Saturday, January 2, 2010

Renungan Mendalam

Jangan Risau Orang Islam Malaysia Tak Akan Bersatu

[kemaskini] KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada majalah Herald - The Chatholic Weekly mengguna perkataan Allah telah panas dan menjadi polimek umum. Orang Islam sudah mula marah dan ada setengahnya darah sudah sampai ke belakang tengkok.

Ada yang sudah tunjuk perasaan dan memprotes. Melalak dan melolong macam anjing lekat tulang kerana saking marahnya dengan keputusan hakim, Lau Bee Lan tersebut. Para NGO Islam juga sudah membuka mulut mengeluarkan air liur basi masing-masing berkokok kemarahan. Mungkin satu lagi Majlis Tindakan (NGO Islam) sedang dibentuk untuk menentang keputusan itu.

Inilah keadaan yang berlaku setiap kali meletus isu-isu sensitif mengenai Islam dan Melayu di negara ini. NGO, pertubuhan Islam dan orang perseorangan akan bangkit bersuara menentang. Melaung-laung di jalan raya, mengangkat sepanduk dan menjulang manila kad di hadapan masjid dan bersunggut serta mengeluh di dada-dada akhbar dan skrin tv. Mereka akan berlagak macam pahlawan fisabilillah yang merindui syahid.

Sebenarnya itulah harapan. Setiap individu Islam berharap semua mereka akan bersatu dalam satu saf melupai kepentingan lain untuk menghadapi musuh yang satu. Semua diminta berganding bahu antara satu sama lain tanpa mengira warna ideologi politik yang berkarat di setengah otak penganutnya.

Impian dan harapan begitu menandakan orang Islam di negara ini masih berharap kepada kesatuan, ukhwah dan kerjasama. Mereka masih yakin dan percaya isu atau masalah besar yang menghimpit Islam dan bangsa itu akan dapat diatasi dengan bersatu saja. Dalam erti kata lain mereka masih yakin dan percaya kepada bidalan; bersatu teguh bercerai roboh.

Tetapi apakah harapan dan impian itu menjadi kenyataan? Harapan itu boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah yang didepani orang Islam dan Melayu? Inilah yang memeningkan kepala ramai. Bukan sekali isu-isu sensitif yang mencabar kewibawaan Melayu dan menyentuh kekudusan agama Islam timbul. Sudah ribuan kali! Pengajaran yang dicampakkan ke atas kita seharusnya sudah cukup untuk kita insaf dan sedar yang kemudian bertindak mengejutkan hati musuh-musuh agama dan bangsa.

Isu murtad, penukaran agama oleh orang Melayu ke agama lain, pencerobohan masjid, membangkit dan mengungkitkan hak keistimewaan Melayu dan sebagainya sudah lama berlaku. Malahan sudah muak kita menyaksikan itu semua. Dalam isu agama ini kes Natrah di Singapura merupakan kes klasik yang tidak pernah lekang dalam ingatan. Begitu juga dengan kes melibat seorang pegawai bank yang murtad patut dikenang dan tidak dilupa walaupun sesaat. Kes-kes itu sepatutnya menjadi igauan yang terus menganggu tidur kita sebagai orang Islam.

Tetapi sejauh manakah kesannya? Apakah berlaku penyatuan atau kerjasama sesama orang Islam di negara ini bagi menghadapinya? Jawabnya (cepat), tidak ada penyatuan tuntas di kalangan Melayu dan Islam dan inilah menyebabkan masalah atau isu-isu itu sering berulang macam hujan malam di bulan Disember. Bila ini berlaku maka musuh pun semakin galak dan gila dengan usaha berterusan mereka.

Setiap kali timbul isu, maka riuh rendahlah orang Islam dari Johor hingga ke Perlis. Tetapi apa kesudahannya? Ia selalu berakhir dengan kemenangan di pihak lain dan menyebabkan orang Melayu terluka Islam tercemar dan terhina. Isu itu akan berlalu bagaikan angin saja dan ia akan diperkatakan bila ia datang kembali. Melayu tetap juga tidak bersatu dan asyik 'bercekah' sesama sendiri. Melayu hanya berani sesama sendiri saja.

Dalam kes terbaru ini kita akan saksikan keadaan yang sama berulang. Kebangkitan orang Melayu menerusi satu tindakan bersepadu tidak akan terjadi. Isu kebenaran penggunaan nama Allah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas permohonan pihak majalah dakyah Kristian ini akan berakhir begitu saja dengan perasaan hati umat Islam akan merana kesedihan. Isu ini dipercayai akan menjadi bahan sejarah yang akan diperkatakan lima puluh atau seratus tahun akan datang, itu pun kalau ada yang sudi menyebutnya.

Perbezaan pandangan dan komitmen orang Islam dalam hal ini sudah pun kelihatan. Tengok telatah dan kenyataan orang-orang politik dari berbagai parti. Kenyataan mereka tidak senada dan mempunyai pengertian berbeza. Pemimpin parti politik berlainan penerimaan dan persepsi mereka terhadap perkara itu. Mereka berbeza dengan suara NGO.

Sehingga kini ketiga buah parti utama negara yang didokong oleh orang Islam, Pas, Umno dan PKR masih terkial-kial mengenai kes ini. Belum ada kenyataan dan pendirian secara rasmi dikeluarkan oleh mana-mana parti berhubung kes ini. Apa yang ada ialah kalangan sesetengah pemimpiinnya saja. Kenapa Pas, Umno dan PKR berfikir panjang untuk menyatakan sikap dalam hal ini? Faham-fahamlah sendiri.

Sementrara dari kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin parti berkenaan ternyata ia berbeza antara satu sama lain. Ada yang marah dengan keputusan mahkamah itu dan menentangnya. Paling dikesalkan ada pemimpin dari parti Pas memberi kenyataan seakan penggunaan perkataan Allah itu dibolehkan dan tidak ada masalah. Walaupun pandangan itu bersifat peribadi namun ia boleh menjejaskan wibawa Pas sebagai Parti Islam se Malaysia.

Alasan diberikan pemimpin ini perkataan Allah itu boleh digunakan kerana ianya adalah hak sejagat. Perkataan Allah itu hak semua orang jadi tidak menjadi masalah kalau pihak mana hendak menggunakannya.

Saya tidak tahu sejauh mana pemimpin itu dapat membaca kilau dalam kilat dalam kes ini. Apakah pihak Kristian akan menggunapakai maksud perkataan Allah itu seperti mana difikirkan tokoh politik berkenaan atau sebaliknya? Tidakkah tokoh parti itu mengira bahawa ada maksud tersirat yang jauh lebih dalam di sebalik kesungguhan Kristian ingin mengguna perkataan berkenaan? Sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa machinery Kristinity lebih halus, canggih dan sistemetik.

Kenapa parti politik jadi bercabang lidah dan bercanggah akal dalam isu mengenai perkataan Allah dan seumpama dengannya ini? Jawabnya (sekali lagi cepat) mudah sebab parti politik lebih meletakkan kepentingan kuasa dan pengaruh daripada memperjuangkan hal-hal keagamaan. Mereka bimbang kalau mereka lantang mengkritik dan menentang penggunaan perkataan Allah itu parti mereka akan ditolak oleh anggotanya yang beragama Kristian. Sikap ini menjelaskan mereka lebih sayang dan obses memperjuangkan parti - kuasa dan pengaruh daripada memperjuangkan Ad-den.

Menyedari akan kenaifan perjuangan parti politik ini, pada saya apa juga hak dan kepentingan Islam tidak akan terbela kalau ianya diharapkan kepada orang politik. Orang politik tidak sesekali akan menangani apa juga isu termasuk agama sekiranya ia tidak memberi keuntungan kepada kuasa politik mereka. Malahan mereka akan sedia bersekongkol dengan musuh Islam asalkan mereka merasakan akan memperolehi kelabaan politik sementara yang bersifat duniawi itu. Mereka juga sanggup munafik demi kuasa dan jawatan di dunia. Merreka ini boleh menggadaikan Islam ke pajak gadai Islam demi untuk mengekalkan kuasa.

Sebab itulah saya prejudis dan berpandangan soal agama, bangsa dan negara tidak boleh diserahkan kepada orang politik. Agama, bangsa dan negara hanya boleh dan akan diperjuangkan oleh mereka yang tidak terkongkong dalam idealisme mana-mana politik. Sejarah dunia tidak ada agama dan bangsa tertegak kerana politik.

Jadi harapan untuk melihat orang politik akan membela apa jua isu mengenai Islam samalah seperti mengharap tumbuhnya ekor dari Orang Utan! Sama seperti mengharapkan kepada musang menjadi ayam. Kepada mereka yang ingin mengkhianati Islam di negara ini usahlah risau kerana umat Islam negara ini tidak akan bersatu mempertahankan agama mereka!

Lemparlah apa juga najis dan lanyaklah kepala mereka, mereka tidak akan bangkit, kerana mereka ada seribu helah untuk menjawab bagi melepaskan diri mereka dari tanggungjawab itu. [wm.kl. 10:40 pm 02/01/09]

12 comments:

firdaus said...

Allah menjadikan manusia, dan manusia pertama adalah ADAM dan HAWA@EVE

dari merekalah ALLAH kemudian mentakdirkan anak-anak ADAM dan HAWA ini menjadikan kita semua berbilang bangsa dan ugama

mengapa... mudah sahaja SEMOGA KALIAN SEMUA DAPAT BERKENALAN ANTARA SATU SAMA LAIN....

ayat tersebut bukan daripada sesiapa, ia adalah terus dari ayat Al-Quran itu sendiri, ia adalah sabda ALLAH

Nabi yang ke-24 iaitu Nabi Isa A.S adalah juga dikenali jesus christ oleh kristian, kitab injil yang diturunkan juga dikenali sebagai holy bible

dengan kata lain agama kristian juga adalah agama yang diturunkan dari langit sama seperti agama Islam

disebabkan holy bible@kitab injil kemudian diseleweng dan dipesongkan sekejap ada perjanjian lama sekejap ada perjanjian baru, maka turunnya Al-Quran dan munculah Islam, ALLAH memberi jaminan selepas itu yang kita takkan sesat lagi sekiranya menganut agama ini

justeru agak kelihatan kebudak-budakan orang-orang Melayu-Islam ini nak marah-marah

ALLAH itu bukan satu label yang boleh dipatenkan

tak tahulah apa niat mereka terlalu besungguh-sungguh nak menggunakan perkatan ALLAH untuk tuhan mereka

mereka-mereka ini semua sudah pastilah berdoa dan mengkaji siang dan malam mencari segala jawapan yang membelenggu mereka selama ini, iaitu untuk lebih mengetahui siapakah TUHAN mereka yang sebenar

mungkin dengan perintah mahkamah ini hati mereka jadi cukup tenang, syukurlah ALLAH SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka

semoga mereka-mereka semua lepas ni berusaha pula berdoa untuk mendapat hidayah dan petunjuk untuk mereka lebih cuba mengenali apakah itu ISLAM, agama yang diiktiraf ALLAH

ALLAHUAKBAR.... semoga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah dan takkan sesat-sesat lagi......



* nama AARON tu cukup cantik dan memikat serta nampak cukup macho, tetapi kalau tukar kepada HARUN pula bagaimana.....

NH Shah Alam said...

Saya setuju dengan pandangan MSO yang orang Politik tidak akan dapat tolong agama. Demi kuasa mereka sanggup menghalalkan segala dasar perjuangan mereka.

Mereka akan bersuara sekiranya sesuatu isu itu dapat membantu mereka. Tetapi akan membisu sekiranya sesuatu isu itu tidak menguntungkan mereka hatta ianya salah dan bertentangan dengan dasar perjuangan parti mereka.

Demi politik dan kuasa, agama sanggup dilacurkan.



* NH Shah Alam *

ibnmustaffa said...

Cara biasa tuan MSO.

Inilah cara nasihat yg selalu dibuat oleh tuan, menyerang, mencabar dan melekeh. Satu cara yang sungguh berkesan untuk menyedarkan 'orang politik' agar bertindak dengan betul.

Satu kelebihan yang ada pada tuan, yang jarang ada kepada penulis politik yang lain, namun caranya cukup terkesan kepada mereka yang sedang atau sedang berusaha memegang tampuk kekuasaan.

Cumanya, cara ini adalah baik untuk penerima nasihat, tetapi kepada sipemberi nasihat, bersedialah untuk dicemuh, dikritik dan di'bodoh'kan oleh mereka2 yang akal 'kontot'. Tetapi, hamba yakin, tuan MSO sudah tersedia menerimanya nanti zahir dan batin.

Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia said...

Saya setuju dengan pandangan saudara parti politik Melayu tidak akan membela agama, bangsa dan negara kerana bimbang "Undi" bukan Islam atau bukan Melayu tidak akan diperolehi.

Ini dapat dilihat bukan sahaja berlaku kepada UMNO malay PAS sendiri yang dilihat parti yang mementingkan agama Islam juga diam membisu tidak berani bersuara untuk membela kerana pentingkan undi bukan Islam dan Melayu supaya memihak kepada mereka.

Saya bersetuju dengan saudara perkara yang berkaitan dengan agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara kita tidak boleh mengharapkan pembelaan dari UMNO, PAS dan juga PKR.

Yang jelas ketiga-tiga parti politik Melayu ini termasuk juga parti-parti Melayu lain di Sabah dan Sarawak semua pentingkan "Undi".

faizal said...

saya heranla bila hakim bukan Islam yg putusken kes ini.bukan hakim niboleh diatur mcm kes2 kat pembangkang cntohnya kes nizar dan dsai...lantik le hakim belah umno tu..kata perkasa nak merayu...setakat nak rayu hakim isnin esok boleh putus x bagi guna kalimah ALLAH...macm kes nizar dapt jawatan mb..besoknya zambry rayu terus lulus dapat balik mb..mudahnya semudah abc...takkan umno x leh buat dan x biasa buat..pelik sungguh la...ni semua angkara politik umno nak rasiskan agama pula...sedangkan kehakiman dah kontrol..x reti nak adjust hakim..saja nak bagi gaduh 1 malaysia..beware la pakatan rakyat...isu raja dah habis...isu agama pula umno bawa...susah nak x reti agama ,nak perjuang nama ALLAH sedangkan hukum ALLAH x nak buat langsung.

ramly said...

salam mso,
memang benar sebagaimana saudara mso tulis, tetapi saudara mso nampaknya berhati hati dalam tulisan ini pada hemat saya takut terkena kepada pemimpin PAS, apa guna digelar pemimpin jika dalam isu Besar melibatkan ugama islam kita membisu, nampaknya semua pemimpin hanya pandai berslogan sahaja demi populariti dan kuasa bila dah dapat jawatan diam membisu, bila bergelar yb dan dapat gaji besar tidor sahaja, kalau dalam pilihanraya ada yang menyeru untuk keluar berjihad sekarang mana ada seruan begini dalam mempertahankan kesucian ISLAM? saudara mso kritiklah pemimpin PAS biar mereka sedar diri jangan hanyut dibuai rasa terutama apabila pakai kopiah putih, pemimpin UMNO mso sentiasa kritik... mohon maaf

Mocha Ghost said...

Assalamualaikum
Pada pendapat saya, ketakutan umat Islam di Malaysia ini adalah kerana bimbang jika penggunaan kalimah Allah disalahgunakan oleh missionary2 Kristian, lagi2 jika digunakan dalam risalah2 Kristian yg mana lbih kurang sama ayatnya dengan risalah Islam.
Saya melihat bahwa kebimbangan penggunaan kalimah Allah adalah akibat daripada kegagalan pihak berkuasa agama Islam untuk memberi kefahaman Islam yang sebaiknya kepada orang Islam. Ramai mana lagi orang bukan Melayu yang melihat bahawa masuk Islam sama macam masuk Melayu. Walhal sebagaimana yang kita ketahui bahawa mereka telah mendapat peruntukan yang banyak, walhal hampir berjuta. Namun kita masih gagal melihat hasil yang signifikan daripada "pelaburan" itu. Jadi kita boleh lihat disini jika seseorang pemerintah tidak mahukan Islam, walau diberi banyak mana peruntukan pun, hasilnya tidak akan seberapa.
Kenyataan MSO orang politik tidak akan menjaga agama mereka dengan bersungguh, 90% saya bersetuju.

ISC said...

Kalau Kristian kata nama Allah itu nama Tuhan dia, tunjuk dalam kitab injil mereka bahawa tuhan mereka bernama Allah. Selama beribu tahun menyembah tuhan mereka, baru sekarang mereka tahu rupa-rupanya nama tuhan mereka ialah Allah.

Orang Islam memang disebut dalam al-Quran nama Tuhan mereka ialah Allah dalam Bismillahirrahman nirrahim, Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani. Dalam ayat kursi, nama Allah disebut, Allah tiada Tuhan selain dia.

Orang kristian, mana dalam kitab mereka (primary resourses) yang menamakan tuhan mereka ialah Allah. Dalam bible versi apa, bila bermula mereka menamakan tuhan mereka Allah. Apabila mereka mula mencipta 3 dalam 1 dan 1 dalam 3, tuhan mereka tidak lagi ada nama, yang ada hanya Tuhan.

Tiba-tiba hari ini, nak ambil nama Allah sebagai nama tuhan dia jugak, tujuan nak mengelirukan orang Islam.

Mussolini said...

saya pon setuju jugak dengan pak sayuti

PAS dan UMNO dah tak boleh nak diharapkan oleh kita semua untuk membela Islam.pemimpin2 depa lebih cintakan undi orang bukan Islam

PKR? saya langsung tak berharap mereka membela Islam sejak parti ini mula ditubuhkan lagi.tujuan PKR ditubuhkan semata2 untuk membela anwar ibrahim dan keluarganya saja

Unknown said...

tuan MSO,

keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan banyak pihak, saya risau akan mencetuskan ketegangan agama yang berlaku secara senyap, ibarat api dalam sekam.
benar seperti kata tuan, parti politik tidak boleh diharapkan 100% untuk membela kedudukan kaum melayu dan agama islam pada masa kini. NGO pula hanya beberapa kerat sahaja yang berani bersuara melibattkan isu agama dan kaum melayu. Nampak jelas sangat parti politik dominasi melayu tidak berani untuk bertindak mempertahankan maruah mereka demi sokongan undi daripada bangsa lain.
melalui pemikiran dangkal saya mencadangkan supaya ditubuhkan satu biro agama dalam setiap parti politik di malaysia yang akan duduk semeja mewakili semua parti politik untuk membincangkan tentang pertelingkahan dalam bab agama dan kepentingan kaum, yang bertujuan mencari persefahaman dan persepakatan apabila terdapat isu atau pergeseran antara agama dan kaum di malaysia. Diharapkan perbincangan dan permuafakatan ini akan menemui jalan penyelesaian setiap kali berlaku krisis agama dan kaum.Peranan biro inilah yang akan memberi penjelasan kepada ahli atau penyokong masing2 supaya setiap perselisihan yang timbul dapat diselesaikan secara persetujuan bersama antara semua parti politik yang berasaskan kaum di malayisa dan diterima oleh majoriti penyokkong supaya setiap perselisihan tidak menjadi darah daging dalam masyarakat majmuk hari ini .

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Tuan, Apa pun keadaan, apa pun suasana, Melayu dan Islam di Malaysia memang berada dalam keadaan terlalu defensif sekarang. Kadang-kadang perkataan "defensif" pun tak boleh nak pakai sebab kalau defensif, sekurang-kurangnya kita melawan tapi yang ada ni langsung tak melawan. Keputusan mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah oleh missionari Kristian ini adalah kemuncak kepada lemahnya kita dalam menangani isu aqidah dan maruah. Bagi saya UMNO dan PKR memang tidak saya harapkan. Tapi yang sedih PAS pun telah nampak seolah hilang kata-katanya. Seperti yang saya tulis sebelum ini PAS memang hilang identiti diri. Bagi saya kebanyakan yang membuat kenyataan lebih pada menangguk di air keruh. Sapa tahu bila menangguk silap-silap dapat ikan besar dan udang besar. Mereka hendak kononnya mempertahankan nama Allah tetapi mereka jugalah yang sebelum ini membunuh begitu saja ajaran-ajaran Allah termasuk dalam soal murtad dan perpaduan. Dalam perkara yang melanggar perintah Allah mereka terus melakukannya. Kalau itu sikap kita, Mana mungkin golongan yang hendak mempermainkan, menghina dan menghinjak Islam akan rasa takut dan hormat dengan orang Islam. bukankah Islam itu hebat dan tampak hebat kerana umatnya dari zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat benar-benar mengikuti ajaran Islam yang sebenar? Jadi, selagi kita tidak mengambil Islam itu sebagai "way of life", tak kiralah UMNO, PKR mahu pun PAS memang akan dipandang lemah dan tidak bermaya untuk berhadapan dengan golongan berkenaan. Kes Natrah sebagamana yang disebut oleh tuan rasanya adalah satu-satunya kes yang boleh dibangga dan ia tak mungkinberulan lagi melainkan kita benar-benar meletakkan Islam di atas dengan erti kata "islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi selainnya". Sebagaimana kata Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang menggambarkan kita umpama buih di akhir zaman dan memang kita adalah buih yang boleh berderai hanya dengan plastik aiskrim. Namun begitu, saya amat yakin di kalangan kita ada yang ikhlas dan golongan mekhlisin inilah yang akan menyelamatkan agama Islam ini kerana golongan inilah yang akan mendapat pertolongan Allah, insya-allah.

sudirumusibarat said...

Apakah kita bangga pencapaian kita
Apakah kita yakin perjuangan kita benar
Wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah

Orang berakit-rakit ke hilir
kita berakit-rakit ke hulu
Orang bangkit nama Allah di Tanah Air
kita pula bertindak keburu melulu

Sayang sarawak sungainya sempit
marilah kita lebarkan-lebarkan
Sayang Islam Malaysia sudah piut-miut
soal aqidah masih lagi belum selesaikan.

Sayang sarawak sungainya sempit
marilah kita lebarkan-lebarkan
tahu aqidah kita melarat
lebih setengah abad di sekolah apa diajarkan
di luar pagar sekolah
diolah program realiti jadi anutan
tersihir umat pesona setengah abad lebih

Negara kita membangun
kita bangga kejayaan kita
ditayang disebar seluruh alam
aqidah kita tidak membangun
ini fakta bukan direka kata
alam yang alamat tertera
hala yang ada berhala
apakah kita bangga pencapaian kita
apakah kita yakin perjuangan kita benar
wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah
tersihir umat pesona setengah abad lebih


Orang bangkit nama Allah
kita pula bertindak keburu melulu
meraung melolong tentulah sudah
di bawah teduh awan hijab
kita takut pada bayang mereka
kadang - kadang kita keliru
bayang kita atau bayang mereka
Baru saja bayang belum lagi lembaga
sepatutnya pemimpin kita buka mata
jangan asyik nak membangunkan harta
jangan asyik nak membangunkan lembaga berpesta berdemo
gegak gempita

Negara kita membangun
akidah tidak cukup teguh
rapuh bagaikan sarang labah
tipis bagaikan kulit bawang
Orang bangkit nama Allah
dakyah mereka dikatakan halus dan tajam
apa usaha kita untuk menandingi
jangan asyik nak membangunkan lembaga berpesta berdemo
gegak gempita gagak yang berzikir gak- gak-gak pun rasa malu
lebih setengah abad telah diberi peluang berlalu
tersihir umat pesona setengah abad lebih
wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah