Monday, November 30, 2015

Buku baru saya sudah siap untuk edar

Keuzuan menyebabkan saya tidak dapat membuat preview mengenai buku ini seperti dijanjikan. Bagaimana pun ia sudah siap untuk diedar dan tempahan untuk pembelian online boleh dibuat sekarang. Sila rujuk iklan.

Kepada rakan-rakan budiman yang membuat tempahan pra cetak pengeposan sudah bermula hari ini. Atas ketergangguan pohon kemaafan. Terima kasih kerana menyokong saya. Wassalam Mso.


Saturday, November 28, 2015

Saya sudah keluar dari hospital, Alhamdulilah

LUAHAN RASA

Prof Madya Razif dan Prof Marina
dan Dr Atikah.
Kerinduan untuk berblog tidak pernah berhujung. Intraksi menerusi medium ini semacam satu kegilaan. Sehari tidak menyapa penjengok rasa bersalah dan dunia menjadi sepi dan pegap.

Di atas katil dalam ward hatta tatkala ditolak masuk ke dewan bedah, (OT) blog tetap bersimpul di kepala.

Ketika masih sedar sudah berjanji akan berblog dan sebaik mata terbuka dan ingatan pulih, penjengok bloglah yang diharap menjadi penawar tambahan menyegarkan semula jiwa dan sisa hidup saya.

Thursday, November 26, 2015

Pohon maaf kepada penempah dan terima kasih MB Kelantan.

PERHATIAN

MB Kelantan Ahmad Yakob
ziarahi saya.
Tawaran istimewa buku baru saya NASIB berakhir tengah malam ini. Sesiapa berminat boleh oder pada nombor telefon sama dan kaedah sama seperti dalam iklan.

Dalam pada itu kepada rakan yang sudah tempah saya pohon banyak kemaafan kerana tidak dapat membuat pengeposan segera. Pengeposan paling cepat Isnin. InsyaAllah akan diuruskan oleh isteri saya.

Ini adalah ekoran saya masih dalam ward menjalani pembedahan pagi tadi dan kini Alhamdulilah keadaan saya selamat. Masih dalam ward.

Tenghari tadi MB Kelantan Ahmad Yakob (foto) bersama setiausahanya dan Dr Wan Suhaimi Wan Daud singgah ziarahi saya.

Terima kasih kepada MB. Ratusan sahabat Fb mengucap selamat dan mendoakan saya. Demikian juga Husam yang belum pulih sepenuhnya berkirim salam dan turut mendoakan. [ppukm.7.32 pm 25.11.15]


Monday, November 23, 2015

Mesyuarat MT esok tentukan nasib Muhyiddin dan Shafei

KATA PAGI

Esok MT Umno akan mengadakan mesyuarat. Mesyuarat itu yang sepatutnya diadakan pada 27 November dipercepatkan. Menurut Setiausaha Agung, Teuku Adnan Mansor ia dipercepatkan bukan kerana ada apa-apa motif melainkan kerana memandangkan kesuntukan masa untuk persiapan perhimpunan agung Umno awal bulan depan.

Kalau benar itulah alasannya, kenapa mesyuarat MT tidak diadakan lebih awal lagi. Sudah beberapa kali mesyuarat MT ditunda? Jadi alasan diberikan Teuku Adnan itu tidak masuk akal dan secara tidak langsung ia menggambarkan langkah percepatan mesyuarat MT kepada esok daripada 27 November tentu ada motifnya.

Apa difahamkan pada tarikh itu (esok) Muhyiddin Yassin dan Shafei Afdal tidak ada dalam negeri. Mungkin mereka sudah "noted" yang mesyuarat akan diadakan pada 27 hari bulan seperti awalnya. Jadi benarlah desas desus tersibar mengatakan mesyuarat itu dipercepatkan untuk tidak menerima kehadiran dua tokoh yang sudah dianggap menjadi "kian bekah" dalam Umno itu.

Friday, November 20, 2015

Debat antara Husam - Mustapa sakitkan Pas

PANDANG PETANG

Bila ditanya kepada saya apakah perlu Husam Musa bersemuka alias berdebat dengan Mustapa Ali, saya dengan pantas menjawab tidak perlu. Husam khasnya tidak payah layan cadangan Mustapa itu. Bagi saya perdebatan untuk apa sekali pun menerusi pentas politik ia tidak memberi kebaikan, sebaliknya membawa banyak keburukan. Perdebatan di khalayak dalam dunia politik tidak pernah mencapai hasil yang baik. Perhatilah kepada sejarahnya.

Mustapa Ali
Husam Musa
Dalam kes ini, untuk apa Mustapa beriya untuk bersemuka dengan Husam. Katanya untuk menafikan apa yang Husam dakwa yang Abdul Hadi Awang ada cadangan atau berunding dengan pihak Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama di Selangor selepas pilihan raya umum 2008 atau ketika kemelut untuk menukarkan Khalid Ibrahim menjadi MB berlaku. Itu sahaja pointnya. Kalaulah kerana itu bagi saya tindakan Mustapa itu tidak berapa bijak.

Thursday, November 19, 2015

Menjejak tapak Adam di Seri Lanka

PERJALANAN (SRI LANKA 2).

Nun di belakang Puncak Adam.
Seperti mana dikisahkan dalam catatan terdahulu, saya tidak sampai ke puncak Adam, ataupun dikenali dengan Gunung Adam atawa pun Sri Pada itu. Sebabnya mudah, kerana saya tidak bersedia untuk memanjat puncak setinggi 7,359 kaki dari paras laut itu. Saya tidak membuat persiapan menyediakan peralatan mendaki yang rengkas.

Sesetengah alat yang saya bawa, termasuk bot, trekking pole dan jaket semasa ke Everst dahulu, saya tidak bawa, kerana tidak mengira untuk ke puncak harus mendaki secara serius. Walhal peralatan-peralatan seperti itu sangat elok kalau dibawa, dan kini terbiar lapok saja di rumah.

Bukan bererti saya takut apabila berada di atas sana, dimana ia diwapi dengan upacara ritual agama Buddha dan Hindu. Saya pasti bagi orang Islam yang sampai ke sana akan berdoa dan bermunajak. Dimana sahaja kita berada kalau kita tahu serta mengenali diri kita, kita memahami hakikat iman dan ketuhanan, tauhid dan keyakinan kita tidak mudah tergelecah.

Wednesday, November 18, 2015

Husam sedia debat dengan Mustapa Ali

KENYATAAN AKHBAR

Husam Musa yang kini berada di Cina kerana menjalani rawatan lanjutan dirinya, memberi kesanggup untuk berdebat pada bila-bila masa sahaja dengan Mustapa Ali. Dalam satu kenyataan Husam sebagai menjawab pelawaan dan cadangan Mustapa agar berdebat dengannya, Husam berkata, Mustapa boleh tetapkan tarikh dan masanya.

Husam menyifatkan perdebatan itu sebagai satu ruang terbaik baginya dan perkembangan kini, kenyataan-kenuataan oleh Haron Din dan Mustapa menyokong apa dakwaanya bahawa Pas ada rancangan untuk bekerjasama dengan Umno.

Bukti telah terserlah, ulas Husam.

Kalau lagu ni mampos Pas...


LAPORAN LEWAT

Orang ramai mengikut dialog Husam menerusi kelir.
Semasa berlangsung majlis dialog Husam Musa "Demo Tanya Ambo Jawab" di Bandar Kota Bharu saya sengaja tidak masuk ke dalam dewan berkenaan. Kebetulan dalam dewan penuh "pepak" jadi saya berada di luar guna untuk melihat dan meninjau orang ramai.

Di perkarangan bangunan Kelab Suara Muda tempat berlangsung dialog itu juga "penuh penar" sehingga hampir menutupi jalan raya berkenaan.

Monday, November 16, 2015

Mustapa sudah gaharu cendana pula?

TULISAN KECIL

Mustapa Ali berkata dia mahu Husam Musa bersemuka dengannya bagi menjelaskan dakwaan yang mengatakan Abdul Hadi Awang ingin menubuhkan kerajaan bersama Umno di Selangor. Mustapa merujuk kepada pendedahan Husam di Kota Bharu baru-baru ini yang mendedahkan rancangan Hadi untuk bertakup dengan Umno.

Dalam persemukaan itu katanya, ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad juga akan dipanggil walaupun Khalid tidak lahi ahli Pas.

Katanya dia berharap Husam dan Khalid akan bercakap benar. Kenapa Mustapa menggunapakai perkataan itu, "bercakap benar" apakah dia seorang yang tidak oportunis?

Kenyataan Mustapa itu memberi gambaran bahawa apa didakwa Husam itu tidak berlaku dan hanya cerita Husam sahaja.

Thursday, November 12, 2015

Husam timbang teguran tapi tidak tunduk pada ugutan

KENYATAAN

Adun
Salor Husam Musa tetap tidak berganjak dengan pendirian untuk terus berkata benar dan mengkritik ketidakadilan dan kezaliman kepada rakyat kerana itu adalah tanggungjawab dan amanahnya. 

Ugutan dan ancaman yang beliau dan keluarganya terima tidak sedikitpun mengentarkan dirinya.

Perkara ini dinyatakan dalam kenyataan media yang turut dikirimkan ke blog ini sekejap tadi. Semalam Husam dan isterinya telah membuat laporan polis ekoran ugutan bunuh menerusi telefon dan SMS isterinya. Ugutan itu ditujukan kepadanya.

Husam dalam kenyataan media itu tidak melihat ugutan itu kalau ia berpunca daripada beberapa pendedahan dan kritikan terhadap kerajaan Pas Kelantan yang dibuatnya sebelum ini.