Monday, March 13, 2017

Nomini seorang Exco terima RM448,300 dari pekebun sayur?

MONOLOG PAGI

Kisah ini masih belum terbongkar lagi dan masih ramai yang tidak terperasaan walaupun ceritanya  ada disiarkan dalam sebuah media arus perdana. Kita tidak mahu membuat tuduhan dan hanya akan cuba mengupas terhadap apa yang berlaku atau dilaporkan itu. Itu sahaja. Sekiranya kisah ini tidak benar, atau merupakan andaian atau palsu anggaplah ia sampah. Syukur Alhamdulilah.

Kisahnya begini. Ohya kisah ini dipadankan daripada satu laporan polis ertinya ia bukan kisah kosong sebab laporan polis dianggap dokumen yang sah.  Sesiapa yang membuat laporan polis palsu ia boleh dikenakan tindakan dibawah akta tertentu. Jangan main-main.

Laporan polis itu dibuat oleh seorang pekebun, penanam sayur dari negeri Hang Tuah Melaka. Namanya saya rahsiakan untuk keselamatan dan maruahnnya. Dalam laporan polis itu beliau mengadu satu kejadian semacam "sendiket" yang menawarkan tanah kepadanya untuk dijalankan perusahaaan menanam sayur.

Tanah yang dijanji itu seluas 500 ekar terletak dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan. Daerah di mana tertegaknya tugu banjir yang menjadi kontroversi baru-baru ini kerana tapak pembinaanya menjadi pertikaian. Kata setengah kaul tapak itu kepunyaan masjid Jauhar, setengah kaul lain kata tanah itu rezab jalan. Kedua-dua kaul itu bukan Syiah. Hehe..


Menurut laporan polis tersebut penanam sayur itu telah didatangi oleh dua lelaki berbangsa Cina. Namanya ada dengan saya dan saya tidak menyebutnya di sini buat sementara. Alasannya seperti tadi juga lah. Bagaimana dalam laporan akhbar nama mereka ada disebut dengan jelas.

Kedua-dua lelaki itu telah menemui penanam sayur budiman itu memberi tahu dia dapat membantu untuk mendapat tanah pajakan seluas 500 ekar bagi tujuan industeri penanaman sayur di Kelantan.

Penanam sayur itu kurang mempercayai tawaran itu. Maka itu kedua lelaki itu telah "menemuikannya" dengan seorang wakil rakyat sebagai saksi atau pun gerentor. Disebabkan mempercayai kepada wakil rakyat berkenaan penanam sayur itu bersetuju dengan tawaran itu dan bersetuju dengan syarat dikenakan untuk mendapatkan tanah itu.

Syaratnya, penanam sayur itu kena bagi sekian banyak derma untuk parti agama (Pas) Kelantan bagi tujuan perbelanjaan pilihan raya. Syarat ini standard sahaja seperti dalam lain-lain pakej untuk menggodam duit rakyat sebelum ini; semuanya untuk tabung kebajikan atau parti. Semasa Tokguru masih hidup dulu beliau ada bercerita kepada saya setiap orang yang datang minta kawasan balak dengannya, mengatakan atau berjanji akan menyumbangkan sedikit kepada parti. Walhasil katanya tidak ada apa.

Penanam itu bersetuju, lantas itu beliau pada bulan-bulan tahun 2012 hingga Januari 2014 telah membuat tranksaksi melalui bank kepada salah seorang lelaki itu sebanyak RM582,000.00. Dan apa mengejutkan penanam sayur itu juga telah membuat tranksaksi kepada seorang lelaki Melayu beragama Islam (namanya ada pada saya) sebanyak RM448,300.00. Mengejutkan lagi lelaki ini dikatakan Ketua Pemuda Pas Cawangan Pasir Mas.

Nama jawatan itu sedikit mengelirukan, kerana jawatan sebegitu tidak ada dalam organisassi Pas, yang ada adalah Kawasan atau pun cawangan. Mungkin tersalah al maklumlah yang membuat laporan itu orang Cina yang tidak mengetahui mengenai terma dan hirearki dalam Pas.

Persoalan kini siapakah lelaki yang dikatakan (mengaku) Ketua Pemuda Pas di Pasir Mas itu?  Wujud atau tidak. Yang pasti dia wujud kerana dia ada nama dan ada identiti. Lagi pun wang sebanyak RM448,300.00 itu dimasukkan ke dalam bank. Tentu ada slip. Cuma apakah benar dia adalah salah seorang anggota parti agama atau tidak?

Pekebun sayur budiman itu bertindak membuat laporan polis disebabkan dia berasa tertipu dengan tawaran untuk mendapat tanah berkenaan, yang kesemuanya berjumlah RM976,300.00. Oh dekat dengan sejuta weh...

Dan apabila ia dikait dengan nama "Pas Pasir Mas" eloklah parti agama kawasan berkenaan membuat penyiasatan dan jika iapalsu perlu membuat penafian segera. Badan kebajikan Pas atau penjaga Tabung derma pilihan raya juga perlu membuat semakan, apakah benar dan kalau benar hendaklah kembalikan wang penanam sayur budiman itu.

Persoalannya kini apakah lelaki yang mengaku sebagai ketua pemuda Pasir Mas itu adalah nomini kepada sesiapa? Dalam konteks ini kalau ia menjadi nomini ialah kepada mana-mana Exco kerana Exco yang antara orang terlibat boleh meluluskan tanah. Khabarnya polis sedang menyiasat perkara ini dan pekebun sayur berkenaan sedang mengumpulkan segala bukti-bukti atas apa didakwanya itu. [wm.kl.10:30 am 13/03/17]                                          

1 comment:

Mohd Hanafi Jusoh said...

Salam tuan mso...

Sudah bacakah malaymail tarikh 20hb mac?

Siapakah pemimpin kanan DAP yg ditahan menipu pekebun sayur berkenaan pajakan tanah dikelantan tersebut?saudara kata saudara ada nama org yg terlibat tu...harap boleh didedahkan...