PENDAPAT
Tengah hari ini saya nak cakap sekali lagi mengenai isu himpunan anti rasuah yang hendak diadakan oleh anak anak muda alias berbudak 25 Januari ini, yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa, kerajaan.
Dua menteri, Mendane Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadhil bersetuju dengan larangan pihak berkuasa itu.
Saifuddin memberi alasan perhimpunan tidak boleh diadakan di ruang awam kerana ia menganggu ketenteraman awam dan mesti patuhi akta himpunan aman.
Himpunan itu dicadangkan untuk diadakan di hadapan pusat membeli belah Sogo dan Dataran Merdeka. Bebudak itu mengambil ilham dan aspirasi untuk berdemon dengan mengambil iktibar daripada apa dilakukan diera reformasi dahulu, yang mengadakan demo setiap Sabtu di Sogo, masjid Jamek, masjid Negara dan di pinggir Dataran Merdeka.
Mereka memberi alasan, larangan itu kerana pihak penganjur tidak mematuhi Akta Himpunan Aman.
Pandangan dua menteri itu tidak disetujui oleh seorang timblan menteri yang juga Ketua Pemuda AMK, Adam Adli Abdul Halim yang minta himpunan itu dibenarkan. Beliau kata tidak perlu bimbang dan khuatir dengan himpunan berkenaan.
Beliau berhujah dalam mempertahankan pendapatnya, jangan kerana mereka tidak memuji kerajaan, kita anggap mereka memusuhi kita. Katanya sepatut kerajaan menghargai sikap kritikal yang dizahirkan oleh mereka.
Katanya lagi anak-anak muda ini sedang membentuk tekad dalam melawan kebobrokan dalam suatu negara, ini suatu yang harus kita pandang tinggi, kerana ini cita-cita sama dengan kerajaan Madani.
Panjang lebar Adam Adli berhujah mempertahankan pandangannya untuk membenarkan himpunan berkenaan. Nampak sekali dalam tubuh Ketua AMK ini masih ada perangai bebudak, walaupun menjadi timbalan menteri Belia dan Sukan sudah dua tahun lebih.
Selain Adam Adli ada juga beberapa individu lain bercakap mengenai perkara itu, termasuklah bekas timbalan menteri undang-undang Hanipa Madin yang nada dan gemanya lain sedikit. Ada talun tidak senang kepada individu yang disasarkan itu.
Hanipa Maidin disamping mengharapkan himpunan itu diadakan, beliau mencabar presidennya Mohamad Sabu agar berundur dari jawatan sebagai menteri sekiranya perhimpunan itu dihalang.
Apa kena mengena dengan jawatan menteri KPTM dengan himpunan itu. Apakah Hanipa sebenarnya geram dengan pencapaian Mat sebagai presiden Amanah dan menteri tidak memuaskan maka beliau mahu Mat berundur? Cara Hanipa itu seperti pukul anak sindir menantu saja.
Si Hanipa ini lebih kurang Adam Adli sahaja, yang masih tidak dapat bezakan antara semasa jadi pembangkang dengan jadi kerajaan. Bukan semua yang haram semasa jadi pembangkang halal, bila jadi kerajaan.
Kedua mereka masih pandir dengan seni politik, yang mana politik perlukan hipokrit? Belajarlah politik daripada orang-orang parti agama, (Pas) mereka juga hipokrit kerana sifat itu dibenarkan dalam politik western.
Saya memerhati dengan saksama polemik mengenai himpunan itu, ia tidak ada kesudahan dan memberi solusi terbaik. Larangan diadakan himpunan itu kerana melanggar Akta Himpunan Aman adalah munasabah. Dan membiarkan berbudak tunjuk perasaan, saya setuju tidak perlu dibimbangi.
Demon berkenaan tidak sebahaya demon-demon di era reformasi dahulu yang mana demon ketika itu dimanage demikian rupa oleh pakar demonstrasi yang handal dan bijak, sampai pihak PDRM sendiri kadang-kadang bingung, keliru dan sukar untuk membenterasnya.
Lagi satu, peserta demon itu nanti saya percaya tidak seberani dan seganas peserta demonstrasi dahulu yang sanggup untuk ke lokap dan penjara.
Saya yakin himpunan anti rasuah yang hendak diadakan itu, persertanya tidak seberani dan terlatih dan punya matlamat seperti demon dahulu kerana tiada agenda di sebalik demonstrasi itu. Kalau dahulu maksud dan tujuan demon untuk jatuhkan kerajaan, membela Anwar Ibrahim kemudian menaikkanya sebagai PM.
Himpunan dirancangkan itu apa agendanya? Siapakah yang hendak dinobatkan sebagai perdana menteri.Siapa ikonnya? Najib Razak, atau Mahiaddin Yassin? Haha... Justeru bagi saya demon itu nanti tidak lebih daripada latihah, atau kawad kaki sebagai persiapan untuk sertai PLKN edisi 2025 sahaja. Jadi biarkanlah.
Dan kepada anak-anak muda itu kalau mereka serius untuk membenteraskan rasuah, masih ada seribu jalan lain lagi untuk menentangnya. Kerajaan menyediakan berbagai flatform, saluran, forum, perbincangan dan sebagainya boleh disampaikan cadangan dan juga pandangan anda. Kenapa tidak digunakan saluran berkenaan? Malahan PMku Anwar Ibrahim sendiri bersikap terbuka untuk bincang apa sahaja dengannya.
Ataupun jika ingin juga turun padang, pohon kebenaran, patuhi segala peraturan dalam Akta Himpunan Aman itu, seperti cadangkan tempat lebih kondusif atau aman seperti di stadium Bukit Jalil atau pun mana-mana stadium, dan berhimpunlah disitu.
Apabila anda bersikeras juga untuk berhimpun dihadapan Sogo atau Dataran Merdeka, bermakna anda sengaja mencari point untuk bergaduh dan melanggar peraturan yang ditetapkan. Apabila anda dikenakan tindakan nanti, ketika itu jangan salahkan pihak berkuasa tangguhlah sendiri. Trims. [wm.kl. 2:02 pm 23/01/2025]
No comments:
Post a Comment