Tuesday, May 10, 2022

Ismail Sabri sedang diasak oleh tiga fraksi?

DAPATAN RASA

MEDIA massa propagandis, alias pembobo tidur kerajaan, Kelauraga Malaysia melaporkan lebih 100,000 orang ramai mengunjungi rumah terbuka perdana menteri Ismail Sabri Yakob pada Ahad lalu. Sama ada angka itu lebong atau tidak, tetapi cara laporan itu dibuat menyeronokkan mereka yang mendokong serta menumpang rezeki hidup dengan Ismail Sabri. 

Sementara bagi rakyat nun jauh di kampung menggeleng-geleng kepala kekaguman dengan laporan itu dan mengangkat jempol kerana saking hebatnya Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Tetapi bagi mereka yang reti menghitung dan tahu permainan media propgandis, menerimanya sebagai satu perang psikologi sahaja. Tidak logik dengan angka dihitungkan itu. Lagipun jumlah yang hadir itu tidak dapat dijadikan ukuran sokongan sebenar. Apa lagi pada hari rumah terbuka, mereka yang hadir bukan menyokong sesungguhnya, tetapi ada tujuan dan motif lain, khasnya untuk makan dan minum free serta berselfie degan perdana menteri. Di ruang awam begitulah rakyat dapat bertemu PM dengan mudah tanpa protokol ketat. 

Apa lagi negara baru sahaja bebas daripada pendemik. Kehidupan rakyat yang sebelum ini terkurung dan jarak perjalanan serta cara bersosial juga terbatas, jadi apabila ia dibuka semula, maka semua orang ingin menikmati kebebasan itu. Orang ramai mengambil kesempatan untuk memerdekakan dan release diri dan menjadikan acara di Putrajaya itu sebagai destinasi yang ditunggu-tunggu. 

Apapun syabas kepada PM ke-9 itu kerana mendapat liputan yang hebat. Namun disebalik keriuhan dan kehangatan sambutan daripada Keluarga Malaysia itu, hakikat yang sedang dirasa Ismail Sabri tidak seperti mata yang memandang. Beliau kini sedang berhadapan dengan golombang dan masalahnya sendiri, apabila beliau diasak dan ditekan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menganggui tugasannya selaku PM. Keadaan itu menyebabkan Ismail Sabri boleh tersenyum setakat di bibair sahaja tetapi tidak sampai ke dalam sukma.  

Ada tiga puak atau fraksi yang sedang memberi tekanan atau pun memantau Ismail Sabri agar mengikut kehendak mereka. Kedudukan beliau sebagai PM secara "berkebetulan" itu menyebabkan wujud suasana itu dan Ismail Sabri mudah diancam dan diperbudakkan. 

Situasi ini sungguh tidak menyenangkan Ismail Sabri, dan kedudukannya sebagai perdana menteri seperti tidak tulen atau tidak membawa makna lebih bererti. Cuma dengan jawatan itu beliau sekadar boleh berpuas hati lantaran sudah bergelar sebagai PM walaupun tidak dapat berkuasa sepenuhnya. Sekurang-kurangnya beliau lebih baik dan beruntung berbanding dengan Ahmad Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim yang pernah menjawat jawatan timbalan perdana menteri tetapi belum merasai jawatan perdana menteri.

Kumpulan pertama yang menekan beliau ialah daripada partinya sendiri - Umno yang dinamakan kumpulan kluster mahkamah. Kumpulan ini menekan Ismail Sabri agar mematuhi kehendak mereka. Kumpulan ini mahukan Ismail Sabri mengadap Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan parlimen. Kumpulan ini mahukan pilhan raya diadakan segera, sebelum berlangsungnya perhimpunan agung Umno yang membabitkan pemilihan. 

Kenapa agenda itu dususun, helahnya jelas. Kumpulan ini tidak mahu Perhimpunan Agung Umno (pemilihan) dilangsung sebelum pilihan raya. Mereka mahukan pilihan raya umum diadakan dahulu baru diikuti dengan pemilihan dalam Umno. Tujuannya dan helahnya kalau pilihan raya diadakan sebelum pemilihan, mereka khasnya presiden masih mempunyai kuasa status quo yang ada, sebagai presiden dan juga pengerusi BN.

Kedua-dua jawatan itu penting dalam menentukan calon-calon UBN dalam pilihan raya umum akan datang. Dengan kuasa itu presiden boleh meentukan siapa yang akan jadi calon dan tidak. Kuasa itu akan digunakan untuk melindunginya dan membuang sesiapa yang dibencinya.

Sebaliknya kalau pemilihan Umno diadakan lebih awal, mereka bimbang akan kehilangan jawatan itu. Dalam masa sama juga golongan ini sudah menghidu ada usaha dan gerakan oleh mereka yang berada dalam kabinet Ismail Sabri memastikan agar pemilihan diadakan sebelum pilihan raya bagi menjamin kedudukan Ismail Sabri sekaligus kedudukan mereka. Mereka merancang untuk menolak Ismail Sabri bertanding jawatan presiden. Golongan ini akan memperalatkan Ismail Sabri untuk kepentingan mereka. 

Senario dan perkembangan ini menyebabkan golongan kluster ini resah gelisah dan membuat tekanan kepada Ismail Sabri supaya akur dengan kehendak mereka. Sama ada usaha mereka ini berjaya dapat dilihat,  apakah perhimpunan kahs Umno untuk pinda perlembagaan diadakan atau tidak. Dan jika diadakan, apakah pindaan itu diluluskan oleh ROS atau sebaliknya. Ada desas desus ROS tidak akan meluluskan pindaan berkenaan atas motif politik juga. 

Golongan atau fraksi kedua yang mengasak dan menekan Ismail Sabri datangnya daripada rakan dalam kerajaan Keluarga Malaysia sendiri, daripada Bersatu. Bersatu yang membantu menaikkan Ismail Sabri berasakan mereka berhak untuk kawal Ismail Sabri untuk kepentingan mereka. Bersatu merasakan saham mereka besar dalam mengangkat Ismail Sabri sebagai PM. Mereka menuntut Ismail Sabri membayar balik saham itu. 

Atas mengenangkan jasa dan pengorbanan itu, Bersatu atau Mahiaddin Yassin sangat mengharapkan Ismail Sabri menurut apa yang mereka kehendak dan tidak sedia mengikut apa yang ditunjuki oleh kluster mahkamah dalam Umno yang jelas merupakan "seteru madu" kepada Bersatu. Kedaan ini menjadikan Ismail Sabri sedikit serba salah dan dalam delima. 

Ada beberapa kejadian atau peristiwa menunjukkan peranan Bersatu ini berjaya menekan atau menggangu Ismail Sabri. Ismail Sabri terpaksa akur dengan tekanan dan permainan Bersatu ini. Salah satunya rancangan untuk menamakan nama sebuah sekolah di Kelantan dengan nama ayah Ismail Sabri, Yaakob bin Sulaiman tidak berjalan seperti dirancang. Persiapan untuk acara itu telah pun dibuat dan Ismail Sabri dijangka akan mengumumkan dalam satu lawatan kerjanya ke Kelantan. Tetapi cadangan itu dibatal kerana ia tidak dipersetujui oleh kabinet apabila dibantah oleh menteri pendidikan?

Bayangkan betapa berkuasanya Bersatu, sehingga dapat membatalkan acara atau hasrat yang telah dipersetujui perdana menteri. Kejadian ini belum pernah berlaku kepada mana-mana PM sebelum ini. Keadaan inilah menunjukkan Ismail Sabri tidak berani berkeras walaupun beliau mempunyai kuasa mengatasi kuasa menteri pendidikan.

Selain itu, tekanan atau gangguan oleh Bersatu kepada Ismail Sabri juga berlaku menerusi Kementerian Kewangan. Katanya ada beberapa peruntukan yang diminta (diarah) oleh Ismail Sabri tetapi tidak diluluskan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz yang umum tahu perlantikannya dibuat ketika Mahiaddin jadi perdana menteri. Boleh dikatakan semua peruntukan atau projek semasa Mahiaddin jadi PM, tidak dibatal atau boleh dipinda oleh Ismail Sabri.

Manakala golongan ketiga yang juga memberi masalah kepada Ismail Sabri ialah daripada pembangkang, PH. PH menggunakan MoU sebagai modal untuk menenkan dan mengugut Ismail Sabri. Terbaharu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, telah memberi kata dua, agar Ismail Sabri menyegerakan penggubalan akta anti lompat parti, dimana jika tidak dibuat kemungkinan MoU akan dibatalkan sebelum cukup tempoh matangnya Julai depan.

Walapun pembatalan MoU itu tidak memberi kesan besar sehingga Ismail Sabri boleh terlepas jawatan PM, tetapi jika tindakan itu diambil sedikit sebanyak ia menjejaskan wibawa dan sokongan kepadanya sebagai perdana menteri. Dari segi moral beliau telah hilang sokongan. MoU yang ditanda tangani parti-parti dalam PH itu sedikit sebanyak telah menguatkan semangat Ismail Sabri sebagai perdana menteri. 

Itulah tiga puak atau golongan yang menimbulkan keadaan tidak nyaman kepada Ismail Sabri ketika ini. Pengekalan Ismail Sabri sebagai PM sehingga habis penggal parlimen ke-14 bergantung kepada suasana yang dihadapinya kini. Keadaan Ismail Sabri kini seperti si tempang yang berjalan di atas titi yang merentangi arus sungai yang kuat bertemankan tongkat kontot. [wm.kl. 3:48 pm 10/05/2020]

No comments: