Friday, January 29, 2010

Dari Negara Orang

Solat Hajat Di Kota Bharu dan Tunjuk Perasaan di Jakarta

KETIKA majlis pidato perdana menuntut royalti Petroleum bermula di stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu, saya baru menjejak kaki ke Jakarta. Sayang, majlis berserjarah malam tadi tidak terakam oleh kaca mata saya kerana jadual ke Jakarta dibuat lebih awal. Bagaimana pun wap dan gelombang kemarahan rakyat atas diskriminasi dan kedegilan kerjaaan Persekutuan yang enggan memberi royalti petroleum kepada Kelantanm dapat dirasai dari kejauhan ini.

Semasa perjalanan ke KLIA beberapa panggilan sudah masuk ke dalam telefon saya dari rakan di Kelantan memberi gambaran dan maklumat mengatakan majlis berkenaan mendapat sambutan luar biasa. Di mana-mana di Kota Bharu orang ramai bercakap dan menyatakan masing-masing akan ke stadium untuk sama-sama bersolat hajat dan mendengar ucapan dari Tengku Razaleigh Hamzah.

Dan ternyata apabila menjelang tengah malam, khabar dari Kota Bharu diterima mengatakan lebih 40,000 memenuhi stadium Sultan Mohamad ke IV. Dapat dibayangkan kehadiran ramai rakyat Kalantan itu menyatakan sokongan kepada kerajaan Kelantan yang menuntut bayaran royalti dan bukannya wang ehsan seperti mana yang hendak diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

Katanya Tengku Razaleigh juga bersetuju dengan langkah kerajaan Kelantan menolak pemberian wang ehsan dan menyatakan Kelantan berhak mendapat royalti.

Manakala di Jakarta semalam telah berlangsung tunjuk perasaan sempena 100 hari Susilo Bambang Yudhoyono(SBY) menjadi Presiden penggal kedua. Disebabkan tunjuk perasaan yang disertai berbagai farkasi politik, petani, buruh, mahasiswa dan lain-lain kumpulan itu menyebabkan berlaku kesesakan teruk di Jakarta.

Tunjuk perasaan bermula di Dataran Monas berarak dan berhimpun di depan DPR - Parlimen serta ke istana presiden. Ketika saya lewati di depan DPR berbagai sepanduk masih lagi kelihatan dilonggok di pagar parlimen dan belum dibersihkan oleh pihak pertugas bandaraya.

Kawan yang datang menjemput di Bandara - lapangan terbang terlewat kira-kira tiga jam gara-gara tunjuk perasaan berkenaan.

Bagaimana pun laporan media Indonesia melaporkan tidak ada kejadian buruk berlaku pada tunjuk perasaan semalam. Tunjuk perasaan juga berlaku di bandar besar lain yang menuntut SBY meletak jawatan kerana gagal memimpin barisan Kabinetnya serta kes (isu) mengenai bank Centry yang kini hangat di Indonesia pada masa ini.

Sesuatu yang menarik di Indonesia pemerintah (kerajaan) tidak menghalang atau bertindak kasar ke atas petunjuk perasaan. Malahan SBY dalam ucapannya mengulas tunjuk awal tahun itu menyatakan kesediaan mendengar apa yang diluahkan oleh rakyatnya.

Katanya, rakyat boleh memberi pandangan. membuat seleksi ataupun mengkritik tetapi biarlah dalam keadaan aman dan tidak berlaku kehebohan. Kalau berlaku kehebuhan apa lagi memakan korban itu bukan demokrasi namanya tetapi itu kejahatan.

Mudah-mudahan kerajaan Malaysia juga mengambil sikap sama ke atas acara tunjuk perasaan pada masa mendatang. Ada yang boleh ditiru dari Jakarta oleh Kuala Lumpur. [jkt 7:30 am 29/01/10]

3 comments:

anafakir said...

Salam tuan..kerajaan Malaysia bercakap je pandai mengenai hak asasi.Di mana-mana kalau di luar negara bagai halilintar bercakap berkaitan hak asasi.Macam-macam cadangan diberikan seolah-olah di Malaysia ni rakyatnya mendapat hak sepenuhnya berkaitan asasi yang digembar-gemburkan.Kerajaan tahu jika dibenarkan rakay berhimpuan secara aman, ratusan ribu rakyat akan membanjiri tempat-tempat yang berkaitan.Kalau dihalang polis dan macam-macam sekatan pun beribu dan berpuluh ribu rakyat keluar cuba banyangkan jika kerajaan memberi kebenaran seperti Indonesia tu..alamatnya memang sah kerajaan Persekutuan dalam kehancuran.

Dulu DS Najib pernah berkata bersedia untuk membenarkan rapat umum di buat di stadium tetapi indah khabar dari rupa.Bila tiba masanya, dihalang dan disekat dengan pelbagai alasan...

Saya bersetuju kalau rapat umum dibenarkan dengan kawalan polis sepenuhnya tanpa provokasi dan tindakan sabotaj daripada pihak tertentu. Saya yakin dan percaya suasana perhimpunan berlaku dengan aman dan tenteram.Masalahnya pihak polis sering membuat provokasi maka ia mendorong kepada kekacauan..Rakyat tidak ada peluang untuk meluahkan perasaan maka itulah sebabnya bila ada perhimpunan tertentu akan berbangkit soal-soal sensitif...cuba beri peluang rakyat bersuara dalam perhimpunan, dan kerajaan perlu mendengar dahulu apa yang ingin rakyat sampaikan..apa salahnya.Masalahnya pemimpin kita ini belajar je tinggi-tinggi, bercakap je terbuka dan sentiasa telus tetapi bila berhadapan dengan kritikan rakyat terus menutup pintu rapat-rapat.Tidak mahu mendengar keluhan dan luahan hati rakyat.Dengar dahulu apa yang rakyat ingin sampaikan..kalau perlu ikut, ikutlah kalau tidak biarkan rakyat melepaskan rasa tida puashati mereka..contohi apa yang Bambang Susilo lakukan di Indonesia tu..sedia mendengar dan sedia membuat perubahan jika perlu.'Gentlemen' la sikit pemimpin, kita jangan takut bayang-bayang sendiri.

Sekian, mohon mencadang.

psychedelicmundo said...

Saya sangat-sangat kagum dengan indonesia.Mereka bisa menyatkan perkara-perkara yang terjadi dalam negara merekda dengan objektif dan tidak merapu-rapu ketika berbicara.mereka tidak perlu timbul isu baru mereka suarakan kehendak mereka.mereka meniliti isu.harap rakyat dan pemerintah kita akan matang seperti indonesia.

NASSURY IBRAHIM said...

Di Malaysia, bolehkah kita kata begini: Rakyat tunjuk perasaan, polis tunjuk garang, politikus tunjuk kuasa. Apakah perbezaan antara pkm dulu dengan polis sekarang? Menarik kalau abang boleh ulas.