Thursday, January 7, 2010

Susupan Malam

Melayu Telah Nanar!

KALAU pihak yang membangkit isu kalimah Allah ke mahkamah bertujuan untuk menguji keimanan umat Islam negara ini dan kesatuan politik orang Melayu, barang kali ia boleh dianggap berjaya. Walaupun kebenaran yang diberikan oleh Mahkamh Tinggi agar penggunaan itu ditangguhkan namun maksud dan tujuan tersirat berjaya dicapai.

Kenapa tidak, gara-gara isu kalimah Allah menunjukkan umat Islam dari semua golongan berbelah bahagi. Ada yang bersetuju kalimah itu digunakan oleh Kristian atau sesiapa saja dan ada yang tidak dan menjadi histeria dengan keputusan mahkamah tinggi itu.

Begitu juga dari kalangan orang politik negara ini, tidak sekata dan bercerlaru. Bukan saja antara politik Pas dengan Umno tetapi di dalam sesama parti juga bercelaru dan berselehen pendapat.

Tengok apa kata menteri Umno mengenai cadangan NGO nak mengadakan tunjuk perasaan menyatakan bantahan esok. Najib Razak kata boleh diadakan demostrasi, tetapi Muhyiddin Yassin pula berlapik mengatakan ia harus mendapat permit dan biarlah kalau diadakan pun dalam batas dibenarkan.

Hishmuddin Hussein pula semalam memberi lampu hijkau tetapi hari ini menyalakan lampu merah, menafikan pula apa yang dikatakan semalam. Kononnya kenyataan beliau yang membenarkan tunjuk perasaan dirancang lepas Jumaat esok diputar belitkan oleh meida massa. Sekali lagi media massa dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan menteri Keselamatan Dalam Negeri itu.

Begitu juga dengan pihak polis. Dua tiga hari lepas ada orang memaklumkan yang sampai kepada saya polis akan membiarkan sekiranya ada pihak akan mengadakan tunjuk perasaan, tetapi hari ini KPN, Musa Hassan memberi amaran keras akan menangkap sesiapa yang menunjuk perasaan esok.

Rais Yatim juga turut sama berkokok, katanya elok kalau semua pihak bertenang dan tidak bertindak agresif kerana kes itu dalam bidang kuasa mahkamah. Katanya biarlah mahkamah menetukan dulu. Aduh...!

Nampaknya lagi banyak menteri bercakap lagi celaru dan tambah hiru biru. Nasib baik Samy Vellu dan Lim Kheng Yaik sudah tidak jadi menteri, kalau tidak lagi kelam kabut jadinya.

Apakah percanggahan dan ketidaksektaan ini menunjukkan Umno sendiri tidak sekata dalam soal ini? Yang jelasnya Umno tidak membuat apa-apa stand berhubung isu ini. Jadi dalam isu kalimah Allah sebenarnya baik Umno, Pas atau PKR tidak boleh dibanggakan (diharapkan) kerana mereka jelas hanya mahu menumpang tui para NGO saja. Namun kalau mereka sendiri yang merancang, bangun dan tegak mempertahankan... tidak.

Begitu juga di sebalik Pas. Kalangan bawahan seronok kalau tunjuk perasaan diadakan esok. Mereka yang sudah terbiasa dengan tunjuk perasaan akan keluar beramai-ramai. Tetapi dari kalangan pemimpin tidak berapa minat untuk mengadakan tunjuk perasaan. Kebanyakan pemimpin seakan bersikap tunggu dan lihat di samping menghitung untung di sudut lain.

Semalam semasa makan dengan seorang pemimpin Pemuda Pas Pusat, beliau menjelaskan golongan bawahan dan golongan gerakan Islam terdiri dari kalangan muda dan cerdik pandai kurang bersetuju dengan sikap tidak bersungguh Pas dalam hal ini. Mereka mengharap Pas yang menjadi lead dalam siri tunjuk perasaan menyatakan sanggahan itu. Bagaimana pun apa yang diharapkan tidak membuahkan hasil. Sesetengah mereka kata pemimpin muda itu jadi bingung dan tidak faham dengan pendirian Pas.

Dalam pada itu ada pula pemimpin Pas menasihti ahlinya agar jangan ikut menyertai tunjuk perasaan bantah kalimah Allah esok tetapi pergilah ke tunjuk perasaan membantah Mesir?

Apakah maknanya semua ini? Pada saya inilah menunjukkan umat Islam berbangsa Melayu negara ini tidak sepakat walaupun dalam bab agama. Kesimpulannya kalaulah pihak yang menimbulkan isu kalimah Allah ini mempunyai motif untuk menguji kekuatan Melayu dan Islam, nah.. ternyata mereka mendapat apa yang diharapkan itu.

Setidak-tidaknya dalam tempoh dua hari ini orang Kristian khasnya, menyedari sejauh mana kekuatan dan kesatuan orang Melayu negara ini. Bahawa ..yang penting.. dalam ramai-ramai Melayu itu ada yang menyokong dan simpati kepada mereka tanpa mengira atas alasan dan maslahat apa pun.... yang penting orang Melayu bersimpati dengan mereka dan sedia bertolak ansur kandatipun mengilankan hati orang Islam lain. [wm.kl. 9:30 pm 07/01/09]

5 comments:

john said...

Salam pak mso..

Ya, memang melayu semakin nanar, semakin nanar apabila pendirian tidak bersandarkan keimanan. Umno memang tak boleh nak menyatakan pendiriannya bimbang gagasan satu Malaysianya akan tersalah tafsir. Jika tersilap. nak jaga melayu lebih2 nanti apa kata bangsa lain. Nak jaga bangsa lain apa kata melayu ultra.

Sekurang-kurangnya PAS dan PKR dah menyatakan pendirian walaupun pada anggapan pak mso sekadar 'marlboro light'. Yang jelasnya pendirian pas ini yang membenarkan kristian boleh guna istilah 'AllaH' adalah bukan pandai2 atau untuk mendapatkan sokongan politik sebaliknya berdasarkan Al-quran (pak mso pun dah baca kenyataan tok guru presiden)

Yang ambo sedihnya lihatlah bagaimana ulasan ulama dalam umno? tak kedengaranpun hujahnya. Yang ada "Allah hak melayu,Allah hak Islam" dari penyokong2 dan NGOnya. Tuntutan agama keseluruhan tak pernah diendahkan. cth mudah isu tugu negara (pak mso pun dah sedia maklum). Apa peranan UMNO dalam merungkai permasalahan ini. adakah dengan bergantung kepada penangguhan perintah mahkamah ini?

Nasib baik hakim bukan islam yang putuskan bagaimana kalau hakim Islam yang terpaksa mengendalikan kes ini. perlu diingat bahawa apa yang dipohon oleh Herald ini tidak berlawanan dengan perlembagaan artikel 11 tu. Penangguhan kerana mengelakkan suasana yang dikatakan tidak kondusif ini.

Pak mso jangan salahkan melayu tidak bersatu ini tetapi kena salahkan golongan yang gagal menerapkan nilai2 kefahaman islam sebenar kepada rakyatnya. Dalam melayu pun ada kristian!..fikirkan tentang hikmat disebalik semua ini. Adakah kerajaan sedia ada ini berani untuk lebih menitik-beratkan kefahaman islam sepenuhnya. Kita kena ingat sebelum rakyat dapat diubah...pemimpin terlebih dahulu kena berani melakukan perubahan...ADAKAH MEREKA2 INI BERANI? TEPUK DADA, PANDANGLAH GAYA HIDUP PEMIMPIN2 INI.....wassalam

Ibnu Saif said...

Huhu... sedih tengok org2 islam kita di malaysia sekrg..

Melayu Raya said...

Melayu memang kalut,dah jadi penakut dan haru biru sekarang,bukan macam Melayu yang lawan isu Natrah dulu. Melayu sekarang termasuk semua org politik masing2 mau jaga perut,harta dan sanak saudara,rakan taulan saja.Kalu hal pertahankan agama Islam pun berpecah, apakan lagi hal nak jaga maruah bangsa Melayu!Pejuang Melayu dulu miskin tanpa harta,berani,semangat juang tinggi tapi sekarang, takut harta dan kuasa hilang!
Mana perginya laungan 'Allah Hu Akhbar' Org PAS? Kenapa tidak pertahankan kalimah ini yg selalu dilaungkan bagai nak perang?
Katolik telah menang dan itu adalah isyarat pertama!Kita tunggu pula isu lain akan dibawa ke mahkamah dan mereka pun akan melaung laungkan pula nanti 'Allah Jesus''Allah Jesus'!!!!!!!!!!

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

Sebenarnya walaupun tidak didalam penulisan sekalipun ada dikalangan orang bukan islam sudah lama dah terpaksa mengunakan pakai perkataan Allah,sebagai contoh didalam perkhidmatan tentera terdapat perkataan Allah dikepala tali pinggang dan juga dibaret yang dipakai dikepala.Mereka yang jahil dan kufur ini dilihat sewenang wenangnya membawa masuk tali pinggang yang tertera perkataan Allah ini memasuki tempat tempat kotor seperti kedalam tandas semasa ingin membuang air kecil/besar dan sebagainya.Perbuatan sebegini tidak bolih dipersalahkan kepada mereka seratus peratus kerana sikap tersebut adalah kerana kurang memahami betapa sucinya perkataan Allah.Bagi orang islam sendiri pun ada yang faham dan ada yang buat buat tidak kesah,jadi apalah sangat yang hendak diharapkan kepada orang bukan islam untuk memelihara kesucian ukiran perkataan ayat Allah tersebut.

Dari pengalaman sendiri pernah disuatu ketika saya berdiskusi secara aman dengan orang bukan islam,katanya mereka juga mempercayai keujudan tuhan Allah dan sembahyang mereka pada mata kasarnya dilihat menyembah "sesuatu" tetapi itu hanyalah sebagai perantaraan (ibarat posmen) semata mata tetapi hakikatnya sama dengan orang islam yang percaya pada tuhan Allah dengan sembahyang menyembah dinding empat penjuru (mungkin yang dimaksudkan ialah Ka"abah ataupun dinding masjid)katanya....

Hj Markoko said...

..saudara MSO,

..benar sekali yang saudara ulas itu, Melayu sekarang sudah nanar, benggong, dan sewel kerana terlebih dos berpolitik..mereka berebut-berebut untuk menjadi juara siapa yang lebih Islam diantara orang Islam..dalam hirot pikot berbalah sesama Islam sehingga ada yang sanggup menkafirkan saudara Islam yang lain..tiba-tiba baru sedar yang 'tuhan' pun orang kafir sudah hendak ambil..

..dalam suasana gawat orang kafir hendak ambil 'Allah' pun mereka masih lagi tidak sedar diri asyik menyalahkan diantara satu sama lain pula..bodoh dan banggang betul bangsa ku ini...