BELASUNGKAWA
Allahyarham Pak Lah. |
Saya mula menyorot kepimpinan Pak Lah dalam buku: Antara Dollah, Anwar dan Sanusi Tuhan Pilih Siapa? (1992). Tiga nama ini adalah seangkatan dan menjadi pemimpin pelapis dikira layak dan pantas untuk mengambil alih tempat Dr Mahathir Mohamad selepas Tengku Razaleigh, Ghazali Shafei dan Musa Hitam tidak lagi relevan.
Dalam buku itu saya memberi kredit besar untuk Pak Lah, dan maramalkan beliau akan jadi akan dipilih Tuhan.
Ramai juga yang judis dan merasakan mustahil memandangkan populariti Anwar Ibrahim mengatasi dan menjunjung langit kuasa politik Umno ketika itu.
Pesaing sebenar Pak Lah, adalah dengan rakan senegerinya Anwar Ibrahim. Anwar yang lebih dilihat menjadi perhatuan dan anak emas Dr Mahathir. Anwar menyertai Umno dengan hamparan karpet merah. Apa lagi tahun 1987 Pak Lah buat sedikit kekhilafan tidak bersama Mahathir dalam team A, sebaliknya bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain pemimpin dalam team B.
Pendirian Pak Lah itu menyebabkan beliau dipecat oleh Mahathir dari kabinet kandatipun Pak Lah merupakan seorang naib presiden bersama Anwar dan Sanusi. Untuk beberapa ketika beliau berada di luar kerajaan yang disifatkan beliau mengambil cuti tanpa gaji. Meskipun begitu Pak Lah utuh setia dengan Umno tidak menyertai Semangat 46.
Berkat kesabaran, tuah seperti datang menggolek kepada Pak Lah apabila tercetus pergolakan di antara Mahathir dengan Anwar tahun 1998, apabila Mahathir memecat Anwar daripada Umno dan jawatan kerajaan.
Ledakan bom reformasi digerakan penyokong Anwar menganggu ketenteraman Mahathir menyebabkan Mahathir mencari pelindung dan penyelamat. Saat ini beliau teringat kepada Pak Lah lalu membawa Pak Lah masuk semula ke dalam kaabah politiknya, dengan melantikan Pak Lah sebagai timbalan perdana menteri, 1999. Secara tidak langsung boleh dimengertikan Pak Lah menyelamat Mahathir dari dikaramkan oleh arus Anwar.
Pak Lah seorang tokoh politik, pemimpin yang semua orang kenal, bersifat sedarhana dan tercermin dengan akhlak yang baik. Pak Lah dikenali orang baik. Sebagai cucu kepada Abdullah Fahim, individu yang bertanggungjawab menetapkan tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1957. Pak Lah sangat menjaga susila baik keturunan, sebab itu dalam politik Pak Lah menjaga mulut dan lidahnya, bahasanya tidak pernah kotor.
Kelebihan Pak Lah bukan kepada pidato berapi api penuh retorik dan slogan, tetapi kepada patah patah ucapannya yang lemah lembut dan tawaduk.
Saya ada pengalaman dalam hal ini, macam mana beliau menafikan sangkaan saya kepadanya yang berdendam dengan Anwar kerana pernah berlaku sesuatu peristiwa di antara keduanya seperti mana diceritanya sendiri.
Apabila sangkaan itu sampai kepadanya, beliau mengatakan dia tidak pernah marah dan berdendam dengan Anwar, ktanya; "itu budak itu (saya) yang kata." Begitulah peribadi Pak Lah dan ini disahkan dengan satu peristiwa apabila beliau secara terbuka memaafkan Mahiaddin Yassin dalam ucapan penangguhan di PAU. "Mahiaddin Pak Lah maafkan kamu," katanya.
Kata kata dan pengakuan Pak Lah itu boleh dibenarkan, kerana selepas beliau jadi PM, Anwar berhadapan dengan tribulasi perjuangan yang menyakit dan melelahkan, namun beliau sedikit pun tidak menggunakan kedudukannya sebagai PM untuk menyakiti Anwar. Hal ini diakui sendiri oleh Anwar dalam catatan rengkasnya semalam;
"Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah pribadi Pak Lah yang senantiasa memilih damai meski mudah untuk mambalas."
Dan dalam satu perbicaraan saya tentang Anwar bersamanya, Pak Lah menyifatkan Anwar sebagai adik adiknya, "buat apa bergaduh dengan adik beradik," ujarnya.
Banyak contoh dan peristiwa Pak Lah kekal dengan kesedarhaan politiknya dan memakai pakaian sifat sabar dan istiqamah. Apabila Tengku Razaleigh tubuh Semangat 46, beliau tidak bersama sedangkan beliau adalah salah seorang dalam team B.
Apabila dipecat dari kabinet beliau tawakus mendiamkan diri tanpa bertindak melakukan serangan balas. Untuk meneruskan hubungan dengan para penyokongnya, beliau membuka pejabat sendiri di bangunan KWSA di Jalan Raja Laut. Ketika ini saya kerap ke pejabatnya dan memberi secara percuma buku buku yang saya tulis mana mana ada subjek mengenainya.
Masa dipecat dari kabinet adalah masa peralihan yang serit dan sepi buat Pak Lah. Beliau hidup seperti orang biasa, tidak ramai berkawan dan mendekatinya. Pernah dalam satu majlis di DBP beliau bersendirian berada di barisan belakang tanpa diberi apa-apa fasalitis oleh penganjuran meskipun beliau bekas menteri dan masih naib presiden Umno.
Ternyata kesabaran dan istiqamahnya dengan parti, membawa berkat kepadanya, akhir beliau diajak ke pangkuan Umno dengan peranan besar. Peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim daripada Umno membawa tuah kepadanya bila dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Bintang politik Pak Lah terus bersinar, selepas menjadi PM apabila Mahathir berundur. Pilihan raya 2004 adalah kejayaan besar buat UBN dan paling manis kepada Pak Lah. Rakan-rakan yang sebelum ini menjauhi kembali semula mengerumuinya, itulah lumrah.
Pak Lah seorang yang tidak mahu dan tahu bergaduh dengan sesiapa, berbaik dengan semua orang. Tidak reti mencaci maki orang. Semasa menjadi PM, suasana politik orang Melayu terutama pergeseran Pas dengan Umno tenang dan damai. Usaha menyatukan Melayu dengan mewujudkan Perpaduan Melayu secara global dilakukan dizamannya. Namun sayang ada sedikit kekangan menyebabkan ia gagal walaupun cuba diteruskan Najib Razak.
Apapun bagi saya, paling terkesan dan nostalgik ialah semasa beliau jadi PM, Anwar Ibrahim yang dipenjara pada zaman regim Mahathir dibebaskan oleh mahkamah. Walaupun ketentuan itu tanpa campur tangan langsung Pak Lah dalam perundangan, tetapi pembebasan Anwar, berlaku diera Pak Lah.
Selain itu Pak Lah juga seorang berpegang kepada janji. Beliau tidak akan mungkir apa yang dilafazkan. Misalnya beliau telah berjanji untuk melepaskan jawatan kepada Najib Razak (2009) sebagai PM. Disebabkan ada keraguan dan kebimbangan terhadap kemampuan Najib, disamping untuk membuka peluang kepada Anwar, ada permintaan agar beliau menarik balik janji itu. Tetapi beliau tetap dengan janjinya.
Semasa pertemuan eksklusif Pak Lah dengan Anwar di Hulu Kangat yang diaturkan pihak sebuah madrasah di sana, dicelah celah keramaian saya sempat berbicara dengan Pak Lah. Saya minta beliau batalkan janji untuk berikan laluan kepada Najib dan hendaklah terus memegang jawatan. Sebelum itu saya juga ada mengutuskan surat kepadanya menerusi Setiausaha Politiknya Ramzi Abdul Rahman.
Tetapi apa kata Pak Lah, "saya sudah berjanji dengan Najib, saya tidak boleh mungkiri. Bersambung. [wm.kl.11:20 am 15/04/2025]
No comments:
Post a Comment