Thursday, March 31, 2016

Najib PM paling huduh dan menyusahkan rakyat

PANDANGAN

Najib apakah PM ini ada maruah?
Najib Razak mencatatkan sebagai seorang perdana menteri paling huduh dan menyusahkan rakyat di negara ini mungkin sehingga abad ini. Hari ini bukan sahaja rakyat Malaysia terpaksa memikir mengenainya, tetapi dunia lain juga memberi perhatian kepadanya.

Dunia jagi geger dengannya.

Semua benua memberi tumpuan kepada Najib dan menanti apakah kesudahannya nanti. Najib bukan sahaja menarik pemerhati politik dalam negaranya, tetapi di luar juga. Dia menjadi seolah penggerak baru dunia.

Tuesday, March 29, 2016

Apa cerita dengan politik Terengganu?

APA KHABAR GANU

Menurut MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman kemelut politik Umno negeri itu sudah pun selesai dan kerajaanya masih stabil. Apa yang berlaku hanya kecuh dalam media massa sahaja dan ia hanya spekulasi semata-mata.

Ahmad Razif tidak lena tidur.
Kata MB itu juga DUN Terengganu tidak akan dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya diadakan? Betulkah apa yang didakwa Ahmad Razif itu? Atau beliau berkata untuk mendamaikan perasaanya sahaja?

Beliau juga mendakwa kerajaan BN juga masih utuh menguasai DUN Terengganu. Kedudukan hari ini Umno 17, manakala Pas, 14 dan PKR 1, manakala seorang calon bebas. Macam mana boleh jadi Umno 17? Bukankah Ahmad Said sudah tidak diikhtiraf sebagai Umno lagi?

Pendokong Anwar perlu ambil peluang atas perubahan Dr Mahathir

ULASAN

Dr Mahathir dan isteri bersama pemimpin oposisi
di atas Pentas Selamatkan Malaysia.
Malam tadi Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali turun ke Pandan Indah berceramah Maufakat Selamat Malaysia. Ceramah itu pertama kali selepas berlangsungnya Kongres Rakyat yang diadakan sehari sebelumnya.

Hadir sama ialah Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan Husam Musa.

Kehadiran Dr Mahathir sekali lagi menunjukkan kesediaan dan kesungguhan bekas PM itu bergerak untuk menyingkirkan Najib.

Mustapa tidak perlu ke depan desak Muhyiddin, Mukhriz dipecat

PANDANGAN

Menurut Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed, Umno negeri itu bersetuju agar Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno apabila keduanya menandatangan deklarasi untuk menggugurkan Najib yang kemudian menghadiri Kongres Rakyat di Shah Alam kelmarin.

Menurutnya keputusan itu diambil sebulat suara oleh ketua-ketua Umno bahagian Kelantan. Tindakan Umno Kelantan diketuai Mustapa itu dilihat sebagai berani dan mendahului Umno negeri-negeri lain.

Belum ada konsensus daripada Umno negeri-negeri lain agar kedua mereka dipecat.

Monday, March 28, 2016

Tengku Razaleigh konsisten dengan pendirian terhadap negara

KENYATAAN

Tengku Razaleigh Hamzah (foto) hari ini telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjawab tuduhan mengatakan beliau telah melarikan diri daripada berusaha untuk menggugurkan Najib Razak bagi menyelamatkan Malaysia.

Menurutnya dalam kenyataan itu beliau masih konsisten dengan pendiriannya bahawa pentadbiran negara perlu diubah dan diatasi segera untuk menyelamatkan rakyat. Baginya sekira sistem mengurus negara seperti yang ada hari ini tidak diubah ia membebankan rakyat.

"Saya yakin tiada siapa yang dapat menuduh saya tidak konsisten berkenaan pendirian saya terhadap tatacara pemerintahan negara, tanggungjawab awam dan perlunya perubahan", tegasnya.

Kongres Rakyat : sepakat tetapi belum sejiwa

ULASAN

Kongres Rakyat bertemakan, Berubah, Bersatu, Berani, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor berjalan lebih separuh hari semalam tidak mencatat sejarah tersendiri dalam arena politik Malaysia. Setidak-tidaknya ia menyerlahkan satu gaya baru politik tanah air yang perlu diberi perhatian dan dibanggakan.

Para pengucap berbeza ideologi tetapi duduk sepentas.
Kenapa dikatakan begitu, kerana dalam majlis itu buat pertama kali pemimpin atau tokoh politik yang selama ini bertelagah dan berbeza ideologi duduk bersama. Berkongres mencari satu resolusi yang disepakati bersama.

Kongres itu adalah rentetan penandatangani Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib demi selamatkan Malaysia pada 4 Mac lalu.

Sunday, March 27, 2016

Ulasan kongres rakyat akan muncul dalam blog

PERHATIAN

Ulasan Kongres Rakyat di SACC Shah Alam dalam blog insyaAllah malam ini. Waktu ini sudah hampir separuh pengucap telah menyampaikan hujah masing-masing. Kira-kira 1,000 peserta hadir. Antara yang sudah menyampaikan hujah termasuk dua Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Husam Musa.

Dua pimpinan Amanah ikut sama hadir, Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub.

Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucapan akhir sebagai menggulung. Turut hadir MuhyiddinYassin, Mukhriz Mahathir. Shafei Afdal tidak kelihatan. Mustapa Ali juga yang ikut sama menanda tangan deklarasi rakyat 4 Mac dahulu tidak kelihatan. Wassalam Mso.

Apakah upah setimpal Najib untuk Tengku Razaleigh?

SESUDAH SUBUH

Tengku Razaleigh tandatangani deklarasi 
sokong Najib bersama Umno Kelantan.
Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mempamerkan politik tersendirinya, keluar dari mainstrem dan cuba berdiri atas prinsip yang ramai orang tidak faham. Pada saat orang mengharap beliau bersama rakyat untuk menggerudi supaya Najib Razak berhenti daripada menjadi PM, beliau bertindak memberi sokongan kepada Najib.

Orang tidak menimbulkan persoalan dan prajudis kepadanya kalau beliau bersikap tegas dan konsisten daripada awal berhubung kedudukan Najib. Pada satu masa Tengku Razaleigh menunjukkan ketidaksetujuan kepada Najib ekoran pelbagai masalah dihadapi Najib yang membebankan rakyat dan negara.

Friday, March 25, 2016

Tazkirah Husam mengingatkan kita kepada Tokguru

SEBELUM REHAT

Tazkirah politik Husam di kedai kopi, penuh.
Sambil roll wall Facebook tadi terjumpa dengan klik video Husam Musa menyampaikan tazkirah rengkas sambil makan pagi di sebuah kedai kopi kampung dalam kawasan Pengkalan Chepa. Apa yang menariknya, butiran tazkirah itu sebiji stail arwah Tokguru Nik Aziz. Tampaknya Husam benar-benar mengambil method dakwah murabbinya itu.Kenangan kepada Tokguru juga mengimbau dalam benak.

Dengan memulakan tazkirah membaca sepotong ayat Quran, kemudian bercakap hal isu semasa, mengenai cuaca panas melengit kini. Menurunkan sepotong doa untuk menghadapi panas, serta memberi peringatan panas yang berlaku hari ini jauh lebih panas di Mahsyar besok. Katanya kalau panas hari ini orang boleh pengsan, bayangkan apa yang berlaku besok sebab matahari sejengkal dengan kepala.

Kongres Rakyat semacam konperensi Asia - Afrika di Bandung

CATATAN KHAS 

Prolog: 27 Mac akan berlangsung Kongres Rakyat di Shah Alam Selangor. Kongres itu bertolak daripada Deklarasi Rakyat yang ditandatangan 4 Mac lalu bertujuan menggerakkan rakyat untuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, demi menyelamatkan Malaysia.

Saya bercadang untuk menghadirinya. Dan sekiranya saya berpeluang untuk berucap, maka inilah rengkasan teks ucapan saya:

Presiden pertama Indonesia Sukarno tidak pernah dilihat baik dan berbudi besar kepada negaranya oleh para penentang dan pembencinya. Bung Karno dilumur dengan sejuta warna huduh dan cemar, dituduh sebagai anti Islam, membawa agama baharu, pluralisme, apabila beliau merangkumkan tiga elemen; nasionalisme, agama dan komunisme menjadi NASAKOM sebagai landasan atau konsep Pancasila yang yang digagasnya.