Tuesday, January 23, 2024

Bila Mahathir sudah tercium harum penjara?

SUSUPAN PAGI

Mahathir membaca sesuatu di sidang
akhbarnya.
SEMALAM Mahathir Mohamad telah membuat sidang akhbar khas untuk membela dirinya, sekaligus meraih simpati rakyat terhadap nasib dan takdir yang menimpanya kini. Sesungguh Mahathir seorang hamba yang bernasib malang dan mengecewakan, kerana walaupun berada di hujung usia masih terus berhadapan dengan kerenah yang tidak menyenangkan.

Orang seusia beliau apa lagi dianggap negarawan masih lagi "berselibuh" dengan hal-hal yang memalu dan menyesalkan sangat pelik. Ini sesuatu yang pelik dan menghairankan mungkin jua ia suatu hukum karma.

Apakah ini suratan takdir yang diberikan kepadanya.

Bekas PM itu membuat sidang akhbar membela dirinya dalam keadaan penuh emosional sekali sampai mengungkit dan memperkatakan sesuatu yang tidak sesuai diluahkan. Beliau cuba memberi justifikasi terhadap apa yang dialaminya, disamping mengharap rakyat bersimpati kepadanya. Walaupun kenyataan itu untuk membela anak kesayangannya, Mirzan yang diberi notis agar menjelaskan mengenai kedudukan harta kekayaannya, hakikatnya dia merasakan notis itu adalah kepadanya. Bak kata pepatah pukul anak sindir menantu. 

Itulah sebab kenapa Mahathir jadi berang dan emosional, iras-iras meroyan alias gila.

Dalam hal ini Mahathir sebagai seorang bapak yang bertanggung jawab, beliau bukan sahaja membesar anak-anaknya, memberi kekayaan melimpah ruah, tetapi juga bersedia menghadapi apa sahaja mara bahaya serta risiko demi untuk menyelamatkan anaknya. Itulah bapak mithali. Alangkah baiknya kalau semangat dan komitmen itu juga beliau gunakan untuk membela rakyat selama 22 tahun 22 bulan menjadi perdana menteri.

Sayang dalam hal ini Mahathir seperti "runcing didalam pepet di luar." Beliau lebih obeses membela anak-anak dan kronisnya daripada rakyat, sementara rakyat diabai dan dipermainkan. Dimana tanggungjawab dan amanah sebagai seorang khalifah?

Dalam sidang media semalam apa yang hendak dijelaskan Mahathir bahawa anaknya, (baca beliau) dianiaya dan dizalimi oleh kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. Kununya Anwar melakukan penganiayaan kepadanya. Beliau cuba memberi fahaman Anwar sengaja mahu berlaku tidak adil kepadanya dengan mengaibaknanya sebagai seorang koruptor. Bahawa Anwar sebagai PM telah menggunakan kuasanya untuk bertindak wewenang. Beliau dakwa Anwar menuduhnya tanpa bukti.

Katanya, Anwar ada kuasa sebab dia perdana menteri, dia boleh siasat saya dan sesiapa. Mahathir amat arif bahawa seorang perdana menteri mempunyai kuasa penuh dan boleh digunakan ke atas sesiapa sahaja demi menegakkan keadilan. Apakah beliau lupa keadaan demikian semasa beliau jadi PM dahulu beliau telah menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan dirinya? 

Apabila SPRM memanggil anaknya Mirzan untuk diselidiki, diambil kenyataan dan diberikan notis menjelaskan kekayaannya, beliau merasakan tindakan SPRM itu sedang membuka penjara buatnya. Beliau gelabah dan takut, sampai mengatakan, tak apa kalau dia mati dalam penjara pun? 

Kenapa seolah-olah tidak sempat berastighafar lagi, dimanakah sandaran anda? Nampak sekali Mahathir tidak dapat menerima hakikat itu dan gelabah sehingga mengadakan sidang akhbar sedemikian rupa. 

Sebagai seorang bekas PM dan mengerti seluk beluk pentadbiran, perundangan dan sebagainya, beliau sepatutnya rileks sahaja, serahkan kepada sistem yang sedia ada. Kenapa kalau dahulu percaya kepada sistem keadilan tetapi tidak hari ini. Semasa Anwar dihadap ke mahkamah beliau meminta orang ramai yang mempertikaikannya agar pecayakan kepada mahkamah. Apakah apabila kita dihadap ke mahkamah, kepercayaan itu harus ditarik?

Bukankah dengan bersikap gelabah demikian menyebabkan umum dapat menebak ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu kesalahan disebalik penegakkan benang basah oleh Mahathir kononnya dia tidak ada wang, tidak ada harta dan sebagainya. Kalau kata-katanya itu benar kenapa dia jadi segelabah itu? 

Sidang akhbar itu selain untuk menagih simpati rakyat ia juga untuk menyerang (damage) Anwar, memberi gambaran buruk kepada dunia bahawa kerajaan hari ini zalim dan tidak berlaku adil. Sampai beliau menyeru dan mengingatkan negara luar agar jangan datang ke Malaysia. Tanpa mengukur nilai atau tahap kezaliman yang dilakukan semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau terus memburukkan Anwar. Disinilah kekhilafan dan keterlupaan Mahathir. 

Dalam menuduh dan menyerang Anwar itu ada beberapa hal menunjukkan Mahathir seorang pelupa. Atau kerana faktor usia beliau lupa apa yang diperkatakan itu jahuh tersasar laksana meluduh ke langit. Misalnya beliau merendahkan keupayaan Anwar sebagai seorang perdana menteri yang berkuasa dalam keadaan tidak mempunyai kuasa penuh sepertinya. 

Menurutnya, beliau menjadi PM dalam keadaan kuasa yang mantap mendapat sokongan 2/3. Sebanyak empat kali pilihan raya UMNO-BN yang dipimpinnnya mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Beliau menganjing kepada Anwar yang menjadi PM kini dalam keadaan lemah lantas mencabar Anwar menguji kekuatannya dengan mengadakan pilihan raya. 

Anwar seirng didampingi
ulama.
Sebenarnya Mahathir lupa dalam mengangkat dirinya sendiri kepada "bakul" yang menempatkan dirinya itu. Bukankah dalam pilihan raya-pilihan raya itu, 1982, 1986, 1990 dan 1995 ketika itu Anwar Ibrahim bersamanya. Anwar adalah timbalan dan pembantunya. Bahawa pengaruh dan kegilaan rakyat kepada Anwar memberi kemenangan besar kepada UBN. 

Kalau pilihan raya itu memberi kejayaan besar kepada UBN, ini bermakna ia adalah juga sumbangan Anwar Ibrahim. Janganlah kerana terlalu ingin memperkecilkan orang lain sehingga kita lupa apa yang berlaku. Untuk mengatakan kita pandai, harus menerima kepandaian dan kebijakan para guru sebab kita pandai kerana ajaran guru. Janganlah jadi kacang yang lupakan kulit. 

Lantas berdasarkan fakta yang sengaja diselewengkan itu Mahathir mencabar Anwar agar membubarkan parlimen untuk diadakan pilihan raya bagi menguji kedudukannya. Cabaran ini dibuat oleh orang yang kecewa dan sakit. 

Rasa Anwar tidak perlu menjadi gila menyahut cabaran yang dibuat oleh orang kecewa itu. Anwar tidak usah cuba-cuba menjadi beruk yang menghingguk dahan pokok apabila gagal mengambil buahnya. Biarlah Mahathir seorang yang menjadi beruk. 

Sekali lagi Dr Mahathir perlu melihat kepada keupayaan dirinya sendiri. Dia kena sedar dan insaf bahawa kegemilanganya kini sudah pun lupus. Kehebatannya yang dijaja kini sudah tidak lalu. Kekalahannya di Langkawi sehingga hilang wang pertaruhan sesuatu sungguh memalukan. Sepatunya kekalahan itu menyedarkannya bukannya meroyakan. Dia hilang keramat walaupun ada orang-orang Pas cuba menggesek kendi ajaibnya tetapi ia sudah tidak bisa mengeluarkan air lagi. Mahathir terhibur dengan gasekkan biola mainan Pas yang melantiknya sebagai penasihat GS4. 

Cabaran Mahathir agar Anwar mengadakan pilihan raya itu hanya sebuah kesombongan seorang yang tidak tahu menerima budi dan berterima kasih kepada orang lain yang menganggap dirinya sahaja kuat dan berjasa. Khabarnya semasa berlangsung Pirake (pilihan raya kecil) Kemaman baru-baru ini sudah ada rancangan untuk meletakkan Mahathir disitu, tetapi beliau enggan. Kenapa, apakah kerana dia dapat membaca beliau tidak popular, tidak akan menang maka rancangan itu batal dan diserahkan sahaja kepada Samsuri Mokhtar?

Jadi kepada Mahathir, jangan berlebih-lebih sangat dalam membuat provokasi dan menyerang nanti orang benci. Dibimbang jika terlebih serangan akan merosak diri sendiri, jangan jadi petani yang membakar huma untuk tujuan membersihnya, akhirnya kerana leka seluruh ladang terbakar. Jangan. 

Siapa yang tidak kenal Mahathir, beliau makhluk yang tidak akan senang dan bersetuju dengan sesiapa sahaja menjadi PM. Mahathir seorang pencemburu dan pendengki. Semua PM selepasnya diserang dan dipandang hina serta diperlekehkan. Bermula daripada Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah), sampai kepada Najib Razak, Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob. Walhal Pak Lah dan Najib adalah orang yang dipilih dan dilantiknya sendiri. 

Apabila beliau terus mahu menjual berani dan bermain api dengan Anwar beliau silap. Buku bertemu ruas kali ini. Beliau khilaf hari ini kerana gagal mengenali siapa Anwar seorang rakan menjadi lawan yang tidak ada tunduk kepada tekanan.  Beliau gagal mengenali waja dan beri kursani yang adalah dalam tubuh Anwar. Beliau tidak sedar nur yang ada pada Anwar bertukar menjadi api. 

Sepatutnya sebelum menghayungkan pedang dan mahu melontorkan bom kepada Anwar, Mahathir belajar dan insaf apa yang berlaku 25 tahun lampau untuk mengenali dan menghayati kedirian seorang Anwar Ibrahim. 

Sudah lebih dua dekad beliau ingin menyekat Anwar dari mara malahan ingin mematikan langkah Anwar. Secara licik dan halus beliau melakukan berbagai cara untuk menghalang Anwar. Semasa siapa jadi PM atau ketua negara Anwar terpenjara? Bukankah semasa Mahathir bin Mohamad dan ketika itu juga wujudnya konspirasi untuk "membunuh" Anwar. 

Adakah Anwar mengalah dengan segala perancangan jahat dan syaitan itu dan bersujud kepada keiblisan Mahathir dan koruptor, tidak. Bahkan Anwar lawan tetap lawan, dan penjara ternyata bukan pusara buatnya. Sebaliknya penjara membekalkan keutuhan semangat yang tidak terlawan Mahathir dan kuncu-kuncunya sampai kini. 

Mahathir harus belajar dari sejarah dan pengalaman itu. Hari ini kalau beliau terus menyerang Anwar dengan kenyataan akbar seperti diadakan semalam, adalah suatu kesilapan besar. Serangan itu sia-sia sahaja. Umpama menebak ekor kapal yang sudah berlalu di kejauhan lautan. Anwar kini berada di puncak yang tidak mungkin dapat disumpit yang mana kedudukan istimewa itu pernah dirasa (Mahathir) sebelum ini. Anwar sudah tekad dan nekad.

Kenapa harus Mahathir bersikap seperti itu kepada Anwar? Sejahat-jahat harimau ia tidak pernah mencakar apa lagi memakan anaknya sendiri. Tampaknya Mahathir dalam konteks ini lebih kejam dan tidak berhati perut daripada haiwan. Mungkin Tok Dor Hadi mengerti haiwan jenis apa ini.

Benarlah kata arwah sahabat saya Sallahuddin Ayub, kepada saya, Mahathir seorang berhati kering. Dia tidak ada perasaan dan simpati langsung kepada sesiapa sahaja yang cuba mengatasi dan memecah rekodnya. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa pun mengatasinya sebagai pemimpin negara ini kecualinya. Katanya, Mahathir seorang yang cacat dalam keadaan ia dilihat hebat dan sempurna. 

Ini tidak pelik sama sekali. Bukan sahaja serangan dan kebencian kepada mereka yang menduduki jawatan PM, seperti Pak Lah, Najib, Mahaiddin dan Ismail Sabri, tetapi dua pemimpin berpotensi untuk menjadi perdana menteri seperti Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah juga ditepishancurkan begitu sahaja. Bahkan jika difahami kenapa Ghafar Baba tersingkir dari merasai kerusi perdana menteri adalah juga kerana ulahannya, permainan Mahathir yang menggunakan Anwar ketika itu untuk menafikan hak dan peluang Ghafar Baba dengan melawan Ghafar untuk kerusi timbalan presiden Umno. 

Di sinilah kelicitan dan hipokrasi Mahathir yang tidak dapat dihidui banyak orang. Menutup catatan ini saya hendak berkata begini sahaja, apa yang menimpa diri anak Mahathir, Mirzan itu adalah sesuatu sejarah dan keberanian serta suatu tanggungjawab demi negara. Ia adalah pelaksanaan aspirasi rakyat.

Rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan hari ini khasnya Anwar Ibrahim. Anwar sebagai PM kepada kerajaan hari ini melakukan sesuatu yang kesekian lama didamba dan diharapkan. Tanpa Anwar jadi PM, sudah pasti "peti besi khazanah" Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin tidak akan terusik atau bergerak seinchi pun. Sebelum ini sudah ada empat perdana menteri namun peti khazanah itu tidak pun terusik dan pemiliknya boleh lena di atas kekayaanya. 

Justeru rakyat seluruh lapisan perlu merasa bertuah dan berterima kasih kepada kerajaan yang berani mengambil tindakan ke atas orang-orang seperti Mahathir, Daim Zainuddin dan lain-lain itu. Jangan lagi mudah tersihir dengan kelicitan Mahathir Mohamad yang kini sudah menjadi seperti cacing kepanasan. Seluruh rakyat harus junjung piala kemenangan untuk kerajaan dan Anwar. Dan saya percaya Anwar juga akan berpuas hati dengan apa dilakukan. 

Sesuatu yang perlu dirasakan oleh Mahathir, beliau boleh berimiginasi sekarang ialah bagaimana berada dalam penjara seperti pernah dialami Anwar Ibrahim dan kini sedang dilalui Najib Razak. Itulah yang rakyat mahu lihat dan saksikan sebagai pengajaran dan ibrah untuk masa hadapan. Dan kena terima sehebat-hebat Firaun, Qorun, Namrud dan lain-lain akhirnya mereka kantoi jua. [wm.kl. 8:24 am 23/01/24].


No comments: