Penangguhan Kebenaran Guna Kalimah Allah - Umat Islam Harus Bersyukur
UMAT Islam negara ini yang bimbang dan marah dengan keputusan Mahkamh Tinggi yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh majalah Herald Khatolik boleh manarik nafas lega seketika, apabila permohonan KDN untuk menangguhkan pelaksanaan kebenaran itu ditangguhkan.
Hakim Lee Ben Lan hari ini membenarkan permohonan itu sementara menunggu perbicaraan rayuan yang dibuat KDN terhadap keputusan yang dibuat mahkamah Khamis lalu.
Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald.
Walaupun penangguhan itu tidak menyelesaikan isu yang sedang membara kini tetapi sekurang-kurangnya kemarahan umat Islam sudah reda. Bagaimana pun bagi umat Islam yang merasakan wajar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mungkin akan beranggapan perkembangan hari kerana tekanan politik.
Merereka akan menunding jari kepada pihak tertentu kononnya mendalami keputusan berkenaan.
Begitu juga mereka yang menyifatkan penggunaan kalimah itu tidak membabitkan akidah dan ia boleh digunakan oleh sesiapa saja atas alasan perkataan itu bukan mutlak hak Islam, juga tentu merasakan penangguhan itu sebagai satu helah pihak tertentu untuk mendapat political mileage.
Biarlah atas alasan apa sekalipun hakikatnya penangguhan kebenaran menggunakan kalimah Allah yang diberikan kepada majalah itu harus disambut dengan sujud syukur oleh umat Islam.
Di sini bukan soal umat Islam begitu kedekut untuk berkongsi kalimah Allah itu tetapi apa yang dibimbangkan ia boleh mengelirukan dan menyebabkan akidah umat Islam rosak. Mungkin setelah umat Islam telah diberi kefahaman jitu, meluas dan secara hakikatnya penggunaan kalimah berkenaan boleh dibenarkan.
Kenapa kebenaran itu ditentang bukan mencerminkan pemikiran sempit dan ekstrem umat Islam negara ini tetapi ia dibimbangi boleh mengelirukan kefahaman tentang konsep ketuhanan. Lagi pun perkataan itu telah dianggap sebagai hak eksklusif umat Islam negara ini sejak ratusan tahun lalu. Umat Islam negara ini menerima Allah sebagai nama kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Mungkin setelah kefahaman mengenai perbezaan konsep Allah Islam dengan Allah Kristian telah dikuasi oleh penganut Islam negara ini, bukan saja perkataan Allah boleh dibenarkan tetapi perkataan lain yang dianggap spesifik untuk Islam juga dibolehkan!
Dalam pada itu umat Islam tidak seharusnya berhenti untuk terus mempertahankan kesucian elemen-elemen Islam dalam apa juga aspek. Jangan pedulikan kepada pandangan sesetengah pihak yang nampak begitu liberal, fleksible dan tolenran kerana kuasa politik dalam soal ini tanpa mengambil kira kemudharatan iman yang bakal berlaku.
Sewajarnya juga pihak yang bercadang untuk menggunapakai kalimah itu membuat mahasabah diri semula kerana apa guna tindakan mereka hatta suci dan kudus sekali pun tetapi kalau ia boleh menimbulkan huruhara. Bukankah semua agama itu mengajak kepada kedamaian dan membenci peperangan! [d.kota kl 5:15 pm 06/01/09]
4 comments:
salam pak mso...
komen ambo memang biasanya ado unsur porokativ..terpulang kepada pak msole nak siar ke tidak at least pak mso buleh tahu pendirian ambo...
pasal isu ni...itulah tujuan dio! kalau dari awal kerajaan buat rayuan tak lah 'gege' macam ni. ambo rasa kerajaan umno ni nak 'test power' bagaimana pas menyelesaikan perkara ni. kalau bab takut hilang negeri (perak) tak sampai 24 jam boleh kemuka rayuan..kalau bab islam di lengah2kan..itulah UMNO!
salam tuan,
Dalam hal politik ni, tiada yg suci bersih dan putih. Tiada pilihan berbanding zaman Rasul dan shabat.
Cuma bagaimana memilih antara yang kurang baik dengan yang buruk.
Bagi sama ada yang kurang baik dalam Pas berbanding ada banyak yang buruk dalam Umno dari segi Islam dan bangsa Melayu dalam ertikata sebenarnya.
setuju dengan pendapat tuan mso bahawa... apa guna tindakan mereka hatta suci dan kudus sekali pun tetapi kalau ia boleh menimbulkan huruhara
sekiranya mereka mahu ALLAH S.W.T menyahut seruan mereka, adalah satu jalan terbaik bagi mereka untuk lebih mengenali ISLAM
mempelajari kesilapan moyang-moyang mereka terdahulu yang sesuka hati mengubah ayat-ayat dari kitab suci yang diperturunkan ALLAH pada kaum-kaum mereka, malah moyang-moyang mereka dahulu sanggup mengkhiananti Nabi-Nabi yang telah ALLAH utuskan kepada mereka untuk menunjuk ajar dan membimbing mereka...
sekiranya didalam hati mereka telah mengetahui keadaan dan perkara yang sebenar tapi masih nak pertahan ego kononnya mereka tetap boleh buat baik, celakalah dan hiduplah mereka tanpa apa-apa restu pun sampai bila-bila
kita datang kesini dengan janji, PERGINYA kita nanti adalah dengan janji juga..........
*calling to the God
kepada John, isu penggunaan kalimah Allah memberi kesan kepada semua pihak beragama islam. jangan anggap semua ahli UMNO jahat dan pasti ke neraka atau semua ahli pas adalah ahli syurga.
Hal ini perlu digembleng bersama menghadapinya.
Saya ingin lihat ahli2 PAS yang sanggup berbaring seperti di Perak mengulangi aksi tersebut atas nama PAS tetapi nampaknya saya silap.
kehilangan kerajaan boneka Perak dipertahankan habis-habisan namun kehilangan hak ekslusif Allah dalam Islam hanya diberi ulasan hambar oleh PAS...sayang2.
Post a Comment