ULASAN LEWAT
HARI ini telah berlangsung penamaan calon Pirake DUN Cini Pahang tanpa penyertaan parti pembangkang. Tiga calon menyerahkan borang pencalonan, wakil BN Mohd Sharim Md Zain, 41 dan dua calon bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.
Tengku Zainul merupakan timbalan ketua bahagian Bersatu Pekan manakala Mohd Shukri seorang penulis blog.
Pilihan raya itu tanpa penyertaan pembangkang yang merupakan tradisi musuh parti kerajaan akan berhadapan dengan parti pembangkang menyebabkan ia kurang mariah. Pembangkang yang kini dipikul oleh PH ada alasan kenapa mereka absen dan tidak ghairah daripada meletak calon kali ini.
Salah satu faktor ialah mungkin kerana mereka tahu kalau ikut bertanding pun deposit akan hilang. Daripada hilang deposit RM5,000 lebih baik wang sebanyak itu buat makan durian musang king. Sekarang musim durian musim king.
Masing-masing kini pening dan menjadikan pakatan itu tidak sekuat dahulu lagi, mungkin kalau tidak kena gayah boleh terburai. Keadaan PH kini seperti dalam keadaan retak menunggu belah sahaja. Bukan itu sahaja, ulah dan perangai sesetengah pemimpin PH kini juga boleh menyebabkan rakyat naik muak dengan pakatan itu dan hilang keyakinan.
Bagaimana pun Pirake itu peluang terbaik kepada BN dan juga Pas yang telah bersetia dalam Muafakat Nasional. Kemenangan besar oleh calon mereka nanti memberi gambaran mereka makin mantap dan confident untuk memerintah negara secara bersama tanpa penyertaan pihak lain.
Bukan itu sahaja kemenangan besar nanti juga menyebabkan mereka boleh memikir dan membuat sifir kali-kali apakah mereka sedia untuk menerima Bersatu dan kumpulan serpihan PKR pimpinan Minrit untuk bersama sama dalam MN atau pun tidak.
Pirake itu juga akan jadi testimoni akhir buat kedua buah parti Melayu terbesar itu sebelum tiba Piraum. Dan tentu juga keputusannya nanti bakal memberi kesan dan menentukan nasib Muhyiddin Yassin dan Minrit, apakah mereka bersama atau setakat hanya diterima untuk sekongkol bagi menjahanamkan kerajaan PH saja kemudian ditinggalkan tanpa tangga.
Kepada PH pula tanpa menyertai Pirake itu memberi gambaran perbalahan dan kekelam kabutan dalam pakatan itu semakin mencelaru dan mengharu birukan. Ia seharusnya tidak berlaku begitu, sebaliknya sukar atau tidak, PH perlu meletakkan calonnya untuk menunjukkan mereka masih ada persepakatan dan gentlemen dalam berpolitik. Tetapi itu tidak berlaku kerana masing-masing mementingkan kuasa untuk diri sendiri bukan lagi politik untuk kepentingan rakyat.
Mungkin salah seorang calon bebas itu mendapat restu PH, tetapi ia lebih gentlemen dan dilihat bermaruah kalau PH sendiri menghantar calonnya dan bertanding atas lambang atau simbol HARAPAN. Sayang peluang itu tidak berlaku dan PH gagal untuk menunjukkan keampuhan gabungan mereka. Rakyat mengharap panas sampai ke petang rupa hujah di tengah hari.
Apapun terima kasih kepada dua calon bebas dimana mereka jelas lebih berani dan gentlemen berbanding dengan PH, yang sebelum ini beriya-iya untuk meletakkan calon, tetapi akhirnya ia jadi bual besar yang kosong sahaja. [wm.9:09 pm 20/06/2020]
Tiga calon berentap di Pirake Cini, Tengku Zainul, Mohd Shukeri dan Mohd Shahrin. |
Tengku Zainul merupakan timbalan ketua bahagian Bersatu Pekan manakala Mohd Shukri seorang penulis blog.
Pilihan raya itu tanpa penyertaan pembangkang yang merupakan tradisi musuh parti kerajaan akan berhadapan dengan parti pembangkang menyebabkan ia kurang mariah. Pembangkang yang kini dipikul oleh PH ada alasan kenapa mereka absen dan tidak ghairah daripada meletak calon kali ini.
Salah satu faktor ialah mungkin kerana mereka tahu kalau ikut bertanding pun deposit akan hilang. Daripada hilang deposit RM5,000 lebih baik wang sebanyak itu buat makan durian musang king. Sekarang musim durian musim king.
Alasan itu tidak dapat diterima dan ia tetap memberi kesan buruk kepada PH menyebabkan orang membuat perhitungan lain. Tanpa penyertaannya menyebabkan orang akan terjemah dan mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam komponen itu sekarang ini. PH sejak hilang kerajaan tiga bulan lalu telah retak dan bertelagah sesama sendiri. Kini sedang berkecamuk macam orang kemabukan ubi gadung.
Masing-masing kini pening dan menjadikan pakatan itu tidak sekuat dahulu lagi, mungkin kalau tidak kena gayah boleh terburai. Keadaan PH kini seperti dalam keadaan retak menunggu belah sahaja. Bukan itu sahaja, ulah dan perangai sesetengah pemimpin PH kini juga boleh menyebabkan rakyat naik muak dengan pakatan itu dan hilang keyakinan.
Bagaimana pun Pirake itu peluang terbaik kepada BN dan juga Pas yang telah bersetia dalam Muafakat Nasional. Kemenangan besar oleh calon mereka nanti memberi gambaran mereka makin mantap dan confident untuk memerintah negara secara bersama tanpa penyertaan pihak lain.
Bukan itu sahaja kemenangan besar nanti juga menyebabkan mereka boleh memikir dan membuat sifir kali-kali apakah mereka sedia untuk menerima Bersatu dan kumpulan serpihan PKR pimpinan Minrit untuk bersama sama dalam MN atau pun tidak.
Pirake itu juga akan jadi testimoni akhir buat kedua buah parti Melayu terbesar itu sebelum tiba Piraum. Dan tentu juga keputusannya nanti bakal memberi kesan dan menentukan nasib Muhyiddin Yassin dan Minrit, apakah mereka bersama atau setakat hanya diterima untuk sekongkol bagi menjahanamkan kerajaan PH saja kemudian ditinggalkan tanpa tangga.
Kepada PH pula tanpa menyertai Pirake itu memberi gambaran perbalahan dan kekelam kabutan dalam pakatan itu semakin mencelaru dan mengharu birukan. Ia seharusnya tidak berlaku begitu, sebaliknya sukar atau tidak, PH perlu meletakkan calonnya untuk menunjukkan mereka masih ada persepakatan dan gentlemen dalam berpolitik. Tetapi itu tidak berlaku kerana masing-masing mementingkan kuasa untuk diri sendiri bukan lagi politik untuk kepentingan rakyat.
Mungkin salah seorang calon bebas itu mendapat restu PH, tetapi ia lebih gentlemen dan dilihat bermaruah kalau PH sendiri menghantar calonnya dan bertanding atas lambang atau simbol HARAPAN. Sayang peluang itu tidak berlaku dan PH gagal untuk menunjukkan keampuhan gabungan mereka. Rakyat mengharap panas sampai ke petang rupa hujah di tengah hari.
Apapun terima kasih kepada dua calon bebas dimana mereka jelas lebih berani dan gentlemen berbanding dengan PH, yang sebelum ini beriya-iya untuk meletakkan calon, tetapi akhirnya ia jadi bual besar yang kosong sahaja. [wm.9:09 pm 20/06/2020]
No comments:
Post a Comment