Friday, January 8, 2010

Ulasan Perisitwa Bakar Gereja

Bakar Gereja Kejadian Malang Yang Berulang

PERISTIWA pembakaran tiga buah gereja; gereja Metro Taberate, di Taman Melawati, gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya malam tadi sesuatu kejadian yang malang. Gereja adalah rumah ibadat. Pembakaran rumah ibadat sangat sensitif sekali tidak kira rumah ibadat agama apa sekali pun.

Kejadian semalam bukan pertama kali berlaku di negara ini. Sekitar tahun 1986/87 tiga buah masjid pernah dibakar hangus di Pahang. Kejadian itu sungguh menghiriskan hati umat Islam. Masjid yang terlibat ialah di Teriang dan di kampung Bohor Perpindahan Banjir dalam Maran Pahanag.

Rakyat negara ini mengutuk atas kejadian itu. Begitu juga dengan kuil hindu juga pernah menghadapi nasib yang sama. Kalau tidak salah ingatan tiada pula laporan sama ada mereka bertanggungjawab dengan kejadian itu berjaya ditangkap atau tidak?

Kini giliran gereja pula cuba dimusnahkan. Tidak kira siapa melakukannya kita kesal atas apa yang berlaku. Tidak seharusnya rumah ibadat di bakar!

Kita berharap polis menjalankan siasatan dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya. Dalam melihat kejadian ini apa yang perlu difahami dan dikaji ialah kenapakah berlaku kejadian malang itu. Mengutuk tidak menyelesaikan masalah tetapi berfikir mencari sebab musababnya paling mujarab demi memastikan kejadian itu tidak akan berulang pada masa akan datang baik ke atas rumah ibadat penganut agama apa sekalipun.

Apakah pembakaran itu disebabakan isu yang berlaku sekarang ini, mengenai tindakan Kristian yang beriya-iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald. Apakah itu puncanya. Kita tahu suhu dan darah orang Islam sejati dua tiga hari ini panas gara-gara isu berkenaan.

Pun begitu kita tidak boleh menuduh kejadian itu perbuatan orang Islam. Orang Islam yang bersemangat 1 Malaysia, yang liberal dan memahami akan kesejagatan kalimah Allah tidak mungkin melakukannya. Mereka akan menjaga kesucian gereja dan rumah ibadat agama apa sekalipun.

Jadi siapakah yang bertanggungjawab? Apakah ada anasir lain yang sengaja ingin menimbulkan perpecahan dan menanam benih prangsangka di kalangan penganut agama di negara ini. Yang melakukan tersebut atas niat itu tentulah musuh negara. Mereka melakukan jenayah itu dengan hgarapan untuk menimbulkan pergaduhan antara penganut agama di negara ini.

Zaman semasa Parti Komunis Malaya (PKM) aktif dulu jika berlaku apa-apa perbuatan memusnhkan harta awam ianya akan dikaitkan dengan perbuatan jahat komunis. Hari ini komunis sudah tidak ada. Chin Peng nak balik pun dilarang. Lagpun komunis tidak sesekali bertindak ke atas kepentingan mana-mana agama.

Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dalam membuat penilaian ke atas kejadian itu. Walaupun suasana hari ini darah orang Islam panas, tetapi jangan ada yang terus menunding jari dan meletakkan kejadian itu dalam tanggungjawab orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam memburukkan lagi keadaan.

Polis kena siasat sebaik mungkin. Pihak Kristian juga perlu memahami kenapa gereja dibakar. Kalau mereka merasakan ia berpunca dari suasana yang timbul hari ini, maka berusahalah untuk mengatasi mengembalikan semula suasana sebelum 31 Disember lalu sebelum Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan.

Penganut Krsitian dan semua orang kena menerima hakikat kenapa perkara malang ini tidak terjadi sebelum ini?

Sesungguhanya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini jangan ada niat hendak mencuba atau pun membuat ujian test merket atas apa tujuan sekali pun kerana ia sangat merbahaya. Dan atas semangat 1 Malaysia dan menerima kalimah Allah sebagai hak sejagat rakyat Malaysia harus sama-sama menjaga keselamatan masjid, gereja dan kuil! [wm.kl. 5:25 pm 08/01/10]

8 comments:

YANG GAMBI said...

Ass'kum MSO,

Kawan risau juga dengan insiden ini, kekadang dirasakan ada yang sengaja mengambil kesempatan dengan isu ini untuk menaikkan kemarahan penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan yang ada sekarang...........

Kawan bukan menuduh mana-mana pihak....

semua orang tahu, Sarawak akan menghadapi PR Negeri dalam tahun ini, dan sebilangan besar etniknya beragama Kristian dan lain-lain.

Justeru itu, adalah tidak mustahil ada agenda disebaliknya yang mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum bukan Islam membenci Kerajaan yang ada..........

Inilah kelicikan muslihat 'yahudi' ni...

anafakir said...

Bila wujud ketegangan berkaitan isu ALLAH maka pelbagai provokasi mula timbul.Satu pihak menyeru supaya bertegas walau dengan apa cara pun untuk mempertahankan kesuciaan nama ALLAH itu, satu pihak masih ada sikap tolak ansur.Dan satu pihak lagi telah memndapat kebenaran di mahkamah untuk menggunakannya.

Bila wujud pertentangan idea, hujah dan bukti-bukti yang masing-masing mendakwa mereka berjuang atas kepentingan Islam...maka di sini akan menimbulkan polemik yang mengelirukan. seolah-olah penganut Islam tidak bersatu.Sedangkan tidak demikian. Dan bila mahkamah pula sedia menangguhkan kebenaran yang diberi kerana rayuan oleh pihak kerajaan maka bermulalah satu episod baru...iaitu kehadiran tangan-tangan jahat dan khianat. Bersikap melempar batu sembunyi tangan. Menangguk di air keruh.Gereja dibakar.Mungkin perbuatan itu [ harap-harap tidak sama sekali ] dilakukan oleh penganut Islam.Mungkin perbuatan itu [ harap-harap tidak sama sekali ] dilakukan oleh penganut Kristian untuk menimbulkan ketegangan. Dan akhir sekali pihak yang sengaja mencurah minyak ke dalam api untuk melaga-lagakan antara penganut Islam dengan Kristian.Pihak ketiga inilah yang paling jahat, keji dan paling jijik.Cuba bermain api yang bukan sedikit kesannya.

Akibatnya, apa yang berlaku di Selatan Thai mungkin terjadi di Malaysia. Sedangkan isu selatan Thai juga dicetuskan pihak ketiga.Melaga-lagakan antara Islam dengan Buddha.Akhirnya ketegangan yang berlaku sukar untuk dikendurkan.Bertepuklah tangan mereka yang memang ingin melihat dua agama itu bergaduh sesama sendiri.

Saya secara tegas ingin menyatakan, apa yang berlaku ini [ membakar gereja ] adalah berpunca dari sikap yang terlalu laju bertindak, bantahan sana, bantahan sini sedangkan saluran undang-undang masih berjalan.Bila terlalu laju ingin menunjukkan kita ini pembela agama, inilah jadinya...tidak ada hikmah dan tidak ada sikap fatonah...akhirnya muncul pula isu baru yang mungkin boleh merumitkan keadaan.Akan wujud persepsi lain.Wujud tuduh menuduh, nafi menafikan.Dan sikap percaya yang selama ini disemai akan hancur begitu sahaja.Kristian dengan Islam akan hilang setiakawan dan sikap menjunjung keamanan sejagat.

Iktibar dari isu ini, sepatutnya kita tidak terlalu bersikap terburu-buru dalam meluahkan perasaan kita.Terburu-buru, kita banyak terlepas pandang akan akibat lain yang akan timbul seperti apa yang terjadi ini [ membakar rumah ibadat Kristian ] sedangkan ia boleh dielakkan jika tiada provokasi melampau untuk menbantah penggunaan nama ALLAH tersebut.

Sekarang kita semua perlu bersedia untuk mencari jalan untuk mengendurkan ketegangan dan api perbalahan antara agama yang sengaja ditimbulkan oleh pihak yang amat tidak bertanggungjawab..saya berharap polis akan dapat membawa mereka yang bersalah tidak kira siapa untuk dihadapkan ke mahkamah.Dan PASTIKAN atas arahan siapa mereka [ pelaku yang mebakar gereja ] bertindak sedemikian..ajar dan berikan mereka kesedaran cukup-cukup.

Mohon mencadangkan.

vampiri said...

tu lah, kenapa main api???..kan dah terbakar

Naim said...

Ya, sedih dan cemas dengan insiden ini.

@naimisa

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Saya berpendapat peristiwa ini tidak akan berlaku sekiranya pelbagai pihak mengambil sikap bertanggungjawab dalam menghormati isu apa jua berkaitan agama. Isu ini mungkin lanjutan kesan kepada status perlembagaan yang terlalu mudah memberi "muka" untuk sebarang permasalahan berkaitan agama di bawa hadap ke Mahkamah. Apabila isu berkaitan dan menyentuh agama di bawa ke Mahkamah, bermakna status agama itu sendiri telah dipersoalkan dan dipertikaikan kewibawaan serta kesuciannya wahal perlembagaan telah jelas menjelaskan dan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara Malaysia dan juga mesti menghormati agama-agama lain. Jadi kenapa perlu bermain dengan api dengan mempertikaian isu agama ini sehingga dibicarakan ke Mahkamah?

Saya mencadangkan suatu penggubalan perlembagaan di buat dengan kuasa YDP Agong bagi menwujudkan serta menguatkuasa menrizabkan apa jua bentuk entiti penggunaan yang melibatkan kesucian agama Islam atau agama-agama lain. Jangan hanya kerana kesan 1Malaysia kita beranggapan ia boleh diterjemahkan juga sebagai konsep 1Agama.

Saya berharap selepas ini bilamana penguatkuasaan perlembagaan di buat, tiada lagi pihak penerbitan seperti Herrald akan membawa isu agama ke Mahkamah. Jika tidak, mungkin selepas ini ada pula pihak penerbitan yang membawa usul bicara di Mahkamah untuk mengunapakai kalimah suci bagi agama Buddha, Hindu dan sebagainya.

Wasalam.

abu said...

Masalah sebenar ialah, kenapa hal-hal berkaitan KESUCIAN ALLH diputuskan di Mahkamah.

Kalau hal-hal melibatkan SULTAN pun ada mahkamah khas, inikan pula hal KETUHANAN.

ALLAH sewajarnya ABOVE THE LAW.

Hj Markoko said...

...sikap dan perangai sesetengah rakyat Malaysia ini sudah semangkin angkoh, sombong, mangak kerana konon menganut fahaman kesamarataan untuk semua perkara dengan membelakangkan perkara yang telah terjamin dalam perlembagaan..segala apa yang dijamin dan diperuntukan kepada orang Melayu, mereka pun hendak juga dan mempertikaikannya..orang Melayu/Islam bertuhankan Allah Yang Esa, pun mereka mahu juga walau pun mereka tidak mengenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya sebagaimana orang Islam..

..apa pun,sebab mereka jadi begitu adalah kerana ada orang Melayu mabuk yang memberikan sokongan dan galakan kepada mereka sehingga sanggup berkongsi Allah demi memancing undi..terima kasih kepada Dr Harun Din kerana memberikan kata dua yang jelas dan tegas kepada puak Melayu/Islam yang telah hanyut dibuai mimpi akibat tidur sebantal tanpa nikah dengan DAP & PKR..

..sebenarnya isu kalimah'Allah' ini mudah saja. Pokok persoalannya ialah pihak Kristian hendak buat terjemahan perkataan God kepada bahasa Melayu dan semua orang tahu dan faham apabila merujuk kepada mana-mana kamus pun terjemahan God kepada bahasa Melayu ialah Tuhan dan bukannya Allah..kalau mereka hendak pakai perkataan Allah juga kerana dikatakan terjemahan God dalam bahasa Arab ialah Allah, maka mereka hendaklah terbitkanlah majalah Herald itu dalam bahasa Arab..habis cerita..bolehlah orang Arab Kristian di negara Arab mambaca berita perkembangan terkini Kristian di Nusantara..

..kalau hendak buat terjemahan kedalam bahasa Melayu, buatlah sepenuhnya dalam bahasa Melayu..diharap pihak gereja Kristian bersikap telus dan ikhlas demi untuk kesejahteraan bersama sebagai rakyat Malaysia yang selama ini hidup dalam harmoni..

faiz fakhirin said...

kenapa pemimpin besar islam hanya mendiamkan diri?...perkataan allah bukan mainan...apa mereka fikir selagi mereka hidup mereka mampu mengubah keadaan pada zaman sekarang?(yang alim)...bagaimana pada masa akan datang...sedangkn umat islam pada hari ini ramai yang jahil...apa mereka tidak memikirkan berlakunya percanggahan pada masa akan datang?