RINTIHAN BANJIR
 |
| Kemusanahan di Kelantan kerana banjir. |
Kalau dua tiga hari lepas kita semua berdebar dan tertanya-tanya macam mana nasib mangsa banjir, hari ini hati kita jadi lebih tersayat dan tersendu apabila melihat kesan-kesan banjir yang sudah dapat disaksikan sendiri.
Mungkin selepas air sudah mulai beransur surut, perasaan bimbang kita akan keselamatan mangsa banjir, baik yang ditempatkkan di pusat pemidahan, maupun yang terkepung atau kelaparan kerana kesukaran pasukan menyelamat masuki sudah tiada, tetapi perasaan lain pula kini menyerang kita, dan ia lebih menyayukan perasaan apa menyaksikan kesan pasca banjir.
 |
| Kemusnahan di Aceh kerana tsunami 2004. |
Sayu, sedih, bahkan sejuta perasaan lain lagi menyerang kita apabila melihat kesan-kesan pasca banjir yang keadaanya amat dahsyat sekali yang belum pernah kita saksikan berlaku di negara ini.
Bagi mereka yang sudah terbiasa menyaksikan keadaan demikian, (bencana alam) mungkin tidak begitu luluh hatinya. Tetapi bagi yang baru pertama kali menyaksinya, perasaan hiba dan sebak tidak dapat dielakkan. Mungkin sudah ada yang kekeringan air mata apabila menyaksikan audio visual banjir itu.