kalau tidak ada semangat, tubuh badan sihat pun jadi malas dan mulas. Betapa pentingnya semangat ini. Sebab itulah orang-orang tua di Kelantan zaman dulu akan pangil Peteri - sejenis pemainan tradisi berunsur pengubatan untuk mengubat mereka.

Bila Peteri dimainkan si sakit yang terjelepek atas tikar berminggu pun boleh bangun dan menari. Mereka jadi segar degar tiba-tiba. Begitulah ampuhnya pembangkitan semangat. Jangan main-main dengan semangat ni?

Begitu juga dengan perjalanan saya ke negeri kelahiran hari ini. Turun rumah sebelum Subuh jam 5:30. Sampai di Bentung solat Subuh disebuah masjid di situ. Jemaahnya ada lima orang setengah. Setengah, sebab salah seorang darinya anak bongsu saya.

Kalau tidak kerana semangat perjalanan itu tentu menjemukan. Jauh, lagipun edah hari raya sudah habis. Ketupat daun palas pun sudah basi. Tetapi kerana untuk menghadiri majlis kenduri anak buah dan pulang untuk berjumpa dan mencium ibu dan mentua, terpaksa juga.

Nasib baik ada semangat yang mengiringi diri. Apakah semangat itu? Ianya tidak bukan dan tidak lain melainkan kerana Kelantan baru dapat sultan baru. Pemashyuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan memberi tenaga tambahan untuk pulang. Rasanya bukan saja saya, orang lyang suka melihat kemakmuran dan kedamaian Kelantan juga merasakan begitu.

Sebaik memasuki sempadan Kelantan di Merapoh, bulu roma sudah berdiri. Jiwa rasa besar dan hati 'gumbira' kepenatan dan mengantuk langsung tak ada. Terasa semacam satu kepuasan kerana pergeseran dan perebutan takhta Kelantan sudah selesai. Tengku Faris sudah diangkat menjadi Sultan dengan rasminya. Rakyat Kelantan seolah mendapat mutiara yang amat bernilai sekali.

Semasa tiba di sempadan itu sempat juga saya tersilau kepada tempat signboard Dinar Emas dan Dirham yang baru dipasang tetapi sudah robek dan tumbang - kena baham ke lori mungkin. Saya dah masukkan gambar itu dalam Fb. Ingatkan signboard itu akan diperbaiki bagi menyambut para perantau yang pulang berhari raya, namun tidak ada.

Usahkan dibaiki, signboard robek itu langsaung sudah tidak ada. Kerangkanya pun sudah hilang. Saya tidak faham kenapa ianya tidak dibaiki ataupun ditukar baru. Bukankah signboard yang bertulis, Kelantan Land of Dinar itu penting. Ia untuk ditunjukkan kepada rakyat Kelantan bahawa Kelantan ada duit dinar emas dan dirham perak. Lagi pun semasa perlancaran wang dirham itu bukan main lagi gimiknya hingga sampai ke langit biru.

Apakah agensi yang mengeluarkan dinar dan dirham itu sudah tidak ada wang, sampai nak baiki atau tukar signboard itu pun tak mampu? Ataupun ia melambangkan bahawa dirham dan emas itu memang tidak laku dan hanya gimit politik saja? Atau pun signboard itu memang disebotaj?

Hati terus sejuk, aman dan bahagia tatkala memasuki sempadan. Aroma akok yang di jual ditepi jalan yang sering menyengahkan saya berhenti, dilupakan kerana ingin sampai segera ke Kota Bharu. Mahu melihat wajah KB yang ceria dan manis. Perasaan itu terbawa sampai ke Gua Musang, Kuala Krai, Machang hinggalah ke Pasir Puteh. Al gaoutsi yang menyerang lutut sebelah kiri tidak terasa, seakan sembuh dengan sendirinya.

Di Pasir Puteh singgah rumah Drs Zainuddi Awang Hamad YB Limbungan kerana beliau adakan kenduri kahwin anaknya. Jemputan ini saya kena utamanya kerana beliaulah wakil rakyat yang prihatin terhadap saya dan juga sahabat sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi. Inilah wakil rakyat yang tidak pernah berubah perangai dan status. Tetap macam dulu. Malahan seliparnya juga semakin hijau.

Sewaktu saya menjejaki Pasir Puteh tetamu agungnya, Tok Guru Nik Aziz baru saja tiba. Zainuddin meminta saya segera ke rumahnya untuk berjumpa dan makan semeja dengan Tok Guru.

Itulah Tok Guru, saya sudah merasakan dia akan hadir. Tok Guru manusia yang tidak pernah mengecilkan hati orang dan tidak pernah menghampakan permintaan orang. Mintalah apa kepadanya yang halal diberikan tanpa banyak soal. Jadi kalau setakat jemputan kenduri dia tidak akan ketinggalan. Akan cuba dipenuhi juga walaupun sibuk.

Kerana sesuatu sebab (yang saya tidak mahu sebutkan di sini) saya tidak segera ke rumah Zainuddin. Saya minta biarlah Tok Guru balik dulu. Saya mengelak dari berjumpa dengannya. Sementara saya menunggu Tok Guru beredar saya pusing bandar Pasir Puteh yang sememangnya sudah lama saya tidak lawati. Selepas mendapat penjelasan dari Wan Ismail yang Tok Guru sudah meninggalkan majlis baru saya bergerak ke rumah Zainuddin.

Kiranya saya bernasib baik juga, sebaik saya duduk di kerusi untuk menjamah makanan, TMB Ahmad Yaacob tiba. Dia juga dtang lewat seperti saya. Wal hasilnya walaupun tidak berjumpa dan bersalaman dengan Tok Guru tetapi dapat bersalaman dengan timbalannya. Orkey la tu. Mungkin ada menganggap berjumpa dengan Ahmad Yaacob tidak ada apa-apa istimewanya. Tetapi bagi saya istimewa kerana bukan senang untuk berjumpa dengannya.

Beliau mudah didatangi dan berbual dengan sesiapa saja, tetapi tidak dengan saya. Dia semacam kurang senang dengan saya. Apa yang maklum beliau takut berbual dengan saya akan dirakam dan ditulis. Aduh... begitu sekali. Mungkin kerana takutkan itu maka selepas bersalaman beliau terus berundur tetapi saya puas hati kerana sempat mengucapkan tahniah kepadanya sebagai mewakil Tok Guru dan semua Exco dan wakil rakyat atas pemashyuran Sultan baru, Tuanku Muhammad Faris Petra.

Tahniah dan selamat kepada YB Limbungan kerana dapat menantu dan majlis sungguh meriah. [pp kel. 7:20 pm 15/09/10]

Tuesday, September 14, 2010

Meluah Murih

Awang Adek Terus Main Politik Pak Mat Trafik

KATA Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Awang Adek Hussein Kelantan akan dibekalkan air bersih sekiranya Umno memerintah Kelantan. Selagi lagi Awang Adek patah balik ke belakang dan terus bermain dengan tektik politik Pak Mat Trafik. Tahukah macam mana politik Pak Mat Trafik.

Pak Mat ini gila. Dia selalu duduk dekat bulatan Tuan Padang di Kota Bharu bertindak sebagai polis trafik. Bila lapar dia akan minta duit dengan orang seringgit. Kalau bagi dua ringgit atau lima ringgit dia tidak akan ambil. Dia hendak seringgit saja. Pak Mat Trafik tidak pernah mengubah nilai mata wangnya, seringgit dari awal hingga ke akhir. Nah begitu jugalah politik Umno di Kelantan tak pernah melakukan anjakan paradigma.

Budak bodoh pun akan dapat menduga dan menilai politik rendah mutu oleh Awang Adek itu.

Kalau benar Umno nak bantu rakyat Kelantan, Awang Adek tidak payah tunggu Umno menang, perintah Kelantan beliau boleh bekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan pada hari ini juga. Masalah air bersih di Kelantan sudah sampai ke tahap yang menggerunkan sekali. Benar kata Awang Adek di mana-mana orang memperkatakan tentang air berwarna perang di Kelantan. Kalau rendam baju putih bertukar jadi merah. (Mungkin air di rumah wakil rakyat saja yang bersih dan putih).

Kenapa Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan. Bila beliau berjanji begitu, kalau Umno tidak menang bermakna rakyat Kelantan terus menikmati air berwarna. Apakah begitu yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin? Seorang berkelulusan Phd memilik doktorat seharusnya tidak bingung seperti ketua cawangan yang hanya lulus SRP dan SPM gread tiga.

Berhantilah melakukan politik hukum, denda yang telah diamalkan sejak berzaman dulu. Politik sedemikian dilakukan Umno sejak Awang Adek belum menganggotai Umno lagi. Tidakkah Awang Adek menyedari hukuman atau politik denda begitu tidak pun merubahkan keadaan. Orang Kelantan tetap juga memberi sokongan kepada Pas.

Awang Adek asalnya orang kampung. Kampungnya di Perupuk Bachok Kelantan. Dia anak petani dan pemajat pokok kepala. Dia seharusnya bersimpati dengan nasib orang kampung. Orang kampung gembira bila orang cerdik seperti Awang Adek jadi pemimpin. Mereka ingat boleh tumpang. Yalah orang kampung yang susah dan miskin akan mengetahui penderitaan dan denyut nadi orang kampung.

Tetapi bila Awang Adek juga berperangai macam golongan bangsawan, mendenda orang kampung, memperolok-olok orang kampung apa bezanya Awang Adek dengan golongan bangsawan. Biarlah golongan bangsawan saja yang memperolok-olokkan orang kampung. Yang menjadikan orang kampung sebagai badut, kemudian mentertawakan rami-ramai. Kita orang kampung bantulah nasib orang kampung.

Saya tidak yakin ugutan Awang Adek itu akan diendahkan oleh rakyat Kelantan. Mereka akan tetap minum air perang atau berkeladak daripada memangkah Umno cara Awang Adek hendak lakukan itu. Belajarlah keperibadian dan perangai unik orang Kelantan. Kalau kamu melakukan ugutan, desakan ataupun nak tunjukkan babil henelan, mereka sedikitpun tidak hairan.

Kalau kamu seribu kali henelan, mereka berjuta-juta kali henelaan. Sebab itulah walaupun susah, payah, daif mereka tetap memilih Pas parti yang berlemah lembut.

Cuba Awang Adek kata Umno akan salurkan air bersih walaupun tak menang pilihan raya, saya percaya ada orang Kelantan yang istyharkan menyokong Umno sampai mati. Kalau Awang Adek tetap juga bermain politik Mat Trafik itu saya kira tak guna beliau masuk politik, baik duduk di Bank Negara saja.

Orang berfikir macam Awang Adek dan Setopa anak lelaki Setwa tidak memberi guna satu setengah dinar Kelantan pun kepada rakyat Kelantan. Tidak. Tak percaya tanya Mat Maslan? [wm.kl. 11:10 am 14/09/10]