Friday, January 15, 2010

Menjenguk PKR

Siapa Bakal Jadi Timbalan Presiden PKR?

DESAS desus mengatakan Senator Syed Husin Ali tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) menjadikan suasana kongres nasional parti berkenaan dijangka Mac ini panas dan mula mendapat perhatian.

Waktu ini ranting parti berkenaan sedang siap sedia untuk menghadapi kongres peringkat cabang. Semua peringkat pada tahun ini mengalami pemilihan pemimpin, dari ketua ranting, ketua cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Peringat ranting di seluruh neegara sudah mula menggerakkan ranting masing-masing. Pendaftaran ahli juga meningkat secara mendadak. Begitu juga dengan penubuhan ranting bertambah dari angka biasa. Kempen-kempen untuk menama orang itu dan orang ini bagi merebut jawatan tertentu juga sudah mulai kedengaran.

Unsur-unsur politik kotor yang dibudayakan dalam Umno dikatakan juga terbawa ke dalam parti ini. Salah satu tektik itu ialah memadam keahlian dan menukar ahli ke cabang lain. Sebagai contohnya dua kepimpinan peringkat cabang dalam kawasan Gombak telah ditukar ke kawasan lain.

Seorang ahli ditukar ke cabang Ampang manakala seorang ke Hulu Langat. Pertukaran ini dipercayai dilakukan oleh orang dalam peringkat cabang berkenaan yang bersekongkol dengan ibu pejabat di Petaling Jaya bagi memastikan kedudukan orang tertentu kekal dan tidak terganggu.

Sementara jawatan yang sudah pasti hangat menjadi rebutan ialah timbalan presiden. Sekiranya Syed Husin benar-benar berhasrat meninggal parti berkenaan pertembungan merebut jawatan itu tidak dapat dielakkan. Syed Husin sebelum ini diberitakan tidak bercadang untuk mempertahankan kedudukannya itu.

Sehubungan itu sekurang-kurangnya tiga tokoh disebut kemungkinan cuba memenuhi jawatan bakal ditinggalkan Syed Husin itu. Mereka ialah Naib Presiden, Mohd Azmin Ali, Mustapa Kamil Ayub. Dua ini antara tokoh yang dikatakan sesuai untuk memenuhi tempat bakal dikosongkan oleh Syed Ali. Keduanya ada keistimewaan dan wibawa masing-masing. Kedua-dua juga sudah menggerakan kempen secara memberi signal kepada ahli di peringkat negeri.

Seorang lagi tokoh yang juga dikatakan akan ditonjol untuk sama merebut jawatan itu ialah Zaid Ibrahim. Walaupun Zaid keberatan untuk ditonjolkan tetapi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dipercayai akan akur sekiranya ahli peringkat bawahan mahukan beliau mencuba di jawatan itu. Sekarang ini Zaid adalah ahli MPT yang dilantik dan antara orang yang bertanggungjawab menggubal perlembagaan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik.

Menganlisa awal mengenai peluang ketiga tokoh ini ianya nampak sama rata dan masing-masing ada kekuatan tersendiri. Walaupun Zaid dianggap baru tetapi minat ahli PKR kepada beliau nampaknya memberangsangkan. Zaid yang terkenal dengan politik terbuka, terus terang dan bersikap liberal dilihat sebagai serasi dengan perjuangan PKR.
Kehadirannya dalam PKR walaupun dialu-alukan kebanyakan ahli tetapi ada orang yang cemburu bimbang Zaid menjadi orang penting dalam parti berkenaan. Secara halus ada usaha memperlekehkan Zaid.

Sekiranya Zaid tidak ikut sama bertanding perebutan jawatan itu akan berlaku antara Azmin dengan Mustapa Kamil. Azmin dikatakan sudah lama berminat dengan jawatan berkenaan sejak dua tahun lepas lagi. Sebelum ini beliau sudah berura-ura untuk menentang Syed Husin tetapi terpaksa membatalkan hasrtanya disaat-saat akhir.
Manakala penyertaan Mustapa Kamil adalah untuk memenuhi sebahagian ahli yang kurang senang dengan sikap dan pendekatan politik elit Azmin. Kalau Mustafa bertanding ia bukan menunjukkan bekas Setiausaha Politik Muhyiddin Yassin itu ingin kejarkan kedudukan tetapi demi memantapkan parti.
Keperluan Mustafa untuk menduduki jawatan nombor itu juga penting bagi mengimbangkan pengaruh Melayu dan menyuburkan Islam dalam parti multi racial itu.

InsyaAllah satu analisa menyeluruh mengenai peluang kedua tokoh ini dan Zaid dan sokongan yang bakal diterima mereka dari seluruh negara akan diulas kemudian nanti. [wm.kl. 4:15 pm 15/01/10]

3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. menarik juga perkembangan ni. Apa yang menarik bagi saya adalah cara mereka untuk mendapatkan jawatan kelak. PKR sering dilebel sebagai ala UMNO kerana banyak ahlinya adalah bekas ahli UMNO. Jadi, adakah cara dan pembawakan yang ada dalam UMNO akan dapat dilihat dalam PKR atau mereka dapat membentuk identiti mereka sendiri atau sekurang-kurangnya mengikut cara yang diamalkan dalam PAS atau DAP ketika berhadapan dengan pemilihan kerana kawan mereka sekarang adalah PAS dan DAP. Apa pun selamat bersidang, semoga PKR akan lebih kuat lagi selepas kongres akan datang.

abu said...

Pemilihan dalaman parti PKR yang pertama sejak PRU12 ini akan menjadi ujian amat penting di dalam menentukan samada KONSEP PARTI BERBILANG BANGSA suatu pendekatan practical di Malaysia.

Rakan kongsi PKR, DAP dan PAS juga mengaku berbilang bangsa, tetapi semua orang tahu yang PAS tu parti berasaskan Islam/melayu, manakala DAP berasaskan Cina.

Pemilihan di cabang-cabang PKR akan menarik perhatian, apakah akan berlaku pertembungan atas dasar KAUM dalam menentukan Ketua Cabang.

Pada ramalan saya, PKR amat bertuah jika pemilihan parti Mac ini tidak mengakibatkan GERAK GEMPA dahsyat yang meruntuhkan parti.

adibeta said...

Tuan,
1.Ana rasa perkara yg perlu dianalisis ialah komposisi kaum yang bertanding jawatan 'ketua bahagian' kerana ianya akan menentukan 'kiblat' perjuangan parti...

2.Bukan perkauman, bukan prajudis tapi itula realiti kita pada masa kini...

3.Sangat penting kerana akan menentukan sebarang keputusan yang akan dibuat nanti...

kubang kerian,kelantan