Wednesday, December 13, 2023

Orang Melayu belum mengenal diri sendiri

 PERIHAL LIM KIT SIANG

BAGI mereka yang bersikap terbuka, (open minded) mengenepikan soal sentimen bangsa yang sempit, tidak akan merasa apa-apa salah pun kenyataan dibuat Lim Kit Siang yang mengatakan sesiapa sahaja termasuk bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri negara ini.
Kit Siang mengatakan begitu berdasarkan fakta dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara, sambil memetik frasa berbunyi, "Yang diPertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja jadi perdana menteri asalkan mempunyai majoriti, sokongan," tanpa menyebut syarat-syarat lain dengan jelas.
Bagi Kit Siang kenyataan tanpa sandaran bersyarat itu membawa maksud sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi perdana menteri. Beliau mahu memahamikan rakyat ini terhadap roh Perlembagaan.
Tetapi kenyataan Kit Siang itu mudah ditafsirkan sebagai mengancam kuasa orang Melayu, lalu ia dibuat laporan polis menyebabkan pemimpin spiritual DAP itu telah dirakam percakapan oleh polis. Sebanyak 27 set soalan ditanya polis terhadap Kit Siang berhubung perkara itu yang dimasukkan dalam blognya.
Bagi saya, tindakan melaporkan Kit Siang berhubung kenyataan itu dibuat oleh mereka (baca Melayu) yang takut kepada bayang-bayang sendiri, serta yang buta dan jahil mentafsir Perlembagaan negara ini serta yang tidak tahu nilai kekuatan diri dan bangsa. Mereka yang mengakui adanya hantu, tetapi tidak pernah berjumpa pun dengan makhluk itu.
Disebabkan kelemahan itu, ditambah rasa takut menghasut diri sendiri menyebabkan mereka lantas melihat kenyataan Kit Siang itu sebagai mengancam kuasa politik mereka dan kedudukan mutlak oraang Melayu di negara ini.

Melayu tidak perlu takut.
Warasnya Melayu tidak perlu takut kepada sesiapa, atau mana-mana pihak sekali pun. Kit Siang tidak khilaf dalam soal ini, atau cuba menimbulkan sesuatu yang baru, tetapi Perlembagaan yang telah menyatakan dengan jelas tanpa syarat tentang siapa berhak dilantik jadi perdana menteri. Beliau hanya menyebut dan mengulangi apa yang dinyatakan dalam perlembagaan sahaja.
Sekiranya kita waras dan faham perkataan berbunyi "sekiranya ada majoriti" itu sudah jelas dan nyata untuk tidak membimbangi apa yang Kit Siang lafazkan itu. Bahawa orang bukan Islam tidak mungkin dilantik menjadi perdana menteri. Kenapa?
Iya, realiti politik dan demokrasi di Malaysia ini, orang bukan Melayu boleh memegang jawatan itu sekiranya mereka disokong oleh orang Melayu. Itu jaminan perlembagaan. Namun selagi orang Melayu tidak sedia menyokong orang bukan Melayu mereka tidak boleh jadi PM kerana tiada majoriti. Hakikat politik negara ini kaum Cina tidak akan memperolehi majoriti tanpa sokongan Melayu dan bangsa lain. Apa yang Lim Kit Siang kata itu berdasarkan fakta yang jelas. Dimanakah kesalahanya?
Sebelum bangkit dan marah kepada kenyataan Lim Kit Siang yang dianggap menghiris jiwa itu, orang Melayu perlu menepuk dada sendiri dan bertanya apakah mereka sedia melepaskan kerusi nombor satu kepada bukan Melayu atau tidak. Sanggupkah mereka? Apakah mereka sedia mengenapkan majoriti kepada mereka? Dan apakah mereka akan berkerat rotan dan berpatah arang dengan sesama Melayu semata-mata demi memuaskan nafsu politik.
Jika mereka tidak mahu, mereka tidak tergamak, mereka sudah ada senjata untuk menyelamatkan kekuasaan mereka. Mereka harus mengguna dan memegang senjata berupa kunci itu sekemas mungkin untuk memastikan kerusi itu milik Melayu selamanya. Kunci atau senjatanya ialah PERPADUAN, Melayu perlu bersatu, tidak berpecah dan tidak mudah pula dibela oleh bangsa lain lain. Ibarat kepada ayam atau burung jika bulu sayap pecah dan carik malanglah hidup kerana bila pecah dan carik maka kendalaah penerbangan.
Tidak sedia diperalat ataun dijual beli oleh bangsa lain seperti mana berlaku di zaman kolonial dahulu.
Kesimpulan tindakan ke atas Kit Siang itu mendedahkan kedangkalan cara kita berfikir, kita (baca Melayu) masih belum mengerti kekuatan dan rahsia yang ada kepada diri kita sendiri, belum mengenali diri sendiri, maka itu menyebabkan kita mudah ralat dan gobal bila ada orang seperti Kit Siang bercakap demikian walaupun ia berlandaskan kitab hidup negara ini dan hanya merupakan sesuatu "agahan" daripada seorang Cina tua yang cukup memahami akan lemah serta mudahnya Melayu melatah bila dicucuk pinggangnya.
Apabila ada laporan dan soal siasat keatas Lim Kit Siang bermakna beliau masih hidup, bertenga dan mampu menimbulkan sesuatu bagi mengombak politik negara ini pastinya bagi kepentingan kaum mereka. 

Status dan permainan Kit Siang sama taraf dengan cara dan permainan politik Mahathir Mohamad yang dimana kaedaan stail mereka berdua itu cuba pula diikuti oleh Tok Dor Hadi untuk menunjukkan dia masih berakal walaupun pandangan dan tanggapannya tentang sesuatu sudah tidak relevan lagi. Trims. [wm.kl. 7:38 pm 13/12/2023]

No comments: