Monday, January 4, 2010

Selepas Subuh

Terima Kasih Utusan

PAGI ini saya ingin ucap terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia kerana tidak memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.

Dalam laporan hari ini Utusan telah melaporkan degan tepat (dari segi semangat dan kepentingan) pandangan Nik Aziz berhubung perkara itu dan konteks berita untuk kepentingan bersama.

Utusan telah menghiglightskan mengenai ketidaksetujuan Nik Aziz terhadap penggunaan kalimah itu oleh Kristian kerana ia bimbang menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.
Terima kasih Utusan.

Saya yakin kalaulah begini sikap media massa perdana negara, kekeliruan mengenai kepentingan bersama tidak akan berlaku. Semua orang aman bila membaca laporan berkenaan. Nampaklah umat Islam tidak kira apa bangsa politik sepakat dalam menangani masalah bersama. Laporan yang tepat dan meletakkan kepentingan bersama sebagai intipatinya dapat menyatukan ummah dan membangun negara.

Jika semua media massa khasnya yang dimodalkan oleh ornag Melayu dan Islam memahami akan peranan dan tanggungjawab ini saya kira banyak masalah yang berkepentingan Islam dan Melayu boleh diselesaikan. Media harus faham mereka menjadi bahan rujukkan dan kepercayaan umum. Persepsi, tindakan dan ulasan umum bergantung kepada laporan yang disediakan.

Malam tadi apabila mendengar laporan mengenai pandangan Nik Aziz terhadap hal itu menerusi TV3 dan membaca laporan portal berita lain saya mulai bimbang. Dalam laporan TV3 semalam ada sikit negatif apabila ianya menghiglightskan kononnya Nik Aziz setuju dengan penggunaan kalimah itu oleh Kristian.

Walaupun di hujungnya ada disebut Nik Aziz minta diadakan penyelesiaan dengan pihak Kristian, tetapi ditekanan ialah maksud Nik Aziz bersetuju dengan penggunaan kalimah itu dan tidak cuba menekan soal kebimbangan Nik Aziz.

Sebaik mendengar laporan tv itu saya teringat kepada Utusan. Saya kira Utusan akan memanipulasikan dan akan mengutamakan mengenai persetujuan Nik Aziz itu dan menenggelamkan rasa bimbang Nik Aziz terhadap kebenaran menggunakan kalimah berkenaan. Maklumlah Utusan! Kerana sebelum ini Nik Aziz pernah mengatakan penggunaan kalimah Allah itu tidak salah dipakai oleh sesiapapun termasuk Kristian kerana ia bersifat sejagat.

Alhamdulilah kebimbangan saya tidak menjadi dan Utusan agak positif terhadap Nik Aziz dalam perkara ini. Walaupun Utusan masih flashback mengenai pandangan awal Nik Aziz, tetapi Utusan meletakkan kesedaran baru Nik Aziz diawal beritanya kali ini sangat memberi makna.

Untuk melihat dengan tepat kenyataan Nik Aziz seperti mana dilaporkan Utusan itu saya turunkan sebahagiannya di sini:

KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

Mudah-mudahan Nik Aziz tidak akan meralatkan laporan Utusan ini dan terimalah ianya sebagai benar. Walaupun pandangan itu mungkin boleh menyebabkan setengah pihak dalam Pas dan rakan kongsi Pas dalam Pakatan Rakyat tidak senang namun ia perlu dipertahankan kerana itu hak dan itulah juga kemahuan ramai umat Islam negara ini yang sayangkan agama mereka.

Walaupun pandangan itu orang akan menuduh Nik Aziz tidak konsisten tidak mengapa kerana MB itu bercakap atas yang haq dan demi agamanya sendiri. [wm.kl.9:00 pm 04/01/10]

11 comments:

Ibnu Zain said...

hanya berita tv3 menyatakan TGNA setuju kristian guna nama Allah tanpa ulasan lanjut. tv3 memang celaka. tahniah kepada berita AWANI yang menyiarkan seduatan penuh wawancara dengan TGNA.

ramly said...

salam mso,
bila umat islam bersatu dalam mempertahankan islam maka musuh musuh islam akan gentar,tapi mutakhir ini umat islam dipergunakan oleh musuh musuh islam, saudara sering mempersoal berita dari media arus perdana tapi harakah saudara tidak kritik walaupun pemberitaannya lebih buruk dari utusan malaysia,,,,

2kali5 said...

hati saya tenang dgn berita ini.walau ada di kalangan ahli fb yg bersetuju dan mengemukakan hujah secara fakta,tetapi kita harus faham umat Islam di Malaysia masih jahil dan mudah dikelirukan.

tahniah TGNA & MSO

Bicara Pasir Mas said...

SALAM..
KENAPA ADA WAKIL RAKYAT PAS YANG MATI2 PERTAHANKAN KEPUTUSAN MAHKAMAHI TU

mohd sayuti omar said...

Sdr Ramly saya tidak tahu sejauh mana kepekaan anda terhadap blog dan penulisan saya. Saya rasa sdr baru membaca blog saya dan juga mengenali saya. Kalau sdr sudah lama mengikuti blog saya sdr tidak akan tergamak mengeluarkan apa yang sdr kata itu. Cuba buka tulisan saya sewaktu pilihan raya kecil Bagan Pinang, N Sembilan. Cari di dalam intri pada waktu itu apa yang saya katakan kepada media pembangkang (Pas). Begitu juga dengan penjenguk yang berpenyakit kencing manis (dibetis) di mana gula menganggu kornea mata tidak dapat mengesan bagaimana saya bukan saja mengkritik pemimpin UBN saja tetapi pemimpin Pas juga saya kritik. Ingatan kepada penjenguk blog saya kurangkan mengambil gula sesuai dengan saranan PM agar mata tidak rosak sehingga penglihatan menjadi samar.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Terima kasih Tok Guru, Terima kasih utusan, Rtm dan Astro, Bernama saya tak tahu. Tv3 "lu pikirlah sendiri!"

Syeikh YB said...

dulu dulu sebelom ada astro dan internet tidak meluas, rakyat percaya bulat bulat apa yang dikata oleh tv1/2/3 utusan melayu berita harian. sekarang rakyat bole membuat penilaian sendiri. tengok tv 3 komdian tgk awani. kesimpulanya tv3 banyak bohong .

ibnmustaffa said...

Nampak gaya, dalam isu ini, Malaysian Insider sudah di'Utusan'kan. Membuat tajuk tipu dan fitnah terhadap kenyataan PAS Pusat. Tajuk kata lain, isi kandungan sebenar jauh lari dari tajuk.

Maka celakalah puak2 kafir ini.

Kasih Ayah said...

Samada TGNA bersetuju sebelumnya dan sedikit menentang akhirnya, tidaklah menunjukkan tidak konsistennya beliau dalam isu ini. Begitu juga ada setengah pemimpin bersetuju dan menentang. Yang berbeza ialah asas pandangan tu.

Pertama, kita jawab dari segi hukum. Adalah boleh atau x boleh. Yang kedua kita kupas dari segi perspektif lain, sosial, politik dan sebagainya. Boleh atau tidak.

Yang memeningkan ialah mereka-mereka yang konsisten cakap tidak boleh, atas alasan agama, walhal tidak begitu. Sama jugaklah dengan mereka yang dok cakap boleh, tapi ikut-ikutan sahaja.

Kalau nak cerita hukum, mestilah dibina atas hujah. Suka tak suka, halal tetap halal dan haram tetap harap. Tapi kalau nak bagi pandagan dari sudit lain, terpulanglah... perbahasan dan perbincangan sentiasa terbuka.

Saya secara peribadi tiada halangan bagi penganut agama lain, merujuk nama Tuhan mereka sebagai Allah. Kalau sekiranya tujuan asal ini bertukar kepada untuk mengelirukan umat Islam, itu sudah menjadi kesalahan, tapi dalam bab yang lainlah.

firdaus said...

kalau kita banyak berilmu dan berlapang dada ALLAH SWT akan sentiasa memeberikan kita petunjuk dan hidayah

ALLAH SWT sudah menjelaskan kejahatan yahudi dan orang kafir dalam kerja mereka nak melaga-lagakan muslimin dan iblis dan syaitan dalam melaga-lagakan umat manusia

pedulikan tujuan mereka nak mempergunakan nama ALLAH atau sebaliknya, orang kalau dah nak buat jahat kita pasti akan tahu juga akhirnya....

AL-QURAN itu kalam Allah, melalui ISLAM kita boleh ke syurga

Injil, Taurat sudah pun terpesong...

maka yakinlah akan janji-janji ALLAH, Insyallah kita pasti takkan sesat

Azran Fitri Rahim said...

Terima Kasih Tuan...