Penangguhan Kebenaran Guna Kalimah Allah - Umat Islam Harus Bersyukur
UMAT Islam negara ini yang bimbang dan marah dengan keputusan Mahkamh Tinggi yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh majalah Herald Khatolik boleh manarik nafas lega seketika, apabila permohonan KDN untuk menangguhkan pelaksanaan kebenaran itu ditangguhkan.
Hakim Lee Ben Lan hari ini membenarkan permohonan itu sementara menunggu perbicaraan rayuan yang dibuat KDN terhadap keputusan yang dibuat mahkamah Khamis lalu.
Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald.
Walaupun penangguhan itu tidak menyelesaikan isu yang sedang membara kini tetapi sekurang-kurangnya kemarahan umat Islam sudah reda. Bagaimana pun bagi umat Islam yang merasakan wajar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mungkin akan beranggapan perkembangan hari kerana tekanan politik.
Merereka akan menunding jari kepada pihak tertentu kononnya mendalami keputusan berkenaan.
Begitu juga mereka yang menyifatkan penggunaan kalimah itu tidak membabitkan akidah dan ia boleh digunakan oleh sesiapa saja atas alasan perkataan itu bukan mutlak hak Islam, juga tentu merasakan penangguhan itu sebagai satu helah pihak tertentu untuk mendapat political mileage.
Biarlah atas alasan apa sekalipun hakikatnya penangguhan kebenaran menggunakan kalimah Allah yang diberikan kepada majalah itu harus disambut dengan sujud syukur oleh umat Islam.
Di sini bukan soal umat Islam begitu kedekut untuk berkongsi kalimah Allah itu tetapi apa yang dibimbangkan ia boleh mengelirukan dan menyebabkan akidah umat Islam rosak. Mungkin setelah umat Islam telah diberi kefahaman jitu, meluas dan secara hakikatnya penggunaan kalimah berkenaan boleh dibenarkan.
Kenapa kebenaran itu ditentang bukan mencerminkan pemikiran sempit dan ekstrem umat Islam negara ini tetapi ia dibimbangi boleh mengelirukan kefahaman tentang konsep ketuhanan. Lagi pun perkataan itu telah dianggap sebagai hak eksklusif umat Islam negara ini sejak ratusan tahun lalu. Umat Islam negara ini menerima Allah sebagai nama kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Mungkin setelah kefahaman mengenai perbezaan konsep Allah Islam dengan Allah Kristian telah dikuasi oleh penganut Islam negara ini, bukan saja perkataan Allah boleh dibenarkan tetapi perkataan lain yang dianggap spesifik untuk Islam juga dibolehkan!
Dalam pada itu umat Islam tidak seharusnya berhenti untuk terus mempertahankan kesucian elemen-elemen Islam dalam apa juga aspek. Jangan pedulikan kepada pandangan sesetengah pihak yang nampak begitu liberal, fleksible dan tolenran kerana kuasa politik dalam soal ini tanpa mengambil kira kemudharatan iman yang bakal berlaku.
Sewajarnya juga pihak yang bercadang untuk menggunapakai kalimah itu membuat mahasabah diri semula kerana apa guna tindakan mereka hatta suci dan kudus sekali pun tetapi kalau ia boleh menimbulkan huruhara. Bukankah semua agama itu mengajak kepada kedamaian dan membenci peperangan! [d.kota kl 5:15 pm 06/01/09]