Wednesday, November 25, 2020

OT95 tidak mengaku tahinya walaupun dia yang berak

RESPONS 

OT95 terus psywar orang.
BARU lepas dengar wawancara eksklusif Nazri Kahar dengan Dr Mahathir Mohamad (OT95) menerusi Astro Awani. Saya dengar setelah wawancara itu sudah berlangsung 15 minit. Isu-isu 15 minit pertama terlucut. 

Dalam tempoh 40 minit, ada beberapa isu dibangkitkan merupakan perulangan apa yang telah ditegaskan berkali-kali sebelum ini. Cuba ditimbulkan oleh Nazri untuk mengetahui apakah OT95 konsisten dengan pendiriannya atau ada perubahan ekoran perkembangan terbaru politik di era pandemik ini.

Antara yang ditanya, ialah mengenai hubungan dengan Anwar Ibrahim di mana Anwar seperti sudah berpatah arang berkerat rotan dengannya apabila beberapa kali disakiti dan dikecewakan olehnya.

Menurutnya beliau tidak ada masalah dengan Anwar jauh sekali menghalang Anwar menjadi PM. Mengenai kerjasama dengan Anwar, katanya Anwar telah menolaknya untuk bekerjasama. 

Ditanya apakah benar beliau menghalang Anwar daripada menjadi PM, beliau tidak mengaku dan menafikan beliau menghalang. Katanya, beliau sokong sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan. Bagaimana pun katanya dia tengok Anwar tidak mendapat sokongan. 

Keyakinan itu mencerminkan apa yang terdampar di hatinya.

Mengenai peristiwa 25 Februari 2020, detik dimana tumbangnya kerajaan PH, OT95 dan kerajaan itu rasmi tumbang apabila beliau meletak jawatan tanpa memberi tahu sepatah pun kepada majlis presiden PH, beliau menegaskan tindakan itu dibuat kerana prinsip. 

Menurutnya apabila kerajaan PH sudah jatuh kerana berpecah apabila Azmin keluar daripada PKR dan Muhyiddin pula membawa keluar Bersatu, jadi kerajaan PH sudah tidak ada majoriti maka beliau kena meletak jawatan. Keputusan itu ada kerana prinsip. 

Sayang Nazri tidak tanya apakah keputusan itu telah dibawa kepada pengetahuan majlis presiden PH atau pun tidak atau sebenarnya ia adalah taktiknya?

OT95 tidak mendedahkan kenapa beliau berbuat begitu. Tidakkah sebelum itu beliau bercadang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan (Unity Government) yang membabitkan semua parti. Bukankah apabila pelannya itu ditolak baru dia meletak jawatan?  

Dan apakah peletakan jawatan itu sebagai strategi untuk membolehkan beliau dilantik menjadi PM di bawah kerajaan perpaduan itu. Kerana sebelum itu beliau memberi tahu beliau mendapat dukungan semua pihak untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ia gagal dan tidak jadi apabila idea beliau itu tidak dipersetujui oleh DAP, Amanah dan PKR. 

Akibat kegagalan itu menyebabkan Muhyiddin dan Azmin mengemukakan pelan baru dengan berpakat dengan Umno dan Pas untuk menindih dan topple OT95. Bukahkah sebelum itu Umno dan Pas mahukan parlimen dibubarkan bukan pembentukan kerajaan baru, tetapi alih-alih menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM? 

Di sinilah perangkap iaitu pelan B yang dirancang oleh Muhyiddin bersama Azmin dan mendapat sokongan Umno dan Pas itu menggagalkan impian OT95 untuk jadi PM sekali lagi. Jelas bahawa peletakan jawatannya itu adalah sebagai taktik dan strategi bukannya kerana prinsip. Dalam kata lain OT95 kena main kali ini. 

OT95 kekal dengan egoisnya. Sebagai seorang yang egois OT95 beliau tidak sedia menjelas akan kegagalan dan kekecewaan itu dan berselindung disebalik prinsip. Prinsip apa?

Dalam wawancara itu tadi juga beliau menjawab apakah mungkin beliau akan menjalani kerjasama dengan Muhyiddin. Cara beliau menjawab ia membayangkan sudah ada rangka kerjasama dengan Muhyiddin atau PN. 

Ini dapat difahami apabila beliau berkata, sekiranya kena dengan syarat-syaratnya. Kata-kata itu adalah kata-kata politik yang menggambarkan akan berlaku kerjasama, hanya tunggu masa sahaja. Kerjasama itu mungkin akan terjadi sebaik sahaja parti barunya Pejuang diluluskan pendaftaran dimana beliau akan membawa Pejuang ke dalam PN untuk berhadapan dengan PH dalam Piraum kelak. 

Dua perkara yang menjelaskan OT95 seorang yang lupa atau hanya tahu menuduh seseorang tanpa merenung dirinya sendiri. Misalnya dia kata Donald Trump adalah perosak ekonomi dunia. Ewah.. ewah, dia lupa bahawa dia juga lebih kurang dengan Trump juga, seorang perosak. Kalau Trump merosakan ekonomi dunia, dia pula merosakan senario politik Malaysia.

Seperkara lagi beliau menunjukkan rasa jengkel kepada Aung San Suu Kyi kerana menekan Rohingya. Dia kesal kerana dahulu Aung San Suu Kyi memperjuangkan hak asasi tetapi bila berkuasa menekan Rohingya. Sikap Aung San Suu Kyi itu juga sama dengannya. 

Semasa mula bersama PH, bukan main lagi berkata lunak, tetapi bila sesudah berkuasa enggan melepaskan kuasa menurut perjanjian. Keegoisan dan kebongkakan itulah menyebabkan kerajaan PH tersembam makan tanah. [wm.kl.10:08 pm 25/11/2020]

No comments: