Wednesday, January 20, 2010

Mengunjungi Kedah

Tasik Pahlwan Cantik Tetapi Terbiar!

SEPULUH tahun lalu nama Tasik Pahlawan yang terletak di Mukim Binjal,Jitra, Kedah begitu gah dan menjadi kebanggaan penduduk tempatan. Ia iharap bakal menjadi pusat rekreasi dan pelancongan baru di Kedah.Sejajar itu juga penduduk tempatan merasakan usaha itu akan turut mengubah dan menambah rezeki hidup mereka.

Sebaik ia dibuka dengan rasmi menjadi pusat rekresi dan pelancongan,setiap pengunjung ke taman reaksi itu terpegun dengan keindahan semulajadinya dan lanskap yang dibina di sekeliling tasik berkenaan.

Ketinggian daya kreatif orang yang mengilhamkan kewujudannya sungguhmengkagumkan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab mengubahkan payah seluas 40 ekar itu menjadi tasik dengan kedalamanlebih 40 meter itu? Atau pun mengetahui asal usul kenapa tasik itu dinamakan Tasik Pahlawan? Orang yang bertanggungjawab mengilhamkan pembinaan tasik itu ialah bekas Menteri Besar, Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Asalnya tasik itu adalah sebuah payah landai dan kawasan sawah yangtidak boleh diguna. Ia tidak boleh dimanfaatkan kerana keadaannya yang berpaya dan tidak boleh dikeringkan. Di sinilah timbul idea kepada Sanusi untuk memanfaatkan paya berkenaan dengan mengorek dan mendalamkan bagi dijadikan pusat rekreasi dan pelancongan.

Dalam kata lain Tasik Pahlawan wujud atas kombinasi alam semula jadi dengan daya kreatif manusia.

Seperti mana dituturkan Sanusi Junid, nama itu diambil dari nama sejarah Kedah tua iaitu kisah Raja Bersiong. Konon, menurutnya ditempat itulah berlakunya pertarungan Raja Bersiong dengan musuhnya dalam mempertahankan kerajaannya. Jadi sempena dengan kejadian itu maka nama tasik itu dinamakan Tasik Pahlawan.


Menurut bekas MB itu lagi sewaktu dihubungi, beliau mempunyai ideadan hasrat tersendiri memajukan dan menjadikan tasik itu sebagai pusat pelancongan dan riadah yang unit dan tersendiri di Kedah.

Untuk itu katanya beliau mahu jadikan pusat pelancongan itu sebagai tempat untuk pelancong dan juga generasi muda Kedah mengenali sejarah kerajaan Kedah. Bagi tujuan ini katanya beberapa rumah tradisi Kedah sudah di bina di tebing tasik berkenaan.

“Di rumah itu akan ditempatkan para sajarahwan atau orang yang arif mengenai Kedah. Mereka akan menjadi tukang pencerita atau periwayat kisah negeri Kedah kepada para pelancong.

“Sesiapa yang berminat untuk mengetahui sejarah Kedah dan cerita-cerita lisan rakyat akan dapat di dengar dari tukang-tukangcerita atau sejarahwan yang ditempatkan di situ,” ujarnya.

Selain itu, di samping ia dijadikan industri pelancongan Sanusi juga tidak mengabaikan aspek pendidikan agama. Beliau juga bercadang untuk membina rumah ala pondok yang akan dinamakan dengan nama-nama ulama tersohor dunia, seperti Yusuf al-Qardhawi, Tantawi, Al Alawi(Allahyarham) dan lain-lain.

Di rumah ini nanti akan di tempat guru agama yang akan memberi pengajaran agama. Sesiapa yang berminat boleh bermalam dan menelaah kitab-kitab agama di sini.

Menyayu, menyedih dan mengilankan; itulah perasaan yang menerobos jiwa penulis tatkala menjenguk ke tasik itu Isnin lepas. Walaupun suasana tasik itu sebagai sebuah taman rekreasi masih kelihatan namun keceriaan dan serinya sudah hilang. Keadaanya nampak benar terbiar dandilupakan.

Segala kemudahan yang dibina, seperti laluan pejalan kaki, pondok rihat dipinggir tasik, pelantar, rumah tradisi, hampir 7o peratus rosak. Ada pondok yang sudah tercabut bumbung, pelantar yang patah dandi tempat tertentu laluan pejalan kaki juga sudah retak dan pecah dan tenggelam.

Paling mengilankan menurut beberapa penduduk tempatan, kawasan tasikini menjadi sarang maksiat. Ia menjadi tempat remaja melepaksan nafsu di siang hari dan sarang penagihan dadah. Ketika itu juga kawasan rekreasi itu sudah bertukar menjadi hutan dan semak samun yangmenggerunkan.

Hari ini, tepatnya sejak kerajaan Kedah bertukar tangan dua tahun laludari UBN kepada Pakatan Rakyat (PR) sudah ada usaha untuk memulihkan tasik berkenaan. Kerajaan negeri Kedah menerusi Exco Pembangunan LuarBandar, Pembangunan Usahawan & Kerja Raya telah memberi perhatian serius untuk membaik pulih dan memanfaatkan sepenuh taman rekreasi itu.

Hari ini pusat pelancongan itu diusahakan oleh sebuah syarikat, PakaUtama Holding Sdn. Bhd di mana syarikat inilah yang mengurus dan cuba memberi nafas baru kepada taman rekreasi berkenaan.Menurut Pengarah Urusannya, Zamri Abd Malik pihaknya telahmengemukakan beberapa cadangan kepada pihak kerajan Kedah untuk memajukan taman rekresi berkenaan menjadi pusat pelancongan menarik. Apa yang penting katanya beliau mahu memanfaatkan projek yang menelan berjutaringgit ini untuk kepentingan rakyat Kedah.

Katanya antara cadangan yang telah dikemukakan ialah untuk membina resort di tebing tasik dan perkara ini menurutnya sudah mendapat kelulusan.

Beliau optimis kalau ada usaha bersepadu oleh kerajaan taman rekreasi berkenaan berpotensi untuk menjadi pusat tarikan pelancong baru ke Kedah memadangkan fasaliti dan daya tarikan yang sedia ada kepada tasik berkenaan. Catatan: Rencana ini cuplikan dari Siasah Bil: 184. [wm.kl. 8:20 am 20/01/10]

No comments: