Saturday, November 16, 2019

Sejarah kekalahan paling buruk bagi parti pemerintah di Pirake Tanjung Piai

NOTA

[kemaskini] 
Keputusan rasmi Pirake P 165 Tanjung Piai.

Wee Jeck Seng (BN) 25,466. Majoriti 15,086.
Karmaine Sardin (PH) 10,380.
Dr Badrulhisham Abd Aziz (Berjasa) 859.
Wendy (Gerakan) 1,707.
Bebas (1) Ang Chuan Lock 380.
Bebas (2) Faridah Ariayani Abdul Ghafar 32.

KELMARIN dalam catatan saya dalam blog ini saya menyebut kalau PH kalah dengan majoriti lebih 5,000 ia sesuatu mengejutkan. Apa yang berlaku Pirake Tanjung Piai itu benar-benar mengejutkan, ia bukan sahaja memeranjatkan para penyokong PH tetapi penyokong BN juga.

Mereka tidak percaya kalau mereka boleh belasah PH sampai memperolehi majoriti lebih banyak daripada undi diraih PH. Sebagai parti kerajaan apa berlaku di Tanjung Piai itu cukup memalukan. Kekalahan itu satu sejarah dan rekod buat parti memerintah. Belum pernah berlaku parti kerajaan tewas dengan begitu besar.

Keputusan belum rasmi calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti lebih 10,000 undi.

Kalau pemimpin PH, (sebut sahaja namanya Mahathir Mohamad,) mengambil tanggungjawab atas kekalahan itu, beliau perlu meletakkan jawatan tanpa didesak. Dia perlu ikhlas untuk memikul kemaluan besar itu demi masa depan PH. Maruah PH hancur dan musnah dengan apa berlaku di Tanjung Piai itu.

Saya melihat kekalahan PH itu bukan suatu gurauan atau kenakalan kecil daripada BN. Tetapi ia isyarat besar yang boleh menumbangkan kerajaan PH dalam pilihan raya akan datang. Kekalahan PH dan kemenangan BN di Tanjung Piai itu seumpama terbukanya pintu empangan yang akan memecah dan memancutkan air ke luar.

Ia menyuntik semangat luar biasa buat BN.

Sewajarnya kalau keputusan Pirake Tanjung Piai itu dijadikan asas untuk gabungan PH dan kerajaanya melakukan sesuatu secepat mungkin. Majlis presiden perlu lebih berani untuk bercakap secara terbuka dan tidak perlu menghormat dan malu alah dengan pengerusinya bagi menyebut sesuatu

Saya akan mengulas lebih panjang dan mendalam esok. Izinkan saya rihat. [wm.kl.8:48 pm 16/11/19]

No comments: