Friday, January 27, 2012

Celoteh Murai 02/012

Cadangan Salentia Kepada Burung Botak Mulut Merah

Ha ha ha... rasa nak tergelak juga Murai bila mendengar cadangan Salentia kepada si burung Botak Mulut Merah supaya memastikan sesiapa nak dicadangkan jadi MB Kelantan biarlah orang bersih dan tahu mengenai agama. (Akhirnya yang jadi kayu pengukur agama juga).

Kata Salentia berdasarkan kepada pengalaman politiknya dari tahun 1978, rakyat Kelantan mahukan kepada seseorang kepala yang bersih dan beragama, kalau kepala tidak bersih rakyat akan tolak.


Apa yang Murai dapat mengerti, kalau Umno gagal letakkan calon bersih jangan diharap Kelantan akan bertukar tangan. Kali ini Murai bersetuju (sedikit sahaja) dengan kata-kata Salentia itu. Dia juga menerima seseorang yang hendak jadi pemimpin itu haruslah bersaksyiah baik, berperibadi dan tahu membaca al Fatihah dengan tajwid dan makrab yang betul.

Baguslah ... dan memang itulah ciri-ciri untuk jadi seorang pemimpin. Tetapi soalnya apakah Umno Kelantan atau si burung Botak Mulut Merah ada calon demikian? Apakah di dalam Umno Kelantan ada orang-orang yang boleh melawan si Kopiah Tajam, Kopiah Leper, atau Kopiah Berbunga? Orang-orang ini tahu mengenai agama dan layak duduk di hadapan untuk menjadi imam. Sebutan mereka jauh lebih baik dari Salentia sendiri yang masih terlupa apakah Zohor dua rekaat atau Subuh empat rekaat, he he..

Salentia bercakap dan menumpahkan idea senang, sesenang hendak pancut kencing semasa balik ceramah, turun dari kereta tidak kira di mana, terus pancut. Untuk mendapat pemimpin yang 'beroma' anda tunjukkan itu payah, apa lagi dalam sekolah politik Umno yang jauh bezanya dengan sekolah politik Pas.

Usah pergi jauh untuk ukur sejauh mana cerdik dan bodoh anak sekolah Umno tenguk kepada pencapaian diri Salentia sendiri. Dia belajar dengan silibas Umno sejak Tadika kepada peringkat kelas tambahan. Nak kata dia lulus universiti Umno, tidaklah pula gagal memanjang.

Perhati bagaimana prinsip politiknya, perangainya, tuturkatanya, mulutnya, mukanya dan serba serbi mengenianya. Ketiaknya hangit sampai ke Amerika. Itulah jenis anak murid dari sekolah Umno. Murai pernah kata kalau al Quran belum ditutupkan lagi (khatam) mungkin kisah kerencaman politik Salentia akan dimasukkan dalam Quran. Akan ada satu surah menceritakan bagaimana jahat, tidak beradab dan busuknya si Salentia ini.

Justeru penatlah juga bagi Umno hendak mencari orang yang disebut Salentia itu. Si Lembu Makkah dan Beruang Air yang sedia ada tidak memenuhi syarat-syarat itu. Si Lembu Makkah hanya nampak baik tetapi dungu dalam tindakan politik. Penakut membuat keputusan dan selalu bermainan play safe.

Manakala di Beruang Air pula nampak sahaja besar tetapi lebih kurang si Lembu Ma
kkah saja kebetulan mereka juga duduk sekubang. Perut buncit hisap corot malam-malam melangut di kelab dangdut.

Menurut firasat Murai nampaknya Kelantan masih terus diperintah oleh kumpulan kopiah untuk pilihan raya akan datang. Cuma Murai ada satu cadangan untuk si burung Botak Mulut Merah, kalau Umno hendakkan calon yang pandai baca kitab dan al Fatihah tetapi tidak faham apa yang dia baca, ada, itu dia yang duduk di Genting, Tumpat sana.

Dia ni pandai baca kitab dan intonasi suaranya juga saling tak ubah seperti tok dalang royang kulit, dia ini lebih baik dari Salentia. Moleklah kalau Umno cadangkan dia untuk berdepan dengan si Kopiah Tajam..ooooooikkkkkk.....ya sina Pak Dogol.


Murai: Lebih baik burung Cap Tuli jadi MB.

Thursday, January 26, 2012

Susupan Malam

Penjelasan Noh Omar Tersekat?

Selepas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang cuba meredakan sedikit pembongkaran terhadap projek lembu gemuk (NFC) yang kena belasah terus sehingga memaksa Shahrizat Jalil bercuti selama tiga minggu dengan meralatkan audit tak kata projek NFC kucar kacir. Noh Omar pula tampil malam ini seperti mana dilapor media PB, dengan cuba menjelaskan isu NFC sengaja dipolitikkan oleh pembangkang.

Noh cuba hendak membela rakannya atau bekas Menteri Pertanian dan Indsuteri Asas Tani Udin anak Yassin yang dikatakan sangat mengetahui perjalanan NFC itu.

Saya malas ulas banyak penjelasan Noh yang tidak jelas dan tersekat-sekat itu cuma nak bertanya kepada satu persoalan yang dikatakan olehnya. Menurutnya projek itu menghadapi masalah sedikit apabila syarikat yang hendak datang melabor tiba-tiba tidak jadi.

Katanya ladang itu seluas 5,000 ekoar merupakan ladang peninggalan, (ladang gagal) pihaknya telah pun menyediakan syarikat itu masuk mengusahakan. Cara Noh 'beroyak" (bahasa Orang Asli memberi tahu), syarikat itu seperti syarikat dari luar negara.

Penjelasan Noh tersangkut kerana tidak menyebut syarikat berkenaan dan juga menjelaskan kenapa tiba-tiba syarikat itu tidak jadi masuk. Apakah ia ada kena mengena dengan komisyen atau fee yang terlalu tinggi yang perlu dilunasi ataupun kerana diminta wang tumbuk rusuk yang besar?

Hendaknya Noh memberi penjelasan perkara ini dan tidak boleh meninggalkan ayat itu tergantung. Sebenarnya banyak perkara misteri dalam kementerian pertanian dan industrian asas tani. Kalau beliau tidak jelas orang boleh menganggap beliau juga terlibat dengan tindakan syarikat itu membatalkan niat dengan tiba-tiba itu.

Dalam pada itu perlu ada pihak tertentu membuat selidikan mengenal pasti syarikat yang tidak jadi masuk itu untuk mendapat penjelasan apakah sebab musababnya. Saya percaya pembatalan itu ada kena mengena peraturan-peraturan luar tabiit yang dikenakan oleh pihak berkuasa di negara ini khususnya orang politik seperti mana yang telah disedia maklum. [wm.kl.10:56 pm 26/01/12]

Ulasan Isu

Serang Azizan Razak Tidak Bijak

Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan telah menyekang mahasiswa itu.

Khabarnya sampai ada protes besar-besaran dalam media massa, menerusi blog, muka buku dan sebagainya.

Ada sebab kenapa saya tidak mengikuti atau mempedulikan isu berkenaan. Kerana isu itu berlegar dalam lingkungan sesama sendiri, maka tidak wajar saya kira ia diperbesarkan. Isu itu seharusnya diselesaikan secara baik dengan diam tanpa gemercingan ke luar.

Dalam saat pilihan raya menjelma sepatutnya semua pihak mengelakkan dari bertembung sesama sendiri dan bersikap mendiamkan apa-apa yang masing-masing tidak berkenaan di antara satu sama lain. Jangan membuka banyak lubang intip untuk mengintip musuh nanti musuh akan mencuri peluang menerobos melalui lubang itu. Pembangkitan isu berkenaan boleh diibaratkan sebagai membuka lubang untuk musuh.

Mulut sesama sendiri perlu diam saat hendak melakukan serangan ke atas musuh. Kalau saat hendak ambush musuh tetapi sesama sendiri masih bercakap dan bercakaran bukan saja musuh terlepas tetapi diri sendiri akan menjadi mangsa kelak.

Apakah motif atau isu sebenarnya di sebalik serangan ke ataz Azizan Razak saya tidak tahu. Hanya hari ini apabila saya membaca laporan di sebuah portal melaporkan Abdul Aziz Bari juga mengecam Azizan Razak sampai minta Azizan Razak menyertai BN kalau hendak sokong AUKU baru saya tahu mengenai isu berkenaan. Kenyataan atau protes Aziz Bari itu saya kira agak keras dan menjadikan saya bingkas untuk mengulas.

Serangan kepada MB Kedah itu puncanya kerana Azizan menyokong tindakan Kolej Insiniah Kedah (KUIN) menggantung lima orang pelajarnya yang terlibat dalam tunjuk perasaan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Jadi mereka yang mahukan AUKU dihapuskan marah kepada sokongan Azizan itu, menterjemahkan Azizan tidak bersama mereka.

Sokongan itu diheret kepada soal ikrar dalam Buku Jingga. Kononnya dengan pendirian Azizan itu beliau telah bersikap menyanggah kandungan Buku Jingga. Tidak dinafikan dalam Buku Jingga ada dinyatakan untuk menghapuskan AUKU. Pernyataan dan janji di dalam Buku Jingga itu sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat dan sudah diterima sebahagian besar rakyat.

Memanglah dari segi prinsipnya tindakan Azizan itu bertentangan dengan aspirasi Buku Jingga. Tetapi adalah melampau kalau beliau diserang dengan berbagai cemuhan, apa lagi serangan itu sama jenis serangan ke atas Najib Razak, Sharizat Abdul Jalil atau Rosmah Mansor. Bagi saya kenyataan Abdul Aziz Bari seperti dipetik itu saya lihat tidak cermat dan agar boros. Kalaupun beliau anti kepada AUKU tetapi Aziz tidak sepatutnya begitu lancang menyerang Azizan.

Beliau kena ingat dan faham sebusuk dan seburuk mana Azizan dia masih bersama Pakatan Rakyat dan MB kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Saya kira mereka yang menyerang Azizan Razak sudah melupai adat dan terbawa-bawa dengan emosi kerana terlampau geramkan UBN. Tidak boleh juga bila kita tidak senang dengan stail dan sikap seseorang kita terus menyerang mereka bila timbul saja isu yang dibangkitkan sedangkan ia boleh dibahas atau diselesaikan secara baik.

Kalau semua faham tindakan (kenyataan sokongan) Azizan itu sebenarnya ia tidak ke mana dan mudah gelabah. Ia tidak sedikitpun pun menghalangkan cita-cita untuk menghapuskan AUKU. KUIN adalah sebahagian daripada ratusan Pusat Pengajian Tinggi (IPT) yang masih mengguna pakai akta berkenaan atau tertakluk dengan akta najis itu. Bukan KUIN sahaja yang mempraktikannya, tetapi pusat-pusat pengajian lain juga berbuat demikian.

Saya percaya Azizan juga tidak bersetuju dengan akta yang menyekat kebebasan mahasiswa bersuara itu. Apa lagi Azizan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (oposisi) yang sangat memerlukan kepada kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa untuk mendokong Pakatan Rakyat. Kenapa beliau menyokong tindakan itu, perlu di lihat dari sudut lain yang lebih profesional dan akademik serta politik, bukan secara harfiah. Inilah kita kadang kala kerana terlalu emosi sangat tidak dapat menyelami erti di sebalik makna. Tidak dapat menyelami erti lain daripada apa yang kita difahamkan. Ada kalanya kita terbawa-bawa dengan rasa dendam kepada seseorang itu ke mana saja.

Apa yang perlu difahamkan, KUIN tidak boleh bertindak di luar mana-mana akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ia terikat dengan syarat-syarat dan undang-undang tubuhnya. Walaupun KUIN itu dibawah kerajaan negeri yang prinsip politiknya tidak suka kepada akta itu, ia tidak boleh tidak dari memperakui akta berkenaan dan tidak boleh mengabaikannya. Mana-mana ada mahasiswa yang bersalah dan perlu dihukum maka akta itu masih relevan dan digunakan.

Kalau KUIN tidak menggunapakai akta itu pasti ia bertentangan dengan akta penubuhannya yang mana kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menghendaki menggunapakai akta berkenaan. Semua kena akui bahawa AUKU walaupun dalam proses penghapusan masa kini, tetapi ia masih belum dihapuskan, jadi ia masih valid untuk KUIN juga.

Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

Jadi bila Azizan Razak menyokong tindakan KUIN itu tidak bermakna beliau bersetuju dengan akta itu. Begitu juga bila kita membayar tol bukan bermakna kita bersetuju dan redha dengan pengenaan tol itu. Beliau menyokong sebagai menghormati keputusan institusi berkenaan yang bertindak menggunakan undang-undang yang masih berlaku (valid). Manakala kita membayar tol dalam paksa itu juga kerana menghormati syarat-syarat yang dikenakan kepada kita. Kedudukannya sama bukan?

Kaedah atau hal-hal seperti ini perlu difahami secara mendalam. Baik mahasiswa, pemimpin pelajar dan ahli politik perlu fahami mengenai perkara ini dan kedudukan sebenarnya. Apa guna kita menyerang sesama sendiri, kalau tindakan itu akan dilihat sebagai kita berpecah belah sesama kita, tiada ada guna langsung.

Kepada saya, (maaflah) mereka yang mempertikaikan tindakan Azizan, membesar-besarkannya apa lagi menyerang termasuk sampai mengungkit perangai dan peribadinya tidak bijak dan bukan orang yang memakai minda politik sepanjang masa. Mereka tidak ada sikap tasamuh di dalam politik. Mereka hanya berfikir dengan apa yang ada di hadapan mereka saja dan tidak melihat kebenaran-kebenaran lain yang berlegar di sekeliling mereka. Maaflah...

Nasib baik dalam kes ini para pemimpin tertinggi nampaknya faham dan tidak terikut dengan nafsu amarah yang mentah itu.

Perhatikan apakah kenyataan sokongan Azizan kepada tindakan KUIN itu adakah dibangkit oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat? Bukan saja dari Pas, tetapi PKR dan DAP juga. Rasanya tidak ada. Ini menunjukkan para pemimpin lebih bersikap profesional dan tahu waktu mana hendak bergaduh dan waktu mana untuk tutup mulut. Bermain politik ibarat kita berlakibini kita kena tahu waktu mana hendak bergaduh masa mana hendak bertengkar fasal nasi hangit. Kalau waktu senja kita bergaduh ertinya sepanjang malam kita akan kerugian...

Justeru mahasiswa, bloger yang anti AUKU dan sebagainya silalah tututp mulut anda. Hasrat dan matlamat untuk hapuskan AUKU itu tidak akan terhenti dengan hanya Azizan Razak membuat kenyataan menyokong tindakan KUIN itu. Malahan cara anda menyerang Azizan itu ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan tumpuan untuk menghapuskan AUKU yang telah dimeteraikan dalam Buku Jingga itu.

Kalau anda bijaksana anda tidak ungkitkan secara terbuka kenyataan Azizan Razak itu dan menerima tindakan KUIN itu. Anda patut berjumpa dan berbincang dengan Azizan. Dalam pertemuan itu anda secara senyap mengemukakan memorandum agar Azizan campur tangan melepaskan pelajar berkenaan. Cara ini paling fatanah dan menggambarkan anda - orang-orang yang mengkritik secara terbuka adalah orang yang bijaksana dan berfikiran tenang. Saya rasa Azizan juga akan bersetuju dengan permintaan anda secara diplomasi itu.

Bijaksanalah di dalam melayani isu-isu politik dan pilihlah subjek-subjek untuk diperkatakan, jangan pakai 'rawal' semua sekali. Politik perlu bijaksana yang bijaksana. Dan Abdul Aziz Bari yang baru melangkah kaki secara rasmi dalam lautan politik itu juga saya rasa sudah mula menunjukkan sikap tidak bijaksananya. Aziz sepatutnya tidak serang Azizan seperti itu yang mana boleh melukai hati penyokong MB Kedah itu, tetapi yang afdal memberi penjelasan kenapa Azizan membuat kenyataan sokongan itu. Mendamaikan dan bukan menghuruharakan lagi minda itulah politik harmonis. [wm.kl.7:14 pm 26/01/12]

Susupan Tengahmalam

Aziz Bari Akan Tanding Di Sabak Bernam?

Malam esok Anwar Ibrahim akan turun ke Sabak Bernam, Selangor dan akan bersama ceramah di mini stadium di sana. Katanya sempena ceramah itu juga Anwar akan mengumumkan bekas pensyrah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari bakal menjadi calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Dengan pengumuman itu nanti akan tamatlah desas desus mengenai masa depan Aziz Bari yang sebelum ini tidak jelas beliau akan memilih parti mana sebagai wadah baru dalam politik.

Pengumuman itu nanti sudah tentu akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Sabak Bernam. Abdul Aziz adalah anak jati Sabak Bernam.

Sebeum ini Pemuda Pas menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin Pas termasuk dua Naib Presiden. Kerusi Sungai Besar katanya ditawarkan untuk Aziz Bari.

Terdengar juga khabar kononnya Abdul Aziz Bari akan dibawa bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Tetapi dengan pengumuman bakal dibuat Anwar malam besok jelaslah Aziz Bari melilih PKR untuk meneruskan perjuangannya bukan Pas. Pengumuman itu juga menamatkan spekulasi pakar perlembagaan itu mengenai masa depannya.

Selamat berpolitik kepada Aziz Bari. [wm.kl.1:10 am 26/01/12]

Wednesday, January 25, 2012

Susupan Malam

Terima Kasih Polis

Syabas diucapkan kepada polis Selangor kerana telah menahan dan menyoal siasat mereka yang terlibat dalam melakukan rusuhan - kacau gangguan majlis ABU di Dewan MBSA di Jalan Kebun beberapa hari lalu.

Dalam kenyataan polis hari ini tiga yang ditahan merupakan pelajar sekolah tingkat empat dan tingkat lima serta seorang yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.

Polis tidak menahan pelajar berkenaan tetapi telah diambil keterangan kemudian dibebaskan dengan jamin polis. Kesemua yang ditahan terdiri dari penduduk tempatan.

Tindakan polis itu boleh menenangkan keadaan. Sebelum ini ada pihak mendakwa polis ikut bersekongkol dengan kejadian pada malam itu. Walaupun tiada tindakan tetapi ia sudah memadai untuki memberi peringatan bahawa tindakan menganggu majlis seperti itu adalah salah.

Dalam pada itu polis sedang mengesan beberapa individu lain yang dipercayai menjadi dalang kepada kejadian itu. Dalam hal ini murid sekolah berkenaan tidak bersalah, mereka mungkin dipergunakan oleh individu yang dalam buruan polis.

Dalam kejadian itu sekumpulan orang telah menganggu majlis berkenaan ketika itu kebanyakan yang hadir ialah kaum India. Dalam kejadian sekitar jam 8:00 malam itu menyebabkan seorang cedera dan dikejar ke hospital.

Dari rakaman video yang disiarkan dalam you-tube jelas menunjukkan kumpulan yang menyerang itu bertindak ala samseng dan sengaja menganggu majlis anjuran ABU. Pujian boleh diberikan kepada mereka yang diganggu di dalam dewan itu kerana tidak bertindak melulu.

Hendaknya polis akan bertindak lebih tegas dan perlu mengawasi setiap majlis-majlis politik terutama di kawasan di mana kemungkinan akan berlaku ketegangan. Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku baru polis mengambil langkah pencegahan. [wm.kl.8:33 pm 25/01/12]

Bahasan Idea

Sorotan ringkas kertas kerja Uthman El Muhammady

Melayu Benci Umno Bukan Kerana Asabiyyah

Semalam saya dikirimkan senaskah kertas kerja berjudul “Gerakan Kebangsaan Malaysia – Yang Tidak Bercanggah Dengan Konsep Asabiyyah” (Umno – Mso) yang ditulis (sebenarnya dirumuskan) oleh seorang sarjana Islam penyokong kerajaan bernama Muhammad Uthman El Muhammady (foto) untuk memberi kefahaman dan menjadi pegangan para penganut Umno.

Sarjana ini berasal dari Kelantan penah terlibat menubuhkan sebuah jemaah Islam tradisi ala pondok moden di kampung kelahirannya di Tal Tujuh, Pasir Mas Kelantan.

Sarjana ini pada suatu ketika berpegang kuat kepada fahaman tradisi semi otordoks sehinggakan menolak kemodenan dan pembangunan duniawi. Pengalaman dengan penulis, beliau dikatakan ‘mengharamkan’ televisyen dan melarang keras penyiaran gambar dalam media massa termasuk gambar wajahnya sendiri.

Gerakan yang ditubuh itu dengan kerjasama (pengeluar modal dan pengorbanan) beberapa orang kawannya yang ingin hidup menurut Islam syumul dikenali kumpulan Jubah Hijau Tal Tujuh. Kesan-kesan perwujudan kumpulan ini masih ada sehingga kini, tetapi difahamkan Uthman El Muhammady tidak lagi bersama mereka kerana sebab-sebab yang tidak jelas tetapi boleh dikaji kenapa beliau “mufaraqah” dari kumpulan itu.

Molek juga kalau ada para sarjana atau kumpulan mahasiswa (Islamic study) membuat kajian terhadap pertubuhan ini yang pernah diketuai oleh sarjana itu, agar masyarakat boleh mengetahui apa kesudahan dan apakah sebab musabab maka pengasasnya berudur diri dari kumpulan tariqat itu. Kita juga mahu mengetahui apakah tariqat yang menjadi amalan dan dipakai oleh kumpulan Jubah Hijau itu.

Kertas kerja itu dibentang atau menjadi bahan pemikir dalam usrah kumpulan Maufakat sebuah kumpulan yang ditubuhkan dari bekas-bekas veteran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang kebanyakan mereka dulu bersahabat atau seusrah dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan sedikit sebanyak ada mereka sempat merasai nikmat kekuasaan sewaktu Anwar menjadi timbalan pedana menteri.

Hari ini mereka meninggalkan Anwar dan mulai memuja tokoh transformis baru dan amat yakin dengan pembawaan Islam wastiyyah tokoh baru itu. Apakah mereka bersikap meninggalkan kawan kerana benar kawannya itu melakukan kekhilafan dalam fahaman agama, (pluralisme, Yahudisme dsbnya seperti disangka?), rosak moral ataupun kerana ada gamitan wang? Selalunya manusia akan menjadi cair dengan tawaran wang poket dan igauan projek mewah seperti projek kepala sawit di luar negara dan pembelakan keperluan kerajaan (procurement).

Saya percaya lebih 100 peratus kalau waktu ini Anwar menjadi PM dalam keadaan dia secemar hari ini pun(?), kawan-kawan ini masih bersama Anwar atau Maufakat ini terus menjadi pendokong Anwar nombor wahid. Maslahan mungkin beberapa ahlinyalah yang menjadi pengawal di pintu masuk rumah Anwar. Sudah pasti mereka terus mengunjungi rumah Anwar untuk solat Subuh dan mendengar tazkirah Anwar.

Iya, mungkin ada ahli Maufakat boleh menidakkan apa yang disebutkan itu, tetapi hati kecil mereka tidak boleh berbohong dengan diri sendiri. Najis dipunggung tidak boleh disembunyi dengan jubah lusuh berpoket lima. Rasanya tidak perlu meminta sumpah laknat tetapi itulah realitinya. Manusia sanggup memuji dan memuja seseorang yang lebih buruk dari kawannya sendiri asalkan diupah atau diberi tasbeh emas dan jubah labuh berkilat-kilat. Jadi tidak hairanlah kalau ada individu-individu dalam Maufakat menjawab, kerjanya memburukkan Anwar hari ini adalah kerana untuk cari makan. MasyaAllah keringnya jiwa agama orang itu?

Menurut nota kaki, kertas kerja ini juga dibentangkan dalam seminar Perjuangan Kebangsaan & Patriotisme Dalam Peradaban Malsysaia yang diadakan pada 16 Disember 2011 di dalam konvensyen E-Learning UPSI anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Majlis Profesor Negara dan dibentang semula dengan sedikit tambahan untuk usrah bulan Pertubuhan Maufakat Sejahtra Masyarakat Malaysia (Maufakat) pada 3 Januari lalu.

Kertas kerja yang sampai kepada saya yang sudah diubahsuai seperti dimaksdukan pada nota kakinya.

Kertaskerja itu panjang lebar dalam membicarakan gerakan assabiyah di negara ini dan cuba meletakkan perjuangan Umno satu gerakan asayyiah yang tidak bertentangan dengan semangat, pegangan agama dan budaya Islam. Motifnya untuk memberi tahu bahawa kejayaan bangsa dan negara hari ini adalah kerana Umno. Umno yang memungkinkan segala-galanya. Kertas kerja ini menggambarkan ketaksuban penulisanya terhadap Umno.

Ia terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, tentang sejarah ringkas gerakan kebangsaan, asal usul dan kebangkitannya di ngara ini. Kedua, menceritakan hasil-hasil atau kejayaan dan manfaat dari gerakan kebangsaan. Dan ketiga, hujah tentang keabshaan tentangan nasionalis Melayu yang perlu diperjuang dan diteruskan.

Membaca huraian kepada ketiga-tiga bahagian itu saya bersetuju dan ia satu pandangan yang tepat walaupun ia dibumbui ramuan bodekan dam ampuisme melulu. Sebenarnya kalau hendak dipertikaikan pandangan itu masih boleh kerana ada padangan sarjana dan ahli agama lain yang menolak faham asabiyyah, dan menganggapnya ia fahaman sekular yang bertentangan dengan aqidah agama. (Aqidah agama bukan aqidah Hasan Akidah). Bahawa pegangan kepada semangat asabiyyah (nasionalis) masih merupakan pegangan duniawi, kebendaan dan bukan pegangan mutlak.

Cuma malang sedikit di sini tidak ada keadilan dan kejujuran penulis ketas kerja ini kerana dalam bahagian kedua, mencatat butiran hasil-hasil gerakan kebangsaan (nasionalis) penulis (Uthman) rasa saya dengan sengaja telah melupakan nama-nama besar yang menyumbangkan kebangkitan semangat nasionalis di negara ini.

Nama-nama yang tidak seharusnya dialpakan seperti Ibrahim Yaacob, Dr Burhanuddin Al Helmy, Ishak Hj Muhamamd, Ahmad Beostman, Abu Bakar Baqir dan- lain lagi. Mereka ini adalah pejuang dan pelopor gerakan kebangsaan yang berjuang untuk menghalau penjajah. Malahan mereka dilihat lebih gigih dan ‘tulen’ sehinggakan sanggup mengadai nyawa dan ditahan beberapa kali oleh penjajah demi membebaskan negara.

Kenapa penulis, Uthman Al Muhammady tidak menyebut atau menyenarai nama-nama ini? Ia tentu ada motifnya. Tetapi sebagai kertaskerja yang dikerjakan oleh sarjana yang dikenali sebagai tokoh Islam moden pula, penerima hadiah Tokoh Maal Hijrah, adalah sangat dikesali kalau sengaja meninggalkan nama-nama besar yang bertuah itu.

Sebagai sarjana yang lidahnya lembut menyebut ayat-ayat al Qurasn dan al Hadith tidak mudah menyembunyikan kebenaran dan fakta sejarah. Islam itu sendiri mengajar supaya para ulama dan cerdik pandainya menyebut sesuatu yang benar itu walaupun pahit dan bukan menjadi penusuk kepada fakta dan sejarah. “Katakanlah sesuatu itu meskipun pahit,” demikian maksud al Hadith.

Atas beberapa kepincangan fakta dan juga ada kesengajaan yang ditinggalkan kertaskerja yang menggunakan 17 bahan rujukan termasuk dari laman-laman sesawang ia bertujuan untuk mempengaruhi orang ramai agar menerima konsep perjuangan Umno yang sekular dan berfahaman asabiyyah.

Selepas saya bersetuju kalau Umno mengambil semangat itu, usaha untuk meneruskan perjuangan Umno berdasarkan semangat itu saya rasakan ia sudah tidak relevan lagi buat masa ini. Setelah penjajah sudah nyah dan menyerahkan negara ini untuk diuruskan kepada kita, maka satu persefahaman dan konsep hidup baru hendaklah dibentuk dan diterima. Semua pihak perlu sedar akan realiti sosial dan jalinan komuniti di negara ini yang unit dan segala masalah perlu diselesaikan bak menarik rambut dalam tepong.

Selepas meredeka, dan ia merupakan syarat, maka semua bangsa hendaklah hidup bersama, mengurangkan kecurigaan di antara satu sama lain. Harus mematuhi syarat-syarat tertentu yang sama ada ia dicatat ataupun hanya ada dalam kepala (lisan). Orang Melayu tidak boleh hendak membuang Cina dan India, begitu juga sebaliknya. Semua rakyat berbilang kaum kena hidup atas rukun-rukun yang sudah difahami dan dipersetujui. Usaha untuk membuang Cina dan India tidak ubah seperti kita mahu memulakan peperangan baru yang meletakkan kita surut ke belakang selama 100 tahun.

Dalam hal ini nampaknya Pas menjadi parti progresif dan dinamik sesuai dengan fitrah Islam itu sendiri. Pas sudah lama membuang semangat kebangsaan diganti dengan semangat keagamaan sejagat, di mana Pas menerima dan mengambil agama itu sebagai alat atau wadah penyatuan. Alasan Pas mudah dan tepat kerana semua agama mengajak manusia ke arah kebaikan, (haq) hormat menghormati di antara satu sama lain. Kalau semua kaum berpegang dan taat kepada agama masing-masing tidak ada apa-apa pergeseran yang akan timbul.

Menyedari kepentingan dan ketepatan itu maka rakyat tidak perlu lagi meletakkan soal bangsa di hadapan. Lagipun perjuangan berlandaskan bangsa ternyata gagal tidak dapat mempersatuan semua kaum. Usahakan untuk menyatukan semua kaum, sesama Melayu sendiri pun gagal. Bukti paling nyata ialah apabila Pas dan Umno yang sama-sama berdarah Melayu, berkulit sawo matang pun berpecah belah bermaki hamun setiap hari.

Sebenarnya orang memerhati Umno ini bukan sejauh mana dan setebal mana semangat Melayu yang didokongnya. Soal Melayu tidak menjadi keutamaan lagi dan dapat menarik minat orang termasuk orang Melayu untuk menyokong parti ditelori penjajah itu. Apa yang rakyat perhatikan kini sejauh mana perjuangan Umno memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat hari ini. Sejauh mana Umno menghayati tuntutan semasa.

Yang perlu diperbetulkan dalam Umno bukan menebalkan semangat Melayu. Sarjana seperti Uthman El Muhammady itu tidak payah cuba menyakinkan orang ramai yang perjuangan asabiyyah itu tidak bercanggah dengan Islam. Rakyat sudah faham akan kepentingan itu. Tetapi apa yang perlu difahami orang mengukur Umno hari ini bukan sama ada semangat Melayu tebal atau tipis tetapi sejauh mana Umno dapat berfungsi sebuah kerajaan yang adil telus dan prihatin. Ini lebih penting.

Kenapa Umno hari ini mengecut dan banyak orang menjauhinya kerana rakyat melihat kegelempangan kepincangan di dalam Umno. Rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa,pembuncitan perut kroni, berlaku di mana-mana sahaja. Jenayah-jenayah yang dilakukan oleh pemimpin Umno ini bertentangan dengan naluri dan semangat Melayu itu sendiri.

Kertas kerja pengukuhan semangat asabiyyah itu hanya sia-sia sahaja kalau Umno tidak memperbetulkan tindak tanduk para pemimpinnya, budaya dan akal budi yang jauh menyimpang dari semangat dan akal budi orang Melayu sebenarnya. Itu.... politik membenarkan kelucahan, kezaliman, samseng tahi minyak, penindasan, mengaibkan orang dan sebagainya adalah aksi-kasi dan perwatakan yang dibenci oleh Melayu dan inilah menyebabkan orang ramai semakin membenci dan meluat dengan Umno. [wm.kl.12:17 t/hari 25/01/12]

Tuesday, January 24, 2012

Ulasan Isu

Umno Selangor Makin Terdesak

Makin dekat pilihan raya umum keadaan Umno terutamanya di Selangor makin tertekan dan terdesak. Cula-cula yang nampak menunjukkan Umno negeri itu sudah jadi seperti belut di atas bara bergelepar penuh dengan abu dan arang. Parti itu akan melakukan apa saja untuk memastikan kemenangan dan memastikan rakyat menolak persepakatan Pakatan Rakyat.

Semua perkara dijadikan isu di Selangor. Sampah sarap yang tidak sepatutnya diambil untuk diangkat ke muka umum juga dijemput dan diambil dibasuh menjadi isu. Umno sudah tidak segan silu dan merasa jijik untuk melakukan apa saja. Umno sudah tidak kira halal, haram asalkan dikira dapat dijadi isu dipergunakan. Orang terdesak akan hilang kewarasan berpolitik.

Anjing, babi juga mungkin akan dipergunakan oleh agen-agen Umno yang wujud berlindung di sebalik pelbagai Ngo upahan. Sebelum ini lembu dijadikan modal politik.

Berpolitik tidak menjadi masalah, tetapi adat sopan perlu dijaga. Peraturan agama juga hendaklah dihormati. Hak-hak demokrasi juga perlulah dituruti dan diakuri. Dalam satu masa kita mahu demokrasi ditegakkan tetapi dalam masa sama kita jadi pengacau kepada demokrasi. Apa benda kalau begini?

Misalnya kejadian terbaru di dewan MBSA Jalan Kebun, Selangor semasa himpuann program ABU jelas menunjukkan pihak mana yang jahat dan jahil. Perbuatan mengacau majlis orang ala-ala samseng dalam filem Kl Gangster begitu tidak akan diterima oleh rakyat berbilang kaum dan anutan agama di negara ini.

Perbuatan itu yang juga dikaitkan dengan Umno menyebabkan orang beranggapan negara ini tidak selamat lagi dengan Umno. Umno bukan parti pembawa damai tetapi parti mernimbulkan kekacauan. Gangguan program itu tidak memberi untung sebaliknya merugikan Umno.

Umno sudah jadi tidak siuman dan kehilangan kiblat. Malangnya dengan kejadian itu tidak ada orang Umno tampil ke depan mengakui dan memohon maaf. Umno Selangor cuba memberi gambaran mereka tidak terlibat walaupun sejuring. Tunggulah setahun dua tahun lagi apabila beberapa budak yang mengambil bahagian di dalam aktiviti kacau ganggu itu sedar dan insaf, matang mereka akan tampil menceritakan kisah itu.

Mereka akan memberi tahu yang mereka diberikan pil kuda atau daun ganja untuk berbuat khianat. Selalunya kebenaran itu muncul di hujung waktu.

Berbalik kepada apa yang berlaku di Selangor; Umno sangat terdesak untuk menang. Rasa malu dan kesal atas kekalahan tidak dapat dilindung lagi. Makin cuba dilindung makin terjolor keluar. Ke mana berjalan Umno merasakan mereka membawa rasa aib besar kerana kekalahan itu. Muka mereka menjadi macam pontinak harum sunda malam, huduh.

Malangnya lagi, hakikat kekalahan, hakikat rakyat Selangor telah menolak mereka kerana mereka adalah pendosa tidak boleh diterima. Sikap tidak mahu menerima hakikat inilah penyakit yang paling rawan di dunia ini.

Macam-macam telah digunakan untuk menimbulkan kebencian rakyat. MB Khalid Ibrahim digambarkan sebagai bodoh, tidak pandai mentadbir, tamak, menjadi kuda lumba DAP, benak politik dan sebagainya. Dibawa kepala lembu ke pejabat Khalid untuk memberi gambar itu. Dipijak-pijak kepala lembu, perbuatan yang sungguh baidab dan lebih teruk dari kehidupan warga lembu. Lembu tidak pernah memijak kepala lembu lain.

Namun makin dihina dan diperlekehkan Khalid rakyat makin suka dan seronok dengannya. Khalid terus buat lembu kenyan tidak mempedulikan penghinaan kepadanya. Baginya apa yang penting rakyat selesa berada di bawahnya. Berbagai kemudahan dan bantuan diperkenalkan Khalid yang terlupa difikirkan Umno selama berpuluh tahun dulu.

Umno tidak kira apa... semua isu disapu, macam bulldozer sodok hutan. Pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor digunakan sepenuhnya oleh Umno. Pemecatan itu dijadikan umpan dan modal. Umno bersorak mengharap dengan pemecatan itu ia kira memberi untung. Mulanya Umno mengira ribuan penyokong bekas ahli Pas itu akan berhimpun mempertahankannya siang malam di rumahnya seperti mana berlaku kepada Anwar Ibrahim tidak lama dulu. Sampai Salentia juga merangkak dan melompat untuk mendampingi bekas ahli Pas lulusan Phd itu tanpa mempedulikan bau hampaknya.

Walhasil yang bersama bekas ahli Pas itu hanya 28 orang sahaja. Buang Salentia tinggal 27 oang. Buang yang memasang PA sistem tinggal 20 orang. Iya... menurut seorang jurugambar sebuah protal hanya 20 orang sahaja pengikut tegar bekas ahli Pas itu termasuk dua orang isterinya.
Umno menjadi bekas ahli Pas itu sebagai modal hadapan memecah belah ukhwah dalam Pas gagal. Umno kini sudah mula mengetahui sejauh mana pengaruh orang itu. Sia-sia sahaja. Tetapi bak kata orang hendak tidak hendak terpaksa juga biawak yang masuk ke dalam rumah perlu dipikul kerana bimbang ia memakan telor dalam sangkak sendiri. Ahli Pas yang cakap dan bual besar itu kini menjadi biawak hidup kepada Umno Selangor.

Khabarnya Noh Omar tidak begitu berminat dengan bekas ahli Pas ini. Pada pendapat Noh penglibatan bekas ahli Pas itu dengan program Umno boleh menyebabkan orang Melayu atas pagar yang tidak senang dengannya dan benci dengan sikap dia mencerca Pas akan lari jauh dari Umno. Khabarnya ada agen bekas ahli Pas itu untuk mengatur program bersam Noh dan Umno Selangor tetapi ditolak oleh Noh Omar. Makanya program dengan bekas ahli Pas itu dilakukan dengan berlindung di sebalik nama-nama lain yang dicipta indah, walhal yang membiayainya individu Umno juga.

Umno Selangor sudah hilang akal dan buntu mencari idea untuk jahatkan Pas dan Pakatan Rakyat. Terbaru ialah pemasangan kain rentang yang menggunakan nama Dewan Pemuda Pas Selangor. Kain rentang itu kononnya menyuarakan kekesalah DPP Selangor atas tindakan memecat bekas ahli Pas itu dan mahukan jawatan Exco yang kini disandang Khalid.

Saya kira kain rentang itu adalah idea Umno, satu propaganda Umno untuk melaga-lagakan Pas dengan PKR. Kalau ianya dibuat orang Pas mungkin mereka yang termasuk dalam 20 orang yang menjadi pengikut bekas ahli Pas yang bercakap soal akidah itu.

Terkilas ikan di air sudah tahu jantan betina. Yang selalu buat propoganda huduh dan buruk begitu orang sudah tahu siapa. Tektik-tektik untuk pusing pikologi itu orang sudah tahu. Yang lembar batu sembunyi tangan dan cakap berdengar-degar juga orang sudah tahu siapa.

Rakyat hari ini sudah tidak bodoh lagi. Mereka akan menggunakan akal dan bukan menggunakan telinga dan mata untuk berfikir. Jadi kepada Pas dan PKR Selangor usahalah risau dengan kemunculan kain rentang begitu. Percayalah akan banyak lagi kain renatang akan muncul termasuk melaga-lagakan PKR-Pas dengan DAP.

Selagi di kedai ada jual cat dan kain putih selagi itulah akan muncul kain rentang hantu. Ia tidak memberi kesan melainkan menyemak dan mencemarkan Selangor yang makin hari makin bersih dan aman di bawah Pakatan Rakyat kini. [wm.kl.6:28 pm 24/01/12]

Celoteh Murai 01/012

Murai Menjelma Semula

Zaman dahulu kala kalau raja murka kepada seseorang rakyatnya tindakan yang diambil ialah menghalau orang itu dari dalam negerinya. Dipanggil ke balai penghadapan diumumkan penghalauan itu di hadapan sekalian rakyat yang ada untuk diambil iktibar.

"Adalah dengan ini menurut perintah ke bawah duli yang maha
mulia bla..bla, telah menjatuhi hukuman membuang negeri ke atas si folan bin si folan kerana kesalahannya... bla bla.

Sebaik saja perintah sultan atau paduka raja itu dibaca ke atas si folan itu maka dua pengawal akan pergi dekat kepadanya memegang tangan kiri dan kanan sambil membawa turun dari atas balai penghapan buat di bawah ke luar daerah negeri. Adapun muka yang kena perintah dan hendak dibuang ke luar negeri itu masam mencuka, malu tidak boleh diceritakan lagi umpama muka dilomor najis yang busuk.

Apabila sultan sudah murka dan menjatuhkan hukuman begitu tidak siapa berani membantah lagi. Melainkan semua kena ikutnya dengan penuh rasa hormat dan takut. Sekalian rakyat sedar setiap apa dilakukan sultan kesalahan si folon itu adalah sangat besar. Dia dinyah dari dalam negeri kerana dia sudah tidak memberi guna dan manfaat lagi kepada itu negeri.

Kalau dia berada di dalam negeri itu pun hanya membuat kacau dan huruhara sahaja. Menyusahkan rakyat di negeri itu. Memburukkan dan menjatuhkan maruah negeri itu saja. Lagi dipelihara lagi memborak dan memberi kecelakaan kepada negeri itu kerana sikapnya membodek dan mengampu lebih berdoah dari ikan lapam di bawah jambtan.

Raja-raja atau sultan zaman dulu sangat menjaga adat susila negeri mereka kandati mereka sendiri cemar berporah. Maka itu mana-mana rakyat akan dikenakan tidakkan. Bukan saja rakyat manusia yang nyata, bahkan haiwan dan binatang sama yang merangkak, menjalar, berlari, meloncak dan melompat juga akan dikenakan hukum buang negeri.

Justeru bila mengenangkan sejarah dan tatabudaya kerajaan terdahulu itu menyebabkan terbuka sayap Murai untuk terbang dan berkicau setelah sekian lama beradu dan rihat. Murai pun tidaklah boleh menahan diri dari untuk terus mendiamkan diri dari memperkatakan sesutu yang jelak di mata.

Murai sangat tersedar dengan berita mengatakan sebuah kerajaan negeri yang Murai namakan Gentayang Mulan hendak mengambil tindak tidak membenarkan Salentia memasuki ke negerinya. Alasannya ialah kerana Salentia telah membawa penyakit malu dan aid kerana jadi tersangat biadab kepada peraturan dan hukum kanun negei berkenaan.

Katanya pihak kerajaana negeri Getayang Mulan itu sdang berusaha mendapat penasihat di raja dan kerajaan agar menilik tengok kepada kesalahan Salentia yang dikatakan telah melalukan kesalahan besar. Salentia cuba hendak mencampuri atau mengkritik pemeritahan kerajaan Gentayang Mulan secara berlebih-lebihan.

Murai sangat setuju kalau negeri itu menghalang dan menyekat masuk makhluk Salentia yang sekor ini. Adapun tindakan halang dan sekat masuk samalah dengan tindakan sultan memerintah seseorang rakyat negerinya yang tidak memberi guna itu dan untung faedah. Cuma bezanya yang ini disekat kerana dia bukan rakyat asal negeri itu yang mencari makan berniaga berdagang maka ia perlu disekat usir. Kalau dia anak negeri itu sudah tentu dia akan akan dinyar usiarkan.

Maruah kepada cerita ini (moral of the story) sangatlah huduh seseorang yang disekat masuk ke dalam negeri. Kalau dia jenis haiwan tubunya berkudis kerapu membawa kuman menyinggahkan penyakit kepada segenap orang. Barang siapa melalui dekatnya menyebabkan boleh terkena penyakit. Tindakan sebegitu bukanlah kejam dan jahat kerana di dalam kanun agama sendiri sesuatu yang mendurat itu boleh dihukum bunuh dan dimusnah.

Disebabakan Salentia ini berada dalam dunia politik maka eloklah kalau dalam plihan raya nanti, jika sekira nya dia berhajat merasa masih bertanding hendaklah dibunuh dan bagkainya di tohok jauh ke dalam laut sampai ke negeri Baung Bertelor.

Murai berharap kerajaan Gentayang Mulan akan mengambil hukum itu ke atas haiwan yang cemar lagi kotor itu.

Murai: Selamat berjabat tangan bergabung suara.

Susupan Tengahari

Dusuki Sepatutnya Islamkan Umno

Salah seorang orang lama Umno yang masih aktif melontarkan pandangan untuk perbaiki partinya dan juga tidak pernah beradu mengkritik dan menyinis Pas, sedari remaja hingga ke tua, Dusuki Ahmad (foto) pagi ini menerusi 'muka bukunya' memberi pandapat supaya nama mana-mana parti yang menggunakan nama agama menukar nama parti mereka supaya tidak mengelirukan orang ramai.

Idea beliau ini tumbuh setelah melihat kepada perwujudan parti-parti politik di Mesir yang tidak menggunakan nama Islam.

Pandangan Dusuki itu jelas ditujukan kepada Pas kerana Paslah satu-satu parti yang menggunakan Islam sebagai partinya. Parti Pas ialah Parti Islam Se Malaysia.

Hujah dan alasan diberikan Dusuki bagi mengelakkan orang ramai jadi terkeliru sebab ada setengah menganggap petua politik dianggap sebagai petua agama. Begitulah pandangan orang yang memisahkan pegangan agama dengan pegangan perjuangan (politik).

Pemisahan ini dipersoal sebagai sesat oleh sesetengah ulamak dan rosak aqidahnya. Tanggapan Dusuki itu juga meletakkan betapa rendahnya pengetahuan orang ramai terhadap pemahaman agama. Apa yang dia fikir sebelum ini orang menerima Pas kerana beranggapan Pas asalah agama.

Pandangan agar nama Pas itu ditukar adalah cadangan bermusim dan sudah berlaku sejak lama dulu. Umno begitu takut sekali dengan nama Islam yang dikandungi Pas. Alasan seperti Dusuki katakan itu untuk mengelak kekeliruan. Satu masa Umno menuduh Pas menggunakan Islam sebagai topeng. Umno tuduh Pas memperalatkan Islam untuk kepetingan perjuangan diambil kira seperti mana Umno memperdagangkan Melayu sebagai modal perjuangannya. Umno atau Dusuki tidak boleh menganggap kalau Umno berbuat jahat atau munafik maka begitu juga dengan Pas.

Saya bersetuju memang ada kalanya Pas terlebih menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya. Pas pernah mengatakan Umno kafir dan jelas itu satu kesalahan. Tetapi sikap dan pandangan itu sudah berubah dan tiada lagi isu-isu mengkafir orang Umno.

Tetapi, namun pun begitu tidak semuanya seperti yang ditanggapi oleh Umno itu. Peratus memperalatkan agama oleh Pas itu tidak sampai 10 peratus, dan nilainya jauh lebih rendah dari nilai Umno memperalatkan bangsa. Kalau Pas bercakap berlandaskan Islam menguatkan hujah menggunakan Quran dan Hadith itu adalah kewajiban kerana Pas mengambil Islam sebagai landasan.

Berbeza dengan Umno yang mengambil bangsa sebagai modal. Masakan Pas ingin memetik kenyataan atau pun madah orentalis, atau perjuangan kebangsaan dalam menguatkan hujah-hujahnya bagi menyakinkan rakyat dengan perjuangan mereka. Tentulah Pas kena baca ayat-ayat Quran, hadith dan mengambil petikan para ulamak.

Cita-cita Pas yang termaktub dalam perlembagaan ialah hendak menerapkan nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk soal-soal muamalat, munakahat, amal ibdat dan sebagainya.

Sebelum ini Umno menerusi kerajaan yang dikuasainya pernah mengharamkan penggunaan kalimah Allah dan Muhammad yang digunakan Pas. Selepas itu diharamkan pula lambang Pas - bulan bintang. Nampak sekali Umno takut kepada lambang-lamabng Pas. Kerana ketakutan itu maka Umno diangap sebagai anti Islam.

Bagi saya tidak perlu mencadangkan Pas membuang perkataan Islam. Biarkan Pas menggunakannya. Islam atau tidak perjuangan Pas bukan terletak kepada lambang dan nama. Ia akan dinilai kepada pengisian perjuangan dan praktikal para pemimpinnya. Ditenguk kepada kerajaan yang dibangunkan. Begitu juga Melayu atau tidak Umno sejauh mana parti itu memperjuangkan Melayu keseluruhannya. Perjuangan bukan setakat jadi atas slogan dan motto saja.

Dusuki tidak perlu mencadangkan Pas membuang perkataan Islam tetapi yang afdal meminta Umno memasuki perkataan Islam atau ad-den dalam nama partinya. Saya cadangkan Umno boleh tukar Malay kepada Muslim, jadi United Muslim Nastional Organisation (Umno).

Kenapa harus takut? Alasan diberikan kononnya Umno tidak mahu munafik, tidak mahu memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Tetapi sedarkan Umno ia sekarang berada dalam kemunafikan bila mana memperalatkan bukan saja nama Melayu tetapi kemudahan-kemudahan kerajaan juga digunakan untuk kepentingan Umno. Polis, askar, SPR semuanya digunakan untuk kepentingan Umno.

Hampir seluruh agensi kerajaan digunakan Umno. Wang kerajaan juga digunakan untuk kepentingan Umno. Apakah itu bukan muanfik? Kalau Umno ikhlas di atas apa yang dikatakan itu nah, Umno kena berhenti menggunakan segala kemudahan rakyat untuk Umno kerana itu adalah munafik nyata.

Saya harap Dusuki tidak muanfik dalam hal ini. Dan janganlah kerana kita diberikan peluang untuk mendapat gaji dan upahan dengan jawatan-jawatan tertentu maka kita sanggup membuang ilmu kita atau pun rela menjadi keldai perut labuh. Orang tidak pertikaikan kalau penipuan, pembohongan dan aduk dumba dilakukan oleh bukan ahli agama, tetapi kalau mereka yang fasih dalam agama juga bersikap begitu amatlah dikesali. Lebih dikesali lagi daripada perbuatan menteri menggunakan wang zakat untuk kepentingan diri sendiri.

Kesimpulannya cadangan yang dilontar Dusuki itu merupakan rentetan kebimbangan kepada pengaruh Pas. Sudah lama Dusuki dan kuncu-kuncunya mahu menghampuskan Pas tetapi Pas tetap juga hidup malahan paling mencemaskan lagi apabila Pas kini turut sama disokong oleh bukan Melayu satu keadaan yang tidak pernah terfikir oleh otak Dusuki sebelum ini. Inilah mungkin yang menyebabkan fikirannya serabut terpaksa mengemukakan semula cadangan lapok itu.

Percayalah Pas tidak akan mudah mati walaupun serangan bertalu-talu ke atasnya kerana ia adalah parti politik yang cuba memenuhi tuntutan Allah sekurang-kurangnya berani meletakkan tanggung kepada agama dalam perlembagaan tidak seperti Umno. Sudah janji Allah Dia akan membantu kerja-kerja ke jalan-Nya. [wm.kl.12:55 t/hari 24/02/12]

Susupan Pagi

Kepercayaan-Kepercayaan Karut Melayu Terhadap Umno

Tengah malam tadi saya bersembang panjang dengan salah seorang rakan muka buku saya. Dia seorang pendidik yang sekarang dalam rangka menyiapkan tesis Phdnya. Kajiannya kalau tidak salah mengenai politik Pas dan Umno.

Apakah yang hendak dirumus ataupun teori-teori yang bakal dikemukakan ke arah penyelesaian kemelut politik Melayu dalam tesis tesisnya itu saya tidak dapat pastikan.

Apabila menyedari dia seorang beriman dan kuat berpegang kepada agama - berpandukan kepada kerajinannya memberi pesan dan nasihat dengan memetik Quran dan Hadith dan menyuruh sama saya membaca suruh al Mulk, biarlah rumusan dalam tesis Phdnya nanti juga bertunjang al-Quran dan al Hadith. Semoga dia akan dapat mengkesampingkan perasaan dan sentimen tebal kepada ideologi parti yang dianutinya kerana dia merasa amat bersyukur kepada kerajaan.

Mudah-mudahan semasa dia mencari bahan dan mendebatkan subjek-subjek yang dibincangkan dia akan menemui jawaban tuntas kepada permasalahan yang cuba diselesaikan itu, seperti mana ada sesetengah pengkaji Barat mengenai Islam akhirnya menerima dan memeluk Islam selepas ia menemui sesuatu dalam pengkajian itu.

Apa yang hendak saya catatkan di sini, ialah simpulan perbualan panjang malam tadi yang memakan masa lebih satu jam dan melibatkan hampir 100 intri atau posting antara saya dengan dia. Satu perbahasan yang agak ilmiah dan perbahasan sebeginilah yang kita harapkan dan perlu menjadi amalan dalam chatting atau perbualan menerusi muka buku.

Pandangan yang dilontarkan dalam muka buku itu akan dapat dikutip dan direnungi oleh orang lain pula. Inilah baru dikatakan berbual yang ada faedah dan bijak menggunakan muka buku.

Rumusan saya terhadap perbualan semalam begini;

* Kepercayaan bahawa Umno sahaja yang mampu mentadbir negara ini masih kuat dikalangan sesetengah orang bukan sahaja dari kalangan orang kampung tetapi golongan cerdik pandai seperti guru. Ini bermakna cerdik pandai masih berfikir satu jalur dan bersikap pentingkan diri sendiri.

* Kepercayaan atau kasih sayang orang seperti ini kepada Umno ialah kerana mereka bimbang keadaan selesa yang mereka rasai sekarang ini termusnah atau hilang bila bukan UBN yang menjadi pemerintah. (Pegangan sebegini adalah hasil asakan dan tunjangan para 'mubaligh' Umno ke dalam minda mereka). Sikap dan pegangan ini menunjukkan kelemahan sifat dan daya fikir Melayu.

* Masih ada bayangan kalau bukan Umno yang memerintah negara ini akan huruhara dan kucar kacir. Pandangan ini sama dengan penegasan dibuat oleh ustaz-ustaz di dalam Umno yang sudah berjaya mengdoktrininasikan mereka semasa dibawa melawat Putrajaya dan diberi wang poket.

* Masih mempercayai bahawa Umno memperjuangkan Islam, membela bangsa Melayu... walaupun hakikatnya Umno pesimis kepada Islam. Walaupun sesudah lebih setengah abad Umno menjadi kerajaan kehidupan orang Melayu masih belum berubah dan terus melaksanakan politik ugut, memberi jamuan kepada orang Melayu di mana tektik ini untuk melemahkan minda orang Melayu. Iya bila kuat makan dan tidur pemikiran akan jadi lemah.

* Bahawa masih ada orang Melayu termasuk cerdik pandai begitu lemah mindanya untuk melakukan perubahan yang besar. Menukar kerajaan adalah satu tindakan besar. Masih ada kepercayaan dan sikap negatif terhadap masa depan. Sikap negatif inilah melemahkah Melayu.

* Bahawa masih ada yang menerima politik ala Umno dan menganggap cara Umno yang menggunakan agensi kerajaan, melakukan politiking dalam jabatan untuk kepentingan sebagai sesuatu yang halal dan dibenarkan. Sekali lagi orang seperti ini gagal memahami prinsip perlembagaan dan demokrasi.

* Bahawa masih ada yang tidak menerima realiti politik dan sosial di Malaysia ini, di mana negara ini bukan sahaja dimiliki dan dikuasai Melayu tetapi lain-lain kaum juga. Apabila Umno mementingkan kedudukan mereka atas nama tuan, ertinya Umno menafikan hak-hak orang lain.

Menyimpulkan kesemua kesimpulan itu inilah penyakit atau pun unsur yang ada di dalam benak sesetengah orang Melayu khasnya Melayu Umno. Selagi elemen ini menebal dan menjadi kepercayaan kepada mitos Umno sahaja yang mampu mentadbir, Umno kononnya pejuang Melayu dan Islam, sukar untuk Melayu bersatu dan mendapat kuasa secara solid. [wm.kl.10:30 am 24/01/12]