Monday, May 31, 2021
Bulan berdarah Pas terluka (Bhg Kedua).
Sunday, May 30, 2021
Bulan berdarah Pas terluka? (Bahg Pertama)
FENOMENA
TANGGAL 25 Mei lalu telah terjadi gerhana bulan penuh yang juga disebut sebagai bulan berdarah. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Ketika itu kedudukan bulan, bumi, matahari sejajar. Ia berlaku dalam jarak tertentu yang lama, memakan berpuluh tahun.Gerhana penuh atau berdarah ini dapat dilihat dari semua tempat. Bagaimanapun hanya di sesetengah tempat atau negara sahaja dapat melihatnya secara penuh, itu pun dalam jangka masa sangat pendek, tergantung sesuatu lokasi itu.
Friday, May 28, 2021
Tan Sri usahlah berdegil
Wednesday, May 26, 2021
Pas lebih berkesan jadi pembangkang daripada jadi kerajaan?
ANALISA
![]() |
| Sekadar iluistrasi |
Perbezaan dari segi peranan dan fungsi Pas semasa menjadi pembangkang dengan menjadi suku daripada kerajaan 2L1G jelas dan jauh bezanya. Ia boleh dianalisa satu persatu tanpa prejudis atau taksub apa lagi irihati serta niat jahat. Tengok dan tilik secara adil dan rasional.
Sunday, May 23, 2021
Solidariti untuk lawan Covid
SEGENAP sudut nampaknya kita sedang berhadap dengan suasana cukup tidak kondusif dalam menghadapi Covid -19. Kita semacam hilang formula dan belum ketemu petua ampuh untuk berhadapan dengannya.
Saturday, May 22, 2021
Kesian pun ada meluat pun ada...
HUJUNG MINGGU
![]() |
| Keadaanya macam ikan dalam tuar. |
Kita semua marah dan murih dengan Mahiaddin dan the geng yang merancang dan mengambil alih kerajaan daripada PH 25 Februari 2020. Apa yang mengilankan dan marah beliau berada dalam kerajaan, tiba-tiba bermufakat dengan musuh PH (Pas dan Umno) untuk mengambil alih kerajaan dianggotainya sendiri. Kalau bukan tamak dan sombong, apa sifat begini.
Monday, May 10, 2021
Pintu Ajal Belum Terbuka
KELUAR OT DISAMBUT MB
Bab Keenam.
TIDAK ada sesuatu yang paling gembira dan membahagiakan apabila proses pembedahan berjalan lancar dan berjaya dengan selamat. Sepanjang tempoh pembedahan tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Seperti diceritakan, tempo pembedahan tidak diketahui, tahu-tahu aku sudah hendak dibawa ke dalam ward.Syukur panjang aku kepada Allah SWT yang memberi kesempurnaan itu. Tidak pernah terlupa juga kepada setiap mereka yang mendoakan ke atas kesempurnaan itu. Orang paling berharga dan dihargai ialah Naimah, anak-anak serta menantu. Mereka sudah pasti berdoa panjang dan dalam untukku.
Saturday, May 1, 2021
Jangan berlaku krisis kepercayaan kepada PDRM
REAKSI
![]() |
| Hamid: Apa yang saya lakukan ini untuk kebaikan PDRM. |
Abdul Hamid secara rasmi telah tidak lagi menjadi Ketua Polis Negara (IGP) apabila kontraknya yang tamat 3 Mei tidak disambungkan.
Thursday, April 29, 2021
Pintu Ajal Belum Terbuka (5) Bhg Dua.
MENJADI ORANG MATI
Bab Kelima (ii).
Kenangan 45 tahun lalu semasa melalui ujian badanian dalam satu pengajian, kembali ke dalam diri. Iya, inilah manfaat hasil daripada demonstrasi. Masa kecil dulu aku pernah diusung dalam keranda buluh dalam satu permainan “spiritual” mati olok-olok bersama rakan-rakan sekampung.Permainan itu "simulasi" dilakukan upacara pengembumian. Aku seorang anak yang agak nakal dan tidak tahu takut melakukan sesuatu yang aneh dan pelik. Hari itu aku dan rakan ke kuburan, kebetulan dua tiga hari lepas ada jiran yang baharu meninggal. Jadi kerandanya masih belum dirombak dan dibiarkan di atas kubur. (Dulu keranda dibuat daripada buluh setiap kali ada kematian, keranda akan dibuat untuk membawa jenazah ke kubur). Kami gunakan keranda itu untuk main mati-mati.
Monday, April 26, 2021
Pintu Ajal Belum Terbuka
Bab Keenam (i)
MENAIKI KERANDA
SEPERTI mana ditetapkan aku mendaftar masuk ke wad 6G (Medical Hemato) pada 24 November 2015 jam 9:45 pagi. Aku hanya membawa surat berwarna kuning, surat arahan memasuki ward yang dikeluarkan oleh klinik ENT. Mulai hari itu aku rasmi menjadi warga PPHUKM dengan pendaftaran No: N 617505.Sebaik masuk aku diberikan persalinan, sepasang baju hospital – sehelai baju dan seluar “sapok” berwarna unggu yang siap tertulis HUKM.









