Kenakan Tindakan Keras Kepada Bloger Yang Kurang Ajar
TANPA Prejudis saya menyokong penuh laporan polis ke atas seorang bloger yang dikatakan telah menulis menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat dua hari lepas. Wajar kalau polis tangkap bloger berkenaan dan seret ke muka pengadilan seberapa segera yang boleh.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah bertegas dalam soal ini. Jangan dibiarkan si penderhaka kepada raja terlepas begitu saja. Tindakan perlu untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang lain. Sesungguhnya penghinaan yang dilakukan bloger berkenaan amatlah berat.
Permohonan maaf yang dibuat oleh bloger berkenaan dan penarikan balik tulisan huduhnya itu tidak dapat menghapuskan perbuatan yang keji dan hina beliau ke atas Almarhum itu. Apa yang jelasnya bloger berkenaan telah membuat kesalahan yang fatal dan jelas. Ia bukan saja bercanggah dengan adata istiadat Melayu tetapi bercanggah juga dengan agama.
Kita orang Melayu dan (saya yakin bloger berkenaan Melayu dan beragama Islam) seharusnya tahu membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Mana kata-kata keji dan menghina.
Blog walaupun ia bersifat peribadi tetapi sifatnya adalah terbuka untuk umum. Seharusnya para bloger memaham keadaan dan tanggungjawabnya serta hubung aksesnya dengan dunia luar.
Walaupun kita bebas mencatat dan mencalar apa saja di badan blog kita namun kena ingat bahawa ia tetap juga berikat dengan tatacara kehidupan dan undang-undang lain yang mengawal kita. Jangan gunakan blog untuk menulis dan meluah sembarangan. Setidak-tidaknya buatlah penilaian sendiri sebelum mencatat sesuatu kalau pun malas untuk mencari kebenarannya.
Bloger juga patut tahu menilai mana isu yang sensitif yang boleh mengguris hati orang lain dan mana yang bersifat teguran konstruktif dan bukannya menulis ikut sedap tangan dan mulut nak ucap saja.
Saya memerhati dalam banyak blog khasnya dikendalikan oleh anak-anak muda yang jahil etika mengenai penyiaran, lemah adat istiadat Melayu dan penuh dengan emosi, menulis dengan semborono tanpa mempedulikan orang lain. Bloger begini juga yang menyokong satu pihak bersikap jumud apabila mempertahankan pihaknya kandatipun pihak itu jelas silap atau pun melakukan kesalahan.
Ruang untuk mewujudkan blog liar dan blog hantu juga sepatutnya tidak diambil kesempatan oleh bloger untuk memburuk dan memfitnah orang lain. Kepada saya blog liar dan blog hantu tanpa wajah dan indetiti sebenar adalah tidak layak untuk dipantau apa lagi dipercayai segala maklumatnya.
Sekali lagi ditegaskan tindakan tegas perlu dikenakan ke atas penulis yang menghina Sultan Johor itu. Bloger itu harus diajar sebagai teladan kepadanya. Saya yakin kalau tindakan sebegini dikenakan ia akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada bloger lain yang sejenis dengan bloger berkenaan juga. Dengan pengajaran itu lain kali para blog hantu ini akan lebih berhati-hati untuk mencarut! [wm.kl. 9:00 pm 24/01/10]
6 comments:
Salam tuan MSO...saya juga sependapat dengan tuan dalam hal ini. Blogger tersebut wajar dihukum.Semulia mana dirinya sehingga membolehkan untuk menghina orang lain sesuka hati?.Dah banyak pahala ke blogger tersebut?.Begitu gah dan angkuh menggunakan bahasa kasar dan biadap.Sungguhpun tidak menyukai almarhum tidak semestinya sesuka hati menghina orang sebegitu. Dalam blognya menggunakan bahasa ' gua' 'lu' sahaja.Siapa dia ni?.Kurang asam ke?.Memang itu blog dia punya tetapi kita ada adat dan sopan.Bahasa menunjukkan bangsa...Budi bahasa menggambarkan didikan dan keturunan.
Saya meminta pihak berwajib agar blogger tersebut dihadapkan ke muka pengadilan supaya mendapat pengajaran juga untuk blogger yang lain.Tidak kira penyokong parti mana sekalipun. Prinsip kewarasan, tata susila agama dan kelunakan bahasa perlu dijaga. Sebenarnya masih ramai blogger menggunakan bahasa kasar dan biadap...tetapi oleh kerana yang dicaci dan dimaki itu pemimpin biasa, bukan raja-raja maka tiada siapa yang menegurnya, tiada siapa akan menangkapnya..
Buat blggoer yang suka-suka hati menghina almarhum Tuanku Sultan Iskandar, saya amat-amat kesal di atas sifatnya yang tidak mengenal batas.Agama Islam tidak begitu didikan untuk umatnya...sebab jari yang tidak dikawal oleh jiwa yang suci maka ditaipnya sesuka hati perkataan untuk menghina orang lain.Tidak mengambilkira perasaan ahli keluarga yang baru sahaja kehilangannnya. Walaupun kemaafan itu amat mulia dari keluarga almarhum namun apa yang tertulis amat menghiris perasaan..
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..tanggunglah sendiri.
Lain kali pastikan emosi tidak mengatasi tindakan.Berfikir dulu sebelum bersuara.
Salam Tuan MSO,
Saya juga berpendapat agar wajar di ambil tindakan yang tegas agar menjadi pengajaran kepada yang lain iaitu kita mesti bertanggungjawab terhadap setiap patah tulisan kita. Jangan asyik melempar batu sembunyi tangan. Walaupun permintaan maaf, itu adalah HAK nya untuk memohon maaf, namun sikap keterlanjurannya wajar di beri pengajaran. Jika kita boleh membuat salah dan memohon maaf, saya kira kerajaan akan dapat menjimatkan belanja wang negara yang besar kerana tiada lagi penjara, pusat serenti, balai polis. Semoga kes ini akan menjadi pengajaran yg berguna.
Assalamu alaikum Tuan. Saya tak sempat membaca catatan bloger itu tetapi bila membaca permohonan maafnya dapatlah saya membaca catatannya. Hebatnya tajuk dia. Kemudian membaca komen-komen yang diberi, jelas yng terfambar dalam pemikiran saya artikal itu memang teruk. Jadi, memang perlu dibuat sesuatu kepada bloger yang begitu. Buat bloger tersebut "lu pikirlah sendiri, wa tak tau. Lu berani bikin, lu tanggunglah. Wa sikit pun tara caya samu lu." Wassalam.
memang tidak sepatutnya blogger demikian menghina Almarhum Sultan, segala kesilapan yang mungkin dilakukan Baginda masa hidupnya mungkin adalah baik bagi kita memaafkan kalau takpun lupakan sahaja..
sudah menjadi kelaziman tiada apa yang sempurna selagi bernama manusia..
mungkin ada baiknya bagi kaum-kuam kerabat di Malaysia mengambil pengajaran akan hal ini, "harimau mati meniggalkan belang, manusia mati meniggalkan nama"
jagalah nama baik kaum keluarga kerabat tuanku sebaik dan semoleknya agar hal semacam ini tak berulang dimasa hadapan...
syukran Tuan MSO dengan komentar dan ulasan tuan berkait dengan sikap blogers yang kurang ajar dan celupar. si aduka teruna sapatutnya ditangkap selepas dia menghina Ummul Mukminin Aisyah isteri nabi Muhammad didunia dan di Akhirat. selepas aduka yg bermulut celupar menghina Muawiyah radiyallahu anhu, sahabat yang diamanahkan oleh nabi sebagai penulis wahyu.
ya, sultan mahupun siapa jua manusia khasnya yang telah meninggal dunia, tidak sepatutnya dicerca dan dihina, doakan keampunan kepada mana2 kematian orang islam, inilah semangat ukhuwwah islamiyah kita yg sewajarnya. bayangkan mereka yang derhaka dan durjana kepada sahabat2 nabi? bukankah mereka telah diredhoi oleh Allah dan Nabi?
tindakan keras (10 sebatan & penjara 10 tahun) sebagai mengajar mereka yang biadab dan kurang tarbiyahnya dalam penulisan dan ucapan. semoga blogers yang lain mengambil ikhtibar dikemudian hari. terima kasih tuan MSO dan pembaca budiman..
Saya bersetuju dgn pandangan sdra Dakwah Yeop.
Dlm pengamatan saya, kebanyakan bloggers 'muda' tidak beretika serta jahil-tukil dlm penulisan mereka, serta bersifat sombong & bongkak.
Mudah-mudahan apa yg telah berlaku terhadap Aduka Tarana ini menjadi satu pengajaran kepada bloggers.
Post a Comment