(Bahagian Pertama)
KELMARIN akhbar Mingguan Malaysia menyiarakan kenyataan atau dakwaan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan budaya cah keting sudah mulai menular dalam Pas. Saya percaya dakwaan itu tertumpu ke Kelantan dan tidak di negeri-negeri lain. Kerana Pas Kelantan hari ini memang gegak gempita dengan permasalahan dalaman khususnya mengenai siapa pengganti Nik Aziz. Ada perebutan kecil untuk jawatan itu.
Melucukan lagi ada orang berperang dengan diri sendiri untuk mendapat jawatan itu sampai telah mengistyharkan yang dia kononnya tidak mahu menjadi MB Kelantan. (Kalau benar tidak mahu jadi MB sila kosong kerusi sebab selagi anda duduk tercokol di kerusi itu maka cita-cita untuk jadi MB tidak akan lenyap dari sanubari anda).
Mungkin orang luar tidak berapa faham dengan istilah itu. Cah keting ini terkenal dalam permainan bola sepak. Cah maknanya tepis, tibas atau pakah betis dengan tujuan agar orang yang melarikan bola rebah dan jatuh. Kekerapan berlaku cah keting ini ialah dalam kotak penaliti di mana saat kritikal untuk mengawal bola dari di tendang ke dalam gol. Kiranya perbuatan ini foul la.
Dalam konotasi lain perbuatan ini jahat, tidak gentlemen dan tidak bersaing dengan penuh semangat. Kalau di zaman persekolahan dulu, bila ada pemain yang suka cah keting ciku gu akan buang padang dan tidak benarkan bermain lagi!
Apakah bila Nik Aziz menyuarakan itu telah ada usaha nak menjatuhkannya? Apakah beliau sudah dapat merasai ada strategi halus untuk melemparkanya maka beliau mengeluarkan kenyataan itu walaupun ia boleh memberi imej buruk kepada parti? Suara Nik Aziz adalah suara keramat dalam Pas.
Nik Aziz tidak akan bercakap hal itu kalau tidak membelit dirinya. Mungkin dia merasai beberapa aksi politik yang dianggap profesional, bijak dan cerdik sedang membelitnya perlahan-lahan. Begitukah? Nik Aziz sudah mulai sedar mana intan dan mana kaca sekarang ini. Sudah dapat tahu membezakan antara tebu dengan terberau.
Bila sebut budaya, maka ia adalah pembawanya. Budaya cah keting ialah budaya Umno. Umno Kelantan tidak boleh menang kerana wujud budaya ini. Mengalirnya budaya ini dalam Pas kerana ada yang membawanya. Ada taukehnya. Yang membawa itu tentulah mereka yang baik dengan Umno, atau keluarganya terdiri ahli Umno. Atau bapa saudaranya kontraktor besar yang menjadi ahli Umno seumur hidup?
Ahli Pas tulen, yang cukup usrah, cukup tarbiah dan tahu betapa kejinya politik Machiavelisme sesekali tidak akan import budaya berkenaan. Selalunya juga mereka yang desperate saja yang akan menggunakan budaya ini. Desprate untuk mendapat sokongan bagi naik ke atas. Budaya atau kerja jahat ini akan digunakan oleh orang yang ingin naik ke atas, bercita-cita besar dan mempunyai nafsu yang panjang. Mererka yang tidak mempunyai nafsu panjang tidak sedia menggunakan budaya ini.
Mereka yang tidak ada cita-cita dan merasakan layak untuk jadi pemimpin, baik wakil rakyat hatta ke jawatan tertinggi MB dan PM tidak akan menggunakan budaya ini. Mereka akan bersaing dan berkawan secara baik dengan sesiapa saja tanpa prejudis. Falsafah yang ditinggalkan oleh para ulama terdahulu yang mana tidak gilakan kuasa dan pangkat masih menguasai diri mereka.
Jawabnya orang yang menajdi taukeh cah keting ialah mereka yang berkehendakkan kepada jawatan penting. Yang merasakan orang lain sebagai penghalangnya. Dialah yang menjadi taukeh itu. Dialah yang mempraktik budaya ini dan mengajar budak-budak kecil - belum baligh politik agar mencubanya dengan harapan kalau menjadi akan dapat upah jadi private atau office boy di mana-mana anak syarikat milik kerajaan negeri.
Sekali lagi disoalkan apabila Nik Aziz berkata begitu apakah dia merasakan dia sudah tergugat? Jubahnya sudah disenjah-senjah? Beberapa kejadian yang belaku sekarang ini menjelaskan ada usaha ke arah itu. Usaha secara licit dan halus untuk menjatuhkan Nik Aziz. Perbuatan laksana menarik rambut dalam tepong. Depan senyum belakang tungging punggung.
Pembongkaran 'sunat' di PMBK, penganalisan kerugian bazar Tok Guru RM50 juta adalah antaranya. Begitu juga kes saman RM800 juta, seperti disengajakan. Orang yang bertanggungjawab sengaja tidak mahu menyelesaikannya atau membiarkannya. Kes saman RM800 juta itu diibaratkan sebagai bom jangka, dan dah meletup pun.... powwww.
Kita faham dengan strategi ini. Bila maruah Nik Aziz sudah jatuh harapannya orang tua itu akan berundur dan tempatnya akan diambil oleh orang berkehendaknya dengan senang lenang tanpa menanti begitu lama.
Siapakah pembawa dan taukeh budaya itu? Tohoklah batu ke sungai Kelantan dan tengoklah riaknya berarak ke mana. Ke Kemumin, Kijang, Semerak, Pasir Tumbuh, Mengkebang, Kelaboran, Bunut Payung atau ke mana? [wk.kl. 3:00 pm 18/01/10]
No comments:
Post a Comment