Tuesday, April 17, 2007

Pemula Bicara


TIDAK siapa yang dapat memastikan di manakah kita memulakan hidup atau perjalanan ini. Mana dan apakah titik yang memulakan hidup kita. Juga ke mana destinasi perjalanan kita ini. Yang sering kita dengar, kita hidup adalah untuk mati! Betulkah begitu; apakah tidak kita mati kerana untuk hidup? Terserah.

Tetapi destinasi perjalanan atau hidup kita yang benar ialah ke 'rumah' kita sendiri. Kita harus sampai ke halaman kehidupan kita sebenarnya. Destinasi perjalanan kita bukan jauh beribu batu, tetapi sebaliknya kita harus kembali kepada tapak dan jejak asal kita.

Dalam erti kata lain destinasi kita ialah rumah kita sendiri. Kita harus kembali ke dalam rumah kita sendiri, ke dalam diri kita sendiri. Mengenali rumpun kita, mengenal tanah air kita dan mengenali pegangan (agama) kita. Perjalanan sebenarnya tidak bermula jauh dan begitu juga destinasi tidak jauh.

Cuma bagi mereka yang sesat akal, sesat fikiran dan sesat di dalam diri sendiri meronta-ronta dan mencari-cari destinasi hidup dan perjalanannya. Mereka itu sebenarnya sudah tersasau jauh sehingga mereka tidak tahu rupa dan warna diri lagi. Mereka sudah kabur mengenai jati diri dan kabur mengenai pegangan jiwanya.

Nah sesudah kita sampai ke destinasi hidup dan perjalanan kita - iaini di laman diri kita sendiri, maka kita beristirehatlah di sana. Duduklah dengan tenang dan harmonis. Kita tidak perlu lagi kalut-kalut atau berfikir sesuatu yang jauh di sebalik hakikat kehidupan kita. Cubalah berusaha untuk mengindah laman kehidupan kita dengan segala wangian bunga-bunga dan segala gemersikan bunyian yang mengasyikkan kita.

Jauh dari itu cubalah mengenal diri sendiri sebenar-benar kenal. Kenal dalam erti kata 'marifat' dengan diri sendiri. Mengenal asal usul segala zat atau komponen yang mewujudkan diri kita ini.
Sekian.


1 comment:

muhaiminsulam said...

Memang sesekali nak dengar Mahathir berucap time dia tak ada power. Bukan kerana tak profesional tapi hati ini dah tertutup buat mahathir. Bila dah kat negeri orang, ramai pulak yang kagum pada mahathir. Depa tak kenal pimpinan PAS. Ni aku naik berbulu lagi pada Mahathir!