ULASAN ISU
Kalau kita menyifatkan Karpal Singh sedang menghidap satu penyakit berhubung saraf mungkin ada yang tidak bersetuju dan akan menganggap tanggapan itu busuk dan kejam. Tetapi kalau diperhatikan tindak tanduk dan aksi-aksi lisan poliiknya (kenyataan media) yang tidak menuruti alunan angin semasa dalam PKR, Karpal Singh memang sah menghidap sejenis penyakit.
 |
| Karpal: Naif politik. |
Pemikirannya mungkin masih waras, tetapi politiknya sudah tidak begitu waras. Karpal semacam bercakap apa yang terlintas di kepalanya saja tanpa mempedulikan maslahat lain dan dia seakan berada dalam kekacauan fikiran antara politik dengan profesyennya sebagai seorang pengamal undang-undang. Apakah Karpal tahu bahawa di dalam politik tidak ada
(valid) undang-undang? Atau undang-undang hanya digunakan untuk pemanis mulut sahaja bukan untuk diamalkan sepenuhnya seperti di dalam sebuah perbicaraan mahkamah yang mempunyai tatacara dan peraturan ketat?
Jadi dunia politik tidak boleh disamakan dengan dunia mahkamah yang berdasarkan hujah dan fakta dan menang kalah bergantung kepaada teknikal?